Friday, December 18, 2009

XPDC edaran Risalah Dakwah disabotaj



XPDC Edaran Risalah Pemuda Paka DISABOTAJ UMNO

Hari ini, Rabu, saya merasakan amat terkilan. Dengan keesokannya, Khamis, hari terakhir dalam tahun 1430 Hijrah. Yang meyakinkan lagi bahawa UMNO tidak sukakan Islam, bahkan menyekat daripada tersebar luasnya kefahaman tentang Islam.

Bagi saya, jika bahan risalah tersebut berkait dengan pembongkaran kejahatan, penyelewengan dan kezaliman UMNO ni, saya boleh terima risalah tersebut tidak dicetak dan dikeluarkan. Tetapi, bahan risalah tersebut terkandung isinya doa-doa akhir tahun hijrah dan awal tahun hijrah untuk diedarkan kepada penduduk Paka pada Pasar Malam Paka. Saat-saat akhir tidak dicetak dengan pelbagai alasan yang diberikan. Cukup menyedihkan. Di mana iman orang umno ni yang selama ini menyangka dia beriman kepada Allah?

Saya nak menasihati kepada orang UMNO samada pendokong atau penyokong, dan saya juga turut menasihati kepada semua muslimin dan muslimat, tak lupa kepada diri saya sendiri secara khususnya, tentang beberapa ancaman Allah taala kepada orang yang zalim, orang yang menyekat penyebaran dakwah Islam, dan orang yang memberi pertolongan kepada orang yang melakukan kezaliman, atau kemungkaran.

Dalam Surah Hud, ayat yang ke 18, Allah taala ada menyebut dengan firman-Nya yang bermaksud: "Ingatlah bahawa laknat Allah adalah atas orang-orang yang zalim". Dan pada Surah A'raf, dalam ayat yang ke 44, Allah taala menambah lagi dengan firman-Nya yang bermaksud: "Maka berserulah orang yang menyerukan bahawasanya laknat Allah taala adalah atas orang-orang yang zalim".

Kedua-dua ayat ini dan sebenarnya masih ada lagi ayat al-Quran dengan celaan dan laknatkan Allah taala kepada orang yang melakukan, menyokong, serta membantu kemungkaran, kezaliman, dan menyekat penyebaran syariat Allah taala.

Laknatkan dan celaan ini turut dikuatkan dengan satu hadis soheh, Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan:

من أحدث فيها حدثا أوى محدثا فعليه لعنة الله والملائكة والناس أجمعين

"Barangsiapa yang melakukan sesuatu kemungkaran atau memberi tempat perlindungan kepada orang yang melakukan kemungkaran, maka atasnya adalah laknat Allah, seluruh malaikat dan semua manusia".

Hadis di atas menunjukkan orang yang menyekat penyebaran dakwah Islam turut sama mendapat laknat Allah taala, para malaikat dan orang yang beriman. Saya amat meyakini bahawa orang yang betul-betul memiliki fikiran yang waras boleh menerima hujah Naqli ini. Walaupun dia merupakan lepasan Phd atau MA, apatah lagi mereka yang memiliki Sarjana Muda. Bahkan orang yang beriman dengan sungguh-sungguh boleh menerima nas-nas ini.

Bagi pendokong dan penyokong, terutama pemikir UMNO yang memperagendakan segala perancangan Yahudi laknatullah yang mesti dilaksanakan, merasakan nas-nas yang datang daripada Allah taala dan Hadis Nabi Muhammad SAW hanyalah dongeng rekaan semata-mata. Mereka tidak meyakini dan mempercayainya. Menolak mentah-mentah akan nas-nas yang bercanggah dengan hawa nafsu syaitan dalam diri mereka.

Saya berharap dengan semangat Hijrah yang akan lalui esok malam, yang telah diperintiskan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW, menjadi tuntutan dan tauladan serta panduan dalam usaha memberkati dan merahmati kehidupan kita seharian, sehinggalah berakhir hayat di badan.

Ihsan Daripada:

Ust Mohd Azizul Hisham bin Zulkifli
Timbalan Ketua Pemuda PAS Dun Paka.

4 comments:

Fatimah az Zahra said...

apa pun, pas mesti bersabar dengan sikap umno. ia bukan sekadar parti, tetapi manusia biasa seperti kita juga. pas harus ambil pendekatan dakwah seperti rasulullah. umno, pas dan keadilan harus bersatu di bawah nama islam. jangan terus membenci umno. tak semua umno itu jahat.mereka juga islam.saya bimbang 1 hari nanti, pihak lain akan ambil kesempatan sekiranya kita terus berpecah belah.apa pun, pas harus ambil pendekatan dalam bagaimana mahu mengajak umno bersatu? bagaimana mahu sedarkan umno bahawa nama melayu takkan membantu kita? bagaimana mahu sedarkan umno bahawa Allah lah yang Maha Penolong? bagaimana mahu sedarkan umno yang kita harus bersatu di bawah nama islam? bagaimana mahu sedarkan umno bahawa keadilan adalah bersama pas? dan bagaimana mahu sedarkan umno bahawa jika pas,umno dan keadilan bersatu di bawah nama islam, kita pasti akan kuat? dan bagaimana mahu sedarkan umno bahawa umno dan pas telah dilaga-lagakan oleh pihak yahudi yang mahu melihat islam berpecah belah? bagaimana? kita seorang tak mampu menjawabnya, namun ingat firman Allah di dalam surah yasin ayat 82
"Sesungguhnya urusanNya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu."

Fatimah az Zahra said...

kita punya senjata paling ampuh. ia lebih baik daripada mencela demi memuaskan hati nafsu amarah hasutan syaitan, iaitu DOA.
mari doakan umno dirahmati Allah. rahmat Allah meluas, meliputi semua nikmat. berdoalah. jangan jemu.

Akhi Fadhli said...

Semoga UMNO dapat menerima Islam yang dibawa oleh PAS.. perjuangkan undang2 Islam diatas muka bumi Malaysia ini

saif al mansur said...

Salam Ukhwah..

Skop dakwah perlu difahami. Adakala bahasa baik perlu dilontarkan, tetapi kalau bahasa baik tak faham, bahasa kasar perlu sesekali digunakan bagi memahamkan.

Baik memang sifat yang Rasulullah contohkan kepada kita.. tapi adakah watak baik akan selalunya dibuli.. STOP! Baik bukan bererti boleh dibuli, tetapi baik itu melayan sesuatu perkara kena pada caranya.

Oleh itu, layanlah UMNO dengan baik dengan tajuk 'kena caranya'. Fikirkan..

wassalam
-almansur-