Saturday, August 15, 2009

Pemuda PAS bantah Konsert Gempak Gegar

DUNGUN 14 Ogos 2009 - Pemuda PAS Kawasan Dungun semalam menyerahkan satu memorandum membantah penganjuran Konsert Gempak Gegar yang bakal diadakan di Dataran Dewan Merdeka ,di sini,malam ini.

Memorandum yang ditujukan khas kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun (MPD), Zainal Abidin Hussin itu diserahkan Ketua Pemuda PAS Dungun, Jamaluddin Jusoh.

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat,Azman Shapawi Abdul Rani dan beberapa Exco Pemuda PAS Kawasan Dungun.

Bagaimanapun Sinar Harian difahamkan,ketika memorandum itu diserahkan ke pejabat MPD,Zainal Abidin sedang bermesyuarat.

Menurut Jamaludin,antara lain memorandum itu meminta supaya pihak penganjur mengutamakan sensitiviti umat Islam kerana program itu dianjurkan pada Jumaat dan secara kebetulan jatuh bulan Syaaban.

'Pemuda PAS Kawasan Dungun turut membantah konsert ini kerana ia lebih menjurus kepada aktiviti maksiat yang boleh menyumbang kepada pelbagai masalah sosial,khususnya membabitkan golongan remaja.

"Pada masa sama,penganjur seharusnya prihatin dalam keadaan negara sekarang digemparkan dengan wabak Influenza (A) H1N1 yang tidak menggalakkan orang ramai berhimpun di satu-satu kawasan bagi mengelakkan ia berjangkit," katanya.

Difahamkan Konsert Gempak Gegar itu dianjurkan sebuah stesen radio swasta dengan kerjasama syarikat pengeluar minyak wangi yang turut membabitkan penampilan beberapa artis populat tanah air.




Baca Lagi.. >>

Friday, August 14, 2009

Malaysia yang ke-9

SHAH ALAM – Wabak Influenza A (H1N1) atau selesema babi semakin mengganas di negara ini apabila tujuh lagi kematian dicatatkan sehingga jam 8 pagi, semalam. Peningkatan kes itu menjadikan jumlah kematian keseluruhan seramai 51 orang dengan 2,253 kes positif seperti yang dilaporkan Kementerian Kesihatan, sekali gus meletakkan kematian akibat H1N1 kita di tangga kesembilan dunia.

Dengan kematian 51 orang ini, negara kita berada pada kedudukan kesembilan dalam kalangan negara-negara dunia yang mencatatkan kes kematian akibat H1N1.
Tiga negara dunia yang tertinggi jumlah kematian adalah Amerika Syarikat dengan 436 orang, Argentina 386 orang dan Brazil dengan 274 orang.

Hanya satu negara Asia yang di atas kita iaitu Thailand di kedudukan ketujuh dengan 97 kematian.
Lebih membimbangkan, jumlah kematian H1N1 di negara kita jauh lebih banyak berbanding negara-negara yang mempunyai populasi penduduk yang lebih tinggi umpamanya seperti China, India, Indonesia dan United Kingdom.

Mengikut statistik yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sehingga semalam, jumlah kes positif seluruh dunia mencatatkan 226,618 orang dengan 2,047 kematian.:
Dalam statistik itu juga jelas menunjukkan jangkitan positif H1N1 negara lain jauh lebih tinggi, tetapi mencatatkan kematian yang rendah seperti Hong Kong dengan 6,210 kes, hanya 4 kematian; Filipina 3,207 kes (9 kematian) dan Jepun 5,022 kes, tiada kematian.

Mengulas perkembangan itu, Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw berkata, kerajaan seharusnya mengambil langkah pencegahan yang lebih drastik umpamanya mengawal dengan lebih ketat kemasukan orang asing ke dalam negara.
Beliau turut menggesa supaya kakitangan perubatan ditambah bagi menangani wabak yang semakin menular ini kerana banyak laporan mengatakan orang awam terpaksa menunggu giliran terlalu lama.

“Kita sebagai rakyat Malaysia mestilah mengikuti langkah pencegahan yang ditetapkan dan mengamalkan persekitaran dan gaya hidup yang bersih. “Selain itu, majlis awam dan tempat orang ramai berkumpul haruslah dielakkan untuk menghindari penyakit ini,” katanya, semalam.

Ditanya sama ada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir perlu ditangguhkan akibat wabak H1N1, Seng Giaw menyerahkan keputusan itu sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Baca Lagi.. >>

Wednesday, August 12, 2009

Ceramah Isu Semasa

Ceramah isu semasa anjuran lujnah penerangan PAS Dun Paka, N28 akan diadakan pada 15 ogos 2009 jam 9.30mlm di Masjid Sura Lama... Semua dijemput hadir..
Sebar2kan pada yang lain..


Baca Lagi.. >>

Alhamdulillah...Konvo jugak akhirnya.

Alhamdulillah.. ku panjat kesyukuran pada Mu, YaAllah.. dengan kekuasaan-Mu jua lah kami berjaya mencapai kejayaan ini. Tiada kata2 yang dapat diucapkan pabila ummiku mengucap tahniah padaku seusai tamat majlis konvokesyenku pada 9ogos baru2 ini.. aku amat terharu malah berasa gembira dengan ucapan daripada seorang yang amat berjasa padaku itu.. tiada yang ku inginkan waktu tu melainkan memeluk ummiku... release segala beban dibahu ini. Walaupun begitu hatiku sebak mengenangkan arwah abah yang tidak dapat bersama2 meraikan hari yang bersejarah itu.. teringat kata2 abahku dulu.. "belajarlah elok2, lepas nih abah dan umi datang sekali lagi konvo imi. ini baru diploma".. kata2 yang diucapkan ketika ku menerima segulung diploma pada 3tahun yg lepas. Ketika itu, aku masih ingat.. sambutan konvokesyenku terasa sedikit hambar kerana arwah kurang sihat.. Dan kini yang sedihnya, arwah abah tidak dapat hadir bersama2.. Takdir ALlah, siapa yang tahu.. Ku panjat doa padaNya agar Abah ditempatkan di dalam golongan2 yang soleh.. amin.

Tak ku duga masa berlalu amat pantas.. sudah berakhir jua pengajian ku di universiti. 6 tahun diibaratkan seperti 2,3 hari yang lepas ku rasa.. banyak kenangan ku di bumi UTHM tu.. disana jua la ku belajar erti kehidupan dan perjuangan daripada sahabat2 mahupun pensyarah2. Tanpa mereka takkan ku jadi seperti kini, tanpa mereka ku takkan berdiri seteguh begini.. Terima kasih sahabat2.. Aku bangga menjadi sahabat korang.

Sekarang ni, aku dah menginjak ke dunia baru.. dunia pekerjaan. aku perlu berdikari dan istiqomah dengan apa yang dipelajari sebelum ini.. banyak mehnah dan tribulasi yang perlu ditempuhi.. aku tahu itu.. tapi adakah aku mampu? itulah persoalannya.. Moga2 diriku kuat untuk menghadapinya...

tak banyak idea nak menulis.. Sebelum mengundur diri, suka untuk aku sampaikan ucapan tahniah kepada sahabat2 graduan yang berkonvo pada tahun ini.. tidak kira di UTHM mahupun di universiti2 diluar sana.. Anggaplah dunia yang kita hadapi sebelum ini adalah salah satu liku perjalanan kehidupan kita.. masih banyak liku2 yang kita perlu hadapi kelak.. persiapkanlah diri mu, wahai graduan..!!!

Barisan gambar kenangan buat teman...

Baca Lagi.. >>