Thursday, July 31, 2008

Menyuci Hati Jiwa Sanubari Demi Kasih Suci

بسم الله الرحمن الرحيم
Hati sanubari mula terbina,
Segenap jiwa yang suci mula merasa,
Akan fitrah kasih kurniaan Yang Esa.
Fitrah yang mencipta keagungan dlm beribadah kepadaNya,
Menuntun jiwa untuk tunduk dan sujud di hadapanNya,
Mendidik diri bertawakkal sepenuhnya,
Akan setiap garis takdir dan ketentuanNya.
Cinta suci milik Illahi,Rindu abadi dari Ya Rabbi,
Andai syurga dan redha yang janji,
Kekalkanlah jiwa dalam taman ini,
Diiringi barakah yang melimpahi,
Hanya Allah jua pemilik Cinta Sejati
Baca Lagi.. >>

Muhasabah Diri Setiap Hari

Peringatan merupakan satu nikmat dan anugerah Allah SWT kepada hambaNya yang bergelar manusia. Idea merupakan anugerah daripada Allah SWT hasil ketekunan dan penilitian seseorang dalam mencapai sesuatu perkara. Peringatan yang paling baik ialah datang daripada orang mukmin kerana dengan peringatan mereka kita semakin hampir kepada ALlah SWT.

Peringatan saya hari ini ialah hasil cetusan daripada perkataan Muhasabah. Semua orang kena muhasabah termasuk yang paling tinggi atau yang paling bawah. Pemimpin dunia kena muhasabah. Pemimpin negara kena muhasabah. Pemimpin negeri kena muhasabah. Pemimpin jajahan kena muhasabah. Pemimpin kawasan kena muhasabah. Pemimpin syarikat kena muhasabah. Pemimpin rumahtangga kena muhasabah. Pemimpin diri pun kena muhasabah.

Ini bermakna kita semua adalah pemimpin dan kita wajib melaksanakan muhasabah. Muhasabah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT bukan digunakan muhasabah untuk semakin menjauhkan diri daripada Allah SWT. Muhasabah gerakan juga mesti dilaksanakan. Ada orang panggil `Perhimpunan Agung', `Muktamar', Ijtima' Tahunan dan pelbagai nama lagi. Apapun namanya, ia adalah bertujuan untuk muhasabah.

Kita sebagai orang mukmin, Allah SWT telah mentarbiah kita supaya sentiasa bermuhasabah. Muhasabah kita setiap hari ialah melalui solat lima waktu dan muhasabah paling kurang seumur hidup ialah ibadah haji. Program ini bukan program ciptaan manusia, tetapi program khusus yang ALlah SWT telah aturkan kepada kita semua orang mukmin.Akhirnya saya menyeru diri saya dan tuan-tuan semua, laksanakan muhasabah ini dengan baik!

~amin al-kelantani~
Baca Lagi.. >>

pening...pening...

projek.... studi... assignment... famili... jemaah.. aduh,banyaknye nak kene pikir. Ya Allah berikanlah kekuatan pada ku.. aku tak mampu nak hadapi semua ni.

bertimbun-timbun kerja menimpa ana sejak kebelakangan ni.. sehinggakan tidak sempat menyelak buku2 haraki.. sehinggakan al-quran sepi tanpa alunan zikir.. sehinggakan baju xsempat ana cuci.. sehinggakan lunch ana sangka sarapan.. sekiranya dapat ana jerit dalam tulisan ana ini, mahunya ana berbuat demikian.. nak lepaskan segala2nya. nak bgthu pada semua yang ana sudah hampir kehilangan punca dan arah.. banyak sgt perkara yang ada dalam minda sekarang nih.. ana kepingin nasihat2 sahabat semua. bantulah ana dalam perjuangan ini..

jika dipikirkan balik, semuanya salah sendiri.. xpandai mengurus masa.. tidak pandai mengambil peluang.. tidak pandai belajar.. tak pandai semuanya.. aii, masalah2.. ni la akibatnya klu tidak mengambil pengajaran yang sebetul2nya dalam program2 tarbiyyah. dimanakah kekuatan ketika TAMSAS dan TAMPEN dulu... dimana... dimana...

-luahan hati seorang pengalah.
..maafkan hambaMu ni Ya Allah..
Baca Lagi.. >>