Saturday, August 9, 2008

Mantapkan tarbiyyah serta akademik..

Begitulah peringatan yang diberikan oleh amir kepada ana n ahli2 yang lain.. malam tadi baru je, pimpinan mengadakan satu linuq akademik atas sebab kemerosotan yang berlaku dikalangan ahli kebelakangan ini.. dalam linuq banyak peringatan yang disampaikan namun masih ramai shabat2 mahupun shlbiah tidak mengambil serius tentang perkara ini.. masih boleh gelak2 kat belakang.. termasuklah ana (kadang2),hehe... apelah yang menyebabkan ahli2 ni susah nak dgr pengisian yang melibatkan akademik ni? ana pun konpius.. tapi kalu pengisian tarbiyyah bukan main plak... bersemangat semuanya. masalah utama ahli tidak lain dan tidak bukan hanyalah akademik semata2.. kalu bab tarbiyyah n siasah, xperlu ckp semua pro.. pernah tak kita terpikir bahawa akademik kita akan memberi kesan kepada J tu sendiri.. pernah tak kita ditanya oleh adik2 brape result kita... apa yg kita nak jawab? cukup makan...atau.. boleh la.. ke nak jawab.. abang dpt dekan.. atau.. 3.++.. tak terpikir ke semua??? konpius laa.. orang jauh pada kita kerana akademik kita, sedarlah!!!!

kita jangan jadi fitnah pada J dan juga Islam.. kita perlu ada perancangan dan pengurusan yang perfect. itulah kata2 senior Budi kepada adik2nya yg lain, dalam pengharapan agar adik2 ni berubah.. harap2lah lepas ni mereka boleh berubah. Dalam pengucapan senior Budi juga, ana tersentuh dgn satu kenyataannya yang berbunyi.. "kita hanya hipokrit dalam membuat gerak kerja J kerana kehidupan kita di kampus dan di rumah adalah berbeza sama sekali. ketika bersama sahabat kitalah no.1 tapi ketika di rumah ntah apa yg kita buat"... hati & fikiran ana tersentak tiba2 bile kenyataan itu dikeluarkan. Ya Allah, adakah aku hipokrit selama ini? adakah aku tidak ikhlas membuat kerja2 islam selama ini? adakah aku hanya buat kerja utk kepentingan diriku sahaja? tetibe je benak ana berputar memikirkan perkara ni.. adakah aku hipokrit? itulah persoalan yang perlu kita fikirkan..

Berbalik pada topik akademik sebentar tadi.. sebagai seorang dai'e kita perlu mengambil berat tentang akademik kita. kesannya adalah untuk kehidupan kita kelak.. malah ia memberi kesan kepada Islam tu sendiri. jangan tinggalkan akademik kita, dan anggaplah ia seperti sebhagian drpada tggjawab kita kepada J dan juga Islam. Binalah pengurusan masa yang benar2 berkesan untuk meningkatkan akademik yang selama ini kita memandang enteng.
Apapun dalam kesibukan haraki, kesufian hati & taqarrub serta ibadah jgn dikurangkan kualitinya. pastikan kita adalah sufi n haraki. kerana ramai yg bersemangat berjuang tp ibadah tak terjaga.. sama2 kita memohon diberikan kekuatan olehNya.

satu persoalan kepada semua... Kita berada dalam J ini sebagai aset @ beban? harap sama2 fikirkan.....

~mantapkan tarbiyyah dan akademik~
Baca Lagi.. >>

Tuesday, August 5, 2008

Cara mengatasi masalah tekanan jiwa menurut Islam

Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan kerja.Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk.

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan p! ekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat.Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada seper!tiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut ag! ! ar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa! bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain"ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yangdihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.
Baca Lagi.. >>
Surah Al-Hadid: 1 - 6

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Semua yang berada di langit dan yang berada di bumi bertasbih kepada Allah (menyatakan kebesaranNya). Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Kepunyaan-Nyalah kerajaan langit dan bumi. Dia menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.

Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa; kemudian Dia bersemayam di atas Arasy' Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan Dia bersama kamu dimana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

Kepunyaan-Nyalah kerajaan langit dan bumi. Dan kepada Allah lah dikembalikan segala urusan.

Dialah yang memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam. Dan Dia Maha Mengetahui segala isi hati.

~hayatilah maksud yang tersirat dan tersurat dalam ayat2 Al-Quran di atas ini. Telah nyata dan jelas bahawa Dialah satu2nya yang perlu kita letakkan pergantungan. Adakah kita masih meletakkan pengharapan kepada makhluk daripada pengharapan kepada-Nya? Adakah kita pernah merujuk padaNya ketika kita dalam kesusahan & kesempitan dunia? Adakah kita sentiasa menyatakan syukur padaNya sedangkan setiap detik Dia tidak pernah melupakan kita? Banyaknya kekurangan hamba2Mu ini Ya Allah.. Ampunkanlah kami dan berikanlah kami taufiq dan hidayah agar kami tidak terpesong untuk sentiasa mengingati-Mu.

-pengisian usrah ke3 sesi 2008-
Baca Lagi.. >>