Thursday, July 31, 2008

Muhasabah Diri Setiap Hari

Peringatan merupakan satu nikmat dan anugerah Allah SWT kepada hambaNya yang bergelar manusia. Idea merupakan anugerah daripada Allah SWT hasil ketekunan dan penilitian seseorang dalam mencapai sesuatu perkara. Peringatan yang paling baik ialah datang daripada orang mukmin kerana dengan peringatan mereka kita semakin hampir kepada ALlah SWT.

Peringatan saya hari ini ialah hasil cetusan daripada perkataan Muhasabah. Semua orang kena muhasabah termasuk yang paling tinggi atau yang paling bawah. Pemimpin dunia kena muhasabah. Pemimpin negara kena muhasabah. Pemimpin negeri kena muhasabah. Pemimpin jajahan kena muhasabah. Pemimpin kawasan kena muhasabah. Pemimpin syarikat kena muhasabah. Pemimpin rumahtangga kena muhasabah. Pemimpin diri pun kena muhasabah.

Ini bermakna kita semua adalah pemimpin dan kita wajib melaksanakan muhasabah. Muhasabah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT bukan digunakan muhasabah untuk semakin menjauhkan diri daripada Allah SWT. Muhasabah gerakan juga mesti dilaksanakan. Ada orang panggil `Perhimpunan Agung', `Muktamar', Ijtima' Tahunan dan pelbagai nama lagi. Apapun namanya, ia adalah bertujuan untuk muhasabah.

Kita sebagai orang mukmin, Allah SWT telah mentarbiah kita supaya sentiasa bermuhasabah. Muhasabah kita setiap hari ialah melalui solat lima waktu dan muhasabah paling kurang seumur hidup ialah ibadah haji. Program ini bukan program ciptaan manusia, tetapi program khusus yang ALlah SWT telah aturkan kepada kita semua orang mukmin.Akhirnya saya menyeru diri saya dan tuan-tuan semua, laksanakan muhasabah ini dengan baik!

~amin al-kelantani~

0 comments: