Tuesday, March 17, 2009

Akuarium Sebuah Perjuangan

(bahan ini diambil daripada seorang sahabat, amat menarik sekali analogi beliau... semoga kita sama2 menghayatinya)

"Jom beli ikan", kedengaran suara Arip dari luar bilik mengejutkan Syafiq yang asyik mengadap komputer.

eh mamat ni. baru semalam beli ikan laga, hari nak beli lagi, nak bukak kedai ikan ke apa. bisik Syafiq di dalam hati.

"bukan semalam dah beli ke" Syafiq membalas dalam nada berbasa basi. Syafiq yang asyik meng'edit' blog dari tadi sebenarnya malas nak keluar memandangkan artikel terbarunya berkaitan dengan dakwah kampus belum habis ditulis.

"semalam ikan laga, hari ni ana nak beli ikan Gupi dua ekor,ikan Mas dua ekor, kura-kura dua ekor..." balas Arip.

Begitulah fenomena yang melanda BQ, hobi membela ikan mula menapak di BQ. Aquarium yang lama berhabuk didalam stor mula ceria diwarnai ikan-ikan yang bermacam warna dan bentuk.Memey, kucing belaan tradisi di BQ sering kali menjeling tajam kearah ikan-ikan yang berenang girang didalam akuarium. akan tetapi sejauh manakah istiqamahnya hobi baru ini?, mampukah ikan-ikan tersebut hidup, sekurang-kurangnya untuk semester ini.

Seekor demi seekor ikan belaan mati. dahulunya terdapat lebih kurang sepuluh ekor ikan, sekarang hanya tinggal empat ekor. yang tinggalpun dalam keadaan nazak. hari-hari yang dilalui penuh mencabar bagi ikan-ikan terbabit. yang tinggal sekarang hanya lah dua ekor ikan mas dan dua ekor ikan sepat. mampukan ikan-ikan ini bertahan sekurang-kurangnya untuk hari esok...

Sebenarnya apa yang ingin penulis gambarkan bukannya berkaitan hobi baru membela ikan, jauh sekali megenai cara-cara untuk membela ikan Mas ataupun kura-kura.


Penulis ingin mengajak kita sama-sama berfikir dan cuba mengaitkan kisah ikan yang tinggal didalam akuarium dengan lapangan perjuangan islam. sejauh manakah istiqamahnya kita dalam perjuangan ini. umpama ikan-ikan yang dahulunya banyak, namun apabila masa berlalu sekian waktu, yang tinggal hanya beberapa ekor sahaja yang tinggal.

Teringat akan sahabat-sahabat yang dulunya sama-sama berjuang dalam kerja-kerja dakwah dikampus, akan tetapi apabila saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti minggu,minggu berganti bulan,bulan berganti tahun...yang tinggal bersama-sama dalam perjuangan hanya beberapa kerap sahaja.. yang lain hilang dalam kabus-kabus tebal yang mengabui mata yang menutup terus jalan yang dahulunya sama-sama berjanji setia untuk sama-sama mengharungi walaupun di landa taufan diitengah perjalanan sekalipun.

Ini hanyalah satu cebis dugaan di lapangan kampus yang perlu dilalui sebelum melangkah ke lapangan yang lebih besar iaitu dilapangan masyarakat yang sebenar. yang berjaya mengharungi "mehna dan tribulasi" di lapangan kampus belum pasti berjaya dilapangan sebenar yang penuh mencabar. umpama ikan-ikan belaan Arip yang berjaya hidup beberapa minggu dalam akuarium, belum tentu ikan-ikan terbabit akan dapat hidup jika dilepaskan kesungai. boleh diumpamakan ikan sebagai pejuang-pejuang islam, akuarium dan sungai diumpamakan sebagai lapangan kerja dakwah, ikan -ikan yang berjaya hidup didalam akuarium belum pasti dapat hidup didalam sungai yang jauh lebih mencabar daripada kehidupan didalam kotak kecik lutsinar. begitu juga dengan para daie yang berjuang dikampus yang sangat kecil, belum pasti mereka dapat istiqamah apabila keluar ke lapangan sebenar yang terlalu besar dan jauh lebih mencabar.

Sahabat-sahabat seperjuangan, marilah sama-sama kita berdoa supaya diberikan kekuatan untuk terus berada dilandasan yang betul dan lurus agar tidak terpesong daripada jalan perjuangan yang telah diikat janjinya bersaksikan Allah swt, walaupun berada di lapangan mana sekalipun samaada di dalam aquarium, sungai malah lautan sekalipun..

Sebentar tadi penulis menjenguk akuarium.yang tinggal hanya dua ekor ikan sepat dan seekor ikan mas, seekor lagi telah tercicir daripada perjuangan.....

Rujukan ~ Akhi Fadzli

0 comments: