Saturday, September 12, 2009

Hantaran Sebuah Al-Quran




“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad


Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaani rrahim..ALL. .MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirrajim. . Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

sumber: nurul iman
Baca Lagi.. >>

Friday, September 11, 2009

Mengimbau Kenangan Lalu

Pada 7 September baru2 ini, satu program motivasi remaja sempena Nuzul Al-Quran telah diadakan di Sekolah Menengah Teknik Dungun (SMTD) yakni sekolah ana sebelum nih. Tak sangka ana masih berpeluang menjejaki kaki di sana. Ana dan beberapa sahabat2 lain iaitu kebanyakkan dari UiTM Dungun dijemput menjadi fasilitator dalam program tersebut. Program yang dianjurkan oleh JPR ini melibatkan pelajar form 4 sekolah berkenaan dan seramai 400 pelajar telah mengambil bahagian. Seramai 20 orang fasilitator muslimin & muslimat telah dilantik untuk mengendalikan program ini.

Program dimulakan dengan ceramah motivasi oleh Abg Effendy yang bertajuk "Keadaan umat Islam pada masa kini". Ceramah diselitkan dengan video2 tentang perjuangan Rasulullah serta sahabat2 yang terdahulu agar para peserta dapat membangkitkan kembali semangat untuk belajar dengan lebih tekun. Nyata kaedah itu berhasil, pabila melihat para peserta tekun menonton video berkenaan. Alhamdulillah...


Setelah itu, para peserta dibahagikan mengikut halaqah2 kecil untuk membincangkan berkenaan isi ceramah yang disampaikan sebentar tadi. Fasilitator mengambil bahagian sepenuhnya dalam halaqah ini untuk menyampaikan hasrat agar para peserta dapat meninggalkan aktiviti2 yang meruntuhkan akhlak justeru dapat belajar bersungguh2 untuk mencapai kecemerlangan dunia & akhirat.



Program berakhir dengan ucapan harapan oleh ketua fasilitator. Ucapan yang sungguh bermakna itu sedikit sebanyak telah dapat membangkitkan kelesuan para peserta berbanding pada awal program. Lagu Tema "Adakah Kau Lupa" telah menggegarkan dewan utama sekolah berkenaan. Semoga adik2 kita istiqomah dengan semangat tersebut, InsyaAllah.


Sebelum bersurai, barisan fasilitator sempat mengambil gambar kenangan.. Di harap ukhuwwah kita berkekalan hingga ke hujung nyawa, dan teruslah berbakti untuk ISLAM.

Baca Lagi.. >>

Thursday, September 10, 2009

Puasa dan Raya: Mesir VS Malaysia

1. Shahrul Quran

Pada bulan Ramadhan diturunkan Al-Quran. Apa jua amalan akan digandakan pada bulan tersebut. Rakyat Mesir tak kira tua muda, apa jua pangkat dan pekerjaan, tak kira di mana jua, akan kelihatan membaca Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan. Pemandangan seorang pemuda berseluar jean dan berkemeja 't' yang tertulis pelbagai tulisan barat, membaca Al-Quran di dalam bas dan pengangkutan awam lain, bukanlah satu keadaan yang pelik.

Di Malaysia, kadang kala ada pertandingan Tilawah Al-Quran pada bulan Ramadhan. Ada disiarkan secara langsung di TV. Tadarrus juga diadakan di kebanyakan masjid dan surau. Ada juga disiarkan di TV di akhir malam, ketika kebanyakan kita telah masuk tidur. Siaran tertunda dari Masjidil Haram juga disiarkan, walaupun tertunda diadakan pada pukul 2 pagi. Kalau kita membaca Al-Quran di dalam bas atau di tempat-tempat awam, pasti timbul persoalan di benak pemikiran masyarakat, kalau pun tidak bersangka buruk.

2. Ihya' Layalir Ramadhan

Masyarakat Mesir akan berpusu-pusu ke Masjid "sepanjang" bulan Ramadhan untuk mengerjakan tarawih. Biasanya jemaah yang bersolat akan melimpah ke tepi jalan luar masjid. Keadaan kesesakan lalu lintas ketika hampir dengan Masjid setiap malam Ramadhan adalah pandangan biasa. Tazkirah antara tarawih oleh mereka yang ahli, diberikan begitu bersemangat dan ilmiah, menerangkan kelebihan dan kemuliaan Ramadhan. Kebanyakan masjid juga akan menkhatamkan Al-Quran dalam Tarawih. Tahajjud dan Iktikaf amat subur sepanjang Ramadhan di masjid-masjid, terutamanya di malam-malam akhirnya.

Muslimin di Malaysia memenuhi masjid untuk bersolat Tarawih. Kebanyakan masjid juga penuh. tapi sayangnya hanya di hari-hari awal Ramadhan. Bertambahnya hari puasa, makin berkuranglah bilangan saf di masjid. AdaAda juga yang cuba membuat tazkirah, namun kebanyakannya terhalang oleh pihak tertentu. Tahajjud dan Iktikaf hanya dilakukan oleh beberapa masjid sahaja. Maklumlah akhir Ramadhan tentu sibuk dengan pesiapan hari raya bukan?
juga masjid-masjid yang mengkhatamkan Al-Quran.


3. Sumbangan dan Infaq

Masyarakat Mesir cukup terkenal dengan sifat pemurahnya di bulan Ramadhan. Majlis berbuka puasa untuk umum diadakan di mana-mana, hatta di taman bunga. Pendek kata, sepanjang bulan Ramadhan jika anda tidak mahu memasak untuk berbuka puasa tiada masalahnya. Selain itu, jika anda di dalam perjalanan ketika azan maghrib berkumandang, usah risau. Pastinya di tepi-tepi jalan kelihatan mereka yang akan membahagi-bahagikan kurma dan minuman untuk berbuka. Sumbangan untuk para penuntut ilmu juga bertambah-tambah di bulan Ramadhan. Biasanya dalam bentuk barangan dapur, seperti minyak masak, gula, beras dan lain-lain. Para fakir dan miskin juga akan menerima habuan masing-masing di bulan Ramadhan. Pendek kata, Ramadhan dipenuhi disambut dengan begitu meriah bagi mereka.

Di Malaysia, kadang-kala ada juga diadakan majlis berbuka puasa untuk mereka yang tertentu. Tetapi kebanyakan fakir miskin masih terpinggir. Sesetengah masjid ada juga mengadakan majlis berbuka puasa untuk umum. Namun begitu bilangannya masih sedikit. Jika anda ingin membahagi-bahagikan kurma dan minuman di tepi-tepi jalan ketika waktu berbuka, anda mungkin dianggap tidak siuman, atau paling tidakpun, tiada yang sudi menerimanya. Bawalah bekalan sendiri jika merasa perlu berbuka dalam perjalanan. Masing-masing fikirkan diri sendiri.

4. Suasana

Sejak zaman berzaman, menjelang Ramadhan, rumah-rumah dan jalan-jalan akan diterangi oleh sejenis lampu yang dipanggil Fannusah. Ia merupakan sebuah kotak plastik berwarna-warni dan diletakkan lampu di dalamnya. Banyak rumah dan kedai meletakkannya. Selain itu, rakyat Mesir yang gemar bertengkar dan bergaduh juga akan reda amarahnya dalam bulan Ramadhan. Ketika baru ingin memulakan pertengkaran, jika diingatkan akan Ramadhan, maka berdamailah mereka. Kita juga akan saling mengucapkan tahniah dan doa sesama kita setiap kali bertemu.

Masyarakat Malaysia juga akan menerangkan rumah mereka dengan lampu kelip atau pelita, bukan untuk Ramadhan, tetapi kerana tidak sabar untuk berhari raya. Dari sebelum Ramadhan, jualan-jualan murah untuk hari raya kelihatan di sini sana. Iklan-iklan dan lagu-lagu di TV serta radio semuanya bertemakan hari raya. Seolah-olah terlupa "Puasa dulu, baru raya!"

5. Hari raya

Hari raya disambut sederhana di Mesir. Ada juga pakaian baru, hadiah raya (tak semestinya berbentuk duit) untuk kanak-kanak (dan dewasa juga dalam sesetengah keadaan), dan siaran khas di TV. Mereka akan mengucapkan tahniah kepada sesama mereka dengan datangnya hari raya. Solat sunnah Hari Raya biasanya diadakan di tempat-tempat lapang seperti di stadium dan dataran. Begitu ramai sekali jemaah yang hadir. Sebelum solat disunnatkan bersarapan dahulu (untuk aidil fitri), maka ada yang membahagi-bahagikan kurma sambil kita bertakbir. Takbir dibacakan dengan semangat dan beramai-ramai.

Hari raya disambut dengan begitu meriah di Malaysia. Tua, muda, miskin dan kaya semuanya menyambutnya dengan gembira, walau Ramadhan belum tentu terisi dengan baik. Kanak-kanak paling gembira kerana tidak dianggap peminta sedekah jika datang dari rumah ke rumah walau jauh dan tak dikenali untuk mengutip duit raya. Tak cukup rasanya ruang untuk menceritakan sambutan hari raya di Malaysia. Masing-masing dari kita memahaminya.

Persamaan: Persamaan yang ketara adalah apabila habisnya Ramadhan di Mesir dan Malaysia maka semuanya berjalan kembali seperti biasa. Amalan akan berkurangan secara drastik sekali.

Secara keseluruhannya masih banyak lagi ruang yang boleh diperbaiki di tempat kita. Bersama-samalah kita mencantikkan lagi suasana Ramadhan dan Eidul Fitri masyarakat kita. Dari kita bercakaran bilangan rakaat Tarawih, selawat antara solat, dan pelbagai perkara kecil dan khilafiah lain, lebih utama kita menyebarluaskan kefahaman yang betul dalam menghadapi Ramadhan dan hari raya. Mulakanlah dari sekarang bagi Ramadhan yang akan datang.

P/S:
Ana hanya menyebutkan gambaran-gambaran di atas hanya secara umum dan bukan di tempat-tempat tertentu yang mungkin ada pengecualian.

sumber: PASTI Dungun
Baca Lagi.. >>

Takziah Kepada Ust Saiful


TAKZIAH Kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu


DUNGUN – PAS Mengucapkan takziah kepada Timbalan Pesuruhjaya 3 Terengganu Ustaz Satiful Bahari Mamat atas kemalangan menimpa beliau sekeluarga. Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani turut mengucapkan takziah kepada keluarga.

Wan Rozami Wan Abdul Latif dan Zaradi b. Su, yang turut diduga dengan ujian dari Allah itu”Kita (PAS) ucap takziah (kepada keluarga) dan sedekah al-Fatehah kepada (ketiga-tiga) anak-anak yang meninggal dunia (kerana lemas),”katanya ketika ditemui di Kampung Pinang Merah, dekat sini semalam.

Ketua Cawangan PAS kampung tersebut, Wan Mohd Adib Wan Zin berkata, empat orang anak-anak tersebut telah bermain di sungai Paka, berhampiran kampung itu kira-kira pada waktu Asr’ petang semalam.”Apabila, barangkali, ketiga-tiga kawannya telah lemas, anak Ustaz Satiful yang kecil telah berlari ke masjid untuk memberitahu para jamaah yang baru selesai solat Asr’,”ujarnya ketika ditemui Buletinonline.

Beliau berkata, setelah itu, para jamaah masjid dan orang kampung segera menjalankan usaha mencari dan menyelamat dengan dibantu oleh Kelab Penyelam Terengganu (Terengganu Divers Club) serta kerjasama pihak keselamatan Polis dan Bomba, yang turut menghulurkan bantuan.

Katanya ketiga-ketiga anak-anak yang terlibat adalah rakan sebaya dan sekampung serta belajar disekolah yang sama, iaitu Sekolah Rendah Islam Darul Bayan.

Menurutnya, mereka adalah Wan Mohamad Wajihidun Wan Rozaimi, 10 tahun, Muhammad Saifuddin Satiful Bahari, 10 tahun dan Sharif Hidayat Zaradi, 9 tahun.”

Mayat pertama yang ditemui kira-kira jam 8.50 iaitu anak Ustaz Satiful dan dalam setengah jam kemudian, anak saudara kita Wan Rozaimi pula dapat ditemui,”jelasnya.

Jenazah kedua-dua anak tersebut telah disempurnakan kira-kira jam 1.30 pagi hari ini (9 September) dengan solat jenazah di imamkan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Harun Taib.

Kira-kira 50 orang jamaah turut menunaikan solat jenazah itu yang turut dihadiri adalah Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali.

Sehingga kedua-dua jenazah tersebut disempurnakan sepenuhnya kira-kira jam 2.00 pagi, rakan mereka Sharif Hidayat Zaradi yang masih hilang dan belum ditemui.
Baca Lagi.. >>

Wednesday, September 9, 2009

Lagu untuk mu fahami..

Ana bahagikan artikel ini kepada 2 bahagian, yakni sebelum dan selepas mendirikan rumah tangga.. 2 buah lagu yang amat ana tertarik untuk membincangkannya adalah seperti dibawah;

FASA PERTAMA


Sedang ana memikirkan kehidupan yang telah dan bakal ana hadapi pada petang ramadhan baru-baru ini, ana disentakkan dengan lagu nasyid 'permata yang dicari' dari laptop ana.. Sebelum ni, lagu ni sangat popular malah ia adalah lagu faveret setiap penggemar nasyid.. rata2 sahabat ana, semuanya dapat menghafal bait2 lagu ini. Lagu yang diolah daripada madah Imam Nawawi ini sungguh mendalam erti dan maksud tersiratnya.. bagi siapa yang hanya sukakan lagu ni tanpa mengambil endah tentang apa yang ingin disampaikan, pada ana amatlah rugi.



Permata Yang Dicari

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Begitulah barisan lirik yang disusun indah dan membawa erti yang sungguh mendalam... Ana hanya ingin sentuh kepada 3 perkara penting untuk perkongsian dengan sahabat2.

1. Untuk memilih pasangan hidup kita, tidak boleh tidak kita mesti mengambil agama sebagai piroriti (keutamaan) awal. Agamalah yang akan menenangkan jiwa setiap manusia, sekiranya tanpa kehadirannya hati setiap manusia itu pasti tidak tenang. Islam adalah agama dan sebuah cara hidup, meliputi semua perkara wa'ima kaedah bersuci pun.. Jadi sebaik-baik pilihan untuk memilih bakal isteri/suami, pilihlah yang berAGAMA.

2. Sesuatu perhubungan itu pasti tidak akan kekal lama sekiranya hanya bermatlamatkan hawa nafsu dan keseronokkan semata-mata. Apatah lagi kita yang bergelar muslim, Allah pasti murka pada pengamalnya. Seharusnya kita bataskan ia dengan syariat Islam, dan kaedahnya hanya satu iaitu melalui perkahwinan. Jauhkan perhubungan yang sia-sia malah dapat menambahkan dosa pada kita. Ingatlah! Sekiranya tiada keberkatan dan keredhaan daripadaNya, mana mungkin akan lahirnya kebahagiaan. Mungkin juga mereka itu bahgia di dunia, namun tidak di akhirat.. itu pasti!!

3. Allah lah tempat pergantungan kita. Seperti yang tercatat pada rukun iman yang ke-6, Percaya kepada Qada' & Qadar Allah itu adalah suatu yang mesti diyakinkan dalam diri masing2. Tapi berapa ramaikah yang benar2 yakin padanya? Berapa ramaikah yang menerima seadanya percaturan yang diaturkan oleh ALlah? Ana pasti amat segelintir sekali, apatah lagi pada masa kini kepentingan dunia telah melebihi kepentingan akhirat, sehinggakan ada yang sanggup menghina dan mengutuk Pencipta kita!!? Nauzubillah minzalik.. moga2 dijauhkan. Sebagai muslim kita perlulah berusaha serta bertawakkal padaNya, tanamkan keyakinan dan redha dengan apa yang kita perolehi, kerana pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Namun jangan lupa pada proses perusahaan kita itu, kerana semestinya ia wajib mengikut batas dan syariat yang telah ditetapkan oleh Islam.

FASA KEDUA

Setelah berkahwin adakah pasangan hidup kita itu dapat membahagiakan kita? itu persoalan bagi setiap yang ingin mendirikan rumah tangga.. namun ingatlah setiap manusia itu ada kelemahannya, jadi kita kenalah terima pasangan hidup kita itu dengan seadanya. Disini ana ada sebuah nasyid yang diperkenalkan oleh seorang sahabat ana.. sungguh ia memberikan satu peringatan buat ana, dan moga ia juga dapat menyedarkan sahabat2 pembaca sekalian..

Zawjati (My Wife)



“Uhhibuki misla maa anteee” I love you the way you are,
“Uhiibuki kaifa ma kunteee” I love you the way you were,

“Wa mahma kaana ,mahaa saara“ No matter what did or will happen
“anti habeebati anteee” You are and will be My Darling.

“Zawjateee…” My Wifeeey…

“anti habeebati anteee” You are and will be My Darling.

“Uhhibuki misla maa anteee” I love you the way you are,
“Uhiibuki kaifa ma kunteee” I love you the way you were,

“Wa mahma kaana ,mahaa saara“ No matter what did or will happen
“anti habeebati anteee” You are and will be My Darling.

“Zawjateee…” My Wifeeey…

“halaali anti laa akhshaa adulan…an numaqteee…” You're my rightful wife, I don’t fear sin… I don’t care not about those who like to reproach and irritate me.
laqad azina zamaanulana bi wuslim ghayri mumbatteee” It is our destiny to be Together eternally.

“Saqaytil hubba fi qalbi bi husnil fa a’li was-samti” In my heart you instilled love With grace and good deeds.
“yagheeb-us’-sa’adu innibti” Happiness vanishes when you disappear,
“Wa yasful a’yshu inji ti” Life brightens when you're there.

“nahaari kaadihum hatta izaa ma a’ttulil baytee” Hard is my day Until you return home.
“Laqituki fanjala anni duna ya izaaa tabassamteee” Sadness disappears When you smile. J

“Uhhibuki misla maa anteee” I love you the way you are,
“Uhiibuki kaifa ma kunteee” I love you the way you were,

“Wa mahma kaana ,mahmaa saara“ No matter what did or will happen
“antee habeebati anteee” You are and will be My Darling.

“Zawjateee…” My Wifeeey…
“antee habeebati anteee” You are and will be My Darling.

“tagiku bi al hyaatu iza bi aa yauman tabarramti” Life turns black When you're upset,
“fa asssaa jaahidan hatta aw haqqi qaamaa tamannaytee” So I work hard To make your wish come true.

“anaaee anti fal tanay bi jifhil hubbi maa ashtee” You're my happiness. May you be happy forever.
Fa roohanaa qadi talafa ka mislil ardhi wa annabteee Our souls are united Like soil and plants.

“wa amali wa Yaa sakaanee Yaa unsi wa mulhimateee” ”You're my hope, my peace My good company and inspiration.
“yatibul a’eshu mahmaa daaqatil ayyaamu intibteee” Life is good, no matter how hard it is, When you're fine.

“wa amali wa Yaa sakaanee Yaa unsi wa mulhimateee” ”You're my hope, my peace My good company and inspiration.
“yatibul a’eshu mahmaa daaqatil ayyaamu intibteee” Life is good, no matter how hard it is, When you're fine.

“Uhhibuki misla maa anteee” I love you the way you are,
“Uhiibuki kaifa ma kunteee” I love you the way you were,

“Wa mahma kaana ,mahaa…saaraa“ No matter what did or will happen
“anti habeebati anteee” You are and will be My Darling.

“Zawjateee…” My Wifeeey…


Sebelum mengakhiri artikel ini, ana ingin berkongsi satu petikan artikel yang amat menarik & semoga ia dapat menyedarkan kita untuk sentiasa bertawakkal padaNya....

Rintihan seorang Muslimah


Mohon padaMu,wahai Tuhan yang Maha Mengetahui,Yang Maha Kuasa,aku tak berdaya,aku punyai tanggungjawab2 yang perlu dipenuhi di sini,juga aku takut terlalu mengingati dunia yang akan menjauhkan aku dari hari yang berat iaitu akhirat di belakang,namun,aku tak berdaya,bagaimana harus aku buang jauh perasaan ini..aku buntu..

Jika benar ya,dia ini baik untukku,untuk agamaku,kehidupanku dan dengan memilihnya sebagai teman hidup baik selepasnya,dan masa depan yang semuanya di tanganMu,maka aku amat bermohon, taqdirkanlah dia untukku,taqdirkanlah dia untukku,takdirkanlah dia untukku,mudahkanlah dia untukku,dan berkatilah aku dengan dia..mudahkan jalan perkahwinan yang sah dan halal diredhaiMu,dan sementara menanti kurniaMu itu,peliharalah dia baik2 iman dia,amal dia,segala2nya,temukan dia dengan sahabat2 soleh yang Kau redhai,bekalkanlah dia dengan kematangan dan iman yang baik dalam bersedia menjadi seorang pemimpin rumahtangga ke arah yang Kau redhai..

Namun jika tidak,ya Tuhanku,kerana Engkau tahu segalanya,apa gunanya perasaan cinta jika ia tidak baik untuk diriku,agamaku,kehidupanku,dan masa depanku,kesan dengan memilihnya,maka jauhkan dia dariku,jauhkanku daripadanya,buangkanlah perasaan ini sejauhnya,buangkanlah perasaan ini sejauh2nya,buangkanlah perasaan ini sejauh2nya,kerana perasaan ini kau jua yang berinya,aku pinta dan mohon jauhkan sejauh2nya...dan dengan keluasan rahmat dan kasih sayangMu,gantikan dan kurniakan yang lebih baik daripadanya,untukku,agamaku,kehidupanku dan keputusan dengan memilihnya,berkatilah,dan mudahkanlah walau di mana sahaja...

Ameen Ya Rab..aku tak punyai daya dan tempat lain untuk bergantung.. Hanya padaMu ya Allah.
Baca Lagi.. >>

Tuesday, September 8, 2009

SAHABAT SEJATI a.k.a BEST FRIEND?

"Islam sedia panduan pilih rakan, elak mereka yang bawa kemungkaran"

PERUMPAMAAN Melayu menyatakan 'sahabat baik umpama pohon rendang' membawa maksud rakan karib sanggup bersama ketika susah dan memberi bantuan tanpa mengira masa atau keadaan.

Justeru, Islam sentiasa menasihatkan umatnya berhati-hati memilih sahabat bagi mengelak berkawan dengan mereka yang membawa kemungkaran. Firman Allah yang bermaksud: "Janganlah engkau mengikut orang yang sudah Kami lupakan hatinya untuk mengingati (berzikir) pada Kami dan ia suka mengikut hawa nafsunya." (Surah Kahf, ayat 29)

Jika kita memilih sahabat yang terlalu cintakan dunia dan mementingkan hawa nafsunya, ia merugikan terutama apabila kita turut terpengaruh dengan sikapnya. Oleh itu, pilih sahabat yang membimbing ke arah hidup lebih baik mengikut syariat agama.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Seseorang menurut agama (aturan) kekasihnya, oleh sebab itu baiklah seseorang daripada kamu semua itu meneliti orang yang dikasihinya. "
Sifat perlu ada pada seseorang yang ingin kita jadikan sahabat bolehlah dicontohi daripada wasiat al-Qamah kepada anaknya.

Katanya: "Hai anakku, jika engkau perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka pilih yang mempunyai sifat jika engkau melayaninya ia suka melindungi, jika engkau bersahabat dengannya, ia akan menjadi hiasan bagi dirimu dan jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, ia suka mencukupi keperluanmu.

"Pilih sahabat yang apabila engkau menghulurkan tanganmu untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu, jika ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, ia suka menghitung dan dianggapnya sangat berguna, sedangkan jika ia mengetahui keburukan dirimu lalu ia suka menutupinya.

"Pilih sahabat yang jika engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jika engkau diam, ia mulai menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan menimpa dirimu, ia suka membantu dan meringankan, ia suka membantu dan meringan kamu serta menghiburmu.
"Pilihlah sahabat yang jika engkau berkata, ia sukar membenarkan ucapanmu dan bukan selalu mempercayainya saja, jika engkau mengemukakan sesuatu persoalan berat, ia suka mengusahakannya, sedang jika engkau berselisih dengannya, ia suka sekali engkau berselisih dengannya, ia suka sekali mengalah untuk kepentinganmu. "

Saidina Ali menyatakan: "Sahabat yang sebenar-benarnya ialah orang yang di sampingmu. Ia suka membabitkan dirinya dalam bahaya demi untuk kesejahteraanmu. "

Perhatikan nasihat Abu Sulaiman mengenai pentingnya memilih sahabat seperti yang dianjurkan Islam. Katanya: "Jangan sekali-kali engkau bersahabat melainkan salah satu daripada dua orang ini. Pertama, orang yang dapat engkau ajar bersahabat dalam urusan duniamu dengan jujur dan kedua, orang yang dijadikan sahabat itu dapat menambahkan kemanfaatan dirimu untuk akhiratmu.

Jika engkau suka bersahabat dengan orang yang selain dua orang ini, maka pastilah engkau memiliki kebodohan yang luar biasa besarnya."

Baca Lagi.. >>

Sunday, September 6, 2009

Kalimah Tauhid

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

” LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN“

Hayati kandungannya

Bismillahirrahmanir rahim.

Artikel ni agak panjang, tapi banyak pengetahuan dan manfaat untuk kita, insya Allah… Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya.

Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani.. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka..

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, ” Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.” Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, “Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. ” Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, “Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?” Paderi itu menjawab, “Dari tanda yang terdapat di wajahmu.” Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.
Paderi berkata, “Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ” Si pemuda tersenyum dan berkata, “Silakan!” Sang paderi pun mulai bertanya,

“Sebutkan satu yang tiada duanya,
dua yang tiada tiganya,
tiga yang tiada empatnya,
empat yang tiada limanya,
lima yang tiada enamnya,
enam yang tiada tujuhnya,
tujuh yang tiada delapannya,
delapan yang tiada sembilannya,
sembilan yang tiada sepuluhnya,
sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
sebelas yang tiada dua belasnya,
dua belas yang tiada tiga belasnya,
tiga belas yang tiada empat belasnya.”
“Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!
Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!”
“Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?
Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?”
“Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!
Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?”

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca “Bismillah...” dia berkata,

- Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..
- Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, ”Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).” (Al-Isra’: 12).
-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
- Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.
- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
- Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.
- Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s..w.t. berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.” (Al-Mulk: 3).
- Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, ” Dan malaikat- malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.” (Al-Haqah: 17).
- Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*
- Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s..w.t. berfirman, “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.” (Al-An’am: 160).
- Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf.
- Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, “Pukullah batu itu dengan tongkatmu.” Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.” (Al- Baqarah: 60).
- Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
- Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktuSubuh. Allah s.w.t.. berfirman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. ” (At-Takwir: 18).
- Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS...
- Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan
serigala.” Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, “Tak ada cercaan terhadap kamu semua.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Yusuf:9)
- Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.” (Luqman: 19).
- Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim..
- Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.” (Al-Anbiya’: 69).
- Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
- Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.” (Yusuf: 28).
- Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.

Permintaan ini disetujui oleh paderi.
Pemuda ini berkata, “Apakah kunci syurga itu?”
Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekhuatirannya, namun tidak berhasil.
Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, “Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya
dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi hanya satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! “

Paderi tersebut berkata, “Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.”
Mereka menjawab, “Kami akan jamin keselamatan anda. “
Paderi pun berkata, “Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. “

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.**

NOTA:

Ini merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur’an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.

Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. Namun, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.
Baca Lagi.. >>