Friday, March 13, 2009

Sahabat adalah Cermin buat kita

"Eh, siti.. Aku mahu tanya sesuatu ni, kenapa itu orang perempuan Islam kena pakai tudung?" tanya Kajol pada Siti.
"Oh, soalan tu ke.. Tudung tu memang suatu kewajipan untuk wanita Islam pakai, kalau tak pakai berdosa. Dalam Kitab Al-Quran pun ada sebut tentang menutup aurat ni.. dan rambut adalah sebahgian daripada aurat wanita." Jelas Siti dengan teratur pada Kajol.
"Aurat tu apa? Kenapa dapat dosa kalau tidak pakai?" Tanya Kajol lagi.
"Aurat adalah bahagian tubuh kita yang tak boleh kita tunjuk pada orang bukan mahram, atau dengan kata lain orang yang tiada hubungan dengan kita. Aurat lelaki ialah dari pusat hingga lutut manakala yang perempuannya seluruh badannya kecuali muka dan kedua2 tapak tangan. Tentang dosa sebab tunjuk tu, kerana ia boleh mendatangkan nafsu pada orang yang melihat dan perbuatan tu sangat dimurkai Allah". Jelas Siti dengan panjang lebar.
"Oh, camtu ke.. Kalu itu macam, kenapa ramai perempuan Islam yang tak pakai tudung? Diorang tak takut dosa ka?"

Soalan yang diajukan khas buat sahabat2 sekalian..

Setiap hari kita berhadapan dengan pelbagai jenis manusia. Tidak kiralah orang itu agama apa. Tetapi mereka juga memerhati tingkah laku kita.

Dan mungkin jika kita berkelakuan tidak elok, ada jenis yang sekadar mempersoalkannya di dalam hati, tetapi bila sampai ada orang yang mahu mengajaknya masuk ke dalam Islam, jangan hairan jika perkara tersebut yang akan menjadi persoalannya nanti.

Dan andai orang yang melihat jika kita berkelakuan tidak sedap dipandang itu adalah orang Islam sendiri tetapi ragu-ragu dengan keislamannya, mungkin hal ini menjadi lebih parah lagi.

Kita Adalah Cermin

Sebagai seorang sahabat yang betul2 mencintai para sahabatnya tidak akan membiarkan sahabatnya lagho dan terjebak dengan perkara2 yang boleh mendatangkan kemurkaanNya.

Saya ambil satu analogi ringkas, iaitu sekumpulan Gajah yang di serang hendap oleh pemburu haram. Gajah2 itu akan berusaha untuk mempertahankan kelompoknya daripada serangan pemburu. Bila seekor gajah ditangkap, yang lainnya akan turut membantu untuk melepaskannya. Itulah perihal Gajah. Namun, sekiranya pemburu mempunyai akal yang bijak, mereka tidak akan tangkap gajah itu dihadapan kelompok gajah tetapi dengan mengasingkannya terlebih dahulu.

Dapat tak apa yang saya hendak sampaikan? Sekumpulan gajah itu adalah sebuah jemaah @ 1kumpulan sahabat manakala pemburu haram itu diibaratkan sebagai anasir2 luar seperti Yahudi & Nasara. Bagaimana mereka hendak menjauhkan kita dengan Allah, adalah dengan strategi menarik kita jauh dengan sahabat2 kita..

Teringat kata Nabi Muhammad, “Seorang yang beriman itu adalah cermin kepada saudaranya.”

Kata-kata yang ringkas tetapi memberi makna mendalam. Nabi Muhammad hanya mengibaratkan seorang muslim kepada muslim yang lain dengan objek cermin. Mesti ada sebab-sebabnya.

Ciri-ciri cermin

Saya cuba bahagikan kepada dua untuk menerangkan ciri-ciri cermin ini. Pertama, bagaimana kita cirinya yang perlu kita ambil. Kedua, ciri-ciri cermin yang perlu kita berhati-hati.

Kenapa kita pula yang kena berhati-hati? Kerana Nabi Muhammad telah mengibaratkan kita sebagai cermin. Cuma kita kurang berhati-hati dengan sifat kita yang seperti cermin.

Ciri paling umum sesuatu cermin adalah pantulan(reflection). Apabila kita berdiri di depan cermin, akan wujud imej kita di cermin tersebut. Itulah yang dipanggil sebagai pantulan. Sifat pantulan inilah yang perlu ada bagi setiap orang muslim, tidak kira jurujual, doktor, peguam dan lain-lain lagi.

Dan kita perhatikan pula bagaimana cermin bertugas dalam memberi pantulan(reflection) yang perlu kita tiru:

1. Senyap - Cermin memberi reflection tanpa berkata apa-apa. Begitulah juga kita, untuk menegur, perlulah menegur secara hikmah, baik bukannya dengan cara memaki hamun, mengata, mengumpat dan sebagainya.

2. Sepanjang masa – Cermin memberi reflection sepanjang masa, tidak kiralah bila-bila masa kita ke cermin tersebut, pasti cermin tersebut akan menjalankan tugasnya. Dari pagi sampailah ke pagi esoknya. 24 jam. Begitulah juga dengan kita, perlu memberi imej diri yang baik 24 jam. Dari bangun tidur hinggalah tidur semula. Bukan sejam dua sehari.

3. Tidak lupa tugas - Jika kita memecahkan cermin, kita masih boleh nampak diri kita pada serpihan-serpihan cermin itu kerana perlu diingat reflection cermin sepanjang masa. Signifikannya biar dimaki hamun, dizalimi, atau dalam keadaan susah kita tetap perlu menunjukkan imej muslim yang baik.

4. Tidak mengungkit - Keburukan yang terserlah hanya diberitahu semasa kita berhadapan dengan cermin. Cermin tidak akan menyimpan imej-imej buruk tersebut selepas kita beredar dari cermin tersebut. Begitulah juga dengan kita setelah memberi teguran kepada saudara kita, haruslah kita cuba melupakan keburukan mereka.


Kemudian kita lihat pula apa ciri-ciri cermin yang perlu kita berhati-hati:

1. Tidak memilih imej - Cermin tidak memilih imej untuk dipantulkan. Kalau imej luar seseorang itu buruk, maka buruklah juga imej dalam cermin tersebut. Jadi, perlu kita hati-hati setiap masa kerana diri kita sentiasa memberi pantulan imej muslim kepada orang ramai.

2. Boleh berhabuk dan berdebu - Cermin tidak boleh memberi imej yang sempurna dalam keadaannya berhabuk dan berdebu. Jadi, walaupun imej kita baik tetapi badannya penuh debu atau kotor, ia tidaklah dapat memberi imej yang baik sepenuhnya.

Anda ada idea lagi tentang ciri-ciri cermin? Boleh kongsikannya dengan saya.

Marilah kita bersama2 dengan Jemaah Islam..!!!

Sumber: Isi-isi tentang cermin ini diambil dari khutbah jumaat pada 16 November, Riley Smith Hall, University Student Union, University of Leeds.

http://ibnulatef.iluvislam.com

0 comments: