Saturday, August 29, 2009

Cara Hukuman sebat yang betul

Banyak pandangan dari pelbagai pihak berkenaan isu sebat yang akan dijatuhkan pada Si Kartika yang ditangkap meminum ARAK di kuantan.. jadi disini ana sertakan sedikit pengisian berkenaan isu sebat ini yang disampaikan oleh seorang ustaz yang dikenali ramai iaitu Ustaz Azhar Idrus... semoga sama2 mendapat sedikit pengetahuan berkenaannya.

Baca Lagi.. >>

UMNO upah, latih pelajar sekolah bencikan Pakatan Rakyat

PERMATANG PAUH, 28 Ogos: Dibayar antara RM20-30 setiap seorang. Diberikan baju 'T' yang bertulisan Pemuda Umno Kepala Batas. Dihantar ke Pahang menghadiri program bencikan PAS, DAP dan KeADILan.

Demikian antara penemuan Harakahdaily dalam siri kempen Barisan Nasional (BN) yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah baru-baru ini.

Setelah disiasat rupa-rupanya Umno mempergunakan murid-murid sekolah yang dipilih daripada beberapa buah sekolah di kawasan Parlimen Kepala Batas untuk tujuan menjadi 'pasukan sorak' bagi Barisan Nasional (BN) di hari pembuangan undi Dewan Undangan Negeri (Dun) N11 Permatang Pasir pada 25 Ogos lalu.

Pasukan itu dibentuk oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas merangkap Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican supaya jentera Umno dan BN nampak ramai sekaligus membuktikan sokongan pemuda terhadap parti itu telah kembali sepertimana yang terjadi di Pilihan raya Kecil Manik Urai, Kelantan.



Murid sekolah yang dikesan itu diberikan baju 'T' yang bertulisan Pemuda Umno Kepala Batas. Mereka ini menaiki motor berkonvoi ke sana ke mari menyesakkan lagi lalu lintas dan bila sampai ke pondok PAS mereka akan melaungkan berbagai slogan provokasi untuk membangkitkan kemarahan jentera Pakatan Rakyat.

Manakala ada yang berbaju biru kehitaman dan tertera perkataan 'Pemuda Satria' merupakan sebahagian daripadanya tetapi mereka ini hanya berkumpul di Unit Peti Undi (IUPU) tertentu sahaja contohnya di Kampung Pelet, Bukit Indera Muda dan Kubang Semang bagi menyemarakkan lagi sokongan pada BN dengan melaungkan slogan ciptaan Umno.


Sekiranya sesiapa berada di sekitar UPU berkenaan pastinya terdengar slogan, 'pangkah PAS dapat apa jawapannya neraka', 'siapa barua DAP jawapannya PAS', dan berbagai lagi sehinggakan ada yang termakan provokasi itu membuatkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) hadir dengan bantuan polis bagi menjaga keselamatan di kawasan terbabit.

Namun, apa pun cubaan Umno dan BN untuk mencetuskan pergaduhan, jentera Pakatan Rakyat tidak berganjak daripada kawasan yang dikhaskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berbanding dengan jentera BN terutamanya Wanita Umno yang memakai pakaian bertemakan kemerah-merahan dan Puteri Umno yang dilihat lebih suka berteduh di rumah penduduk atau di bawah rimbunan pokok di kiri kanan bahu jalan bahkan kereta pengangkut undi BN juga berehat awal.


Inilah perbezaan antara jentera Pakatan Rakyat dan BN mereka sanggup berpanas dan berhujan kerana perjuangan untuk menegakan keadilan dan kebenaran tambahan lagi pilihanraya kecil itu diadakan pada awal Bulan Ramadhan.


Tentunya tekak terasa pahit dan dahaga tetapi kerana memartabatkan perjuangan Islam yang dibawa PAS jentera Pakatan Rakyat tanpa mengira kaum dan agama terus berdiri teguh sambil melaungkan perkataan membesarkan Allah SWT dan sekali sekala mengajak orang ramai yang melalui hadapan mereka supaya memberikan sokongan pada calon PAS, Ustaz Saleh Man.

Pelajar sekolah itu dikatakan diberi upah RM20.00 - RM30.00 seorang dan pernah dihantar ke Pahang menghadiri program bencikan PAS, DAP dan KeADILan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah ketika ditanya pandangannya berkata, Umno dan BN kini telah hilang kewarasan apabila menggunakan pelajar sekolah dalam kempen di hari pencalonan.

"Sepatutnya, Umno dan BN bersikap matang untuk berhadapan dengan jentera Pakatan Rakyat, tetapi apa boleh buat pemuda sekarang lebih bijak memilih perjuangan Pakatan Rakyat yang nampak lebih ketrampilan memerintah berbanding BN yang penuh dengan penyelewengan dan penipuan.

"Golongan muda sudah hilang kepercayaan pada Umno menyebabkan mereka terpaksa mengimpot pelajar sekolah untuk meramaikan sokongan, " ujarnya.

Ketua Dewan Muslimat PAS Permatang Pauh,Suraiya Saat pula menegaskan, BN jelas melatih golongan muda dengan duit.

"Pelajar dibayar upah dengan duit dan tidak mustahil memperbanyakkan lagi budaya sogok, " ujarnya lagi. - mks. _

sumber: pemuda sura
Baca Lagi.. >>

Monday, August 24, 2009

Ramadhan kali ini amat berbeza..

Sedih bg my family menyambut Ramadhan kali ini... Tahun lepas kami menyambutnya bersama2 arwah... tapi kali ni tidak lagi... Terlalu byk bezanya Ramadhan kali ni dgn yg seblumnye bg kami sekeluarga... Hanya Allah yg mengerti prasaan kami... Sewaktu berbuka td kami byk berbicara kenangan manis bsama arwah.. Terasa arwah begitu dekat dgn kami... Rindu sgt2...


Setiap kali Ramadhan tibe sebelum nie,
berkotak2 air soya bean favourite abah kt dapur...
Tp kali nie tiada lg susunan kotak2 air soya...

Setiap kali wktu ptg di bulan pose,
abah akan ke bazar membeli kuih muih..
tp kini adik atau imi.. xpun aku n Umi sdiri yg akan ke bazar...

Setiap kali wat air tuk berbuka,
saye n abah akan berebut air batu (ais)..hehe..sweet sgt detik2 tu!
tapi kali nie,tiada lg kedengaran suara abah...sunyi!!

Setiap selang 3 hr pose,
mesti abah mintak umi wat bubur lambuk favourite abah,
tapi kali nie Umi x terdaya nk buat, Umi kate, die jd teringat kt abah..aku mengerti prasaan Umi!

Setiap kali hampir waktu berbuka,
abah dulu yg 1st tunggu depan meja ngan mknan yg tlh tersedia,
tapi kali ni kami same2 menunggu~

Setiap kali sahur,
abah dulu yg bangun panaskan lauk n kejutkan ktorg..
tp kali ni, aku yg kejutkan Umi n yg lain2...

Setiap kali nk dkt raye,
abah akan bwk adik bradik lelaki ku gi shopping baju ry,
tp kali ni Umi sruh diorg beli sdiri...

Setiap kali baju raye aku siap,
aku akan tayang 1 persatu kt abah... mmg aku manja ngan abah!
tapi kali ni & akan dtg, aku akan sntiasa mrindui detik2 itu...

Ya Allah.. Tabahkan hati kami sekeluarga utk mghadapi dugaan ini... Sesungguhnye kami amat merindui arwah.... ;(

Rujukan; Adikku
Baca Lagi.. >>