Monday, November 16, 2009

Kes Ta'adud Jamaah di Kampus

Demi Islam…..

Ana tak berapa faham dengan isi surat enti tempohari. Wa’ima macamanapun, ana cuba respon sedikit. Bukan nak mencari siapa salah…. Tapi nak menegakkan kebenaran. Ana rasa pendapat enti mendahului pendapat pimpinan enti. Pimpinan enti pun tidak melenting dalam soal Taadud Jamaah.

Entum kata matlamat kita adalah Abdillah dan Khalifah…. Tapi macamana? Khalifah yang macamana? Terus perang seperti HIZBUL TAHRIR? Sehingga menolak sebarang cara lain? Ataupun memilih jalan lain yang sesuai mengikut keadaan yang tidak bersalahan dengan nas Quran, Hadis, IJMAK dan ULAMA’…….

Dan kalaulah khalifah itu dibina hanya dengan memberi kefahaman kepada mad’u , sudah tentu NABI tidak perlu BERHIJRAH. Cukup sahaja berada di MAKKAH menyebarkan dakwah dengan harapan semua orang akan mengikut ISLAM. Tapi ternyata, perlu kepada Negara. Terjadinya HIJRAH dan terbentuknya MADINAH melalui kerja-kerja siasah. Nabi Muhammad s.a.w lah orang pertama yang mengajar ILMU SIASAH kepada kita. POLITIK ISLAM.

Enti cakap pasal Ilmu….. Kefahaman….…. Berlapang dada kerana ukhwahfillah rakan seperjuangan…. Kenapa tidak berlapang dada pada kerjasama urusan dakwah di tempat kita sekarang? Dikala masyarakat kampus dengan seribu masalah, kenapa tidak bekerjasama untuk membanteras paling tidak mengurangkan masalah sosial, kemaksiatan yang makin membarah? Tahalluf siyasi adalah suatu yang patut ditekankan untuk mendapat kebersamaan dalam gerak kerja dakwah.. tidak begitu?

Kita nih sama ingin berdakwah dalam kampus, mengapa kita hendak bertikam lidah untuk merebut mad’u.. masyarakat kampus ada hak untuk mendapatkan ilmu agama daripada siapa sekalipun.. wa’ima tabligh, hizbul tahrir, PKS, dan sebagainya.. Firman Allah “...dan bertolong-tolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan ketakwaan..”.tidak salah kan??

Ana nak sentuh satu part yang menyatakan bahawa kita sebagai dai’e perlu bergerak secara tersusun.. memang benar statement enti tu. Dalam surah as-Soff pun dah menyatakan perkara tu.. terang dan nyata sekali.. Namun enti nyatakan kita perlu wala’ pada pimpinan kita.. jangan letakkan wala’ sebarangan enti.. wala’ kita hanya pada Allah & Rasul... selagi mana kita yakin pada janji Allah, selagi tu lah kita tidak akan terpesong. Bukan mempercayai dengan erti kata beriman bahawa jemaah itu yang memberi kekuatan atau kudrat kepada kita.. itu tanggapan yang salah sama sekali..

Uslub dakwah kita berbeza? Ana akui statement enti tu betul.. sepanjang 5tahun ana berada di sini begitulah yang ana dapati.. Ana nak timbulkan satu persoalan kat sini .. untuk kita menegur seseorang yang sudah faham tentang Islam malah sudah tahu baik dan buruk sesuatu itu, adakah kita perlu melakukan pendekatan yang sama seperti orang yang tidak tahu? Ana buat satu analogi.. Seorang ustazah bersama dengan tunangnya jalan beriringan sambil berpegangan tangan. Dan kita berada di situ ketika itu, apakah kita hanya membiarkan mereka membuat kemaksiatan tanpa sebarang teguran dan hanya mengharapkan selepas ini kita akan menariknya dalam usrah kita? Atau berjumpa secara personal? Atau mengajaknya ke program2 yang kita akan buat? Persoalan itu ana pulangkan pada enti untuk menjawab... ana rasa enti tahu apa maksud ana. Kami terlampau agresif? Pendekatan kita tidak sama? Kita perlu berhikmah dalam berdakwah? Hikmah dari segi mana yang entum semua inginkan dari pihak kami? Secara membelai dan memberi kasih sayang, begitu?

Bekerja dalam dua syarikat boleh atau tidak???? Kenapa nak ambil contoh melakukan kerja dakwah di sama ertikan dengan bekerja dalam dua syarikat yang berbeza? Ataupun enti nak maksudkan berbeza nahkoda? Kalau berbeza nakhoda, maka tidak boleh. Tapi enti kata MATLAMAT kita sama…. Hm, ana konfius...

Ana meminta maaf jika coretan ini membawa sesuatu yang akan menimbulkan masalah hati pada enti.. bagi pandangan ana yang tidak seberapa ini, enti menjawab segala persoalan drpd mad’u enti tu secara tidak berhikmah seperti mana yang enti canang2kan di dalam surat sebelum ini.. jika kita ini mengaku bahawa kita ini seorang dai’e, tindakan enti itu adalah salah.. enti sudah su’uzhon dengan mad’u enti sendiri.. mengapa enti menyatakan sesuatu yang enti sendiri tidak pasti kebenarannya? Hanya melihat dari segi luaran tapi tidak melihat dari sudut memperjelaskan dakwah islam pada nya... ana tidak pernah sama sekali menyatakan sesuatu yang ana sendiri tidak pasti.. di sini, ana ingin nyatakan ana tidak pernah mengeluarkan sebarang statement yang ana declaire dengannya.. enti pernah tanya mad’u enti tu????

Kenapa enti beria-ia menuduh mad’u enti di approach dengan TIDAK MENGIKUT SYARAK? Sejak bila diklerify jadi mad’u enti ni???? Maknanya bila jadi mad’u entum, takde orang boleh dekat dengan mad’u entum la? Camtu? Ana tahu batas pergaulan. Biarlah muslimat yang memberi dakwah kepada muslimat, kerana itu yang lebih utama bagi mengelakkan fitnah. Tapi dalam masa yang sama, tidak salah dalam dakwah umum. Seperti menegur rakan- sekelas. Takkan bila ada seorang muslimat bertanya pasal Islam, ana tidak boleh memberi sebarang jawapan? Tidakkah begitu? YA. Ana faham maksud enti, tapi dalam hal ilmu, wajib kita menyampaikan…. Tapi dalam hal IKHTILAT, tiada kompromi. Mungkin enti, salah faham... Dan nasihat ana, janganlah bercakap mengikut hati tapi biarlah berlandaskan akal & keimanan..

Maka pada pendapat peribadi ana, Sangat elok lagi baik….. kita duduk semeja berbincang mencari titik persamaan, bukan menuduh barang yang kita tidak tahu mana hujung dan pangkalnya. Kerana ISLAM itu SYUMUL dan Allahlah yang lebih tahu. Selayaknya kita menyerahkan segala-galanya kepadaNya.


Wallahu’alam...

p/s: Surat yang pernah menjadi isu di kampus waktu ana study dulu...

Apakah pandangan anda semua tentang masalah ini? sila tinggalkan komen anda...

2 comments:

syauqoh_lillahi said...

salam...sangat beremosi...slow ckit deh...i'Allah lbih masuk dalam jiwa y egoistik...tp ana totally stuju sume y ditaip n totally masuk dlm jiwa ana...

baiyah said...

salam ukhwah..ana hanya nk respon skit je..setakat yg boleh,jamaah yg berbilang ni ada hikmahnya,ada kebaikan dan keburukan,memang wujud rasa nak rebut mad'u tapi patut ke ada rasa camtu?kita ni berdegar-degar nak bawa Islam yg syumul tapi diri kita sendiri yg menyebabkan da'wah kita x b'kesan.sebab mad'u kita tu boleh lihat dgn jelas yg wujudnye sifat dengki dalam diri kita dengan ada segelintir dari kita yg memburukkan orang lain,ituke ajaran yg dibawa Nabi kita?ana bawa satu analogi, kita nak pergi ke satu destinasi,bukannya ada satu bas je kan, banyak dan penumpang ada hak memilih,bayangkan klu semua nak naik satu bas..lambatlah sampai,lgpun masing-masing ada keselesaan sendiri,kita tiada hak untuk paksa,mgkin ada bas yg tiada air cond, yg ni suka yg ada langsir..macam2..lagi satu, dalam konteks pelajar, ada yg perlu menjaga pergerakan kerana pihak universiti tidak mahu pelajar terlibat,andaikata tertangkaplah jamaah tersebut,maka terbantutlah pergerakan mereka tapi tidak perlu risau kerana ada jamaah lain yg sama berusaha ke arah pembawakan Islam.bayangkan klu ada satu je jamaah,bile dah tertangkap,sape lagi yg ada kesedaran tuk bawa ajaran Islam klu bkn golongan yg Allah dah pilih ni..wallahu'alam,ni hanya pandangan hamba Allah yg masih mentah.wassalam.