Saturday, August 22, 2009

Jangan jadi hamba Ramadhan..!!

Sehari sebelum umat Islam menjalani ibadah Puasa di bulan Ramadhan, saya berpeluang menghadiri satu program yang dianjurkan oleh lajnah tarbiyyah dun paka iaitu program Qiamulail di Pinang Merah.. Program yang dipengarahkan oleh Ustaz Mat ini, kurang mendapat sambutan mungkin melihat daripada faktor cuti sekolah dan kesibukan bagi persiapan menghadapi bulan Ramadhan esok. Walaupun begitu, program berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan yang telah diaturkan.

Program bermula pada jam 10.30 malam, dan berakhir pada keesokkan harinya iaitu pada jam 9pagi. Di sini, saya tidak berniat untuk menceritakan tentang aktiviti yang dilakukan dalam program ini tapi hanya ingin berkongsi pengisian yang diperolehi daripada Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Ustaz Mat, Ketua Lujnah Tarbiyyah Dun Paka.

Kuliah Subuh yang berkisarkan perjuangan Islam itu, sedikit sebanyak menimbulkan kembali semangat perjuangan yang mungkin pudar setelah ketiadaan sahabat2 di sisi. Berjuang bukan dengan semangat, tetapi dengan Ilmu Pengetahuan, kata2 yang saya petik daripada pengisian Ustaz Mat. Saya rasa selama ini, diri ini berjuang mungkin disebabkan oleh semangat bersama-sama dengan sahabat2.. Rasa kerdil diri ini dihadapan Ustaz Mat apatah lagi di hadapan Mu Ya ALlah. Ketiadaan sahabat2 di sisi, menyebabkan diri tiada semangat untuk melakukan sesuatu yang selama ini menjadi rutin harian. Bacaan Al-Mathurat adalah salah satu aktiviti yang hampir saya abaikan, patutkah diri ini mengaku sebagai Pejuang Islam!!?? Jauh sekali... Diri ini malu untuk mengaku. Bagi sahabat2, marilah kita sama-sama muhasabah diri, adakah kita ini berjuang kerana semangat semata-mata? Ketika semangat membara, semua gerak kerja dapat dilakukan tapi ketika lemahnya semangat sebarang gerak kerja tidak dibuat.. Fahami apa tujuan kita berada di dalam perjuangan Islam, khatamkan balik rukun Bai'ah yang dipelajari sewaktu dulu.. Al-Fahmu, rukun pertama. Adakah kita benar-benar faham? Tepuk dada, tanya iman...

Satu lagi petikan yang dapat menggetarkan hati ini ialah "Jangan jadi hamba kepada Ramadhan, tapi jadilah hamba kepada Tuhan Ramadhan".. Dah satu kebiasaan di bumi Malaysia ini, apabila tibanya Ramadhan bagi individu tingkatan Al-Awwam mahupun Khususul Khusus mengerahkan diri untuk melakukan ibadah bagi mendapatkan keberkatan Ramadhan yang amat mulia ini.. tapi adakah kita sedar, kita bukannya menghambakan diri padaNya ketika pada bulan Ramadhan sahaja..

"Bile bulan puase solat Jemaah di Sejid dok penoh tinggal, 5 waktu full.. tapi bile Raye sembahyang Zohor 5minit kul 4petang, sibuk gie raye.. berat nanang!!" kata-kata yang ku petik daripada ceramah Ustaz Azhar.

Perkara yang dinyatakan oleh ustaz Azhar itu, adalah lumrah yang berlaku di mana-mana pun. Semakin nak berakhirnya Ramadhan semakin kurang Masjid jemaah bertarawikh.. sepatutnya sebaliknyalah yang berlaku, tapi tidak berlaku pada zaman ini.. Masyarakat tidak mengambil endah tentang kelebihan yang banyak tercatat dalam Al-Quran mahupun Al-Hadis ini. Apakah tindakan kita? adakah kita nak biarkan perkara ini berlaku berterusan? sama2lah kita istiqomah untuk ke Masjid solat Tarawikh.. banyakkan amalan, dan tingkatkan taqwa padaNya, terutamanya pada hari-hari akhir Ramadhan.

Sempena 1 Ramadhan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa pada sahabat2... Cubalah tingkatkan tingkatan puasa kita kepada yang lebih baik.. Manakah pilihan kita?

Tingkatan Puasa
Berbalik kepada perbincangan entri Ramadhan. Pada kali ini saya ingin selitkan sedikit perbandingan serta tingkatan puasa yang telah ulama-ulama sebutkan. Menurut Imam Ghazali di dalam amalan ibadah puasa, beliau telah membahagikan tingkatan puasa kepada 3 bahagian. Di antaranya ialah:

1. Puasa Awam: Ia meninggalkan syahwat perut dan kemaluan.

2. Puasa Khusus: Ia menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan segala macam perkara dari terlibat dengan kemaksiatan kepada Allah SWT.

3. Puasa Khususul Khusus: Hati yang berpuasa daripada kepentingan dunia dan memikirkan perkara duniawi dan meninggalkan segalanya serta segala-segalanya ditumpukan hanya kepada Allah Azza wa Jalla.

0 comments: