Friday, December 18, 2009

XPDC edaran Risalah Dakwah disabotaj



XPDC Edaran Risalah Pemuda Paka DISABOTAJ UMNO

Hari ini, Rabu, saya merasakan amat terkilan. Dengan keesokannya, Khamis, hari terakhir dalam tahun 1430 Hijrah. Yang meyakinkan lagi bahawa UMNO tidak sukakan Islam, bahkan menyekat daripada tersebar luasnya kefahaman tentang Islam.

Bagi saya, jika bahan risalah tersebut berkait dengan pembongkaran kejahatan, penyelewengan dan kezaliman UMNO ni, saya boleh terima risalah tersebut tidak dicetak dan dikeluarkan. Tetapi, bahan risalah tersebut terkandung isinya doa-doa akhir tahun hijrah dan awal tahun hijrah untuk diedarkan kepada penduduk Paka pada Pasar Malam Paka. Saat-saat akhir tidak dicetak dengan pelbagai alasan yang diberikan. Cukup menyedihkan. Di mana iman orang umno ni yang selama ini menyangka dia beriman kepada Allah?

Saya nak menasihati kepada orang UMNO samada pendokong atau penyokong, dan saya juga turut menasihati kepada semua muslimin dan muslimat, tak lupa kepada diri saya sendiri secara khususnya, tentang beberapa ancaman Allah taala kepada orang yang zalim, orang yang menyekat penyebaran dakwah Islam, dan orang yang memberi pertolongan kepada orang yang melakukan kezaliman, atau kemungkaran.

Dalam Surah Hud, ayat yang ke 18, Allah taala ada menyebut dengan firman-Nya yang bermaksud: "Ingatlah bahawa laknat Allah adalah atas orang-orang yang zalim". Dan pada Surah A'raf, dalam ayat yang ke 44, Allah taala menambah lagi dengan firman-Nya yang bermaksud: "Maka berserulah orang yang menyerukan bahawasanya laknat Allah taala adalah atas orang-orang yang zalim".

Kedua-dua ayat ini dan sebenarnya masih ada lagi ayat al-Quran dengan celaan dan laknatkan Allah taala kepada orang yang melakukan, menyokong, serta membantu kemungkaran, kezaliman, dan menyekat penyebaran syariat Allah taala.

Laknatkan dan celaan ini turut dikuatkan dengan satu hadis soheh, Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan:

من أحدث فيها حدثا أوى محدثا فعليه لعنة الله والملائكة والناس أجمعين

"Barangsiapa yang melakukan sesuatu kemungkaran atau memberi tempat perlindungan kepada orang yang melakukan kemungkaran, maka atasnya adalah laknat Allah, seluruh malaikat dan semua manusia".

Hadis di atas menunjukkan orang yang menyekat penyebaran dakwah Islam turut sama mendapat laknat Allah taala, para malaikat dan orang yang beriman. Saya amat meyakini bahawa orang yang betul-betul memiliki fikiran yang waras boleh menerima hujah Naqli ini. Walaupun dia merupakan lepasan Phd atau MA, apatah lagi mereka yang memiliki Sarjana Muda. Bahkan orang yang beriman dengan sungguh-sungguh boleh menerima nas-nas ini.

Bagi pendokong dan penyokong, terutama pemikir UMNO yang memperagendakan segala perancangan Yahudi laknatullah yang mesti dilaksanakan, merasakan nas-nas yang datang daripada Allah taala dan Hadis Nabi Muhammad SAW hanyalah dongeng rekaan semata-mata. Mereka tidak meyakini dan mempercayainya. Menolak mentah-mentah akan nas-nas yang bercanggah dengan hawa nafsu syaitan dalam diri mereka.

Saya berharap dengan semangat Hijrah yang akan lalui esok malam, yang telah diperintiskan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW, menjadi tuntutan dan tauladan serta panduan dalam usaha memberkati dan merahmati kehidupan kita seharian, sehinggalah berakhir hayat di badan.

Ihsan Daripada:

Ust Mohd Azizul Hisham bin Zulkifli
Timbalan Ketua Pemuda PAS Dun Paka.
Baca Lagi.. >>

Wednesday, December 16, 2009

Salam Maal Hijrah 1431 pada semua!




Sempena Maal Hijrah 1431 ini, ana Akhi Fadhli ingin memohon ampun & maaf sekiranya ada kesalahan ataupun kekurangan ana sepanjang tahun 1430H ini. Semakin tahun umur kita meningkat, maka secara automatiknya kita akan semakin dekat dengan pintu kematian. Janganlah lupa ajal & maut itu di Tangan Allah, dan percayalah bahawa semakin kita mengingati mati semakin berjayalah kita di dunia ini. Tidak kiralah apajua pekerjaan & pangkat yang kita ada, ia tidak bermakna sekiranya kita lupa pada ketentuan Allah ini.

Mengingati mati ini adalah suatu amalan yang sentiasa dilakukan oleh para Sahabat dan alim ulama' sejak dahulu lagi. Berani ana katakan disini, masyarakat zaman sekarang tidak sehebat masyarakat terdahulu kerana kita sudah lupa pada hakikat kematian ini. Kita lebih mengejar sesuatu yang ada di hadapan mata berbanding janji2 Allah yang telah termaktub sekian lama di dalam Al-Quran, Kalamullah.

Walaupun begitu, kebanyakkan pepatah barat tidak menyokong kenyataan ini, dan menyatakan bahawa semakin ingat pada mati maka kita akan semakin tidak bersemangat untuk meneruskan hidup atau akan lebih menikmati kehidupan selagi nyawa dikandung badan. Tetapi bagi orang muslim, kita tidak sepatutnya mengikut pepatah Barat itu dan alasannya adalah satu iaitu kita yakin adanya Syurga & Neraka atau Dosa & Pahala. Orang yang mengingati pada kematian adalah sebijak2 manusia, sepertimana sabda Rasulullah SAW:
"Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik.” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)

Jadi ana menyeru kepada sahabat2 diluar sana, sentiasalah ingat pada mati. Gunakanlah sebaiknya2 anugerah kehidupan serta nikmat Iman & Islam yang dikurniakan oleh-Nya. Yang pasti kita perlu sentiasa bersedia untuk menghadap Robbul Izzati dengan bekal amalan sepanjang hidup di atas muka bumiNya ini.

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia sudah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Ali Imran: 185).

Ketahuilah kematian pasti tiba kepada seluruh umat tanpa mengenal erti bangsa, kedudukan, kekayaan atau gagah perkasa. Tiada sesiapa pun yang boleh melarikan diri daripada maut. Apabila ditetapkan waktu kematian seseorang, ia tidak akan tertunda atau dicepatkan walaupun sesaat.

Untuk sekalian kalinya, ana memohon maaf sekali lagi sekiranya sepanjang perkenalan mahupun pandangan ana dalam penulisan di blog ini mengguris perasaan mana-mana pihak. Ana hanya sekadar sebahagian daripada insan daif yang masih belajar untuk mengenali dunia ini, maafkan ana. Moga ukhuwwah kita berkekalan hendaknya.




p/s:
- jangan lupa tanamkan azam untuk tahun baru ini.
- jangan lupa doa akhir tahun & awal tahun esok k....

Baca Lagi.. >>

Punca Hati Sekeras Batu

Assalamu'alaikum wbt...

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah

Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)




Baca Lagi.. >>

Monday, December 14, 2009

Kepentingan Doa Dalam Kehidupan

Bismillah...

MULTIPLE ROLES

Salam Rahmat buat para sahabat yang dikasihi, lama kiranya saya tidak menitip bicara ilmu tanpa suara. Sebetulnya jari jemari ini rindu sekali untuk menarikan bicara tanpa suaranya. Namun kesibukan bergelar ibu, isteri, kaunselor a.k.a therapist terkadang membataskan segalanya lebih lagi sekarangnie cuti sekolah satu lagi ROLE ditambah jadi guru tuisyen, time inilah kesempatan terbaik untuk menyediakan anak-anak dengan persediaan untuk pengisian bagi kemasukan kelas akan datang. Begitulah kelazimannya semasa cuti persekolahan panjang inilah, saya cuba membantu anak-anak menghabiskan syllabus untuk kelas akan datang.Pesan abah ilmu yang diajarkan sendiri oleh ibu mahupun bapa pada anak-anak itu lebih berkat, memangpun walaupun ada waktunya memang mencabar minda & kesabaran tetapi banyak HIKMAH yang kami pelajari . Mudah-mudahan ILMU yang diajarkan dengan penuh kasih sayang anak-anak dapat mencerapnya dengan jelas & baik.Hemm..bukan mudah nak merendahkan IQ setanding mereka demi kasih proses asimilasi perlu dilakukan agar mereka menjadi anak yang pintar dan cemerlang mengikuti proses pembelajaran di sekolah kelak. Inilah sebahagian detik-detik terindah sebenarnya menghabiskan waktu yang berqualiti dengan anak-anak memberi mereka pengisian YANG TERBAIK untuk dunia dan akhirat. TERASA PUAS DAN SYUKUR bila melihat kecemerlangan anak-anak dengan pengorbanan, kasih sayang serta pengisian dan titipan ilmu juga doa yang diberikan. Mudah-mudahan mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah yang mampu memertabatkan syiar Islam di akhir zaman.

KUASA DOA DAN KONTEKS HUBUNGAN DENGAN PEMILIK

Bukan mudah sesungguhnya memegang melaksanakan KONTRAK & AMANAH bergelar ibu mahupun ayah. Tuntutan proses pendidikan serta pengisian dalam memberikan YANG TERBAIK agar tidak dipersoalkan di akhirat cukup sudah membuatkan setiap detik dan waktu untuk terisi. Dalam pada itu juga KUASA DOA jangan sesekali dipinggirkan, itu juga pesan abah. KUASA DOA sangat penting dalam kehidupan. Rentetan GAYA HIDUP, perubahan arus kemodenan hari ini tidak dinafikan membuatkan individu lebih sibuk dan cenderung dengan kesibukan duniawi...komitmen kerjaya, kewangan, kehidupan seringkali menyebabkan matlamat akhir memburu keredhaan Allah tersasar. Bila konteks hubungan dengan PENCIPTA serta PEMILIK AGUNG itu kurang terbina, kurang terjalin maka harap maklumlaa konsekuennya kehidupan tidak menjadi SURPRISE kalau haru-biru, huru-hara. HASILNYA kehidupan bakal menjadi ‘lapangan syaitan’ mempermainkan dan memperdayakan manusia yang leka, lalai dan ANGKUH...itupun Allah masih sayang lagi sebetulnya diberikan UJIAN untuk kembali mengingatinya kalau tidak mungkin saja dibiarkan KUFUR DALAM NIKMAT atau TERUS HINA DALAM UJIANNYA...Nauzubil lahminzalik. Contoh paling mudah dalam kehidupan berumahtangga dan berkeluarga, konflik , masalah, huru-hara saban waktu datang menguji. Pernah terdetik kenapa suasana sebegini berlaku???Antara faktor yang dominan adalah KUASA DOA DALAM KEHIDUPAN itulah juga yang saya kupas dalam program LIFE COACHING KLINIK SUKSES, betapa penting SENI BERDOA untuk dipelajari kerana apa? Jawapan PALING MUDAH, semua yang kita kehendaki dalam kehidupan ini melibat HAJAT, CITA-CITA, HARAPAN dan IMPIAN. Dan sebagai manusia lebih lagi yang beragama Islam konteks hubungan dengan Allah dan SENI “MEMINTA”...MEMOHON dengan PEMILIK AGUNG ini perlu dipelajari dan diamalkan agar berupaya membantu proses membina kesejahteraan dan kebahagian hidup di dunia dan langsung terus di akhirat kelak...

KONSEKUEN TANPA ILMU & SENI BERDOA

Tanpa ilmu dan pengetahuan SENI BERDOA...doa harian mungkin saja menjadi RITUAL BIASA tanpa hadir ruh di dalamnya. Skrip doa hanya sekadar bacaan di bibir, di hati tetapi tidak di minda makanya dari segi VISUAL MINDA lazimnya akan meroaming ke lain...contoh mudah ketika solat zuhur di pejabat...selesai solat kita berdoa...Ya AllahYa Tuhanku murahkanlah rezekiku, bahagiakanlah rumahtanggaku tetapi VISUALISE... GAMBARAN MINDA yang hadir mungkin sahaja kerja yang menanti di meja, laporan yang perlu siapkan, meeting dan sebagainya . Haa...itu belum lagi saat TERTEKAN, stress dengan pasangan, majikan. rakan sepejabat, ibubapa, adik beradik, mahupun beban kewangan dan sebagainya.. .Mohon lain pd Allah yang tergambarnya lain pula...contoh minta bahagia tapi yang tergambar derita..’air mata’ dendam, marah, benci...abih camno memanglaa PACKAGE DOA tidak lengkap sempurna ibaratnya sampai kat pintu langit kenalaa BOUNCE balik...doa tidak diangkat para malaikat sebab PACKAGE takda cukup. Inilah yang terkadang hasilnya HIDUP SEAKAN BERKONFLIK.. .BERPERANG DI RELUNG YANG SAMA...ada yang ambilmasa 2 minggu, 2 bulan , 2 tahun, 20 tahun untuk SEMBUH MAHUPUN BERUBAH. KENAPA CEPAT, KENAPA LAMBAT yer? Pernah terfikir...jawapann ya...YOU! YOU HOLD THE “KEY”.

FASA KRISIS ~ Stress, depressi & emotional blockage.

Seringkali juga hasrat serta impian hati ingin menikmati bahagia seperti orang lain tapi diri seakan tidak berdaya dan berkeyakinan berupaya memilikinya. Andai itu yang dilalui..HATI- HATI! Jangan terpedaya dengan perangkap syaitan...JATUH CINTA PADA PEPERANGAN DALAM DIRI DAN KESAKITAN... TENGGELAM DALAM KONFLIK SERTA MEMORI SILAM yang mungkin menguasai diri, bukan begitu Allah inginkan kita berfungsi dalam kehidupan.

THE SECRET ~ TO MAKE YOU HAPPY

Jangan salahkan orang lain jika hidup dirasakan DERITA...anda YANG MEMILIHNYA!Nak tahu RAHSIANYA...there is ONLY one person that can make U HAPPY...and that person is YOU!!! YES IS YOU!!! YOU YANG BERHAK MEMILIH YANG TERBAIK UNTUK DIRI YOU YANG TERSAYANG... bukannya orang lain yang mencorakkannya untuk you...TAKE RESPONSIBLE! Amanah dan bertanggungjawab dengan pilihan dan tindakan yang dilakukan... Stop blaming others!Remember. ..Allah tidak pernah zalim malah seringkali diri sendiri juga yang menzalimi diri dengan jalan dan tindakan yang dipilih!

RESEPI “MERAWAT DIRI” DAN TRANSFORM

Dan tidak lupa RESEPI PENTING untuk merawat diri...HEAL. ..menjayakan TRANSFORMASI DIRI yang diidamkan adalah KENALI DIRI, BERLAKU JUJUR DAN JANGAN SESEKALI MENSABOTAJ DIRI...dan letakkan paksi semua ini kerana Allah swt....mencari keredhaanNYA. ..memburu pengiktirafanNYA bukan sekadar menggaburi mata dengan memburu pengiktirafan si polan dan si polan yang namanya manusia, insyaAllah YAKIN DAN PERCAYALAH Allah pasti bersama-sama anda mengiringi perjuangan indah ini! ANDA PASTI TIDAK AKAN KECEWA...buah tangan yang manis daripada KEKASIH AGUNG INI PASTI MENGIRINGI SETIAP DETIK PERJALANAN, percayalah!! !Saya telah menyaksikan banyak KEAJAIABAN serta KEINDAHAN dalam proses perjuangan para sahabat yang dikasihi, sememangnya ALLAH ITU MAHA ADIL...dihadirkan cabaran, dihadirkan ujian DIA juga hadirkan PENAWAR serta jalan penyelesaiannya. ..sebab itu juga seringkali kita diketemukan. ..bahkan hari ini anda terbaca artikel ini juga bukan secara kebetulan atau saja-saja tetapi atas izin dan perhatian KASIHNYA di atas sana...kalian mencari Allah menjawab dan insyaAllah kita dipertemukan tidak kira sama ada secara MAYA mahupun BERSEMUKA semuanya atas izinNYA juga. Apa yang saya panjangkan di sini adalah sebahagian titipan RAHMAT dan KASIH ALLAH untuk kita semua, besar harapan saya kejujuran serta RAHMAT ini dapat menyuntik INSIGHT ~ CELIK AKAL, membawa keberkatan, keharmonian, ketenangan, kebahagian juga keredhaan Ilahi buat yang mencarinya.. .mengisi kemakmuran dalam ruang hayat izin Ilahi.

Tiada siapa yang HEBAT…kecuali DIA diatas sana…tiada siapa yang sempurna namun dalam KETIDAKSEMPURNAAN itu sama-sama kita terokai KEINDAHAN & KEAJAIBAN ALLAH…untuk sama-sama kita saling lengkap-melengkapi, ingat-memperingati antara satu sama lain ke arah melewati kehidupan yang lebih sejahtera dan harmoni dalam konteks hubungan dengan diri sendiri, orang lain dan lebih utama dari itu tentunya PEMILIK YANG AGUNG itu iaitu Allah swt...

Yang baik itu datangnya dr Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri, jutaan maaf saya pohon andai penulisan saya menyentuh emosi anda!!!(Trigger back all the pain, sadness, grieving, anger, resentment, anxiety, trauma, rejection, seperation and etc...)

Sehingga bertemu lagi...

Inspirasikan hari-hari anda dengan TIPS serta ARTIKEL menarik dengan mendaftar di http://anizanwar. com ~ My LiFe, My LoVe , My PaSSioN is a beautiful journey indeed!
Salam Rahmat & Harmoni ;
Pn Aniz Hj Anwar
EFT Practitioner
Counsellor/Therapis t
KLINIK SUKSES
YM : nizwar75
H/P : 012-3915362
Laman web : http://anizanwar. com
Baca Lagi.. >>