Friday, October 9, 2009

Surat Bantahan Konsert Gegaria Metro

19 Syawal 1430H
08hb Oktober 2009

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Dungun
23000 Dungun
Terengganu.

Tuan,

BANTAHAN KONSERT SEMPENA KARNIVAL GEGARIA METRO 09’

Salam hormat. Pihak kami telah dimaklumkan bahawa pada 9 & 10 Oktober 2009 pihak Harian Metro dengan kerjasama pihak tuan akan mengadakan program tersebut di Dataran Dewan Merdeka Daerah Dungun. Pihak kami dimaklumkan terdapat beberapa acara seperti Band Metro, Gadis Metro, Metro Idol dan banyak lagi aktiviti yang melangkaui tatasusila akhlak dan adab Islam serta melanggari tatasusila masyarakat Melayu yang akan diadakan pada tarikh tersebut.

Dengan ini, Kami Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun bersama beberapa badan NGO’s mengutuk sekeras-kerasnya dan tidak bersetuju dengan program yang akan diadakan tersebut berdasarkan beberapa sebab berikut ;

1. Acara yang akan dilangsungkan dengan jelas melibatkan gadis-gadis dan remaja yang tidak menutup aurat malah ditayangkan kepada masyarakat tempatan, percampuran antara lelaki dan perempuan yang sudah tentu akan mengundang kepada berlakunya gejala kurang sihat seperti seks bebas, rogol, kecurian, minuman keras dan sebagainya. Ini merupakan satu contoh akhlak yang buruk dan bertentangan dengan seruan Kerajaan untuk melahirkan masyarakat ‘Ulul Albab’ dan Islam Hadhari yang dilaungkan.

2. Lokasi yang berhampiran dengan Masjid, surau – surau disekelilingnya, Pejabat Agama Daerah Dungun, kawasan Perumahan Kg. Molek , Tanah Lot dan lain – lain yang bakal mengundang rasa tidak selesa, biadap,‘parking’,gangguan bunyi, privasi penduduk setempat dan lebih-lebih lagi sekarang pelajar tingkatan tiga sedang menduduki peperiksaan PMR.

3. Di samping penganjuran aktiviti ini hanyalah mengundang kepada penularan gejala maksiat yang semakin membarah pada masa yang sama seoalah-olah tiada rasa keperihatinan terhadap bencana yang sedang menimpa di negara jiran baru-baru ini. Keizinan pihak tuan juga menggambarkan persetujuan berlakunya gejala keruntuhan akhlak anak tempatan dimasa akan datang. Semoga kita dijauhkan daripada azab Allah diatas kesilapan yang dilakukan dengan sengaja.

Sehubungan itu harapan pihak kami memohon agar pihak Tuan tidak mengizinkan konsert berkenaan diteruskan demi untuk kesejahteraan umum.

Sekian, terimakasih.

" ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN "
" MEMPERSADA PERJUANGAN "

Yang menjalankan amanah,

UST JAMALUDDIN BIN JUSOH
KETUA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN



Lampiran

Badan – badan dan NGO’s yang turut sama membantah konsert sempena Karnival Gegaria Metro 2009

1. PAS kawasan Dungun
2. Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)
3. Jemaah Islah Malaysia (JIM)
4. Ikatan Siswazah Islam Malaysia cawangan Terengganu (ISMA)
5. Angkatan Belia Islam (ABIM) cawangan Terengganu
6. AJK Surau kubur Kampung Molek
7. AJK Surau Tanah Lot
8. AJK padang jambu
9. AJK Surau ust omar shukri
10. AJK Surau Sungai Buaya
11. AJK Masjid Intan Zaharah
12. Persatuan Bekas Alumni Sek.Rendah Laki – Laki Lama
13. Persatuan Nelayan


Baca Lagi.. >>

Thursday, October 8, 2009

Markas Pemuda PAS diceroboh, petugas ditumbuk

BAGAN PINANG, 8 Okt: Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.

Dalam kejadian malam tadi, sekumpulan lelaki terbabit dipercayai penyokong BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ.

Selain ditumbuk, pemuda PAS terbabit juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.

Seorang Exco DPP, Suhaizan Kayat yang maklum berkenaan kejadian tersebut berkata, penyokong Umno BN terbabit tidak berpuas hati kerana mandakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka.

"Mereka tuduh kita jatuhkan berndera dan poster Umno BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi tubi. Bayangkan dari luar mereka tumbuk sampai la ke dalam markas, " ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP.

Kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain, namun semua bukti dan maklumat lengkap sedang dikumpulkan.

Suhaizan juga kesal di atas kejadian itu menganggap penyokong Umno BN tersebut bertindak membelakangi undang-undang.

"Sepatutnya kalau ada bukti, buat lah laporan Polis, bukannya datang serang macam ni," katanya.

Ekoran kejadian tersebut, DDP telah mengarahkan semua pemuda di seluruh negeri datang ke Bagan Pinang hari ini bagi membantu gerak kerja kempen di sini.

Satu taklimat khas kepada pemuda yang hadir akan di adakan malam ini di markas induk mereka.

"Kita arahkan semua pemuda seluruh negeri datang bantu kita di sini, kita bukan nak buat kacau, tapi kita nak berkawal untuk keselamatan," ujar Suhaizan lagi.

Mereka juga yakin tindakan penyokong Umno tersebut sebgai terdesak dan cuba memerangkap pemuda PAS agar bertindak agresif bagi dijadikan modal kempen mereka.

"Kita yakin, ini satu provokasi dan perangkap mereka. Modus operandi sama sebelum ini diguna Abdul Azeez, tapi nampaknya tak berjaya. Jadi ini dia agenda mereka seterusnya," ujarnya lagi.

Dalam pada itu DPP akan mengadakan satu sidang media tergempar dai Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, jam 11 pagi ini.

Sidang media tersebut akan diketuai Ketua DPP Pusat, Ustaz Nasarudin Hassan dan Suhaizan sendiri.

Turut akan didedahkan dalam sidang media tersebut adalah berkaitan maklumat terbaru penyelewengan undi pos. _harakah


Baca Lagi.. >>

Wednesday, October 7, 2009

Petanda Tumbangnya BN di Bagan Pinang?

Semoga PAS menang di Bagan Pinang, dan semoga dapat membuktikan bahawa rakyat sudah tidak mempercayai BN. Adakah anda ingin mengundi calon sudah nyata terlibat dalam salah laku rasuah? Adakah anda menyokong tindakan ISA? nyatakan pendirian anda dalam memenangkan PAS di Bagan Pinang... takbir!!!

Sedikit petanda yang dikatakan mampu menjadi kenyataan.. insyaAllah.








Rujukan: Pemuda Dungun
Baca Lagi.. >>

Banner provokasi dari UMNO

Banner yang dikatakan menimbulkan Provokasi dan Fitnah

Ini merupakan gambar tebaru yang dirakamkan yang mana beberapa banner yang menimbulkan provokasi dan juga fitnah telah diturunkan petang ini.

Ia diturunkan selepas satu laporan polis dibuat oleh Yb Firdaus Jaafar MP jerai semalam.Beliau yang dalam ceramahnya memberikan masa 24 jam bermula petang semalam kepada Pihak Berkuasa untuk menurunkan kesemua banner yang berunsur fitnah ini akhirnya berjaya diturunkan kerana ia disifatkan melanggar akta Pilihanraya Malaysia.
Baca Lagi.. >>

Sekitar hari penamaan calon PRK Bagan Pinang

Pemuda PAS Dungun telah menghantar sebilangan tentera-tenteranya untuk berjuang di medan perang PRK Bagan Pinang sejak 30 September lagi. Dilaporkan bahawa disana suasana amat gamat sekali kerana dipenuhi dengan sahabat2 dari serata negeri bagi setiap post2 yang disediakan. Telah diputuskan bahawa PRK Bagan Pinang kali ini adalah perlawanan 1 lawan 1 diantara calon PAS iaitu Tuan Hj. Zulkefli Mohd Omar Pesuruhjaya PAS Negeri 9 dan calon BN iaitu Tan Sri Mohd Isa Samad. Di bawah adalah gambar sekitar hari penamaan calon tersebut.
















































Rujukan: Pemuda Dungun

Baca Lagi.. >>