Saturday, August 22, 2009

Bekam, ubat yang paling mujarab..

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

Menurut Abu Daud, Nabi Muhammad s.a.w berkata

“ Barang siapa berbekam pada hari 17,19 dan 21 pada setiap bulan, itu adalah penawar baginya daripada penyakit-penyakit “

Apa itu bekam? Ia adalah proses mengeluarkan darah kotor bagi tujuan kesihatan. Dalam ilmu perubatan moden, darah kotor adalah venous blood yang mengandungi CO2 dan bahan kumuh yang lain. Dan pendekatan bekam Nabi s.a.w pula diistilahkan sebagai periodic phlebotomy di mana darah kotor dikeluarkan secara beransur-ansur. Kontroversi bekam terjadi di eropah bilamana darah dikeluarkan dengan banyaknya sekali gus. Ini boleh mengakibatkan maut!!!!

BEKAM CARA NABI

  1. Nabi berbekam di bahagian kepala dan antara 2 bahu baginda
  2. Berbekam secara periodic setiap bulan
  3. Gunakan peralatan yang bersih – untuk elakkan jangkitan kuman atau virus
  4. Jangan berbekam jika ada masalah proses pembekuan darah.

BAGUSKAH BEKAM?

berbekam cara nabi

Hereditary haemochromatosis, sejenis penyakit keturunan di mana zat besi berkumpul dalam organ terutamanya hati boleh dirawat dengan menggunakan bekam. Bekam juga membantu melambatkan proses kerosakan hati dalam penyakit chronic hepatitis C yang disebabkan oleh virus hepatitis C itu sendiri.

Lagi bukti?? Kajian menunjukkan ada kaitan antara penyakit jantung dan kadar zat besi dalam darah seseorang. Semakin tinggi kandungan zat besi, semakin tinggi risiko untuk diserang sakit jantung. Sebab itulah pendermaan darah dan berbekam secara berkala boleh mengurangkan risiko sakit jantung jika dibandingkan dengan mereka yang lain.

APA YANG ANDA DAPAT???

  1. Berbekam baik untuk jantung
  2. Derma darah dapat membantu pesakit yang memerlukan darah
  3. Kenal pasti status kesihatan diri kerana darah adakalanya diuji (screening test)

Menurut Abu Daud, Kabshah binti Abu Bakar melaporkan daripada bapanya, pada suatu ketika Nabi menghalang sahabat-sahabat baginda daripada berbekam kerana pada masa itu baginda khuatir pendarahan tidak akan berhenti..

Iktibarnya..jika kemudaratan berbekam mengatasi kebaikannya, ia hendaklah dihindari.

Pendapat penulis sendiri, mungkin berbekam elok untuk dilakukan oleh kaum lelaki kerana secara fitrahnya, perempuan mempunyai kitaran haid setiap bulan di mana darah kotor juga dikeluarkan..Wallahhua’lam...

Rujukan: http://psipum.org/


p/s: ana first time berbekam.. bile dah lepas ringan satu badan, apatah lagi apabila bangun pagi keesokkan harinya. Itulah sunnah yang dilakukan oleh shabat2 Rasulullah.. jgn kita hanya menumpukan pada ubat2an hospital sahaja, tapi ikutilah sunnah yang telah lama ditinggalkan dan kurang diketahui oleh orang ini.. selamat mencuba!!

0 comments: