Saturday, October 17, 2009

Jadikan Usrah Agenda Utama


Tahniah dan syabas kepada Lujnah Tarbiyyah dan Latihan Kepimpinan PAS Pusat di atas kejayaan menerbitkan Buku Manhaj Usrah PAS 2 sebagai lanjutan daripada Buku Manhaj Usrah PAS 1.

Berikutan dengan penerbitan Manhaj Usrah PAS 2 dan Manhaj Usrah PAS 1 sebelumnya, adalah dicadangkan agar PAS Pusat melalui Lujnah Tarbiyyah dan Latihan Kepimpinan mengarahkan semua cawangan PAS di seluruh negara agar melaksanakan aktiviti usrah di peringkat cawangan masing-masing dengan menjadikan buku berkenaan sebagai teks usrah.

Tindakan terus membiarkan cawangan untuk memilih sama ada melaksanakan atau tidak melaksanakan usrah, tanpa sebarang arahan yang tegas apatah lagi pemantauan daripada kepimpinan parti, sebagaimana yang berlaku sehingga kini, tidak akan memberikan makna yang besar kepada kehadiran buku-buku berkenaan, apatah lagi kepada usaha menyerlahkan PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

Lebih daripada itu, perlu diingat dan disedari, tuntutan melaksanakan aktiviti usrah semakin mendesak dalam suasana dan keadaan parti dan jamaah yang kita cintai ini kian diminati dan kini telah bersifat sebagai sebuah kerajaan menanti.Pengabaian kita khususnya pimpinan jamaah/parti terhadap tuntutan ini akan meletakkan jamaah dan parti dalam keadaan penuh ketempangan di sana sini.

Lawatilah cawangan-cawangan PAS di seluruh negara, kita akan dapati cawangan-cawangan PAS, bagaikan, hidup segan mati tak mahu, hidup dan kelihatan ada semasa musim pilihanraya dan hilang (mati) entah ke mana di luar musim pilihanraya.Segalanya berpunca daripada tiadanya mekanisme dan medan yang berkala sifatnya, yang mampu menggerakkan cawangan.

Dampingilah ahli-ahli PAS cawangan di seluruh negara, kita akan dapati betapa longgarnya hubungan persaudaraan sesama kita walaupun berada di dalam satu jamaah di satu cawangan yang sama.Terkadang tidak terasa di benak kita bahawa kita diikat dan terikat oleh jamaah/parti yang sama, yang menjadikan Islam sebagai dasarnya. Segalanya berpunya daripada tiadanya medan pertemuan di atas nama jamaah/parti yang boleh mengikat hati dan memesrakan diri sesama kita.

Sorotilah pemikiran ahli-ahli PAS cawangan di seluruh negara, kita akan dapati rencamnya bentuk pemikiran ahli-ahli kita, hatta dalam perkara yang kita sepatutnya tidak berbeza pendapat/pemikiran. Lebih menyedihkan, di kalangan kita ada yang buntu dan tidak tahu bila di tanya pandangan tentang isu-isu yang sering diperkatakan oleh pimpinan jamaah dan parti seperti negara Islam, hudud, Islam Hadhari dan seumpamanya. Segalanya berpunca daripada tiadanya medan pengisian ilmu haraki/ politik Islam secara tersusun yang boleh menyatukan fikrah/pemikiran ahli-ahli kita.

Pendek dan tegasnya, demi menggerakkan cawangan PAS di seluruh negara, mengukuhkan hubungan persaudaraan sesama kita, menyatukan pemikiran ahli-ahli kita, kita wajib mengorak langkah menjadikan usrah sebagai agenda dan aktiviti utama jamaah dan parti bermula dari peringkatnya yang paling asas iaitu cawangan. Biarlah di peringkat permulaan ini, ahli-ahli PAS cawangan boleh di kumpulkan di atas nama jamaah/parti dengan sedikit pengisian ilmu haraki/politik Islam (yang tidak dibincangkan di surau/masjid) oleh naqib-naqib/pimpinan kita dengan kekerapan paling minimum sebulan sekali.

rujukan: Ustaz Azizul
Baca Lagi.. >>

Friday, October 16, 2009

Pendidikan dengan Celupan Allah


Nabi saw bersabda, bermaksud: 'Anak kecil itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Ibubapanya yang membentuknya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.' Mengapa tidak disebut Islam dalam hadis di atas? Ada ulama yang menyatakan bahawa jika dibiarkan anak itu membesar dalam keadaan sendirinya, mereka akan mencari Allah dan petunjuk Islam kerana Islam itu adalah fitrah semulajadi manusia.

Tetapi Nabi saw menyebut: "Ijtaalat hum usSyayatin' (Syaitan yang menyesat dan menyelewengkan mereka). Siapakah Syaitan itu? Allah berfirman, bermaksud: " ..yang mewas-waskan dalam hati manusia, dari kalangan Jin dan manusia." (rujuk surah A An'am,ayat 112). Syaitan dari kalangan jin adalah jelas. Di kalangan manusia pula, mereka yang bersifat Syaitan adalah manusia yang menyesatkan manusia lain dari jalan Allah. Justru, tak pelik jika sekiranya ibubapa juga boleh menjadi syaitan terhadap anaknya. Syaitan yang bagaimana?

Nabi memberitahu bahawa anak-anak adalah seperti kain putih. Ia bersedia menerima apa-apa warna yang dicelup kepadanya. Biru yang dicelup, birulah ia. Hijau yang dicelup, hijaulah ia. Hitam yang dicelup, hitamlah ia. Pendek kata warna yang dicelup kepada kain putih tadi amat penting untuk memastikan warna terbaik bagi kain tersebut. Allah mengingatkan kita, bermaksud: 'Celupan Allah. Siapakah yang lebih baik celupannya dari celupan Allah. Dan kami menjadi hamba kepadaNya.' (Surah Al-Baqarah, ayat 138)
Celupan Allah tentunya Islam.

Celupan Allah bererti kita mesti mendidik anak-anak itu supaya kembali kepada fitrah semulajadinya iaitu Islam. Perkenalkan mereka dari kecil tentang Allah, ajarkan mereka Quran, biasakan mereka dengan solat, tutup aurat dan adab. Perkenalkan mereka tentang dosa pahala. Moga-moga mereka dicelup dengan celupan sebenar.


Malangnya, menjadi budaya yang bercanggah dengan Islam apabila anak-anak tadi dibesarkan menurut cara yang bukan diperintah oleh Allah. Quran diganti dengan menyanyi. Hafal lagu lebih penting dari hafaz ayat-ayat Quran. Diajar bermain piano menggantikan mengenal solat. Berfesyen mendedahkan aurat menggantikan adab menutup aurat. Pendek kata kita membesarkan anak-anak dengan cara yang boleh merugikan kita sendiri-dunia dan Akhirat.

Sesetengah ibubapa mahukan anaknya cepat menjadi glamour, cepat kaya melalui publisiti dan gaya hidup yang cukup mudah diraih tanpa banyak usaha. Cara tersebut antaranya dilatih menjadi selebriti, artis dan orang-orang popular secara instant. Tetapi pernahkah ibubapa ini terfikir kesan jangka masa panjang tentang keinginan yang salah itu? Apalah yang boleh diberi syafaat oleh si anak yang menjadi artis popular, selebriti glamour atau bintang handalan di Akhirat kelak untuk ibubapanya? Dirinya sendiri belum tahu untung nasib, sementelah pula mahu menolong orang lain. Bahkan terkadang menjadi musuh pula walaupun terhadap ibubapa dan anak-anak sendiri.


Tetapi anak yang hafaz Quran, insyaAllah bukan sahaja boleh membantu dirinya, bahkan ibubapa dan kaum keluarga. Demikian juga anak yang mati syahid, yang alim dan yang soleh. Nabi saw berpesan bahawa di antara amalan yang boleh memberi manfaat kepada kita selepas mati ialah anak soleh yang mendoakan ibubapanya. Kalau kita didik anak-anak dengan celupan Allah, insyaAllah kita tidak akan menyesal nanti. Pahala sentiasa datang kepada kita selepas mati melalui doa dan amalan anak-anak kita.


Tetapi jika kita tersalah mendidik mereka, tentunya penyesalan kita tidak akan sudah. 'Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.' Dan tentunya untuk mendidik anak-anak dengan celupan Allah ini datangnya dari kesedaran ibubapa, kefahaman yang jelas tentang Islam, kecaknaan tentang implikasi baik dan buruk hasil didikan mereka. Jangan jadi seperti Anakku Sazali, yang menyesal dengan salah didikan. Dunia moden memang cukup mencabar ibubapa. Tetapi cabaran itulah yang mesti ditempuhi-mahu atau tidak-supaya amanah dari Allah itu tidak dipersiakan. Dunia ini pentasnya, Padang Mahsyar itu tempat pengadilannya, Allah itu hakimnya, Syurga atau Neraka itu trofinya.


Baca Lagi.. >>

Ayuh sahabat2 kita bertaubat!

Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat

Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat

Astaghfirullahal’adzim

Reff:
Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuma satu kali

Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat

Cepat ucap astaghfirullahal’adzim

Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka

Astaghfirullahal’adzim

Repeat Reff

Cepat ucap astaghfirullahal’adzim

Repeat Reff

Cepat ucap astaghfirullahal’adzim
Cepat ucap astaghfirullahal’adzim


* sobat = sahabat

p/s: sama2 dengar lagu yang penuh makna ini.. semoga ia dapat m'insafkan kita daripada melakukan maksiat kepada-Nya.



Baca Lagi.. >>

Apakah Politik kita jadi Ibadah?

Kebetulan, sejak semalam saya sudah menjejak di Port Dickson – tempat yang menjadi gelanggang pertarungan terkini dua parti politik orang Melayu Islam kita. Bersama dengan beberapa orang sahabat, saya akan melaksanakan program Mukmin Profesional kepada tenaga-tenaga pemikir yang datang dari pelbagai insitusi pengajian tinggi awam dan juga pelbagai pertubuhan samada yang berlatr belakngkan politik ataupun perniagaan.

Melalui bandar Port Dickson masa ini, kita seperti “tetamu” yang disambut dengan pelbagai warna bendera – dan tentu sahaja warna biru, hijau dan merah mendominasi. Ya, inilah warna demokrasi yang tercipta (dalaman dan luarannya) ketika tiba musim memilih pemimpin. Apapun seperti yang saya selalu ungkapkan… satu persoalan menerjah ruang fikiran, sudah sekian lama orang Melayu Islam berpolitik… apakah kita sudah matang? Apakah kita sudah berpolitik dengan penuh KEBIJAKSANAAN dan KESABARAN?

Bila saya menjengah ke laman-laman web dan blog-blog tertentu, khusus yang membicarakan soal terkini di bandar yang sejuk dengan pemandangan pantai-pantai yang indah ini… sedih kerana wajah politik orang-orang Melayu masih hodoh. Situasi dan perkembangan terkini jika tidak ditangani dengan proses memberi ilmu dan didikan yang berterusan dan mantap akan menolak orang Melayu dalam jurang dendam yang berpanjangan. Yang menang akan terus menghenyak, yang kalah akan terus menyalak.

Percayalah, politik ini hanya alat, bukan matlamat. Kuasa itu hanya jalan, bukan tujuan. Sejak dulu saya berkeyakinan perlu ada “aliran ketiga” dalam arus politik Melayu. Mereka yang boleh mendamaikan, meredakan, menasihati dan mengingatkan, agar percakaran sesama Islam ini tidak melampaui batas-batas akidah, syariah dan akhlak Islamiah. Berpolitiklah, perjuangkanlah keyakinan masing-masing… tetapi dalam kerangka “satu perlumbaan” untuk mendapat keredaan Allah dengan berbakti setulusnya kepada manusia.

Lalu seusai solat Subuh ini, di kala memandang pantai yang sejuk oleh puputan bayu… ketika “orang-orang politik” walau di sebelah manapun mereka berada, ketika mengangkat tangan berdoa kepada Allah, janganlah hanya memohon kemenangan, tetapi pohonlah juga kedamaian, hidayah dan rahmat untuk umat ini secara keseluruhan. Jika mereka tidak tahu, pohonlah doa agar umat ini cepat tahu. Jika mereka terkeliru, pohonlah agar umat ini mendapat petunjuk. Inilah ibrah ketika rasulullah SAW dilempar batu ketika di Taif. Apakah kita punya kesabaran seperti Rasulullah SAW yang ketika ditawarkan pertolongan para malaikat untuk menghancurkan penentangnya… lalu tetap berharap agar generasi kemudian akan beriman?

Sahabat-sahabatku yang sedang berjuang, samada dalam wasilah dakwah atau siasah… marilah kita terus berdoa dan berusaha untuk diangkat segala keresahan dalam dada umat ini. “Gempa hati” yang melanda ini perlu diredakan segera sebelum Allah mendidik kita dengan “Gempa Bumi” atau apa sahaja mehnah-Nya yang pastinya akan lebih memedihkan kita. Kata ulama-ulama rohani, Allah akan mengingatkan kita dengan “ujian-ujian” kecil untuk mengingatkan, tetapi jika kita terus alpa… Allah akan mengingatkan kita dengan ujian-ujian yang lebih besar dan azab. Kata pakar-pakar motivasi pula, “Tuhan mula melontar kita dengan batu-batu kecil… namun jika kita tidak berubah Tuhan mula melontar kita dengan batu-bata.”!

Ya, tentu ada hikmahnya saya tercampak ke sini. Medan berapi untuk cuba dicurah dengan sekendi air. Saya akan terus berdakwah dengan semangat burung kecil (dalam kisah Nabi Ibrahim – seperti yang pernah diceritakan oleh Ustaz Zambri “Mantap” dalam satu program Tv untuk anak-anak) yang menuangkan setitis air untuk memadamkan api besar yang dinyalakan Namrud untuk membakar Nabi Ibrahim.

Ketika perbuatan burung kecil itu ditertawakan oleh burung-burung besar yang lain (kerana mana mungkin setitis air boleh memadamkan api yang besar itu), dengan penuh yakin burung kecil itu menjawab:

“Allah tidak akan tanyakan aku apakah dengan usahaku api besar ini akan padam atau tidak, tetapi aku takut Allah akan tanyakan aku, apa yang telah aku buat untuk memadamkan api ini?”

Ah, mentari mulai tersenyum. Kokok ayam mula reda. Hari sudah semakin cerah. Izinkan saya bergerak… doakan saya wahai sahabat-sahabat. Semoga kerja “kecil” ini saya laksanakan dengan jiwa yang besar. Untuk mu saya tinggalkan satu renungan : MUHASABAH DI PORT DICKSON: APAKAH POLITIK KITA JADI IBADAH?

Marilah sama kita bermuhasabah, sejauh mana urusan dan kerja politik kita jadi ibadah dengan melihat syarat-syarat di bawah:

1. Mulakan dengan niat yang baik.

Sebelum kita menceburi bidang politik, cuba tanyakan hati apakah niat kita menceburi bidang ini? Pastikan pada awal-awal lagi, niat kita ialah niat yang baik. Apakah niat yang baik? Banyak niat yang baik, umpamanya… ingin membela nasib bangsa, memertabatkan negara, membantu masyarakat dan lain-lain. Ini adalah niat yang baik. Namun, perlu diingat ada niat yang ‘lebih baik’ berbanding niat-niat tersebut. Sebagai seorang Islam kita sewajarnya membuat sesuatu dengan niat ‘kerana Allah’.

Ini kerana Islam mengajar kita bahawa setiap urusan yang melibatkan hubungan sesama manusia, Tuhan mestilah dijadikan sebagai pengikat dalam perhubungan itu. Oleh itu, adalah lebih baik jika ‘mengikat’ niat membela rakyat, bangsa dan negara itu atas dasar ‘kerana Allah’. Katakan kepada diri , “aku ingin membela bangsaku, masyarakatku dan negaraku kerana Allah memerintahkan aku untuk berbuat demikian.” Dengan cara ini tugas politik kita akan terikat dengan misi utama Tuhan jadikan manusia yakni untuk beribadah kepada-Nya. Firman Allah:
“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku.”

Niat ‘kerana Allah’ itulah nanti yang akan menjadi pengawal, pemantau dan pendorong untuk kita berlaku benar, telus dan tulus dalam kancah politik yang sering digambarkan sebagai ‘kotor’ itu. Sebaliknya, niat semata-mata ingin membela bangsa, negara dan lain-lain tidak cukup kukuh untuk menjamin kita tidak tergoda dan tergelincir dalam dunia politik yang tentunya penuh dengan cabaran dan godaan samada dalam bentuk nikmat atau kesusahan. Betapa ramai ‘pejuang’ bangsa yang terkorban dek harta? Betapa ramai pula ‘pembela’ masyarakat yang lupa daratan bila disanjung?

Namun, jika kita berbuat dan berjuang atas dasar yang kukuh yakni ‘kerana Allah’, maka Tuhan akan sentiasa berada di hati kita untuk menjamin kita sentiasa berada di atas landasan yang benar pada setiap masa dan suasana. Ingatlah, natijah (pengakhiran) dari sesuatu selalunya ditentukan oleh muqaddimahnya (permulaan). Oleh itu, semuanya bermula dengan niat, jika niat baik, maka besar kemungkinan pengakirannya pun turut baik. Tetapi sekiranya, niat awal hanya untuk mendapat ganjaran, sanjungan dan nama, maka batalkan sahaja hasrat kita menceburi politik. Kita tidak akan menjadi ahli politik yang baik jika bertitik-tolakkan niat yang tidak baik.

2. Bidang yang diceburi (politik) adalah satu yang dibenar oleh syariat.

Politik atau siasah memanglah suatu bidang yang bukan sahaja dihalalkan bahkan diutamakan dalam Islam. Istilah politic bermakna, ‘the arts and sciene of government’. Atau ‘siasah’ dalam bahasa Arab berasal daripada kata dasar yang bermakna, ‘to lead, to guide, to conduct, to direct’. Jika politik dilihat menerusi dimensi ini, maka ia adalah satu bidang yang sangat berkait rapat dengan peranan manusia di atas muka bumi yakni seebagai khalifah Allah. Firman Allah:
“Kami jadikan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi.”

Dalam konteks ini politik dilihat seabagi satu urusan kepimpinan yang hakikatnya adalah amanah Allah kepada setiap manusia. Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud, setiap kita adalah gembala (pemimpin) dan setiap pemimpin akan ditanya tentang kepimpinannya. Urusan ini sangat penting dalam ajaran Islam justeru ia adalah satu alat ataupun jalan untuk menegakkan ubudiyah kepada Allah swt. Oleh itu, ahli-ahli politik seharusnya sedar bahawa bidang yang mereka ceburi adalah satu gelanggang yang begitu besar dan luas untuk meraih keredaan Allah.

3. Melaksanakan amalan berpolitik itu dengan betul.

Niat yang baik semata-mata tidak akan menjamin kita menjadi seorang ahli politik yang baik. Langkah seterusnya ialah laksanakan niat itu dengan betul. Melaksanakan dengan ‘betul’ di sini bermaksud mematuhi syariat (peraturan Allah). Maksudnya, kita mesti sentiasa memilih cara yang halal dalam melaksanakan urusan politik. Islam tidak mengamalkan dasar politik Machevelli – matlamat menghalalkan cara. Tegasnya, niat yang baik mestilah dilaksanakan dengan cara yang baik. Oleh itu, jangan sekali-kali kita terlibat dengan perkara-perkara yang haram, mungkar dan dosa dalam melaksanakan cita-cita politik.

Pelaksanaan politik itu hendaklah sentiasa mengikut batas-batas syariat dan peraturan-peraturan lain yang selaras dengan kehendak Allah. Proses berpolitik hendaklah sentiasa berpandukan batas-batas hukum yang lima – halal, haram, harus, sunat dan makruh. Kepatuhan kepada hukum Allah ini secara otomatik akan menyebabkan peraturan parti dan negara turut dipatuhi. Politik wang misalnya, bukan sahaja bertentangan dengan peraturan dan etika parti tetapi ia adalah haram di sisi Allah.

Begitu juga perbuatan mencaci, menghina dan memfitnah musuh politik tidak wajar dilakukan walau atas apa alasan sekalipun. Yang penting ialah memberi penerangan dan penjelasan tentang matlamat atau apa yang hendak kita perjuangkan. Boleh mengkritik, menegur malah menyalahkan pihak lain tetapi hendaklah dalam batas-batas syariat dan akhlak Islamiah. Baik sesama rakan separti separti atau dengan parti lawan, kita seharusnya menjaga diri agar tidak dirasuk oleh sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki, dendam, marah, tamak dan lain-lain. Untuk mendapat kedudukan atau pangkat tidak salah, tetapi dapatkanlah dengan cara bekerja keras bukan dengan cara mengampu, menyogok atau mengancam. Ingat selalu, pangkat bukan matlamat tetapi hanya alat dalam sesuatu perjuangan.

4. Berpolitiklah secara yang paling optimum (terbaik)

Untuk menjadi seorang ahli politik yang baik, kita mestlilah melakasanakan tugas politik secara yang terbaik (optimum). Maksud optimum di sini ialah kita berpolitik dengan penuh kemahiran, ilmu dan etika kerja yang tinggi. Kita seharusnya mendalami ilmu-ilmu tentang pengurusan, pentadbiran dan perhubungan. Kuasailah kemahiran berfikir yang tajam dan cepat. Berlatihlah cara bercakap dan berucap dengan berkesan, agar mesej politik dapat difahami dengan baik oleh masyarakat. Banyakkan membaca, bergaul dan mendengar suara rakyat menerusi apa jua saluran yang dapat mempertingkatkan mutu kepimpinan dan pengurusan. Ahli politik yang baik, tentunya mempunyai ilmu tentang agama, psikologi, ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain mengikut tahap atau bidang yang selaras dengan kedudukan kita di dalamparti dan masyarakat.

Tidak cukup sekadar itu, kita mestilah mempunyai ‘skill’ dalam bidang perhubungan manusia. Kebolehan menjadi pendengar yang baik, empati dan peka dengan apa yang disuarakan atau apa yang tidak disuarakan. Ini adalah suatu yang wajib untuk melonjakkan karier politik kita. Kita mesti mahir dalam pengurusan masa dan mempunyai kecekapan dalam mengatur serta membahagikan waktu dengan cekap dan berkesan. Urusan diri, keluarga, masyarakat, parti mestilah disusun secara adil agar setiap tindakan diatur mengikut tahap keutamaannya. Jangan ada perkara yang penting tercicir atau terpinggir.

Bergepanglah kepada etika kerja politik anda. Sentiasalah mengutamakan rakyat dan perjuangan bangsa berbanding dengan kepentingan diri. Cuba lihat sejarah ‘ahli-ahli’ politik yang berjaya khususnya para khulafa ur Rasyidin (Sayidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali R.A.) mereka semua telah berpegang kepada etika ini sampai ke akhir hayat. Jika ditakdirkan menjadi wakil rakyat, duduklah bersama rakyat, dengar suara hati mereka. Jangan jadi wakil rakyat yang jarang ‘bersama’ rakyat. Sabar, berkorban, prihatin, empati, pemaaf, pemurah adalah sifat-sifat yang perlu ada jika anda ingin menjadi ahli politik yang baik.

5. Tidak meninggalkan perkara-perkara yang asas dalam Islam.

Perkara yang asas dalam Islam ialah rukun Iman yang enam dan rukun Islam yang lima. Ini adalah pra-syarat kepada semua perlakuan umat Islam untuk dinilai sebagai ibadah. Sekiranya perkara-perkara asas ini diabaikan, semua kebaikan yang kita bina sebelumnya tidak akan dinilai sebagai kebaikan. Bayangkan, bagaimana kita boleh dianggap seorang manusia yang baik jika kita mengabaikan ibu kandung sendiri walaupun kita takdirnya telah berbakti kepada seluruh manusia? Maka begitulah orang yang tidak mendirikan perkara-perkara asas dalam Islam ini, maka ia tetap ‘jahat’ walaupun segunung kebaikannya kepada manusia.

Solat misalnya, tidak boleh diabaikan walaupun sesibok mana urusan politik kita. Jangan bermesyuarat menyebabkan anda luput waktu solat. Jika kita sudah cukup harta, maka laksanakanlah ibadah haji tanpa melengah-lengahkannya dengan alasan kononnya sibok berbakti kepada masyarakat. Hendaklah kita ingat, ibadah-ibadah asas inilah yang akan memberi kekuatan jiwa, kelapangan fikiran dan ketenangan emosi untuk kita menjalankan urusan politik dengan lebih afektif, produktif dan kreatif lagi. Ingatlah, barangsiapa yang menjaga hubungannya dengan Allah, maka Allah akan menjaga hubungannya dengan manusia.

6. Natijah yang baik

Bagaimana sikap kita di hujung kejayaan atau kegagalan di hujung karier politik? Jika ditakdirkan kita berjaya, maka bersyukurlah dengan kejayaan itu. Bukti syukur ialah dengan kita merasakan nikmat kejayaan itu datangnya dari Allah bukan kerana kebijaksanaan kita. Nafikanlah segala kelebihan, usaha dan tenaga kita di hadapan Tuhan dengan merasakan semua itu tidak memberi kesan tanpa bantuan daripada-Nya.

Kemudian, rasa syukur di dalam hati itu dilanjutkan lagi dengan melahirkan tindakan-tindakan yang selaras dengan tujuan Allah mengurniakan nikmat itu. Diberi pangkat, itu tandanya Tuhan ‘menyuruh’ kita berbakti kepada manusia dengan pangkat tersebut. Maka berbaktilah, bukan menyombong diri. Janganlah hendaknya syukur terbatas hanya di lidah, tetapi kosong di hati dan sifar pula dalam tindakan.

Sebaliknya, jika gagal, bersabarlah… hakikatnya Allah mahu mematangkan karier politik kita. Bukankah besi sejati ditempa oleh kepanasan yang tinggi? Jadi, jangan putus asa. Tempohlah sekali lagi, soalnya bukan serendah mana kita jatuh tetapi setinggi mana kita melonjak semula. Hakikat ini bukan sahaja satu sunnahtullah dalam kehidupan, bahkan inilah juga asam garam dalam dunia politik. Pastikan kita tidak kecewa atau patah hati. Bangunlah setiap kali kita jatuh!

Keenam-enam langkah itu akan mudah diikuti sekiranya iman diperteguhkan. Seseorang akan memilih himpunan tindakan yang selaras dengan keimanannya dan menolak sesuatu yang bertentangan. Inilah yang membentuk sistem nilai. Sistem nilai ini akan membentuk sikap ahli politik yang Islamik bukan sahaja di sudut cakapnya tetapi juga sikapnya. Indahnya, program ‘ke dalam’ ini jika berjaya dilaksanakan pasti menyerlahkan kesannya pada diri, masyarakat dan pengundi. Penghayatan berpolitik sebagai satu ibadah, akan memperteguhkan kekuatan dan perpaduan dalam parti tanpa perlu dilakon-lakonkan atau dilobi-lobi lagi.

Demikianlah sedikit gambaran bagaimana menjadikan politik sebagai satu ibadah. Langkah-langkah ini tidak terlalu memperincikan perkara-perkara yang boleh kita fikirkan sendiri. Garis-kasar yang diberikan oleh buku ini adalah terlalu umum untuk memperkatakan soal politik dalam huraian yang lebih ilmiah. Namun rasanya ia sudah memadai untuk meransang dan membuka fikiran untuk merealisasikan politik sebagai satu ibadah!
Baca Lagi.. >>

Thursday, October 15, 2009

1 Malaysia: Satu Analisa

Setelah lebih 50 tahun Malaysia merdeka, pemimpin negara masih lagi berjuang memperkenalkan pelbagai slogan dan kaedah bagi memupuk perpaduan dikalangan rakyatnya yang berbilang bangsa dan agama.

Terbaru, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak memperkenalkan konsep ‘Satu Malaysia’ yang bermotokan ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

Konsep ini diperkenalkan bagi mewujudkan satu uniti baru dikalangan masyarakat majmuk di bawah satu nama, Satu Malaysia. Sinisnya, tatkala konsep ini sedang sibuk dipromosikan oleh media perdana, kedengaran sumbang suara manyamakan konsep ini dengan ‘Malaysian Malaysia’ yang diperjuangkan oleh parti Democratic Action Party (DAP).

Namun omongan kosong ini mudah ditangkis, parti United Malays National Organization (UMNO) mana mungkin menggadaikan sifat ultra-Melayunya dalam soal kepimpinan negara. Sifat ini paling menebal dan hanya sekuat mampu dilonggarkan, itu pun akan mendapat tentangan hebat daripada golongan konservatif dalam parti itu.

Antara kegagalan utama kerajaan Barisan Nasional dan mungkin kerajaan hampir diseluruh dunia adalah memecahkan blok-blok pemikiran berlandaskan perkauman dikalangan rakyat dan pemimpin politik. Negara yang mendakwa dirinya sebagai paling bertamadun juga masih gagal memecahkan blok perkauman, buktinya masih berlaku sikap prejudis dan penindasan ke atas warganya yang berkulit hitam. Kemenangan Mubarrak Hussein Obama? Itu kenyataan yang masih boleh dipertikaikan jika dinilai daripada sudut pilihan, keterampilan, dan strategik politik ketika pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS) berlangsung.

Memikirkan penyelesaian kepada isu ini dalam konteks negara Malaysia, Perdana Menteri (PM) Malaysia ke-6 kelihatan begitu optimistik dalam memperkatakan tentang konsep ‘Satu Malaysia’. Konsep ini pada pengamatan awal diharap sekurang-kurangnya dapat mengurangkan jurang jika pun gagal memecahkan blok-blok pemikiran yang berlandasan perkauman. Namun, kepimpinan baru ini perlu berani tampil dengan idea-idea baru walaupun ia mungkin akan mencantas imej lapok mereka sebagai pejuang satu ‘bangsa’.

Antara perkara awal yang wajar dilakukan untuk merealisasikan konsep ini adalah kembali di’tajdid’kan media rasmi milik kerajaan. Media ini tidak hanya berkisar media milik UMNO seperti Utusan atau Radio Televisyen Malaysia (RTM), tetapi juga media-media di bawah penguasaan parti-parti politik yang lain.

Apa yang perlu ditajdidkan adalah kaedah penyampaian, interpretasi berita, fokus utama berita, dan ketelusan maklumat. Masalah utama media milik parti-parti politik adalah terlalu membicarakan segala isu dalam sesebuah bangsa yang diwakilinya seperti survival bangsa, betapa bangsanya terancam, bangsanya yang ditindas, bangsanya dilayan seperti kelas kedua, bangsanya yang dipinggirkan, dan sebagainya. Masalah ini tidak hanya berlaku pada media milik UMNO seperti Utusan Melayu, ia juga berlaku pada media milik parti Malaysian Chinnese Association (MCA) dan lain-lain parti politik.

Imej lapok dan konservatif ini perlu kembali dicorakkan dengan imej baru yang mana media bercakap tentang survival masyarakat Malaysia tanpa perlu memfokus pada mana-mana bangsa atau kaum tertentu.

Media juga perlu hadir sebagai wacana ilmu yang membicarakan isu kemiskinan, ekonomi, budaya dan sosial merentasi sempadan bangsa.

Melayu, Cina dan India adalah berbeza, mana mungkin boleh duduk pada kerusi yang sama? Silapnya media selama ini adalah apabila terlalu memperbesarkan isu berbezaan namun kurang menekankan persamaan yang dikongsi bersama.

Sering kali yang menjadi tajuk utama media adalah betapa putihnya bangsa kita, dan betapa hitamnya bangsa lain. Kita terlalu menekankan betapa sucinya adat dan budaya kita, sehingga kadangkala menimbulkan perasaan bahawa Malaysia ini hanya wajar dilihat pada satu identiti bangsa sahaja.

Media sewajarnya meraikan persamaan yang dikongsi setiap insan tanpa mengira bangsa atau agama. Setiap insan berkongsi banyak persamaan tanpa perlu diketahui bangsanya, agamanya, atau ideologi politiknya. Betapa insan ini berkongsi sifat mencintai keamanan, memusuhi kezaliman, berbelas kasihan, tolong-menolong, saling menghormati, dan pelbagai lagi persamaan yang sewajarnya diraikan bersama.

Jika yang ditonjokan itu betapa kita dan yang lain itu berbeza, maka sukar untuk kita bertemu persamaan hatta pada satu titik. Jika media boleh dilakukan perubahan atas kapasiti empunya milik, namun cabaran terbesar dalam memecahkan blok-blok pemikiran perkauman ini adalah mengubah cara fikir masyarakat Malaysia.

Tajdid fikir ini memerlukan kempen yang hebat dan juga berteruskan agar pemikiran masyarakat Malaysia sentiasa bersedia melakukan sebarang perubahan dan anjakan paradigma. Perubahan ini melalui tiga fasa utama iaitu cara melihat sesuatu isu, cara berfikir, dan tindakan.

Bermula dengan fasa pertama iaitu cara melihat sesuatu isu, ia lebih kepada satu bentuk andaian awal terhadap sesuatu. Berbicara dalam konteks hubungan antara kaum, setiap anggota masyarakat harus mempunyai sifat bersangka baik dan tidak prejudis terhadap mereka yang tidak sebangsa. Realiti masa kini, hubungan kaum di Malaysia tampak baik, namun itu hanya saduran kerana persepsi negatif dan sikap prejudis pada bangsa lain masih dominan menguasai masyarakat di Malaysia.

Fasa kedua pula terarah kepada cara kita berfikir dalam menilai sesuatu isu atau permasalahan. Cara fikir lama yang beku seperti berfikir hanya pada kepentingan bangsa sendiri harus segera diluputkan, ia harus berfikir mewakili masyarakat Malaysia secara keseluruhannya tanpa perlu dibatasi pada mana-mana sempanan bangsa. Cara fikir ini selari dengan fikrah Islam yang menyeru umatnya berlaku adil hatta pada masyarakat bukan Islam.

Fasa ketiga dan yang terakhir iaitu tindakan yang mencerminkan hasil fasa-fasa tajdid fikir sebelumnya. Kejayaan fasa-fasa sebelumnya akan dinilai pada kaedah dan pelaksanaan tindakan yang diambil. Penilaian itu boleh bersandarkan pada jawapan bagi soalan-soalan berikut, Apakah masih ada bantuan hanya pada bangsa tertentu atas kapasiti bumiputera tanpa mengira kelayakkannya? Apakah masih wujud sikap hanya membantu rakan peniaga yang secerah warna kulitnya? Apakah masih berlaku tuntutan-tuntutan luar biasa atas alasan dirinya tertindas? Kesemua hal yang direncanakan ini adalah satu usaha ke arah membina masyarakat Malaysia yang berteraskan konsep ‘Satu Malaysia’.

Segala usaha yang menyeru ke arah pembaikan sistem sosial dan masyarakat seharusnya disambut baik oleh semua pihak tanpa perlu dipandang sinis. Ini kerana jatuh dan bangunnya negara ini, semua daripada kita yang bertanggungjawab ke atasnya.

Jika Malaysia itu ingin dimetaforakan sebagai bangunan, maka pemimpin adalah arkitek dan rakyat adalah pembinanya. Apa guna jika kita miliki pelan terbaik jika kita gagal membinanya.


********************
Glosari:

1) Tajdid menurut Kamus Dewan membawa maksud ‘Menghidupkan kembali ajaran Rasulullah s.a.w. yang semakin ditinggalkan akibat amalan bidaah’.

Dalam bahasa Arab pula, ia bermaksud ‘Mengembalikan semula sesuatu kepada bentuk asalnya setelah ia rosak atau hilang bentuk keaslian tanpa mengurangkan apa-apa darinya atau menggantikannya dengan yang lain’.

Al-Qaradawi pula mengatakan tajdid sebagai ‘Mengembalikan sesuatu kepada bentuk asalnya, sehingga ia menjadi baru kembali walaupun ia telah lama. Ia berlaku sama ada dengan menguatkannya kembali ataupun menampung apa yang telah hilang daripadanya sehingga ia menjadi seperti asalnya’.

2) Konservatif - Ingin atau cenderung utk mengekalkan sesuatu keadaan yg wujud atau yg menjadi kebiasaan.

rujukan: iluvislam

Baca Lagi.. >>

Pesanan Roh kepada umat Manusia



Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".


Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-lukadengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan ister iku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepa tkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apayang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku" . "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu diabertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya . Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A..S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tudapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itudicabut nyawanya maka datanglah malaika t maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadik an lidahnya berzikir kepadaAllah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia punkembali kepada AllahS.W.T.dan me njelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapikeluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan in i mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan. "Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadir i majlis-majlis ilmu."Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendenga r bacaan Al-Quran dan zikir."

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W .T. berfirman yang bermaksud:"W ahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu danmenunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan sepe rti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W, Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Baca Lagi.. >>

Wednesday, October 14, 2009

Buat suami dan bakal menjadi suami

Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah……

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh…



Baca Lagi.. >>

Sunday, October 11, 2009

Rentetan perjalanan Hari Membuang Undi PRK N.31

6.40 petang : Keputusan semasa tidak rasmi- PAS 2,003 undi. BN 6,705 undi, undi rosak 67.

6.35 petang : Di hadapan Markaz Induk, penyokong-penyokong PAS masih lagi bertumpu dihadapan layar besar untuk mengetahui keputusan terkini undian (secara tidak rasmi - PAS). Para media dan blogger juga kelihatan di sana.

6.30 petang : Di hadapan Markaz Induk, layar besar telah dipasang petugas IT untuk penyokong-penyokong PAS mengetahui keputusan terkini undian.

6.29 petang : Polis Simpanan Persekutuan (FRU) mulai beratur di luar dewan kiraan undi.

6.00 petang : Dari Dewan kiraan undi - 6 peti undi dari UPU Sua Betong baru sampai.

5.30 petang : Di hadapan Markaz Induk, dipenuhi kenderaan. masing-masing mahu mengetahui keputusan terkini undian.

Laluan menuju ke Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) - pusat pengiraan undi. Jalan raya kini mulai sesak dengan kenderaan penyokong dan petugas dari ke dua-dua parti.

Kesesakkan jalan berlaku sepanjang Jalan Pantai, jalan raya dipenuhi kenderaan. masing-masing mahu mengetahui keputusan terkini undian.

5.20 petang : Laporan akhir SPR yang keluar mengundi, seramai 11, 157 atau 81.65 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab masing-masing. Ini adalah jumlah keseluruhan pengundi biasa dan undi pos. Peratusan keluar undi susut dari jangkaan asal.

5.10 petang : Ketika ini proses pengiraan undi di pusat-pusat mengundi telah pun bermula.

5.03 petang : Calon PAS, Zulkefly Mohd Omar kini berada di Markaz Induk PAS di Bagan Pinang.

5.00 petang : Tepat jam 5 petang, semua pusat membuang undi secara rasminya ditutup. Keputusan dijangka akan diumumkan pada jam 8 malam ini. Proses pengiraan undi akan bermula bila-bila masa sahaja oleh pihak SPR.

4.35 petang : Tinggal tidak sampai 30 minit lagi waktu proses membuang undi tamat. Jalan-jalan menuju ke tempat mengundi mulai lengang. Petugas dan penyokong kedua-dua parti kian berkurangan.

4.25 petang : Peratusan mengundi di SK Panglima Adnan Bagan Pinang setakat jam 4 tadi 71%, dijangka akan mencecah 73% bila pusat mengundi ditutup.

4.20 petang : Seramai 6,301 pemilih, atau 69.5 peratus, di Bagan Pinang keluar mengundi sehingga pukul 4 petang - sejam lagi sebelum tempoh membuang undi bagi pilihan raya kecil DUN tersebut ditutup.

4.12 petang : Kekecohan mula berlaku semula di UPU Bagan Pinang sewaktu calon BN, Isa samad tiba di sana. Juga ada seorang puteri Umno dikejarkan ke hospital akibat sakit dada, katanya menjerit terlebih.

4.10 petang : Dari UPU Bagan Pinang, Umno gunakan kumpulan sorak pemuda India untuk sokong mereka, laungkan 'Hidup Umno' dan buat kekekcohan, mereka senyap apabila satu suara menyampu, 'Hidup Kugan'.

3.59 petang : Graf pengundi yang keluar mulai menurun. Mengikut statiktik peratusan yang ada sekarang, dijangka menyukarkan pencapaian sasaran 805 oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan PAS sendiri.

3.45 petang : Laporan dari SK Sri Rusa, sebanyak 58.25% telah keluar mengundi. Keadaan antara kediua-dua penyokong amasih tegang. 'Serang mulut' memanaskan keadaan yang sememangnya panas ketika ini.

3.30 petang : Seramai 5,892 atau 65 peratus pemilih telah keluar mengundi sehingga jam 3 petang ini - dua jam sebelum pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang ditutup pada jam 5 petang.

3.25 petang : Di S.K Si Rusa, provokasi masih lagi berlaku disana dan semakin panas. Helikopeter masih ligat berpusing diudara treutamanya di tempat-tempat yang berhadapan ketegangan tinggi.

3.10 petang : Peraih undi dari BN beransur kurang dan kelihatan mereka tersadai kepenatan setelah 'hebat' memulakan provokasi. Deruman motor dilakukan oleh pemuda BN berbangsa India di sepanjang jalan menyusur ke bawah dari tempat ruangan akhir meraih undi.

Peraih undi di pihak PAS pula berzikir munajat tanpa henti walaupun kepenatan dan petugas-petugas bertukar ganti menjalankan tanggungjawab.

2.40 petang : Seramai 5,371 pemilih, atau 59.2 peratus, di Bagan Pinang keluar mengundi sehingga pukul 2 petang - tiga jam sebelum tempoh membuang undi bagi pilihan raya kecil DUN tersebut ditutup.

2.35 petang : Dari SJKT Ladang Atherton sehingga jam 2 tadi, 277 daripada 502 pengundi telah keluar mengundi. Dari SJKT Ladang Bradwall, 202 atau 44.79% daripada 451 pengundi telah keluar mengundi. Melalui sistem semakan data PAS, hampir keseluruhan pengundi dalamkawas telah keluar mengundi, hanya di luar kawasan mengundi masih ada yang belum membuang undi.

2.30 petang : Laporan dari SJKT Ladang Bradwall - atas desakan petugas PAS, sejumlah kereta pemuda Umno yang membawa lambang 'dacing' telah ditahan pihak polis, mereka ini di syaki ingin membuat hura-hara di sana pula.

2.15 petang : Wakil calon PAS, Ramli Ismail, membuat aduan polis tengah malam tadi, mendakwa 70 kertas undi untuk pemilih pos yang tidak membuang undi diserahkan pihak tentera. Jumlah kertas ini - yang dicurigai oleh PAS - sepatutnya disimpan di pejabat pegawai pengurus pilihan raya DUN Bagan Pinang, ujarnya.

2.00 petang : Di SJKT Ladang Bradwall, 60-70 lagi telah keluar mengundi, 204 atau 45.23%.

1.30 tengahari : Dari pos PAS di SJKT Sua Betong - 49% telah keluar mengundi sehingga jam 1 tadi. Manakala di SJKT Ladang Siliau 53.5%.

1.10 tengahari : Terbaru! seorang pemuda PAS cedera dibelasah 15 orang pemuda Umno. Namun pihak polis yang berada ditempat kejadian hanya menangkap seorang sahaja daripada pemuda Umno itu. Kejadian pergaduhan itu berlaku kali ke empat di tempat yang sama sejak pagi tadi. Petugas yang cedera itu dikejarkan ke hospital.

12.25 tengahari : Di SK. Panglima Adnan bagan Pinang, kekecohan bermula sekali lagi, pemuda Umno lebih agresif dengan membaling batu sesuka hati.

12.30 tengahari : Di SK. Si Rusa keadaan tenang, kedua-dua petugas dan penyokong parti kelihatan letih dan hanya duduk merayu undi.

12.25 tengahari : Di SJKT Ladang Atherton - 200 atau 40% pengundi telah keluar melaksanakan tanggungjawab mengundi. Menteri Besar juga nampaknya baru sampai di sana namun beredar setelah tidak dapat masuk ke tempat pengundian. Kebanyakan kaum india di Atherton memberi sokongan penuh pada calon PAS.

12.20 tengahari : Sehingga jam 12 tengahari tadi, seramai 4,220 atau 46.5 % telah keluar mengundi bagi melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

12.10 tengahari : Keadaan kini semakin tegang di SK. Panglima Adnan Bagan Pinang, seorang pegawai polis cedara dibaling batu oleh penyokong Umno.

12.05 tengahari : Di pusat mengundi SK Si Rusa, situasinya juga sama dengan kedua-dua penyokong PAS dan BN masih merayu undi, namun penyokong Umno semakin agresif. Keadaan juga tegang di sekolah tersebut, FRU sedang mengawal ketat. Turut kelihatan disana, Ketua Muslimat PAS Kedah, Ustazah Aisyah Ghazali dan Pengerusi Lajnah Guaman PAS, Hanifa Maidin.

11.45 pagi : Pengarah Pilihanraya Kecil PAS Bagan Pinang, Salahuddin Ayub sejak awal pagi tadi bersama dengan beberapa orang pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat membuat lawatan kesemua pos PAS di 8 UPU.

11.22 pagi : Laporan dari SJKT Ladang Siliau - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin cuba mencabuli hak undang-undang dengan cubaan masuk ke tempat pengundian. Namun beliau disekat masuk penyokong PAS lalu dia hanya bahawa beliau 'tersilap masuk' kawasan tersebut.

11.20 pagi : Laporan dari Teluk Kemang, dua orang Pemuda Umno telah ditangkap polis atas tindakan ganas menumbuk seorang penyokong PAS. Insiden berlaku apabila penyokong BN memulakan serangan dengan membaling batu kearah penyokong PAS, kemudian berbalas baling botol.

11.18 pagi : Dua buah trak polis simpanan persekutuan (FRU) menuju ke Teluk Kemang, dari sumber laporan berlakunya pergaduhan disana.

11.13 pagi : Calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar kini di Sek.jenis Keb. (Tamil) dan (Cina) Ladang Bradwall, sedang melihat proses pengundian didalam dewan, mengambil kesempatan beramah mesra dengan pengundi disana.

11.00 jpagi : Sehingga jam ini, seramai 3,239 atau 35.7 % daripada 9,060 pengundi biasa sudah keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang ini.

10.40 pagi : Calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar sedang menuju ke SK Teluk Kemang, terperangkap dalam lalu lintas sepanjang perjalanan ke sana.

10.30 pagi : Dari UPU Bagan Pinang - 350 pengundi telah keluar mengundi. Dari UPU Pekan Siliau - 19.5% pengundi telah keluar.

Dari UPU Sua Betong - pengundi semakin ramai yang keluar. Satu kekecohan berlaku apabila seorang remaj lingkungan belasan tahun ditahan pihak polis kerana mengibarkan bendera PAS atas kenderaan, tetapi polis tidak pula mengambil tindakan terhadap beberapa pemuda Umno bermotor mengibarkan bendera parti itu.

10.20 pagi : Di UPU Ladang Bradwall - seramai 102 atau 25% pengundi telah keluar mengundi - statistik diterima dari pos PAS disana. Jalan masuk ke estet tersebut semakin sesak walaupun pengundi di tempat tersebut hanya 451 pengundi sahaja. Petugas, penyokong kedua-dua parti bertanding dan pelancong pilihanraya dipercayai menyebabkan kesesakkan tersebut, hingga polis dikerahkan kesana menjaga lalu lintas.

10.10 pagi : Calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar sampai ke Sek. Keb. Si Rusa, UPU Taman Eastern diiringi beberapa pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.

10.00 pagi : Seramai 2,168 atau 23.9 peratus telah keluar mengundi setakat 2 jam selepas proses pengundian dibuka.

9.50 pagi : Di Teluk Kemang, saat penyokong PAS mula berselawat, kumpulan Umno menyanyikan lagu pula..."inilah barisan kita"

9.40 pagi : Masih di ladang Bradwall - seorang petugas BN 'naik angin' bila penyokong PAS kata BN rasuah. Tetapi tiada sebarang kekecohan berlaku. Dr. Mariah Mahmud sedang menenagkan petugas dan penyokong PAS agar tidak melayak provokasi pihak BN. Pertengkaran lidah tadi bermula dari penyokong BN yang cuba menyamar menjadi penyokong PAS, individu tersebut sedang cuba dibawa keluar sekiranya keadaan bertambah buruk.

Dari Teluk Kemang pula - polis mengarahkan para penyokong PAS bersurai. Hanya 5 orang sahaja dibenarkan berhimpun ekoran kejadian seorang pemuda yang telah ditangkap kerana membawa senjata di tempat perhimpunan.

9.30 pagi : Di Ladang Bradwall, jalan sudah sesak dengan kenderaan yang keluar mengundi. Suasana riuh bila petugas BN lalu dihadapan kawasan penyokong PAS. Petugas berbaju puteri Umno tanpa lambang boleh pula berada di pondok SPR.

9.25 pagi : Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa tiba di Sek. Keb. Panglima Adnan Bagan Pinang. Suasana mendung, hujan renyai mulai turun. Penyokong kedua-dua parti sedang hangaat bersorak.

Turut kelihatan disana YB PAS Kelantan, Abdul Fatah Haron, Dato' Abd Rahman, Adun Tendong dan Adun Manek Urai.

9.20 pagi : Di UPU Bagan Pinang - Adun Manek Urai, Abe Uji turut kelihatan sama dengan petugas PAS. Suasana semakin hangat, kedua-dua penyokong sedang berbalas mulut, BN kering idea menjerit 'Husam rasuah'.

Di UPU Ladang Bradwall - keadaaan tenang, ramai penyokong PAS berbangsa India mulai kelihatan disana.

9.15 pagi : Di UPU Bagan Pinang - FRU tiba di Sek. Keb. Panglima Adnan Bagan Pinang, hujan mulai turun kembali, keadaan trafik bertambah sesak kerana pengundinya paling ramai.

9.10 pagi : Calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar sampai di Sek. Keb Teluk Kemang meninjau proses pembuangan undi di sana.

9.09 pagi : Laporan dari Teluk Kemang, telah bertemu dengan MAFREL (Malaysian for Free and Fair Elections). Dimaklumkan MAFREL menghantar 2 orang petugasnya bagi setiap pusat mengundi.

9.00 pagi : Di UPU Bagan Pinang - suasana hangat dengan kedua-dua penyokong BN, PAS berbalas 'perang mulut'. Kelihatan di sana, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, YB Siti Zailah Yusof.

Di SJKT Sua Betong, kekecohan berlaku di pos PAS dari Pahang, petugas PAS diberi amaran Timbalan Ketua Negeri Sembilan kerana membuat sistem semakan daftar pengundi di situ. Kekecohan selesai dengan bantuan peguam PAS, Abdullah Abdul Karim yang sedang bertugas di sana.

8.55 pagi : Di UPU Taman Eastern - sekumpulan pemuda bermotor BN cuba membuat hal dihadapan perayu undi PAS. Jeritan kecoh 'boo' mula dibuat pihak BN.

8.50 pagi : Jalan menuju ke Teluk Kemang - polis sejak malam tadi membuat lencongan jauh untuk elakkan kesesakan di hadapan tempat mengindi, Sek. Keb. Teluk kemang. Trafik sedang bergerak perlahan. manakala petugas PAS kini melebihi BN sedang merayu undi.

8.45 pagi : Di Sek. Keb. Si Rusa, UPU Taman Eastern - cuaca dilaporkan mendung. Petugas dan penyokong PAS semakin ramai, trafik berjalan lancar.

8.35 pagi : Di Sek. Keb. Panglima Adnan Bagan Pinang, keadaan mulai tegang. Penyokong Umno melaung-ulang takbir berniat menyindir penyokong PAS di sana.

8.30 pagi : Di Sek. Keb. Kampung Baru Si Rusa - Kenderaan yang bertugas menghantar pengundi didapati tidak diberi masuk kerana tiada stiker. Pegawai SPR yang bertugas di sana dilaporkan tidak berpakaian seragam SPR.

8.25 pagi : Di Sek. Jenis Keb (Tamil) Ladang Siliau - 10 baru selesai mengundi, keadaan tenang disana. Begitu juga di Sek. Keb Teluk Kemang. Pengundi sudah mulai keluar.

8.20 pagi : Helikopter PDRM mula berlegar-legar di awanan, melihat perkembangan perjalanan pengundian dari udara.

8.10 pagi : Pengundi-pengundi mulai kelihatan keluar, agak lewat. Menunggu hujan yang baru berhenti. Petugas-petugas kedua-dua parti juga mula kelihatan ditepi-tepi sepanjang jalan masuk pusat pengundian.

8.00 pagi : Kesemua 8 tempat mengundi telah dibuka.

Lapan - Sek. Jenis Keb (Tamil) Ladang Atherton S, Sek. Jenis Keb (Tamil) Ladang Siliau, Sek. Jenis Keb (Tamil) dan (Cina) Ladang, Sek. Keb. Si Rusa, Sek. Keb. Panglima Adnan Bagan Pinang, Sek. Keb. Kampung Baru Si Rusa dan Sek. Keb Teluk Kemang.

Proses pengundian bermula 8 pagi dan akan berakhir 5 petang, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.

7.30 pagi : Di lapan UPU, petugas PAS sedang giat membuat semakan nama di pondok semakan (pondok panas).

Setengah jam dari sekarang, semua pusat pengundian akan dibuka kepada pengundi Bagan Pinang yang berdaftar.

7.25 pagi : Jalan utama Jalan Pantai - Kampung Bagan Pinang - Teluk Kemanang kelihatan masih belum dipenuhi kenderaan, trafik bergerak lancar dari kedua-dua arah.

Laluan menuju ke tempat-tempat pengundi masih terkawal. Di kiri kanan bahu jalan polis sudah kelihatan.

7.25 pagi : Hujan mulai turun di beberapa kawasan, namun keadaan tidak beberapa lebat. Ramalan cuaca hari ini dijangka hujan disebelah pagi, tidak seperti dua hari sebelum ini yang kelihatan cerah.

6.40 pagi : Petugas jentera PAS mula mengambil posisi kerja masing-masing, mereka kelihatan lebih bersemangat.

Baca Lagi.. >>

Fitnah UMNO terhadap pejuang2 PAS


Semboyan Jihad yang ditiupkan oleh Tantawi telah di sambut oleh ratusan syuhada PAS, mereka menyambutnya dengan takbir, parang dan golok untuk menuntut syahid di Bagan Pinang, tetapi malangnya panglima perang jihad mereka tidak kelihatan di tempat yang sepatutnya mereka berkumpul, kegusaran ratusan anak muda yang terdiri dari mat rempit, perogol, pengedar dadah, peliwat, penyamun dan mereka yang buta agama untuk mati syahid sekali gus memberi mereka laluan mudah untuk masuk syurga seperti yang dijanjikan oleh rasul mereka niki ajis tidak kesampaian.

Ada diantara mereka menangis teresak-esak apa bila mengetahui mereka sebenarnya telah dikencing oleh Tantawi yang selama ini mereka anggap sebagai panglima yang boleh membawa mereka ke syurga ke tujuh.

Disaat mereka bersiap-siap untuk mati syahid, pemimpin mereka sedang enak-enak berkaraoke di hotel bertaraf empat atau lima bintang di pusat peranginan tanjung tuan, dibiarkan sahaja syuhada-syuhada mereka tidur di kaki-kaki lima masjid dan surau bertilamkan tanah berbumbungkan langit, alasan para pemimpin kita sedang berjihad sedangkan para pemimpin mereka enak di buai mimpi di atas tilam empuk, bilik berhawa dingin dan di temani oleh muslimat PAS yang comel-comel sebagai pemuas nafsu binatang mereka.

p/s: post ini ana ambil dari blog darulehsan today menyokong kuat UMNO laknatullah.. tengoklah betapa tidak berakalnya mereka menyebarkan fitnah yang besar kepada pejuang2 PAS di PRK Bagan Pinang... Ya Allah, bukakan hari mereka untuk kebenaran-Mu, jangan engkau pesongkan hati mereka lagi untuk jatuhkan ISLAM. Cukuplah setakat ini, sedarkanlah mereka.. sekiranya mereka masih berdegil, jatuhkanlah mereka supaya timbul kesedaran di hati2 mereka..
Kepada sahabat2 pembaca sekalian, diharap anda semua dapat mengamalkan doa qunut nazilah.. tumbangkan mereka dengan kalimah2 Allah, sesungguhnya Dialah satu2nya penolong bagi kita. Yakinlah pada pertolongan Allah!!
Baca Lagi.. >>