Friday, December 18, 2009

XPDC edaran Risalah Dakwah disabotaj



XPDC Edaran Risalah Pemuda Paka DISABOTAJ UMNO

Hari ini, Rabu, saya merasakan amat terkilan. Dengan keesokannya, Khamis, hari terakhir dalam tahun 1430 Hijrah. Yang meyakinkan lagi bahawa UMNO tidak sukakan Islam, bahkan menyekat daripada tersebar luasnya kefahaman tentang Islam.

Bagi saya, jika bahan risalah tersebut berkait dengan pembongkaran kejahatan, penyelewengan dan kezaliman UMNO ni, saya boleh terima risalah tersebut tidak dicetak dan dikeluarkan. Tetapi, bahan risalah tersebut terkandung isinya doa-doa akhir tahun hijrah dan awal tahun hijrah untuk diedarkan kepada penduduk Paka pada Pasar Malam Paka. Saat-saat akhir tidak dicetak dengan pelbagai alasan yang diberikan. Cukup menyedihkan. Di mana iman orang umno ni yang selama ini menyangka dia beriman kepada Allah?

Saya nak menasihati kepada orang UMNO samada pendokong atau penyokong, dan saya juga turut menasihati kepada semua muslimin dan muslimat, tak lupa kepada diri saya sendiri secara khususnya, tentang beberapa ancaman Allah taala kepada orang yang zalim, orang yang menyekat penyebaran dakwah Islam, dan orang yang memberi pertolongan kepada orang yang melakukan kezaliman, atau kemungkaran.

Dalam Surah Hud, ayat yang ke 18, Allah taala ada menyebut dengan firman-Nya yang bermaksud: "Ingatlah bahawa laknat Allah adalah atas orang-orang yang zalim". Dan pada Surah A'raf, dalam ayat yang ke 44, Allah taala menambah lagi dengan firman-Nya yang bermaksud: "Maka berserulah orang yang menyerukan bahawasanya laknat Allah taala adalah atas orang-orang yang zalim".

Kedua-dua ayat ini dan sebenarnya masih ada lagi ayat al-Quran dengan celaan dan laknatkan Allah taala kepada orang yang melakukan, menyokong, serta membantu kemungkaran, kezaliman, dan menyekat penyebaran syariat Allah taala.

Laknatkan dan celaan ini turut dikuatkan dengan satu hadis soheh, Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan:

من أحدث فيها حدثا أوى محدثا فعليه لعنة الله والملائكة والناس أجمعين

"Barangsiapa yang melakukan sesuatu kemungkaran atau memberi tempat perlindungan kepada orang yang melakukan kemungkaran, maka atasnya adalah laknat Allah, seluruh malaikat dan semua manusia".

Hadis di atas menunjukkan orang yang menyekat penyebaran dakwah Islam turut sama mendapat laknat Allah taala, para malaikat dan orang yang beriman. Saya amat meyakini bahawa orang yang betul-betul memiliki fikiran yang waras boleh menerima hujah Naqli ini. Walaupun dia merupakan lepasan Phd atau MA, apatah lagi mereka yang memiliki Sarjana Muda. Bahkan orang yang beriman dengan sungguh-sungguh boleh menerima nas-nas ini.

Bagi pendokong dan penyokong, terutama pemikir UMNO yang memperagendakan segala perancangan Yahudi laknatullah yang mesti dilaksanakan, merasakan nas-nas yang datang daripada Allah taala dan Hadis Nabi Muhammad SAW hanyalah dongeng rekaan semata-mata. Mereka tidak meyakini dan mempercayainya. Menolak mentah-mentah akan nas-nas yang bercanggah dengan hawa nafsu syaitan dalam diri mereka.

Saya berharap dengan semangat Hijrah yang akan lalui esok malam, yang telah diperintiskan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW, menjadi tuntutan dan tauladan serta panduan dalam usaha memberkati dan merahmati kehidupan kita seharian, sehinggalah berakhir hayat di badan.

Ihsan Daripada:

Ust Mohd Azizul Hisham bin Zulkifli
Timbalan Ketua Pemuda PAS Dun Paka.
Baca Lagi.. >>

Wednesday, December 16, 2009

Salam Maal Hijrah 1431 pada semua!




Sempena Maal Hijrah 1431 ini, ana Akhi Fadhli ingin memohon ampun & maaf sekiranya ada kesalahan ataupun kekurangan ana sepanjang tahun 1430H ini. Semakin tahun umur kita meningkat, maka secara automatiknya kita akan semakin dekat dengan pintu kematian. Janganlah lupa ajal & maut itu di Tangan Allah, dan percayalah bahawa semakin kita mengingati mati semakin berjayalah kita di dunia ini. Tidak kiralah apajua pekerjaan & pangkat yang kita ada, ia tidak bermakna sekiranya kita lupa pada ketentuan Allah ini.

Mengingati mati ini adalah suatu amalan yang sentiasa dilakukan oleh para Sahabat dan alim ulama' sejak dahulu lagi. Berani ana katakan disini, masyarakat zaman sekarang tidak sehebat masyarakat terdahulu kerana kita sudah lupa pada hakikat kematian ini. Kita lebih mengejar sesuatu yang ada di hadapan mata berbanding janji2 Allah yang telah termaktub sekian lama di dalam Al-Quran, Kalamullah.

Walaupun begitu, kebanyakkan pepatah barat tidak menyokong kenyataan ini, dan menyatakan bahawa semakin ingat pada mati maka kita akan semakin tidak bersemangat untuk meneruskan hidup atau akan lebih menikmati kehidupan selagi nyawa dikandung badan. Tetapi bagi orang muslim, kita tidak sepatutnya mengikut pepatah Barat itu dan alasannya adalah satu iaitu kita yakin adanya Syurga & Neraka atau Dosa & Pahala. Orang yang mengingati pada kematian adalah sebijak2 manusia, sepertimana sabda Rasulullah SAW:
"Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik.” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)

Jadi ana menyeru kepada sahabat2 diluar sana, sentiasalah ingat pada mati. Gunakanlah sebaiknya2 anugerah kehidupan serta nikmat Iman & Islam yang dikurniakan oleh-Nya. Yang pasti kita perlu sentiasa bersedia untuk menghadap Robbul Izzati dengan bekal amalan sepanjang hidup di atas muka bumiNya ini.

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia sudah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Ali Imran: 185).

Ketahuilah kematian pasti tiba kepada seluruh umat tanpa mengenal erti bangsa, kedudukan, kekayaan atau gagah perkasa. Tiada sesiapa pun yang boleh melarikan diri daripada maut. Apabila ditetapkan waktu kematian seseorang, ia tidak akan tertunda atau dicepatkan walaupun sesaat.

Untuk sekalian kalinya, ana memohon maaf sekali lagi sekiranya sepanjang perkenalan mahupun pandangan ana dalam penulisan di blog ini mengguris perasaan mana-mana pihak. Ana hanya sekadar sebahagian daripada insan daif yang masih belajar untuk mengenali dunia ini, maafkan ana. Moga ukhuwwah kita berkekalan hendaknya.




p/s:
- jangan lupa tanamkan azam untuk tahun baru ini.
- jangan lupa doa akhir tahun & awal tahun esok k....

Baca Lagi.. >>

Punca Hati Sekeras Batu

Assalamu'alaikum wbt...

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah

Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)




Baca Lagi.. >>

Monday, December 14, 2009

Kepentingan Doa Dalam Kehidupan

Bismillah...

MULTIPLE ROLES

Salam Rahmat buat para sahabat yang dikasihi, lama kiranya saya tidak menitip bicara ilmu tanpa suara. Sebetulnya jari jemari ini rindu sekali untuk menarikan bicara tanpa suaranya. Namun kesibukan bergelar ibu, isteri, kaunselor a.k.a therapist terkadang membataskan segalanya lebih lagi sekarangnie cuti sekolah satu lagi ROLE ditambah jadi guru tuisyen, time inilah kesempatan terbaik untuk menyediakan anak-anak dengan persediaan untuk pengisian bagi kemasukan kelas akan datang. Begitulah kelazimannya semasa cuti persekolahan panjang inilah, saya cuba membantu anak-anak menghabiskan syllabus untuk kelas akan datang.Pesan abah ilmu yang diajarkan sendiri oleh ibu mahupun bapa pada anak-anak itu lebih berkat, memangpun walaupun ada waktunya memang mencabar minda & kesabaran tetapi banyak HIKMAH yang kami pelajari . Mudah-mudahan ILMU yang diajarkan dengan penuh kasih sayang anak-anak dapat mencerapnya dengan jelas & baik.Hemm..bukan mudah nak merendahkan IQ setanding mereka demi kasih proses asimilasi perlu dilakukan agar mereka menjadi anak yang pintar dan cemerlang mengikuti proses pembelajaran di sekolah kelak. Inilah sebahagian detik-detik terindah sebenarnya menghabiskan waktu yang berqualiti dengan anak-anak memberi mereka pengisian YANG TERBAIK untuk dunia dan akhirat. TERASA PUAS DAN SYUKUR bila melihat kecemerlangan anak-anak dengan pengorbanan, kasih sayang serta pengisian dan titipan ilmu juga doa yang diberikan. Mudah-mudahan mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah yang mampu memertabatkan syiar Islam di akhir zaman.

KUASA DOA DAN KONTEKS HUBUNGAN DENGAN PEMILIK

Bukan mudah sesungguhnya memegang melaksanakan KONTRAK & AMANAH bergelar ibu mahupun ayah. Tuntutan proses pendidikan serta pengisian dalam memberikan YANG TERBAIK agar tidak dipersoalkan di akhirat cukup sudah membuatkan setiap detik dan waktu untuk terisi. Dalam pada itu juga KUASA DOA jangan sesekali dipinggirkan, itu juga pesan abah. KUASA DOA sangat penting dalam kehidupan. Rentetan GAYA HIDUP, perubahan arus kemodenan hari ini tidak dinafikan membuatkan individu lebih sibuk dan cenderung dengan kesibukan duniawi...komitmen kerjaya, kewangan, kehidupan seringkali menyebabkan matlamat akhir memburu keredhaan Allah tersasar. Bila konteks hubungan dengan PENCIPTA serta PEMILIK AGUNG itu kurang terbina, kurang terjalin maka harap maklumlaa konsekuennya kehidupan tidak menjadi SURPRISE kalau haru-biru, huru-hara. HASILNYA kehidupan bakal menjadi ‘lapangan syaitan’ mempermainkan dan memperdayakan manusia yang leka, lalai dan ANGKUH...itupun Allah masih sayang lagi sebetulnya diberikan UJIAN untuk kembali mengingatinya kalau tidak mungkin saja dibiarkan KUFUR DALAM NIKMAT atau TERUS HINA DALAM UJIANNYA...Nauzubil lahminzalik. Contoh paling mudah dalam kehidupan berumahtangga dan berkeluarga, konflik , masalah, huru-hara saban waktu datang menguji. Pernah terdetik kenapa suasana sebegini berlaku???Antara faktor yang dominan adalah KUASA DOA DALAM KEHIDUPAN itulah juga yang saya kupas dalam program LIFE COACHING KLINIK SUKSES, betapa penting SENI BERDOA untuk dipelajari kerana apa? Jawapan PALING MUDAH, semua yang kita kehendaki dalam kehidupan ini melibat HAJAT, CITA-CITA, HARAPAN dan IMPIAN. Dan sebagai manusia lebih lagi yang beragama Islam konteks hubungan dengan Allah dan SENI “MEMINTA”...MEMOHON dengan PEMILIK AGUNG ini perlu dipelajari dan diamalkan agar berupaya membantu proses membina kesejahteraan dan kebahagian hidup di dunia dan langsung terus di akhirat kelak...

KONSEKUEN TANPA ILMU & SENI BERDOA

Tanpa ilmu dan pengetahuan SENI BERDOA...doa harian mungkin saja menjadi RITUAL BIASA tanpa hadir ruh di dalamnya. Skrip doa hanya sekadar bacaan di bibir, di hati tetapi tidak di minda makanya dari segi VISUAL MINDA lazimnya akan meroaming ke lain...contoh mudah ketika solat zuhur di pejabat...selesai solat kita berdoa...Ya AllahYa Tuhanku murahkanlah rezekiku, bahagiakanlah rumahtanggaku tetapi VISUALISE... GAMBARAN MINDA yang hadir mungkin sahaja kerja yang menanti di meja, laporan yang perlu siapkan, meeting dan sebagainya . Haa...itu belum lagi saat TERTEKAN, stress dengan pasangan, majikan. rakan sepejabat, ibubapa, adik beradik, mahupun beban kewangan dan sebagainya.. .Mohon lain pd Allah yang tergambarnya lain pula...contoh minta bahagia tapi yang tergambar derita..’air mata’ dendam, marah, benci...abih camno memanglaa PACKAGE DOA tidak lengkap sempurna ibaratnya sampai kat pintu langit kenalaa BOUNCE balik...doa tidak diangkat para malaikat sebab PACKAGE takda cukup. Inilah yang terkadang hasilnya HIDUP SEAKAN BERKONFLIK.. .BERPERANG DI RELUNG YANG SAMA...ada yang ambilmasa 2 minggu, 2 bulan , 2 tahun, 20 tahun untuk SEMBUH MAHUPUN BERUBAH. KENAPA CEPAT, KENAPA LAMBAT yer? Pernah terfikir...jawapann ya...YOU! YOU HOLD THE “KEY”.

FASA KRISIS ~ Stress, depressi & emotional blockage.

Seringkali juga hasrat serta impian hati ingin menikmati bahagia seperti orang lain tapi diri seakan tidak berdaya dan berkeyakinan berupaya memilikinya. Andai itu yang dilalui..HATI- HATI! Jangan terpedaya dengan perangkap syaitan...JATUH CINTA PADA PEPERANGAN DALAM DIRI DAN KESAKITAN... TENGGELAM DALAM KONFLIK SERTA MEMORI SILAM yang mungkin menguasai diri, bukan begitu Allah inginkan kita berfungsi dalam kehidupan.

THE SECRET ~ TO MAKE YOU HAPPY

Jangan salahkan orang lain jika hidup dirasakan DERITA...anda YANG MEMILIHNYA!Nak tahu RAHSIANYA...there is ONLY one person that can make U HAPPY...and that person is YOU!!! YES IS YOU!!! YOU YANG BERHAK MEMILIH YANG TERBAIK UNTUK DIRI YOU YANG TERSAYANG... bukannya orang lain yang mencorakkannya untuk you...TAKE RESPONSIBLE! Amanah dan bertanggungjawab dengan pilihan dan tindakan yang dilakukan... Stop blaming others!Remember. ..Allah tidak pernah zalim malah seringkali diri sendiri juga yang menzalimi diri dengan jalan dan tindakan yang dipilih!

RESEPI “MERAWAT DIRI” DAN TRANSFORM

Dan tidak lupa RESEPI PENTING untuk merawat diri...HEAL. ..menjayakan TRANSFORMASI DIRI yang diidamkan adalah KENALI DIRI, BERLAKU JUJUR DAN JANGAN SESEKALI MENSABOTAJ DIRI...dan letakkan paksi semua ini kerana Allah swt....mencari keredhaanNYA. ..memburu pengiktirafanNYA bukan sekadar menggaburi mata dengan memburu pengiktirafan si polan dan si polan yang namanya manusia, insyaAllah YAKIN DAN PERCAYALAH Allah pasti bersama-sama anda mengiringi perjuangan indah ini! ANDA PASTI TIDAK AKAN KECEWA...buah tangan yang manis daripada KEKASIH AGUNG INI PASTI MENGIRINGI SETIAP DETIK PERJALANAN, percayalah!! !Saya telah menyaksikan banyak KEAJAIABAN serta KEINDAHAN dalam proses perjuangan para sahabat yang dikasihi, sememangnya ALLAH ITU MAHA ADIL...dihadirkan cabaran, dihadirkan ujian DIA juga hadirkan PENAWAR serta jalan penyelesaiannya. ..sebab itu juga seringkali kita diketemukan. ..bahkan hari ini anda terbaca artikel ini juga bukan secara kebetulan atau saja-saja tetapi atas izin dan perhatian KASIHNYA di atas sana...kalian mencari Allah menjawab dan insyaAllah kita dipertemukan tidak kira sama ada secara MAYA mahupun BERSEMUKA semuanya atas izinNYA juga. Apa yang saya panjangkan di sini adalah sebahagian titipan RAHMAT dan KASIH ALLAH untuk kita semua, besar harapan saya kejujuran serta RAHMAT ini dapat menyuntik INSIGHT ~ CELIK AKAL, membawa keberkatan, keharmonian, ketenangan, kebahagian juga keredhaan Ilahi buat yang mencarinya.. .mengisi kemakmuran dalam ruang hayat izin Ilahi.

Tiada siapa yang HEBAT…kecuali DIA diatas sana…tiada siapa yang sempurna namun dalam KETIDAKSEMPURNAAN itu sama-sama kita terokai KEINDAHAN & KEAJAIBAN ALLAH…untuk sama-sama kita saling lengkap-melengkapi, ingat-memperingati antara satu sama lain ke arah melewati kehidupan yang lebih sejahtera dan harmoni dalam konteks hubungan dengan diri sendiri, orang lain dan lebih utama dari itu tentunya PEMILIK YANG AGUNG itu iaitu Allah swt...

Yang baik itu datangnya dr Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri, jutaan maaf saya pohon andai penulisan saya menyentuh emosi anda!!!(Trigger back all the pain, sadness, grieving, anger, resentment, anxiety, trauma, rejection, seperation and etc...)

Sehingga bertemu lagi...

Inspirasikan hari-hari anda dengan TIPS serta ARTIKEL menarik dengan mendaftar di http://anizanwar. com ~ My LiFe, My LoVe , My PaSSioN is a beautiful journey indeed!
Salam Rahmat & Harmoni ;
Pn Aniz Hj Anwar
EFT Practitioner
Counsellor/Therapis t
KLINIK SUKSES
YM : nizwar75
H/P : 012-3915362
Laman web : http://anizanwar. com
Baca Lagi.. >>

Tuesday, December 8, 2009

Majlis Makan Malam Bersama DH BPPNT

Pada 7hb Disember 2009, yakni semalam ana dan beberapa orang sahabat Kawasan Dungun mendapat jemputan untuk menghadiri program Majlis Makan Malam Dewan Harian PAS Negeri Terengganu bersama Penggiat Media & para Blogger. Hampir 50 orang jemputan yang hadir dalam majlis yang kecil ini. Ana amat berbangga kerana berpeluang untuk bersua muka dengan blogger-blogger yang selama ini aktif melemparkan hujah2 dan memperbincangkan isu panas terutamanya isu politik dalam coretan laman web masing2.

Diantara Dewan Harian PAS Negeri Terengganu yang hadir dalam majlis ini ialah Pesuruhjaya PAS N.Terengganu, Dato' Tuan Guru Haji Harun Taib, Timbalan Pesuruhjaya 2, Ustaz Saiful Bahri, Setiausaha Negeri, Haji Yahaya Ali, Ketua Unit Penerangan, Ustaz Hj Nik Muhammad Zawawi, Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Mohammad Nor Hamzah dan juga Ketua Dewan Muslimat, Puan Safinah Jusoh.


Program ini adalah bertujuan untuk para penggiat media dan blogger mendapat garis panduan berkenaan penulisan yang seharusnya dilakukan demi perjuangan parti terutamanya dalam isu-isu panas yang giat diperbincangkan kala ini. Kami sebagai jemputan juga berpeluang memberi pandangan atau cadangan untuk memperkembangkan lagi kaedah penulisan yang sedia ada pada blog2, justeru dapat mempromosikan parti. Poin yang banyak diperbincangkan dalam maljis ini ialah bagaimana untuk menarik lebih ramai pengguna internet membaca posting yang ditulis dan juga cara untuk memperjelaskan isu-isu yang dimainkan oleh pihak lawan tanpa lari daripada sumber maklumat yang sebenar.

Para jemputan juga dapat mendengar ucapan amanat oleh Tuan Pesuruhjaya, Dato Hj Harun Taib yakni memfokuskan kepada penulisan blog dimana ia telah menjadi lidah-lidah parti Islam secara tidak langsung selama ini.

Ana secara jujurnya amat berbesar hati kerana dapat berpeluang untuk bersama-sama pimpinan dalam majlis ini, malah setelah tamat majlis kecil ini, ana merasakan semua jemputan berkobar2 untuk meneruskan penulisan blog yang selama ini mungkin tidak mendapat tempat. Syukur alhamdulillah, itu sahaja ucapan yang selayaknya.

Sebahagian gambar yang diambil sepanjang majlis.


Semoga sahabat2 blogger diluar sana sentiasa istiqamah dalam menjadi suara2 perjuangan Islam, InsyaAllah.
Baca Lagi.. >>

Saturday, December 5, 2009

Fatine: Gugat Hukum Akal, Adat & Syarak Kalangan Umat

Budaya Songsang ini telah menyelinap dan menyerap di kalangan umat Islam Malaysia dan dikuatiri akan mendapat tempat kepada kumpulan yang berjuang hak kesama-rataan dari acuan orientalis. Umat Melayu Islam bakal kehilangan identiti dari terhakisnya hukum akal, hukum adat dan kukum syarak.

"Dan (kami juga telah mengutus) Lut, tatkala dia berkata kepada kaumnya: “Mengapa kalian melakukan perbuatan keji, yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun sebelummu (di dunia ini)?”. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan syahwatmu (kepada mereka), bukan kepada wanita , malah kamu benar-benar kaum yang melampaui batas”. Surat Al-araf ayat 80-81.

Dan (ingatlah kisah) Lut, ketika dia berkata kepada kaumnya, “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan fahisyah (seks keji), padahal kamu melihatnya (kekejian perbuatan itu). Mengapa kamu mendatangi laki-laki untuk (memenuhi) syahwat(mu), bukan (mendatangi) perempuan? Sungguhnya, kamu adalah kaum yang tidak mengetahui (akibat perbuatanmu)”. An-naml ayat 54-55.


LONDON: Transeksual warga Malaysia, Mohammed Fazdil Min Bahari berasa takut untuk pulang ke Malaysia ekoran reaksi negatif yang timbul daripada tanggapan salah berhubung perkahwinannya dengan seorang warga British.

Katanya, dia telah menerima banyak emel dan komen orang ramai yang mengkritik dan menuduhnya menghina kerajaan Malaysia.

Mohammed Fadzil atau Fatine kesal kerana orang ramai tidak memahami tujuannya datang ke United Kingdom (UK) adalah semata-mata untuk hidup bersama lelaki yang dicintainya.

Katanya, dia tidak boleh berbuat demikian di Malaysia kerana masyarakat mengkaitkan perkahwinan mereka dengan isu agama.

"Saya takut untuk pulang ke tanah air. Saya bimbang akan keselamatan saya," katanya yang mengulas tentang laporan akhbar tersebut yang didakwa memberikan gambaran kurang tepat mengenai kisah percintaan mereka sehingga mencetuskan reaksi negatif.

Bercakap pertama kali selepas akhbar The Sun di London mendedahkan berita itu, Fatine berkata dia tidak tahu hendak membuat apa-apa lagi kerana keluarganya telah memutuskan hubungan dengannya.

"Saya telah menghabiskan masa berjam-jam membuat panggilan telefon untuk memohon kemaafan. Saya amat menyayangi mereka tetapi saya tidak boleh mengubah apa yang telah berlaku," kata jurusolek artis berusia 36 tahun itu.

Fatine yang berasa kesal dengan laporan tersebut yang didakwanya telah memutarbelitkan kisah cinta mereka sedangkan mereka tidak berniat untuk menghina masyarakat Melayu.

"Mereka juga telah menyiarkan nama bapa saya, sedangan itu sebenarnya tak perlu. Ibu saya pula berasa takut untuk meninggalkan rumah sekarang," tambahnya.

Fatine (kiri) bersama suaminya, Ian Young semasa perkahwinan mereka. -Foto FACEBOOK

Fatine kesal kerana masyarakat Melayu berasa tersinggung ekoran perkahwinan mereka, walhal mereka cuma ingin hidup bersama di UK memandangkan mereka tidak boleh berbuat demikian di Malaysia.

Fatine sedar orang-orang Melayu memegang nilai-nilai tradisional dan "tidak dapat menerima orang sepertinya".

Fatine sedar orang-orang Melayu memegang nilai-nilai tradisional dan "tidak dapat menerima orang sepertinya".

Bagaimanapun, dia berharap keadaan akan beransur reda.

Fatine "berkahwin" dengan Ian Young, 30, pemilik syarikat penyelenggaraan hartanah dalam satu upacara sivil Mei lalu, menghadapi tindakan dihantar pulang ke Malaysia selepas permohonannya untuk mendapatkan visa 'Leave to Remain' ditolak oleh Pejabat Dalam Negeri ekoran foto "salah".

Permohonan kedua yang disertakan foto berukuran pasport berlatar belakang putih dan bukannya biru telah dikemukakan untuk pertimbangan semula, namun permohonan itu juga telah ditolak Oktober lalu.


Pasangan itu baru mengemukakan permohonan buat kali ketiga untuk mendapatkan 'Right to Family Life (hak untuk kehidupan berkeluarga)' di bawah Akta Hak Asasi Manusia di Britain.

Pada Isnin lalu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, Jabatan Imigresen berkemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap Fatine.

Ini kerana katanya, pihaknya memandang serius kes rakyat Malaysia tinggal melebih tempoh di luar negara.

Young bagaimanapun menegaskan permohonan Fatine masih sedang diproses oleh Agensi Sempadan UK. Justeru, katanya, Fatine tidak sepatutnya dikategorikan dalam golongan yang tinggal terlebih tempoh di UK.

"Setahu saya, pihak berkuasa tidak dibenarkan menahannya buat masa ini," katanya.

Ekoran laporan tersebut yang tidak memaparkan perkara sebenar, Young mendakwa, orang ramai beranggapan cerita mereka merupakan satu penghinaan kepada Islam sedangkan mereka tidak berniat berbuat sedemikian.


Fatine (duduk) kesal kerana orang ramai tidak memahami tujuannya datang ke United Kingdom (UK) adalah semata-mata untuk bersama dengan lelaki yang dikasihinya.

"Kami cuma mahu berkahwin, hidup bahagia bersama. Satu-satunya cara kami dapat berbuat demikian adalah di UK," kata Young.

Tambahnya, laporan tersebut juga seolah-olah menggambarkan mereka menghina undang-undang Islam.

"Ekoran gambaran sedemikian, saya berasa kami akan berada dalam keadaan bahaya jika kami cuba tinggal di Malaysia," ujarnya.

~bumiperak
Baca Lagi.. >>

Friday, December 4, 2009

Doa Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat


Media memainkan isu doa Tok Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) seolah-olah beliau telah melakukan satu kesalahan besar kerana membaca doa memohon Allah memusnahkan masa depan politik Perdana Menteri dan parti yang dipimpin beliau, iaitu UMNO. Sepertimana biasa, mereka memberikan gambaran seolah-olah TGNA telah menyeleweng dari prinsip Islam kerana mendoakan kehancuran seorang saudara seagama. “Bukankah Islam mengajar kita bahawa kita bersaudara? Tidak mungkin kita boleh mendoakan kemusnahan saudara seagama! TGNA sah sudah sesat dan tersasau!” kata mereka dengan megah dan bangga, yakin dengan kebenaran hujjah mereka.

Bagi yang tidak memahami, mereka akan terus melenting dan menempelak TGNA. Tetapi, apa yang dilakukan TGNA adalah satu usaha menetang kezaliman dalam bentuk yang paling minima. Doa beliau bukan tidak berasas. Ianya bukan timbul tanpa sebab, secara tiba-tiba mengikut 'mood', bangun pagi dan seterusnya menyatakan bahawa hari ini hendak doakan kemusnahan Najib!

Hakikatnya, doa ini adalah hasil dari dasar menganak-tirikan Kelantan dan rakyatnya secara berterusan semenjak mulanya Kelantan diperintah PAS. Kemuncak ketidak-adilan adalah apabila kerajaan pusat menzahirkan niat busuk mereka bagi menafikan hak rakyat Kelantan dengan memutarbelitkan tafsiran undang-undang berhubung hak milik Negeri. Begitu terdesak kerajaan BN sehingga menggunakan Ordinan Darurat 1969 yang mentakrifkan perairan Negeri hanya sehingga 3.3 batu nautika dari kedudukan air surut. Hasil dari pentakrifan baru ini, maka yang lebih dari 3.3 nautika adalah milik Negara bukan Negeri dan dengan itu tiada royalti yang perlu dibayar. Hujjah ini dikemukakan oleh BN untuk mempertahankan tindakan mereka menafikan royalti minyak kepada Negeri Kelantan.

Islam memandang berat persoalan keadilan. Keadilan adalah di antara matlamat disebalik Allah mengutuskan para Rasul seperti yang dijelaskan Allah dalam Al-Quran ayat 25 Surah Al-Hadid yang bermaksud :
“Telah Kami utuskan Rasul-rasul kami bersama bukti-bukti yang nyata dan menurunkan bersama mereka Al-Kitab dan Al-Miizan (Neraca) supaya manusia boleh menegakkan keadilan....”
Allah turut berfirman,
“Wahai orang-orang yang beriman berdiri tegaklah kamu, kerana Allah, sebagai saksi akan keadilan...”
Dalam memperjuangkan keadilan dan menentang kezaliman, sebuah Hadith yang masyhur juga telah menyebut,
“Sesiapa menyaksikan dari kalangan kamu kemungkaran, hendaklah dia mengubahkannya dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lidahnya dan sekiranya dia tidak mampu, dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemah iman”.
Dalam soal ini, apa yang dipertikaikan adalah, adakah wajar kita mendoakan kemusnahan seorang saudara seagama yang sedang menzalimi kita? Hakikatnya, Islam meletakkan keadilan itu mengatasi persaudaraan sebangsa dan juga seagama.

Mempertahankan kezaliman yang dilakukan seseorang yang sekaum hanya kerana dia ini berasal dari kaum yang sama telah dikutuk oleh Rasulullah (SAW) sebagai amalan 'Assaabiyah'. Assaabiyah ditolak Islam sehingga bersabda Rasulullah,
“Bukan dari ku orang yang menyeru kepada assaabiyah.....”
Begitu juga dalam soal seagama dimana tanggung jawab seseorang Muslim terhadap Muslim lain yang sedang melakukan kezaliman adalah menghalang saudara seagamanya dari melakukan kezaliman itu, bukan berdiam diri dan redha dengan kezaliman kerana si penzalim itu adalah saudara seagamanya!

Malahan terdapat ayat di dalam Al-Quran di mana Allah memerintah untuk memerangi orang beriman yang ingin bertindak zalim seperti ayat 9 Surah Al-Hujurat yang bermaksud:
“Dan kalau ada dua golongan dari orang beriman berperang-perangan, hendaklah kamu mendamaikan keduanya! Tetapi kalau yang satu (ingin terus) menginaya yang satu lagi, perangilah yang menginaya sehingga dia taat kepada perintah Allah. Sekiranya sudah taat kembali, damaikanlah keduanya dengan adil dan hendaklah kamu bertindak secara saksama. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bersikap saksama.”
Jika diteliti ayat berkenaan, maka tidak sahaja diperintahkan untuk mendiamkan diri atau sekadar mendoakan 'golongan beriman' yang menginaya supaya insaf dan menjadi baik. Dalam ayat ini, Allah turut memerintahkan agar memerangi mereka! Perintah sebegini adalah bertujuan supaya penganiayaan itu dihentikan dan saudara seagama itu diselamatkan dari melakukan penginayaan.

Maka jika dilihat dari sudut ini, apalah sangat sebenarnya doa 'memusnahkan' ini, berbanding memerangi sehingga ditundukkan golongan yang menginaya? Sebenarnya inilah masalahnya, kadang-kadang orang Islam sendiri terpengaruh dengan ajaran agama lain. Islam tidak menganjurkan dasar, “berikan pipi kiri selepas pipi kanan ditampar”. Samalah seperti fahaman “agama suku, politik suku”.

Sepatutnya semua berusaha untuk menentukan kerajaan Pusat mengakui hak Negeri dan tidak terus menzalimi Kelantan, bukan membela tindakan kerajaan Pusat. TGNA mendoakan supaya Allah memusnahkan mereka sekiranya mereka ingin terus menafikan hak Negeri Kelantan dan rakyatnya. Sekiranya ingin mengelak dari kesan buruk doa tersebut, maka bertindak adil dan iktiraf hak milik Negeri!

Ada pula yang membawa hujjah, Rasulullah (SAW) dizalimi semasa ke Taif, dilontar batu dan diusir bagaikan manusia terhina. Namun Rasulullah (SAW) tidak meminta Jibrail (AS) memusnahan bandar Taif dan penduduknya apabila didatangi dan ditanya Jibrail. Mereka berkata TGNA sepatutnya bersikap seperti Baginda (SAW) dan tidak mendoakan kemusnahan Perdana Menteri lain.

Dalam kes Taif, yang dizalimi dan disakiti adalah peribadi Rasulullah (SAW) sendiri. Maka dalam isu ini, ianya bukan kesalahan dan kezaliman ke atas peribadi TGNA sendiri. Ianya di lakukan ke atas seluruh rakyat Negeri Kelantan yang mana ianya tidak akan mampu dimaafkan oleh mana-mana Menteri Besar atau Perdana Menteri sekalipun. Keduanya, semasa peristiwa Taif, ianya terhenti apabila Rasulullah meninggalkan Taif. Rasulullah didatangi Jibrail selepas peristiwa kezaliman itu selesai. Dalam isu ini, ianya kezaliman yang diteruskan ke atas seluruh rakyat Negeri Kelantan Darul Naim.

~Khalid Samad
Baca Lagi.. >>

Thursday, December 3, 2009

XPDC Edaran Risalah Dakwah


XPDC Edaran Risalah Dakwah "JOm SOLAT"

PUSAT NIAGA PAKA; Rabu, jam 06.25 petang, Alhamdulillah, dengan izin Allah taala, XPDC Edaran Risalah Dakwah 'Jom Solat' dan 'Kempen Pendaftaran PASTI' berjaya diadakan di Pasar Malam Paka. Walaupun dalam keadaan hujan turun yang tidak menentu, dapat juga risalah tersebut diedarkan.

Allah taala Maha Besar, inilah ucapan yang mampu kami katakan. Saat untuk diedarkan risalah tersebut, hujan yang turun tadi berhenti. Seterusnya memudahkan lagi urusan kami untuk menyebarkan risalah dakwah tersebut. Kerana kebiasaanya, apabila risalah diedarkan dalam keadaan hujan turun, akan menyebabkan risalah tersebut rosak dimamah air hujan dan seumpama dengannya.

Maka, ucapan Allahu Akbar didahulukan dalam diri masing-masing. InsyaAllah XPDC Edaran Risalah Dakwah yang selanjutnya akan diadakan pada bulan hadapan.

"Orang Mude Geng Kite"
Baca Lagi.. >>

Tuesday, November 24, 2009

Pengajaran Dalam Surah Al-Kahf

Al-Kahf (Gua)
110 ayat - Makkiyah

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
ANCAMAN TERHADAP KEPERCAYAAN BAHWA TUHAN PUNYA ANAK
Ayat 1-8

1 Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya al-Kitab (al-Qur'an) dan Dia tidak mengadakan kebengkokan di dalamnya; 2 sebagai bimbingan yang lurus, untuk memperingatkan akan siksaan yang sangat pedih dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman, yang mengerjakan amal saleh, bahwa mereka akan mendapat pembalasan yang baik, 3 mereka kekal di dalamnya untuk selama-lamanya. 4 Dan untuk memperingatkan kepada orang-orang yang berkata, "Allah mengambil seorang anak." 5 Mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang hal itu, begitu pula nenek moyang mereka. Alangkah jeleknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka; mereka tidak mengatakan (sesuatu) kecuali dusta. 6 Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu karena bersedih hati sesudah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (al-Qur'an). 7 Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya. 8 Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menjadikan (pula) apa yang di atasnya menjadi tanah rata lagi tandus.

KISAH ASHABUL KAHF
Ayat 9-26

9 Atau kamu mengira bahwa orang-orang yang mendiami gua dan (yang mempunyai) Raqim itu, mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang mengherankan? 10 (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa, "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)." 11 Maka Kami tutup telinga mereka beberapa tahun dalam gua itu, 12 kemudian Kami bangunkan mereka, agar Kami mengetahui manakah di antara kedua golongan itu yang lebih tepat dalam menghitung berapa lamanya mereka tinggal (dalam gua itu). 13 Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk; 14 dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata, "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran." 15 Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan (untuk di sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih lalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah? 16 Dan apabila kamu meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah selain Allah, maka carilah tempat berlindung ke dalam gua itu niscaya Tuhanmu akan melimpahkan sebagian rahmat-Nya kepadamu dan menyediakan sesuatu yang berguna bagimu dalam urusan kamu. 17 Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit, condong dari gua mereka ke sebelah kanan, dan bila matahari itu terbenam menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada dalam tempat yang luas dalam gua itu. Itu adalah sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Allah. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barang siapa yang disesatkan-Nya, maka kamu tak akan mendapatkan seorang pemimpin pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya. 18 Dan kamu mengira mereka itu bangun padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri, sedang anjing mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan (diri) dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi dengan ketakutan terhadap mereka. 19 Dan demikianlah Kami bangunkan mereka agar mereka saling bertanya di antara mereka sendiri. Berkatalah salah seorang di antara mereka, "Sudah berapa lamakah kamu berada (di sini?)." Mereka menjawab, "Kita berada (di sini) sehari atau setengah hari." Berkata (yang lain lagi), "Tuhan kamu lebih mengetahui berapa lamanya kamu berada (di sini). Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa uang perakmu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik, maka hendaklah dia membawa makanan itu untukmu, dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan halmu kepada seseorang pun. 20 Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, niscaya mereka akan melempar kamu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian niscaya kamu tidak akan beruntung selama-lamanya. " 21 Dan demikian (pula) Kami mempertemukan (manusia) dengan mereka, agar manusia itu mengetahui, bahwa janji Allah itu benar, dan bahwa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya. Ketika orang-orang itu berselisih tentang urusan mereka, orang-orang itu berkata, "Dirikanlah sebuah bangunan di atas (gua) mereka, Tuhan mereka lebih mengetahui tentang mereka." Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka berkata, "Sesungguhnya kami akan mendirikan sebuah rumah peribadatan di atasnya." 22 Nanti (ada orang yang akan) mengatakan (jumlah mereka) adalah tiga orang yang keempat adalah anjingnya, dan (yang lain) mengatakan, "(Jumlah mereka) adalah lima orang yang keenam adalah anjingnya", sebagai terkaan terhadap barang yang gaib; dan (yang lain lagi) mengatakan, "(Jumlah mereka) tujuh orang, yang kedelapan adalah anjingnya." Katakanlah, "Tuhanku lebih mengetahui jumlah mereka; tidak ada orang yang mengetahui (bilangan) mereka kecuali sedikit." Karena itu janganlah kamu (Muhammad) bertengkar tentang hal mereka, kecuali pertengkaran lahir saja dan jangan kamu menanyakan tentang mereka (pemuda-pemuda itu) kepada seorang pun di antara mereka. 23 Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu, "Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi, 24 kecuali (dengan menyebut), "Insya-Allah. " Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah, "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini." 25 Dan mereka tinggal dalam gua mereka tiga ratus tahun dan ditambah sembilan tahun (lagi). 26 Katakanlah, "Allah lebih mengetahui berapa lamanya mereka tinggal (di gua); kepunyaan-Nya- lah semua yang tersembunyi di langit dan di bumi. Alangkah terang penglihatan- Nya dan alangkah tajam pendengaran- Nya; tak ada seorang pelindung pun bagi mereka selain daripada-Nya; dan Dia tidak mengambil seorang pun menjadi sekutu-Nya dalam menetapkan keputusan."

Pintu masuk Gua Ashabul Kahfi

Dalam gua Ashabul Kahfi

PETUNJUK-PETUNJUK TENTANG DAKWAH
Ayat 27-59

Teguran kepada Nabi agar jangan mementingkan orang-orang terkemuka saja dalam berdakwah Ayat 27-31

27 Dan bacakanlah apa yang diwahyukan kepadamu, yaitu kitab Tuhan-mu (al-Qur'an). Tidak ada (seorang pun) yang dapat mengubah kalimat-kalimat- Nya. Dan kamu tidak akan dapat menemukan tempat berlindung selain daripada-Nya. 28 Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas. 29 Dan katakanlah, "Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barang siapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir." Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang-orang lalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek. 30 Sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal saleh, tentulah Kami tidak akan menyia-nyiakan pahala orang-orang yang mengerjakan amalan (nya) dengan baik. 31 Mereka itulah (orang-orang yang) bagi mereka surga Adn, mengalir sungai-sungai di bawahnya; dalam surga itu mereka dihiasi dengan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas dipan-dipan yang indah. Itulah pahala yang sebaik-baiknya, dan tempat-istirahat yang indah;

Tamsil kehidupan dunia dan orang-orang yang tertipu padanya Ayat 32-46

32 Dan berikanlah kepada mereka sebuah perumpamaan dua orang laki-laki, Kami jadikan bagi seorang di antara keduanya (yang kafir) dua buah kebun anggur dan Kami kelilingi kedua kebun itu dengan pohon-pohon kurma dan di antara kedua kebun itu Kami buatkan ladang. 33 Kedua buah kebun itu menghasilkan buahnya, dan kebun itu tiada kurang buahnya sedikit pun dan Kami alirkan sungai di celah-celah kedua kebun itu, 34 dan dia mempunyai kekayaan besar, maka ia berkata kepada kawannya (yang mukmin) ketika ia bercakap-cakap dengan dia, "Hartaku lebih banyak dari pada hartamu dan pengikut-pengikutku lebih kuat." 35 Dan dia memasuki kebunnya sedang dia zalim terhadap dirinya sendiri; ia berkata, "Aku kira kebun ini tidak akan binasa selama-lamanya, 36 dan aku tidak mengira hari kiamat itu akan datang, dan jika sekiranya aku di kembalikan kepada Tuhanku, pasti aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada kebun-kebun itu." 37 Kawannya (yang mukmin) berkata kepadanya sedang dia bercakap-cakap dengannya, "Apakah kamu kafir kepada (Tuhan) yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setetes air mani, lalu Dia menjadikan kamu seorang laki-laki yang sempurna? 38 Tetapi aku (percaya bahwa), Dialah Allah, Tuhanku, dan aku tidak mempersekutukan seorang pun dengan Tuhanku. 39 Dan mengapa kamu tidak mengucapkan tatkala kamu memasuki kebunmu, Ma sya'allah, la quwwata illa billah (Sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud, tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah). Sekiranya kamu anggap aku lebih sedikit darimu dalam hal harta dan keturunan, 40 maka mudah-mudahan Tuhanku, akan memberi kepadaku (kebun) yang lebih baik daripada kebunmu (ini); dan mudah-mudahan Dia mengirimkan ketentuan (petir) dari langit kepada kebunmu, hingga (kebun itu) menjadi tanah yang licin. 41 atau airnya menjadi surut ke dalam tanah, maka sekali-kali kamu tidak dapat menemukannya lagi." 42 Dan harta kekayaannya dibinasakan, lalu ia membulak-balikkan kedua tangannya (tanda menyesal) terhadap apa yang ia telah belanjakan untuk itu, sedang pohon anggur itu roboh bersama para-paranya dan dia berkata, "Aduhai kiranya dulu aku tidak mempersekutukan seorang pun dengan Tuhanku." 43 Dan tidak ada bagi dia segolongan pun yang akan menolongnya selain Allah; dan sekali-kali ia tidak dapat membela dirinya. 44 Di sana pertolongan itu hanya dari Allah Yang Hak. Dia adalah sebaik-baik Pemberi pahala dan sebaik-baik Pemberi balasan. 45 Dan berilah perumpamaan kepada mereka (manusia), kehidupan dunia adalah sebagai air hujan yang Kami turunkan dari langit, maka menjadi subur karenanya tumbuh-tumbuhan di muka bumi, kemudian tumbuh-tumbuhan itu menjadi kering yang diterbangkan oleh angin. Dan adalah Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. 46 Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.

Beberapa kejadian pada hari kiamat dan kedurhakaan Iblis Ayat 47-53

47 Dan (ingatlah) akan hari (yang ketika itu) Kami perjalankan gunung-gunung dan kamu akan melihat bumi itu datar dan Kami kumpulkan seluruh manusia, dan tidak Kami tinggalkan seorang pun dari mereka. 48 Dan mereka akan dibawa ke hadapan Tuhanmu dengan berbaris. Sesungguhnya kamu datang kepada Kami, sebagaimana Kami menciptakan kamu pada kali yang pertama; bahkan kamu mengatakan bahwa Kami sekali-kali tidak akan menetapkan bagi kamu waktu (memenuhi) perjanjian. 49 Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang yang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata, "Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang jua pun." 50 Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam", maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turunan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (Allah) bagi orang-orang yang lalim. 51 Aku tidak menghadirkan mereka (iblis dan anak cucunya) untuk menyaksikan penciptaan langit dan bumi dan tidak (pula) penciptaan diri mereka sendiri; dan tidaklah Aku mengambil orang-orang yang menyesatkan itu sebagai penolong. 52 Dan (ingatlah) akan hari (yang ketika itu) Dia berfirman, "Panggillah olehmu sekalian sekutu-sekutu- Ku yang kamu katakan itu." Mereka lalu memanggilnya tetapi sekutu-sekutu itu tidak membalas seruan mereka dan Kami adakan untuk mereka tempat kebinasaan (neraka). 53 Dan orang-orang yang berdosa melihat neraka, maka mereka meyakini, bahwa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak menemukan tempat berpaling daripadanya.

Akibat tidak mengindahkan peringatan-peringat an Allah SWT Ayat 54-59

54 Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulangi bagi manusia dalam al-Qur'an ini bermacam-macam perumpamaan. Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah. 55 Dan tidak ada sesuatu pun yang menghalangi manusia dari beriman, ketika petunjuk telah datang kepada mereka, dan memohon ampun kepada Tuhannya, kecuali (keinginan menanti) datangnya hukum (Allah yang telah berlaku pada) umat-umat yang dahulu atau datangnya azab atas mereka dengan nyata. 56 Dan tidaklah Kami mengutus rasul-rasul melainkan sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan; tetapi orang-orang yang kafir membantah dengan yang batil agar dengan demikian mereka dapat melenyapkan yang hak, dan mereka menganggap ayat-ayat Kami dan peringatan-peringat an terhadap mereka sebagai olok-olokkan. 57 Dan siapakah yang lebih lalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat dari Tuhannya lalu dia berpaling daripadanya dan melupakan apa yang telah dikerjakan oleh kedua tangannya? Sesungguhnya Kami telah meletakkan tutupan di atas hati mereka, (sehingga mereka tidak) memahaminya, dan (Kami letakkan pula) sumbatan di telinga mereka; dan kendati pun kamu menyeru mereka kepada petunjuk, niscaya mereka tidak akan mendapat petunjuk selama-lamanya, 58 Dan Tuhanmulah Yang Maha Pengampun, lagi mempunyai rahmat. Jika Dia mengazab mereka karena perbuatan mereka, tentu Dia akan menyegerakan azab bagi mereka. Tetapi bagi mereka ada waktu yang tertentu (untuk mendapat azab) yang mereka sekali-kali tidak akan menemukan tempat berlindung daripadanya. 59 Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat lalim, dan telah Kami tetapkan waktu tertentu bagi kebinasaan mereka.

NABI MUSA AS MENCARI ILMU
Ayat 60-82

Nabi Musa AS bertemu dengan Khidr AS Ayat 60-70

60 Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada muridnya, "Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan; atau aku akan berjalan sampai bertahun-tahun. " 61 Maka tatkala mereka sampai ke pertemuan dua buah laut itu, mereka lalai akan ikannya, lalu ikan itu melompat mengambil jalannya ke laut itu. 62 Maka tatkala mereka berjalan lebih jauh, berkatalah Musa kepada muridnya, "Bawalah ke mari makanan kita; sesungguhnya kita telah merasa letih karena perjalanan kita ini." 63 Muridnya menjawab, "Tahukah kamu tatkala kita mencari tempat berlindung di batu tadi, maka sesungguhnya aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidak adalah yang melupakan aku untuk menceritakannya kecuali setan dan ikan itu mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali." 64 Musa berkata, "Itulah (tempat) yang kita cari." Lalu keduanya kembali, mengikuti jejak mereka semula. 65 Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami. 66 Musa berkata kepada Khidhr, "Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?" 67 Dia menjawab, "Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku. 68 Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?" 69 Musa berkata, "Insya Allah kamu akan mendapati aku sebagai seorang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun." 70 Dia berkata, "Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu apa pun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu."

Khidr membocorkan perahu Ayat 71-73

71 Maka berjalanlah keduanya, hingga tatkala keduanya menaiki perahu lalu Khidhr melobanginya. Musa berkata, "Mengapa kamu melobangi perahu itu yang akibatnya kamu menenggelamkan penumpangnya? " Sesungguhnya kamu telah berbuat sesuatu kesalahan yang besar. 72 Dia (Khidhr) berkata, "Bukankah aku telah berkata, "Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sabar bersama dengan aku" 73 Musa berkata, "Janganlah kamu menghukum aku karena kelupaanku dan janganlah kamu membebani aku dengan sesuatu kesulitan dalam urusanku."

Khidr membunuh seorang anak Ayat 74-76

74 Maka berjalanlah keduanya; hingga tatkala keduanya berjumpa dengan seorang anak, maka Khidhr membunuhnya. Musa berkata, "Mengapa kamu bunuh jiwa yang bersih, bukan karena dia membunuh orang lain? Sesungguhnya kamu telah melakukan suatu yang mungkar." 75 Khidhr berkata, "Bukankah sudah kukatakan kepadamu, bahwa sesungguhnya kamu tidak akan dapat sabar bersamaku?" 76 Musa berkata, "Jika aku bertanya kepadamu tentang sesuatu sesudah (kali) ini, maka janganlah kamu memperbolehkan aku menyertaimu, sesungguhnya kamu sudah cukup memberikan uzur padaku."

Khidr membetulkan dinding rumah Ayat 77

77 Maka keduanya berjalan; hingga tatkala keduanya sampai kepada penduduk suatu negeri, mereka minta dijamu kepada penduduk negeri itu tetapi penduduk negeri itu tidak mau menjamu mereka, kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka Khidhr menegakkan dinding itu. Musa berkata, "Jikalau kamu mau, niscaya kamu mengambil upah untuk itu."

Hikmah-hikmah dari perbuatan-perbuatan Khidhr Ayat 78-82

78 Khidhr berkata, "Inilah perpisahan antara aku dengan kamu; Aku akan memberitahukan kepadamu tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya. 79 Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, dan aku bertujuan merusakkan bahtera itu, karena di hadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera. 80 Dan adapun anak itu maka kedua orang tuanya adalah orang-orang mukmin, dan kami khawatir bahwa dia akan mendorong kedua orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran. 81 Dan kami menghendaki, supaya Tuhan mereka mengganti bagi mereka dengan anak lain yang lebih baik kesuciannya dari anaknya itu dan lebih dalam kasih sayangnya (kepada ibu bapaknya). 82 Adapun dinding rumah itu adalah kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya adalah seorang yang saleh, maka Tuhanmu menghendaki agar supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanannya itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemauanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya. "

ZULQARNAIN DENGAN YA'JUJ DAN MA'JUJ
Ayat 83-101

83 Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Zulkarnain. Katakanlah, "Aku akan bacakan kepadamu cerita tentangnya." 84 Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami telah memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, 85 maka dia pun menempuh suatu jalan. 86 Hingga apabila dia telah sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut yang berlumpur hitam, dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata, "Hai Zulkarnain, kamu boleh menyiksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka." 87 Berkata Zulkarnain, "Adapun orang yang aniaya, maka kami kelak akan mengazabnya, kemudian dia dikembalikan kepada Tuhannya, lalu Tuhan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya. 88 Adapun orang-orang yang beriman dan beramal saleh, maka baginya pahala yang terbaik sebagai balasan, dan akan kami titahkan kepadanya (perintah) yang mudah dari perintah-perintah kami." 89 Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). 90 Hingga apabila dia telah sampai ke tempat terbit matahari (sebelah Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu, 91 demikianlah. Dan sesungguhnya ilmu Kami meliputi segala apa yang ada padanya. 92 Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). 93 Hingga apabila dia telah sampai di antara dua buah gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. 94 Mereka berkata, "Hai Zulkarnain, sesungguhnya Ya'juj dan Makjuj itu orang-orang yang membuat kerusakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?" 95 Zulkarnain berkata, "Apa yang telah dikuasakan oleh Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, 96 berilah aku potongan-potongan besi" Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain, Tiuplah (api itu)." Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata, "Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar kutuangkan ke atas besi panas itu." 97 Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melobanginya. 98 Zulkarnain berkata, "Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar." 99 Kami biarkan mereka di hari itu bercampur aduk antara satu dengan yang lain, kemudian ditiup lagi sangkakala, lalu Kami kumpulkan mereka itu semuanya. 100 dan Kami nampakkan Jahanam pada hari itu kepada orang-orang kafir dengan jelas. 101 yaitu orang-orang yang matanya dalam keadaan tertutup dari memperhatikan tanda-tanda kebesaran-Ku, dan adalah mereka tidak sanggup mendengar.

AZAB BAGI ORANG-ORANG MUSYRIK DAN PAHALA BAGI ORANG-ORANG MUKMIN
Ayat 102-108

Celakalah orang-orang musyrik Ayat 102

102 Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahwa mereka (dapat) mengambil hamba-hamba- Ku menjadi penolong selain Aku? Sesungguhnya Kami telah menyediakan neraka Jahanam tempat tinggal bagi orang-orang kafir.

Amat merugilah orang-orang yang terpedaya oleh dirinya sendiri Ayat 103-106

103 Katakanlah, "Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya? " 104 Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya. 105 Mereka itu orang-orang yang kafir terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan (kafir terhadap) perjumpaan dengan Dia. Maka hapuslah amalan-amalan mereka, dan Kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat. 106 Demikianlah balasan mereka itu neraka Jahanam, disebabkan kekafiran mereka dan disebabkan mereka menjadikan ayat-ayat-Ku dan rasul-rasul- Ku sebagai olok-olok.

Surga Firdaus bagi orang-orang yang beramal saleh Ayat 107-108

107 Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka adalah surga Firdaus menjadi tempat tinggal, 108 mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah daripadanya.

LUASNYA ILMU ALLAH TIDAK TERHINGGA
Ayat 109-110

109 Katakanlah, "Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula). 110 Katakanlah, "Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku, "Bahwa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Esa." Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya."

p/s: syukran kepada Ukhti Syahida kerana sudi sumbangkan gambar...

Baca Lagi.. >>

Tuesday, November 17, 2009

Ummi bertolak pergi ke Tanah Suci

Pada tanggal 13hb November 2009 baru-baru ini, ana dan seluruh family berangkat ke Kompleks Tabung Haji, di Kelana Jaya untuk menghantar ummi tercinta ke Tanah Suci. Ummi adalah diantara salah seorang daripada jemaah haji yang terpilih menunaikan ibadah haji di Baitulharam.. Sebagai seorang anak, ana amat bersyukur sekali kerana ummi sempat menjejaki kakinya ke sana atas tujuan untuk melaksanakan rukun Islam yang ke-5 itu..

Kami memulakan perjalanan pada jam 3ptg, dimana selepas solat jumaat. Keluarga ana menjemput seorang Imam Masjid Kg Simpang, Merlimau yakni sedara ummi untuk mengetuai bacaan doa & laungan azan.. Ketika laungan azan berkemundang, hati masing2 menjadi sebak. Sebahagian yang berada di rumah atuk ketika itu menitiskan air mata..

Imam sedang melaungkan azan

Setelah bersalaman dengan sedara mara yang hadir ketika itu, kami melangkah masuk ke dalam kereta dan terus beredar meninggalkan rumah atuk. 3 buah kereta mengiringi Ummi ke destinasi yang ingin ditujui.. Lebih kurang jam 6ptg kami tiba di perkarangan Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya. Kami berkumpul sambil berehat di tempat menunggu yang disediakan oleh pihak Tabung Haji.

Family ana berkumpul di Tempat Menunggu untuk Jemaah2 Haji


Ummi sedang menulis nama pada name tag yang diberikan


Name tag Ummi


Hampir waktu maghrib, khemah Tempat Menunggu yang disediakan makin penuh dibanjiri oleh keluarga dan sahabat handai jemaah2 haji yang akan bertolak ke Tanah Suci. Ketika itu juga masih terdapat jemaah2 yang berjalan memasuki kawasan Kompleks berkenaan, mungkin mereka adalah di kalangan orang tempatan yakni yang tinggal berdekatan Kelana Jaya.


Khemah tempat menunggu telah dibanjiri keluarga jemaah2 haji


Jemaah haji yang baru tiba di perkarangan kompleks


Tepat pada jam 9.30malam, kami sekeluarga mula bergerak untuk menghantar ummi ke dalam Kompleks. Diberitahu bahwa kami tidak akan berjumpa jemaah haji lagi setelah menghantar mereka ke dalam bangunan itu, jadi dalam kesempatan itu kami adik beradik mengambil gambar bersama ummi sebelum berpisah..

Kami adik beradik bergambar dengan ummi


Kami sempat bersalaman dan berpeluk dengan ummi sebelum ummi meninggalkan kami selama sebulan di Malaysia ini. Air mata kami mengiringi pemergian ummi ke tanah suci.. Di harap Ummi dapat melakukan ibadah dengan tenang disana..amin.

Ummi berjalan meninggalkan kami


Ummi bersama2 dengan jemaah haji yang lain

~we all love u, ummi~

Gambar kanak2 di sekitar Kompleks Tabung Haji yang sempat diambil.


Nak buih?

Apa yang kite nak makan ni kak?

tembak die..!!

Baca Lagi.. >>

Monday, November 16, 2009

Kes Ta'adud Jamaah di Kampus

Demi Islam…..

Ana tak berapa faham dengan isi surat enti tempohari. Wa’ima macamanapun, ana cuba respon sedikit. Bukan nak mencari siapa salah…. Tapi nak menegakkan kebenaran. Ana rasa pendapat enti mendahului pendapat pimpinan enti. Pimpinan enti pun tidak melenting dalam soal Taadud Jamaah.

Entum kata matlamat kita adalah Abdillah dan Khalifah…. Tapi macamana? Khalifah yang macamana? Terus perang seperti HIZBUL TAHRIR? Sehingga menolak sebarang cara lain? Ataupun memilih jalan lain yang sesuai mengikut keadaan yang tidak bersalahan dengan nas Quran, Hadis, IJMAK dan ULAMA’…….

Dan kalaulah khalifah itu dibina hanya dengan memberi kefahaman kepada mad’u , sudah tentu NABI tidak perlu BERHIJRAH. Cukup sahaja berada di MAKKAH menyebarkan dakwah dengan harapan semua orang akan mengikut ISLAM. Tapi ternyata, perlu kepada Negara. Terjadinya HIJRAH dan terbentuknya MADINAH melalui kerja-kerja siasah. Nabi Muhammad s.a.w lah orang pertama yang mengajar ILMU SIASAH kepada kita. POLITIK ISLAM.

Enti cakap pasal Ilmu….. Kefahaman….…. Berlapang dada kerana ukhwahfillah rakan seperjuangan…. Kenapa tidak berlapang dada pada kerjasama urusan dakwah di tempat kita sekarang? Dikala masyarakat kampus dengan seribu masalah, kenapa tidak bekerjasama untuk membanteras paling tidak mengurangkan masalah sosial, kemaksiatan yang makin membarah? Tahalluf siyasi adalah suatu yang patut ditekankan untuk mendapat kebersamaan dalam gerak kerja dakwah.. tidak begitu?

Kita nih sama ingin berdakwah dalam kampus, mengapa kita hendak bertikam lidah untuk merebut mad’u.. masyarakat kampus ada hak untuk mendapatkan ilmu agama daripada siapa sekalipun.. wa’ima tabligh, hizbul tahrir, PKS, dan sebagainya.. Firman Allah “...dan bertolong-tolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan ketakwaan..”.tidak salah kan??

Ana nak sentuh satu part yang menyatakan bahawa kita sebagai dai’e perlu bergerak secara tersusun.. memang benar statement enti tu. Dalam surah as-Soff pun dah menyatakan perkara tu.. terang dan nyata sekali.. Namun enti nyatakan kita perlu wala’ pada pimpinan kita.. jangan letakkan wala’ sebarangan enti.. wala’ kita hanya pada Allah & Rasul... selagi mana kita yakin pada janji Allah, selagi tu lah kita tidak akan terpesong. Bukan mempercayai dengan erti kata beriman bahawa jemaah itu yang memberi kekuatan atau kudrat kepada kita.. itu tanggapan yang salah sama sekali..

Uslub dakwah kita berbeza? Ana akui statement enti tu betul.. sepanjang 5tahun ana berada di sini begitulah yang ana dapati.. Ana nak timbulkan satu persoalan kat sini .. untuk kita menegur seseorang yang sudah faham tentang Islam malah sudah tahu baik dan buruk sesuatu itu, adakah kita perlu melakukan pendekatan yang sama seperti orang yang tidak tahu? Ana buat satu analogi.. Seorang ustazah bersama dengan tunangnya jalan beriringan sambil berpegangan tangan. Dan kita berada di situ ketika itu, apakah kita hanya membiarkan mereka membuat kemaksiatan tanpa sebarang teguran dan hanya mengharapkan selepas ini kita akan menariknya dalam usrah kita? Atau berjumpa secara personal? Atau mengajaknya ke program2 yang kita akan buat? Persoalan itu ana pulangkan pada enti untuk menjawab... ana rasa enti tahu apa maksud ana. Kami terlampau agresif? Pendekatan kita tidak sama? Kita perlu berhikmah dalam berdakwah? Hikmah dari segi mana yang entum semua inginkan dari pihak kami? Secara membelai dan memberi kasih sayang, begitu?

Bekerja dalam dua syarikat boleh atau tidak???? Kenapa nak ambil contoh melakukan kerja dakwah di sama ertikan dengan bekerja dalam dua syarikat yang berbeza? Ataupun enti nak maksudkan berbeza nahkoda? Kalau berbeza nakhoda, maka tidak boleh. Tapi enti kata MATLAMAT kita sama…. Hm, ana konfius...

Ana meminta maaf jika coretan ini membawa sesuatu yang akan menimbulkan masalah hati pada enti.. bagi pandangan ana yang tidak seberapa ini, enti menjawab segala persoalan drpd mad’u enti tu secara tidak berhikmah seperti mana yang enti canang2kan di dalam surat sebelum ini.. jika kita ini mengaku bahawa kita ini seorang dai’e, tindakan enti itu adalah salah.. enti sudah su’uzhon dengan mad’u enti sendiri.. mengapa enti menyatakan sesuatu yang enti sendiri tidak pasti kebenarannya? Hanya melihat dari segi luaran tapi tidak melihat dari sudut memperjelaskan dakwah islam pada nya... ana tidak pernah sama sekali menyatakan sesuatu yang ana sendiri tidak pasti.. di sini, ana ingin nyatakan ana tidak pernah mengeluarkan sebarang statement yang ana declaire dengannya.. enti pernah tanya mad’u enti tu????

Kenapa enti beria-ia menuduh mad’u enti di approach dengan TIDAK MENGIKUT SYARAK? Sejak bila diklerify jadi mad’u enti ni???? Maknanya bila jadi mad’u entum, takde orang boleh dekat dengan mad’u entum la? Camtu? Ana tahu batas pergaulan. Biarlah muslimat yang memberi dakwah kepada muslimat, kerana itu yang lebih utama bagi mengelakkan fitnah. Tapi dalam masa yang sama, tidak salah dalam dakwah umum. Seperti menegur rakan- sekelas. Takkan bila ada seorang muslimat bertanya pasal Islam, ana tidak boleh memberi sebarang jawapan? Tidakkah begitu? YA. Ana faham maksud enti, tapi dalam hal ilmu, wajib kita menyampaikan…. Tapi dalam hal IKHTILAT, tiada kompromi. Mungkin enti, salah faham... Dan nasihat ana, janganlah bercakap mengikut hati tapi biarlah berlandaskan akal & keimanan..

Maka pada pendapat peribadi ana, Sangat elok lagi baik….. kita duduk semeja berbincang mencari titik persamaan, bukan menuduh barang yang kita tidak tahu mana hujung dan pangkalnya. Kerana ISLAM itu SYUMUL dan Allahlah yang lebih tahu. Selayaknya kita menyerahkan segala-galanya kepadaNya.


Wallahu’alam...

p/s: Surat yang pernah menjadi isu di kampus waktu ana study dulu...

Apakah pandangan anda semua tentang masalah ini? sila tinggalkan komen anda...
Baca Lagi.. >>