Wednesday, March 18, 2009

Utamakan Pasangan Yg Tak Merokok


Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok.

Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.

Ini atas beberapa alasan;

  1. Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.
  2. Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.
  3. Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.
  4. Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.
  5. Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.

Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka saya menasihati umat Islam dan kaum wanita khususnya, menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing.

Rujukan ~ Dr. Asri

Baca Lagi.. >>

Tuesday, March 17, 2009

PROMOSI program KELAB IQRA'

Promosi Program “10 Years Iqra’ Club”

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Aktiviti2nya adalah seperti berikut:

Konsert Azhan Atan (Juara Akademi Nasyid)
19 Mac 2009
9.00 Malam
Dewan Tunku Ibrahim Ismail
"Masuk adalah percuma"

Kuliah Nisa'
20Mac 2009
12.00 Tengah hari
Dewan Kuliah 2
"Hanya Untuk Kaum Hawa Sahaja"
"Menyelesaikan masalah feqah bagi wanita"

Seminar Hub Halal
20Mac 2009
9.00 Malam
Dewan Kuliah 2
"Senarai barang mengandungi lemak babi?"
"Sedapnya Hot Dog! Halalkah?"
"Roti apa yang PPIM kata ada lemak babi"
"Ayam diletakkan ditempat 'Non-Halal?"
"Kita makan bangkai? Ayam tidak disembelih?"
"Mencari yang halal itu fardhu bagi umat Islam!"

Kuliah Pembangunan Integriti Islam (KP2i) &
Majlis Penutupan "10 Years KI"
21Mac 2009
9.00 Pagi
Dewan Kuliah F
"Datanglah beramai-ramai"
"Ilmu itu perlu dicari"
Baca Lagi.. >>

Akuarium Sebuah Perjuangan

(bahan ini diambil daripada seorang sahabat, amat menarik sekali analogi beliau... semoga kita sama2 menghayatinya)

"Jom beli ikan", kedengaran suara Arip dari luar bilik mengejutkan Syafiq yang asyik mengadap komputer.

eh mamat ni. baru semalam beli ikan laga, hari nak beli lagi, nak bukak kedai ikan ke apa. bisik Syafiq di dalam hati.

"bukan semalam dah beli ke" Syafiq membalas dalam nada berbasa basi. Syafiq yang asyik meng'edit' blog dari tadi sebenarnya malas nak keluar memandangkan artikel terbarunya berkaitan dengan dakwah kampus belum habis ditulis.

"semalam ikan laga, hari ni ana nak beli ikan Gupi dua ekor,ikan Mas dua ekor, kura-kura dua ekor..." balas Arip.

Begitulah fenomena yang melanda BQ, hobi membela ikan mula menapak di BQ. Aquarium yang lama berhabuk didalam stor mula ceria diwarnai ikan-ikan yang bermacam warna dan bentuk.Memey, kucing belaan tradisi di BQ sering kali menjeling tajam kearah ikan-ikan yang berenang girang didalam akuarium. akan tetapi sejauh manakah istiqamahnya hobi baru ini?, mampukah ikan-ikan tersebut hidup, sekurang-kurangnya untuk semester ini.

Seekor demi seekor ikan belaan mati. dahulunya terdapat lebih kurang sepuluh ekor ikan, sekarang hanya tinggal empat ekor. yang tinggalpun dalam keadaan nazak. hari-hari yang dilalui penuh mencabar bagi ikan-ikan terbabit. yang tinggal sekarang hanya lah dua ekor ikan mas dan dua ekor ikan sepat. mampukan ikan-ikan ini bertahan sekurang-kurangnya untuk hari esok...

Sebenarnya apa yang ingin penulis gambarkan bukannya berkaitan hobi baru membela ikan, jauh sekali megenai cara-cara untuk membela ikan Mas ataupun kura-kura.


Penulis ingin mengajak kita sama-sama berfikir dan cuba mengaitkan kisah ikan yang tinggal didalam akuarium dengan lapangan perjuangan islam. sejauh manakah istiqamahnya kita dalam perjuangan ini. umpama ikan-ikan yang dahulunya banyak, namun apabila masa berlalu sekian waktu, yang tinggal hanya beberapa ekor sahaja yang tinggal.

Teringat akan sahabat-sahabat yang dulunya sama-sama berjuang dalam kerja-kerja dakwah dikampus, akan tetapi apabila saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti minggu,minggu berganti bulan,bulan berganti tahun...yang tinggal bersama-sama dalam perjuangan hanya beberapa kerap sahaja.. yang lain hilang dalam kabus-kabus tebal yang mengabui mata yang menutup terus jalan yang dahulunya sama-sama berjanji setia untuk sama-sama mengharungi walaupun di landa taufan diitengah perjalanan sekalipun.

Ini hanyalah satu cebis dugaan di lapangan kampus yang perlu dilalui sebelum melangkah ke lapangan yang lebih besar iaitu dilapangan masyarakat yang sebenar. yang berjaya mengharungi "mehna dan tribulasi" di lapangan kampus belum pasti berjaya dilapangan sebenar yang penuh mencabar. umpama ikan-ikan belaan Arip yang berjaya hidup beberapa minggu dalam akuarium, belum tentu ikan-ikan terbabit akan dapat hidup jika dilepaskan kesungai. boleh diumpamakan ikan sebagai pejuang-pejuang islam, akuarium dan sungai diumpamakan sebagai lapangan kerja dakwah, ikan -ikan yang berjaya hidup didalam akuarium belum pasti dapat hidup didalam sungai yang jauh lebih mencabar daripada kehidupan didalam kotak kecik lutsinar. begitu juga dengan para daie yang berjuang dikampus yang sangat kecil, belum pasti mereka dapat istiqamah apabila keluar ke lapangan sebenar yang terlalu besar dan jauh lebih mencabar.

Sahabat-sahabat seperjuangan, marilah sama-sama kita berdoa supaya diberikan kekuatan untuk terus berada dilandasan yang betul dan lurus agar tidak terpesong daripada jalan perjuangan yang telah diikat janjinya bersaksikan Allah swt, walaupun berada di lapangan mana sekalipun samaada di dalam aquarium, sungai malah lautan sekalipun..

Sebentar tadi penulis menjenguk akuarium.yang tinggal hanya dua ekor ikan sepat dan seekor ikan mas, seekor lagi telah tercicir daripada perjuangan.....

Rujukan ~ Akhi Fadzli

Baca Lagi.. >>

Kenapa Manusia Suka Membazir

Akhir2 ini, saya lihat ramai yang tidak mengambil berat tentang perkara2 yang berkaitan dengan pembaziran. Di mana pun kita berada, pasti pembaziran ini berlaku lebih2 lagi di pasaraya atau shopping complex. Yang kecil berhabis duit dengan membeli mainan, remaja pula dihabiskannya dengan menonton wayang dan tidak kurang juga yang dewasa dengan membeli pakaian serta perabot baru. Semua ini pasti terjadi kerana tiada kesedaran tentang kepentingan berjimat cermat.

Siapa yang perlu dipersalahkan dalam soal ini? Adakah dengan mengadakan kempen kesedaran perkara2 ini dapat dielakkan? Adakah kita perlu mengadakan undang2 bagi yang melakukan pembaziran? Tepuk dada, tanya hati... tepuk dahi, tanya akal... Saya rasa perkara ini tetap akan berlaku, melainkan kita serapkan dalam jiwa masyarakat kita dengan keindahan Islam.. saya yakin & pasti perkara2 ini tidak akan terjadi lagi.. Islam tak ajar umatnya untuk membazir, Islam ajar untuk kita sentiasa bersederhana.. banyak contoh sirah2 yang tercatat dalam Al-Quran mahupun hadis2 yang berkaitan dengan peribadi para anbiya serta para sahabat yang sentiasa “zuhud” dalam kehidupannya.

Zuhud membawa erti "meninggalkan dunia melainkan kadar yang patut daripadanya”.. Bukanlah dengan mengagungkan dunia dengan membeli sesuatu yang tidak berfaedah, apatah lagi membeli perkara2 agar dipandang masyarakat.

Pembaziran ini berlaku jika kita tidak berfikir terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tindakan atau keputusan..

Proses pembinaan akan mengalami kerugian yang besar jumlahnya jika tidak berfikir atau merancang terlebih dahulu... Apa keperluan untuk membuat perkara ni? Apa kesan jika kita laksanakan perkara ni? Apa, kenapa dan bagaimana... semua persoalan perlu dirungkai terlebih dahulu.. jangan membuat keputusan membabi buta.. ini nasihat saya. Jika kita mengabaikan “think it first”, pembaziran pasti akan kita temui..

Janganlah kita mengambil mudah perkara ini.. malah marilah kita sama2 berusaha untuk tidak melakukan pembaziran dibumi Allah ini. Segala perbuatan kita pasti akan dihitung oleh Allah SWT kelak, walaupun sebesar zarah sekalipun... apatah lagi kalau ia melibatkan berjuta2 ringgit, dan melibatkan duit masyarakat!!!
Baca Lagi.. >>