Saturday, September 5, 2009

Adab2 menziarahi rumah saudara Islam

Kita diminta memberi salam, mengetuk pintu ataupun menekan loceng sebanyak tiga kali secara berselang bukannya berturut-turut. Ini adalah bagi memastikan tuan rumah ada di rumah dan kemungkinan besar dia tidak menyahut atau menjawab panggilan kita kerana tugasan atau pun ada masalah lain.

Jika kita telah melakukan perkara ini tetapi tiada jawapan maka kita hendaklah pulang. Begitu juga apabila tuan rumah tidak mengizinkan kita untuk masuk maka janganlah kita membantahnya dengan perkataan ataupun perbuatan. Jangan simpan dendam tetapi tanamkan dalam diri sikap baik sangka yang mana kemungkinan waktu ziarah tidak sesuai ataupun dia ada masalah lain.
Imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Apabila seseorang itu telah meminta keizinan sebanyak tiga kali tetapi tidak diberi keizinan maka dia hendaklah pulang".

Saling mengunjungi (berziarah) sesama kaum muslimin memiliki pengaruh yang sangat besar untuk menguatkan hubungan, menambah rasa cinta, serta mempererat ikatan di antara mereka.
Berziarah juga memiliki keutamaan yang besar apabila dilakukan dengan ikhlas karena Allah Ta’ala atau untuk menyambung tali silaturrahim. Oleh karena itu, sudah seharusnya seorang muslim mengetahui petunjuk Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di dalam berkunjung agar ia tidak terjatuh dalam kekeliruan dan kesalahan.

Adapun di antara petunjuk Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam berkunjung tersebut sebagai berikut:

1. Berniat yang Baik (tidak bercanggah dengan syarak atau bertujuan maksiat atau destinasi pengantaraan maksiat)
2. Tidak Terlalu Sering Berkunjung (ziarah) Hingga Berlebihan.
3. Memilih Waktu yang Tepat untuk Berkunjung.
4. Menjaga Adab-Adab Isti’dzan (Meminta Izin)
5. Menundukkan Pandangan terhadap Privasi Ahli Rumah (Anggota Keluarga).
6. Hendaknya Seorang Pengunjung Duduk di Tempat yang Telah Diizinkan oleh Tuan Rumah.
7. Janganlah liar Pandangan untuk Melihat-lihat Perabot dan Barang-Barang Lain disekitarnya.
8. Jangan Mengangkat Suara di dalam Rumah.
9. Jangan Mencuri Dengar atau Mengintai Tuan Rumah.
10. Tidak Membiarkan Anak-Anaknya Merosakkan Perkakas di Rumah Orang.
11. Tidak Mengimami Tuan Rumah di Rumah Mereka. (kecuali diminta Tuan Rumah)
12. Tidak Berlama-lama Ketika Berkunjung.
13. Menyuruh kepada yang Ma’ruf dan Mencegah dari yang Mungkar. (menegur jika sekiranya tuan rumah melakukan kesilapan jika perlu tetapi dgn penuh hikmah)
14. Tidak Beranjak Pulang kecuali jika telah Diizinkan oleh Tuan Rumah.
15. Mensyukuri (berterima kasih) kepada Tuan Rumah atas Jamuan Mereka.

wallahu'alam

Sumber: Faizal zainol

Baca Lagi.. >>

Friday, September 4, 2009

Mengapa Perlu Berbangga dengan Cinta yang tidak diredhai ALLAH

Assalamualaikum wbt...

Syukur masih dikurniakan nikmat Iman dan Islam.

Fenomena pada hari ini, rata-rata kita berbangga dengan cinta yang belum dipatri dengan akad nikah...

Apabila ditanya mengenai perkahwinan dilabelkan sebagai "gatal" atau gelaran yang lebih buruk "gersang"..

Sedangkan perkahwinan itu adalah anugerah dari Allah agar kita menjaga hubungan dan pergaulan di antara lelaki dan perempuan...

Wahai wanita, lelaki yang sebenarnya menyayangi kamu adalah lelaki yang akan menyelamatkan kamu daripada api neraka...dia akan bersungguh-sungguh menjaga perhubungan selagi tiada ikatan sah "perkahwinan" di antara kamu...

Cinta yang disandarkan kepada CINTA ALLAH adalah cinta yang paling suci dan cinta yang sentiasa diredhai ALLAH....

Ya Allah, ku pohon cinta MU...jangan biarkan aku sendiri di dunia ini tanpa Cinta dari Mu Ya Allah...

Sahabat, mari kita sama-sama memohon cinta dan sayang dari ALLAH...


"Semoga kita sentiasa mencari CINTA Allah kerana di situ lah kebahagiaan yang hakiki"
Baca Lagi.. >>

Thursday, September 3, 2009

Kamar-kamar di Syurga

Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahwa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.

"Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?" tanya para sahabat.

"Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya."

"Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan selalu berpuasa. Mereka yang solat Isya' dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap."

Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.

sumber: Tok Jembal_TRG
Baca Lagi.. >>

Selamatkan Rumahtangga dengan hikmah Puasa

5FB53-squeeze

“Ya Allah, susah sangat ke nak picit ubat gigi ni elok-elok?” rengus si suami.

Geram melihat tiub ubat giginya penyek-penyek dipicit isteri. Dia memicit ubat gigi itu dengan tertib, dari bawah ke atas.

Kemas.

Si isteri pula memicit sesuka hati.

Setiap pagi kerja si suami ialah membetul dan mengemaskan tiub ubat giginya yang penyek di sana sini.

“Hishh, geramnya aku. Kau tak faham-faham ke? Aku ceraikan engkau talak satu!” sumpah si suami.

Bergegar arasy Allah Subhanahu wa Ta’aala!

BENCANA RUMAHTANGGA

Kisah di atas adalah di antara kisah paling pelik yang pernah diceritakan kepada saya tentang mudahnya pasangan hari ini memutuskan ikatan perkahwinan. Hanya kerana masalah ubat gigi, ikatan akad AKU TERIMA NIKAHNYA boleh terbubar begitu sahaja.

Baru berkahwin seminggu, atau sudah dua puluh tahun bersama, faktor masa itu juga sudah tiada makna.

Seminggu, sepatutnya masih hangat dengan bulan madu. Tetapi talak jatuh dengan begitu mudah.

Dua puluh tahun, sepatutnya sudah begitu saling serasi lagi memahami. Tetapi talak jatuh bagi semua itu tiada ertinya lagi.

Kehancuran institusi rumahtangga masyarakat kita semakin membimbangkan. Kita itu adalah kita yang Muslim. Melayu yang Muslim. Penceraian sudah menjadi kebiasaan. Daripada artis hingga kepada orang kebanyakan. Bercerai dan meruntuhkan masjid yang dibina, sudah menjadi perkara enteng bagai tidak punya sebarang harga dan makna.

Salah satu faktor terbesar yang menyumbang kepada kesengsaraan sosial ini ialah hilangnya daya kawalan diri.

Bacalah apa sahaja buku motivasi, ceramah yang hebat-hebat, tips yang bersusun tersenarai, segalanya hilang daripada pertimbangan apabila manusia hilang kawalan diri.

2259

ERTI GAGAH YANG SEBENAR

Renungkan pesanan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

syadid

“Bukanlah dikatakan gagah itu orang yang kuat bergusti. Akan tetapi yang dikatakan gagah itu orang yang dapat memiliki (mengawal) dirinya ketika marah” [Hadith Muttafaq ‘alayh]

Juara gusti gagal mempertahankan rumahtangganya jika gagahnya hanya pada menumpaskan musuh di gelanggang, tetapi tidak pada daya kawalan diri yang tinggi semasa baran menguasai emosi.

Seorang CEO tidak mampu menyelamatkan rumahtangganya yang hanya ada satu perempuan dan dua remaja, sedangkan dirinya begitu sukses mentadbir sebuah syarikat yang ada 500 orang pekerja. Segalanya gara-gara hilang kawalan diri.

Justeru itu, Sunnah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam memperlihatkan bagaimana khutbah nikah dibina dengan tiga petikan ayat al-Quran yang setiap satunya menyentuh soal TAQWA.

Membina rumahtangga dengan TAQWA itu bukan retorik. Ia adalah sendi terpenting dalam menjaga kesejahteraan rumahtangga yang belayar dengan indah dan payah.

ERTI TAQWA

durijalanan

Seperti ungkapan dialog di antara Ubay bin Ka’ab dengan Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhuma:

taqwa-hati-hati

Umar al-Khattab telah bertanya kepada Ubay bin Ka’ab radhiyallaahu ‘anhuma tentang TAQWA. Lalu Ubay menjawab (dengan bertanya soalan):,”Pernahkah engkau lalu di jalan yang banyak duri?” Umar menjawab, “Sudah tentu!” Ubay bertanya, “Justeru apa yang engkau lakukan?” Umar menjawab, “Aku akan mengangkat sedikit kainku dengan aku akan melangkah dengan berhati-hati.” Ubay berkata, “Itulah yang dimaksudkan dengan TAQWA”

Jelas sekali perumpamaan yang diberikan oleh Ubay kepada Umar.

Andaikata TAQWA itu diterjemahkan ke dalam konteks sebuah rumahtangga, ia seumpama daya melangkah dan memandu diri yang baik dalam menempuh segala onak dan duri serta liku-liku perjalanan sebuah rumahtangga. Melangkah dengan berhati-hati, yakni hasil suatu daya kawalan diri yang baik.

Kata seorang isteri, “saya benci dengan sikap abang yang mendiamkan diri. Kalau abang dah tak sudi dengan saya…!”

Berhenti!!!

Jangan dihabiskan ayat itu.

Belajarlah mengawal diri dengan baik. Jangan diikutkan perasaan yang sedang panas dan bergejolak itu. Jangan terlalu mudah meminta dilepaskan. Jangan senang sangat meminta CERAI!

Namun dari satu sudut, jika hilang kawalan diri itu banyak berlaku di kalangan sang isteri, sekurang-kurangnya ada ruang untuk kita memahaminya. Mereka insan yang kaya perasaan. Emosinya bagai lautan. Justeru hilang pertimbangan itu memang mudah terjadi.

Mulut yang mudah meminta cerai itu, janganlah para suami tidak bersedia untuk mendepaninya.

Akan tetapi, bagaimana pula jika suami pun emosi sama?

Terlalu mudah hilang pertimbangan, melenting, sama ada kerana tekanan hidup yang berat, atau ego yang menggunung. Sesungguhnya kejantanan seorang lelaki itu bukanlah keutamannya pada misai melintang, badan berbulu atau suara garau ala-ala Suhaimi Mior Hasan. Kejantanan besar seorang lelaki itu adalah pada kuatnya daya kawalan diri, dalam mengemudi kehidupan, khususnya dalam bahtera rumahtangga.

Berfikir panjang.

Bertenang.

Bertindak dengan pertimbangan rasional.

Bukan emosional.

RAMADHAN DENGAN HIKMAHNYA

2498

Besarlah khasiat Ramadhan dalam membantu kita menyelamatkan rumahtangga.

Rumahtangga yang sendinya adalah TAQWA, bukankah Ramadhan datang untuk itu?

“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah difardhukan ke atas kamu sebagaimana ia telah difardhukan ke atas umat sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa” [al-Baqarah 2: 183]

Sayangnya Allah kepada kita, diberikan-Nya satu bulan dalam setahun, untuk kita belajar mencapai TAQWA. Bekalan untuk kesejahteraan hidup, kesejahteraan perkahwinan dan rumahtangga.

Apakah yang diajar oleh puasa, agar meningkat nilai taqwa?

Tidak makan kerana tiada makanan, itu bukan pelajaran.

Tidak minum kerana tiada minuman, itu bukan latihan.

Tetapi ketika kita ada segalanya untuk dimakan, namun kita memilih untuk tidak makan, kerana mentaati Allah, itulah latihan. Ia adalah latihan untuk berkata TIDAK kepada sesetengah kemahuan diri, supaya kita dapat tingkatkan daya kawalan diri!

Itulah Taqwa.

Kawalan kehendak-kehendak sendiri untuk selamatkan diri, rumahtangga, anak dan bini.

HAMBA KEPADA DIRI SENDIRI

Apabila seseorang itu tidak mampu untuk berkata TIDAK kepada sesetengah kemahuan dirinya, ia menjadi bencana yang amat membinasa. Renunglah firman Allah:

45_23

“Apakah engkau tidak melihat gelagat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipatuhinya, justeru dia disesatkan oleh Allah di atas ilmu, dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan Dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (Wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?” [al-Jaathiyah 45: 23]

Bertuhankan tuhan yang palsu tidak perlu menyembah busut atau berhala.

Cukup dengan Allah berkata A dan nafsu mahukan B, lalu diutamakan nafsunya mengatasi perintah Allah, maka manusia ini telah mengangkat nafsunya sebagai tuhan! Siapakah golongan itu? Iaitulah golongan yang tidak mampu berkata TIDAK kepada kecenderungan dan permintaan hawa nafsunya sendiri.

Tidak mampu mengawal diri.

Dia menjadi hamba, kepada kepentingan dirinya sendiri, semata-mata.

Manusia sebegini, biar pun ilmunya banyak, ilmu itu menjadi lumpuh kerana segala-galanya bukan lagi atas keputusan ilmu tetapi di atas keputusan kemahuan diri yang tidak terkawal itu.

Profesor.

Ustaz.

Ahli pemikir.

Tumbang, apabila ilmu gagal melepaskan dirinya daripada dorongan kemahuan diri yang mengundang binasa.

Di sinilah datangnya hikmah Ramadhan.

Puasa dan segala pakejnya mengajar kita untuk mampu mengawal diri. Mampu berkata tidak kepada diri sendiri, tatkala apa yang dimahukan itu, mudharat dan bukan lagi manfaat!

TENANG DALAM PROVOKASI

akuberpuasa

“Bukanlah berpuasa itu sekadar menahan dari makan dan minum. Sesungguhnya puasa itu juga adalah menahan diri dari perkara yang sia-sia dan kotor (lucah). Jika kamu dimaki oleh seseorang atau diperbodohkannya, maka berkatalah: Sesungguhnya aku berpuasa” [riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim / Sahih al-Targhib 1068]

Secara khusus di bulan Ramadhan ini, andaikata kita terperangkap dalam satu situasi yang sangat mengajak kepada berasapnya kepala dengan kemarahan, tindakan yang diajar oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam adalah melepaskan kejadian itu tanpa perlu membalas atau melawan. Cukup sekadar diluahkan dengan kenyataan, “sesungguhnya aku berpuasa!”

Bukan mahu memangsakan diri.

Tetapi belajar untuk mengawal diri.

Teladan inilah seni terbesar dalam mengawal kelangsungan sebuah rumahtangga.

Jangan semua leteran mahu dibalas dengan leteran. Jangan semua cakap menghina mahu dibalas dengan penghinaan. Jangan semua tingkah laku yang menimbulkan kemarahan itu dibalas dengan kemarahan. Belajarlah mengawal diri, belajarlah untuk tidak melatah dan jangan bertindak mengikut rangsangan.

Semoga dengan hikmah Ramadhan, kuranglah pertengkaran. Kuranglah pergaduhan. Kuranglah penceraian.

Selamatkanlah rumahtangga, dengan hikmah Ramadhan dan Taqwa.

Kerana pulut santan binasa,
Kerana mulut badan binasa;
Kerana ribut badai melanda,
Tersalah sebut buruk akibatnya.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Baca Lagi.. >>

Wednesday, September 2, 2009

Buat wanita kesayanganku...

“Apakah istimewanya wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki…?”

Kebiasaan kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga, kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan-jalan raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang.

Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud; “Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifa malu.” (Hadith riwayat Baihaqi).

Wanita walau apa pun yang dilakukan akan mendapat perhatian lelaki. Jika berbuat baik akan dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian seksi dilihat menggoda, dan pelbagai lagi menarik perhatian.
Oleh sebab itu Allah swt mengurniakan sifat malu kepada wanita. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak berbuat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau ada orang yang akan nampak, hendak mendedahkan aurat dia takut kalau orang mengganggunya dan hendak berjalan seorang dia takut kalau ada orang mengusiknya.

Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak tanduk seorang wanita. Tetapi kalau tidak tahu malu? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tidak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka merasa senang, seronok dan bahagia apabila dalam keadaan sebegitu.

Dalam sebuah hadith riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud; “Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu.”

Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yg terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca syariat, malah neraca akal pun sudah mengakui malu sebagai satu sifat yang perlu ada dalam diri manusia.

Barangkali wanita hari ini kebanyakannya tidak tahu malu atau kurang malu. Atas sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat. Atau barangkali sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian bererti kurangnya iman di dada mereka. Jelasnya mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah, dan tidak cintakan syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka.

Apabila kurangnya iman di dada, maka sifat malu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana sahaja. Melalui media cetak, media elektronik dan bahkan dihadapan mata kita sendiri berbagai ragam kemungkaran berlaku tidak terkecuali dilakukan oleh wanita.

Sayang…wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki, menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malu tidak berfungsi sepenuhnya.Tetapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya, tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yg selalu menimpa kaum wanita.

Sesungguhnya setiap insan itu pasti melakukan kesalahan dan sebaik-baik manusia yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat.

sumber: Akhi Bunyamin
Baca Lagi.. >>

Tuesday, September 1, 2009

Kurma: Keajaiban & Manfaat Ketika Berbuka


kurma-ramadhan--

Tidak salah lagi, kurma sudah pasti jadi makanan favorit khas Ramadhan. Sebagai makanan pembuka, kurma memang berada di urutan paling atas yang dianjurkan oleh Rasulullah saw. Tapi kita mungkin belum begitu mengetahui ada apa di balik buah kurma itu sebenarnya. Manfaat apa saja yang ada dalam buah kurma sehingga Rasul yang menganjurkan kurma sebagai salah satu menu buka puasa kita?

Sejarah kurma

Kurma berasal dari jazirah Arab (Timur Tengah), dan nama latinnya adalah Phoenix dactilyfera. Dinamakan begitu konon karena memang ada hubungannya dengan burung Phoenix yang bisa bereinkarnasi setiap kali ingin mati - Ini kepercayaan orang Mesir dan Yunani kuno.

Beberapa tahun ini, beberapa peneliti Israel mulai melirik untuk membudidayakan pohon kurma (seperti dilansir LiveScience.com). Israel menanam biji kurma yang usianya sampai 2000 tahun. Sampai sekarang, nih pohon baru setinggi 30 cm. Rencananya sih mereka bakal meneliti DNA pohon itu biar tahu bisa tidak pohon zaman purba memberikan manfaat buat kehidupan modern.

Manfaat kurma

Banyak manfaat kurma yang baru terkuak di zaman ini, khususnya buat kesehatan. Dari Salman ibn ‘Aamir, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Jika salah seorang di antara kalian akan berbuka puasa, maka berbukalah dengan kurma sebab kurma itu berkah, kalau tidak ada, maka dengan air karena air itu bersih dan suci.” (HR. Abu Daud dan Tirmidzi)

Kenapa mesti kurma? Jika kita berbuka puasa, organ pencernaan kita (khususnya lambung) butuh sesuatu yang lembut biar bisa bekerja lagi dengan baik. Jadi makanannya harus yang mudah dicerna dan juga mengandung gula dan air dalam satu makanan. Tidak ada makanan yang mengandung gula dan air yang lebih baik daripada yang disebutkan oleh hadits Rasul. Nutrisi makanan yang paling cepat bisa dicerna dan sampai ke darah itu adalah zat gula, terlebih makanan yang mengandung satu atawa dua zat gula (kalau tidak glukosa, ya sukrosa).

Nah, untuk hal ini kurma adalah makanan yang paling baik. Kurma mengandung zat gula yang tinggi yaitu antara 75-87% dan glukosanya sebanyak 55%, fructose (fraktosa) 45% lebih tinggi dari jumlah protein, minyak dan beberapa vitamin (seperti vitamin A, B2, B12), dan sejumlah zat penting laen kayak kalsium, phosphor, potassium, sulfur, sodium, magnesium, cobalt, seng (zinc), florin, nuhas (tembaga), salyolosa, dan sebagainya. Fraktosa bakal diubah jadi glukosa dengan cepat dan langsung diserap oleh organ pencernaan, lantas dikirim ke seluruh tubuh, khususnya ke organ-organ inti seperti otak, syaraf, sel darah merah, dan sel pembersih tulang.

Seperti yang kita ketahui, di ujung puasa kita setiap harinya, glukosa dan insulin dalam darah yang datang ke katup hati akan bergetar. Artinya proses buka puasa kita bakal meminimalisir pemakaian glukosa yang diambil dari organ hati dan sel-sel ujung (seperti otot-otot en sel syaraf) jadi sesuatu yang bisa menghilangkan setiap zat yang terkandung dalam gelokogen hati. Saat-saat seperti ini, organ-organ sangat bergantung untuk mendapatkan energi dari CO2 (karbondioksida) kimiawi dan oksida glukosa yang terbentuk dalam hati dari asam amino dan gleserol.

Jadi, melentur dan memanjangnya organ penyerap makanan jadi sangat berarti. Maksudnya, penyerapan glukosa yang cepat di dalam katup pembuluh darah vena di hati akan masuk ke dalam organ hati untuk pertama kalinya, kemudian masuk ke sel otak, organ pencernaan, otot-otot, dan seluruh jaringan tubuh yang laen. Makanya, zat gula itu makanan terbaik buat tubuh karena bisa menghentikan oksidasi karbon kimiawi, memangkas zat-zat berbahaya dalam tubuh, dan bisa meminimalisir lemahnya serta gemetarnya organ pencernaan. Cukup rumit ya?

Dr. Hissam Syamsi Basya dalam tulisannya menjelaskan berdasarkan penelitian biokimia, satu kurma yang kita makan itu mengandung air 20-24%, gula 70-75%, 2-3% protein, 8,5% serat, dab sedikit sekali kandungan lemak jenuhnya (lecithine). Lain lagi dengan kurma mengkel (atau Ruthab) yang mengandung 65-70% air, 24-58% zatgula, 1,2-2% protein, 2,5% serat, dan sedikit mengandung lemak jenuh. Dr. Ahmad Abdul Ra’ouf en Dr. Ali Ahmad Syahhat pernah melakukan penelitian kimiawi dan fisiologi terhadap kurma, hasilnya? Menakjubkan! Cuba lihat :

1. Jika kita buka puasa dengan kurma ruthab atawa tamar, persentase kandungan zat gula kita akan naik, artinya bisa membantu mengilangkan penyakit anemia (kurang darah). Oya, ruthab itu artinya kurma yang mengkel, yang masih segar, dan juga matang di pohon. Nah, kalo tamar itu kurma matang kering yang banyak terdapat di Indonesia (misalnya yang banyak dijual di Pasar Tanah Abang, Jakarta).
2. Waktu lambung kosong karena tidak makan seharian, pas buka, lambung, akan lebih gampang mencerna dan menyerap makanan kecil yang mengandung gula, malah lebih cepat dan maksimal lagi.
3. Kandungan zat gula dalam ruthab dan tamar (tentunya dalam bentuk kimia sederhana) menjadikan proses pencernaan di lambung jadi sangat mudah, soalnya 2/3 zat gula yang ada dalam tamar dan ruthab bisa meningkatkan kadar gula dalam darah dalam waktu yang singkat.
4. Selain itu, kita juga tidak perlu minum banyak-banyak lagi sewaktu buka jika kita makan ruthab atau tamar, karena sudah mengandung air 65-70%?! Tetapi sangat tidak dilarang untuk minum pun.

Subhanallah. Tidak heran jika Rasulullah menganjurkan kurma sebagai salah satu makanan pembuka puasa kita yang utama.
Baca Lagi.. >>

Monday, August 31, 2009

MB Ahmad Said Nak Naik ke Bulan

Di atas ini adalah gambarajah roket MadSaid-1 yang akan dilancarkan oleh AbgMad pada tarikh yang belum diumumkan lagi. Gambar ini diambil berhampiran dengan tapak pembinaan roket terbabit bersebelahan dengan Pasar Besar Dungun.

Diberitakan beliau akan membeli sejumlah kambing dengan Ustaz Harun untuk dibawa bersamanya di dalam roket berkenaan dalam misi ke bulan. Projek penghijrahan ini tidak dihebohkan kerana dipercayai ia adalah projek sulit rahsia beliau.
Beberapa orang pembantu beliau akan dibawa bersama dalam misi berkenaan.

Kenapa? Tak percaya? Hauhauhau...

sumber: seorang rakan
Baca Lagi.. >>

Sunday, August 30, 2009

Dana Infaq Ramadhan

Sahabat PASTI yang dirahmati Allah swt.
Dengan rasa rendah hati, PASTI Kawasan Dungun ingin melancarkan Dana Infak Ramadhan PASTI Kawasan Dungun.

Dana ini adalah bertujuan seperti berikut :

  • Sumbangan Aidilfitri guru-guru PASTI Dungun
  • Dana kebajikan guru & pelajar PASTI Kawasan Dungun
  • Dana pengurusan & pejabat PASTI Kawasan Dungun

Infak para dermawan boleh dibuat terus ke akaun PASTI Kawasan Dungun :

Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
No akaun : 13044010024773

Penama : PASTI Kawasan Dungun

Terlebih dahulu kami ucapkan Jazakumullahu khairan kathiran. Semoga amal jariah ini mendapat keberkatan daripada Allah swt.
Baca Lagi.. >>