Thursday, July 30, 2009

Kisah si penulis_2

sambungan...

Setelah tiba di kedai yang dijanjikan. Kami bersembang sementara menunggu makcik pelayan datang mengambil order. Yang bestnya, makanan kat situ semuanya power2.. Namanya pun kedai Power.. haha.. nak tergelak bila dengar nama kedai itu pada mulanya.. resipi yang digemari disitu adalah telur power, iaitu telur separuh masak dicampur dgn rempah ratus & herba. Kami tidak lepas peluang untuk merasainya. Agak kureng sedap namun powernya memang ada. Setelah usai mengambil sarapan di kedai itu, kami beredar ke tepi pantai untuk menikmati durian yang sebelum ni dah prepare dalam but kereta.. durian kebun sendiri so takdela membazir sangat.. maklumlah durian agak mahal sekarang.

Setibanya kami di pesisiran pantai.. kami dapati sepanjang pantai teluk lipat tu dah dipenuhi dengan orang ramai.. rupa2nya ada pertandingan memancing disitu. Kami mencari port yang sesuai untuk makan durian.. Pondok kecil ditepi pantai menjadi sasaran kami. selepas makan durian kami didatangi oleh seorang brother nih.

"mari duane nih? sapa brother tu.
"kapung ni je bang. Saja mari lepak sini" jawabku.
"Ooo..ingatkan budok2 Uitm. pakat balik blake doh tu. kene H wang N wang..14org gok rase." kata abg tu dengan semangat.
"yeke? pakat pakai topeng doh pahni kite. Kene dok pasal la."
Perbualan kami diteruskan dengan beberapa lagi topik tapi taknak la siarkan. kalau semua nak crite tak abis la kisah ni kan...

Setelah jam menunjukkan jam 10pg, aku dan abg wan mintak diri daripada sahabat2 untuk ke KT. ada urusan lain pula.. Perjalanan bermula dengan abg wan yang drive kereta tetapi hanya sekejap je kerana di pertengahan jalan abg wan dah mula rasa mengantuk, so terpaksalah aku yang mengambil alih. Keletihan masih terasa walaupun sama2 dah mengumpul tenaga malam tadi.

Perjalanan kami diteruskan lagi ke Pasar Payang. Setibanya kami disana, kami bersiar2 membeli baju Terengganu dan jubah. Banyak sangat pilihan sehingga berjam2 berada sekitar Pasar Payang & Bus Stand KT itu je. Setelah masuk waktu Zohor, aku menapak untuk sembahyang di Masjid Putih. Disana ada sdikit penggambaran, mungkin untuk iklan azan kut.. aku kurang pasti.

Selepas habis shopping, kami bertolak ke rumah abg hakim dimana disana berlangsungnya majlis pertunangan adiknya. Perjalanan agak lama kerana masing2 tidak tahu dimana rumah abg hakim. Setelah puas mencari, barulah kami temui. majlis sudah berakhir namun makan2 still ada. so kami tak lepaskan peluang..

"makan sampai kenyang ye, dah takde orang dah ni." kata abg hakim pada kami.
"ana ok je, tapi abg wan nih kene berpantang skit. Org dah berisi." pintasku.
"Ana tak kira. ana nak makan juga. Dah lapar nih." dengan wajah seposen abg wan menjawab.

Sedang makan2 tu, kami sempat jugakla mengambil gambar menggunakan kamera D70 & D90. Kamera hebat2 tapi aku tak reti guna, so mintakla abg hakim ajar. Dapat juga la ilmu sedikit.. Dah rasa macam profesional pulak lepas tu.. hehe.

Jam telah menunjukkan sudah masuk waktu Asar, jadi kami terus ke surau yang berdekatan untuk solat berjemaah. Walaupun jemaahnya sedikit, namun aku amat kagum lebih2 lagi pada seorang jemaah nih. Dia seorang yang agak lembam (sindrom) tetapi dialah mua'zin surau tu. Jauh la berbeza dengan anak muda sekrang, dah ramai yang lupakan solat apatah lagi menapak ke surau @ masjid. Sama2lah kita doakan agar pemuda/pemudi anak bangsa & seIslam dengan kita dapat berubah kearah yang baik. Selepas solat, kami terus ke Losong untuk membeli keropok lekor bagi bekalan abg wan balik ke Sabah nanti. Kami agak tergesa2 ketika itu, kerana agak lewat. Risau kedai dah tutup dan aku pulak ada urusan di Paka lepas Maghrib. Dalam mengejar masa tu, kereta kami banyak kali ingin berlanggar dengan kreta2 lain. Alhamdulillah, takde ape2..

Setelah lewat petang, aku meminta untuk berundur diri pulang ke rumah.. waktu perpisahan dengan sahabat, amat dirasai. Pelukan ukhuwwah terasa mengalir didalam jiwa, sehingga hati terdetik rasa sebak.. Begitulah nilai ukhuwwah.. waktu pulang baru terasa letih berjalan(bershopping) satu hari.. bila dah letih, mulalah terasa mengantuk.. tak tahu la berapa kali aku tersengguk dalam kereta tu, mujurlah tak jadi apa2.. aku tiba dirumahku pada jam 7ptg.

Setelah usai mandi dan solat, aku terus menghidupkan enjin kreta untuk ke Paka.. Mesyuarat agak lewat habis, jadi macam biasa la Hp aku pun berbunyi.

"Imi,baliklah dah lewat dah ni. esok nak kene hantar umi ke airport pulak." kata ummiku.
"Ok, nak balik la nih". Jawabku ringkas. Ummi ku ada kursus di KL so aku kena hantar dia ke airport Kerteh. Esok kerja, so aku memang kena bangun awal untuk menghantar ummi.

Jam menunjukkan 12.30mlm, so aku minta diri dengan ahli mesyuarat untuk pulang. Tiba dirumah lebih kurang pukul 1pagi. Memang letih gila la orang cakap. Sekejap je baring, terus blank. Aku terus diulit mimpi.. hehe.

Keesokkan paginya aku dikejutkan oleh ummi, kalau tak silap pada pukul 4.30pg. Lepas mandi dan bersiap kami terus bertolak ke airport. Subuh di Masjid Paka kerana tak nak lewat tiba di balai perlepasan tu.. Kami tiba di airport lebih kurang jam 6.15pg. Aku hanya menunggu sehingga jam 7.10pagi kerana perlu masuk kerja 7.45pg, so aku meminta diri dengan ummi. Aku tiba ditempat kerja tepat jam 7.30 pg. Alhamdulillah sampai juga. Kerja pada hari tu, diselitkan dengan rasa mengantuk kerana keletihan. Bagaimanalah ustaz2 & pendakwah2 yang tak putus2 berusaha menyebarkan Islam dengan bersekang mata, dan tidak tahu erti kepenatan. Aku amat kagum sekali.

Begitulah sedikit perkongsian kisahku.....

Walaupun sibuk dan kepenatan namun setiap kerja yang dilakukan amat seronok lebih2 lagi apabila dapat melihat anak2 kecil yang pastinya mengubat keletihan pada tubuh nih.. Tunas-tunas Islam sangatlah banyak ragam, kadang2 guru pun tak terjaga dibuatnya.. ada yang kuat menangis, ada yg asyik nak main, ada pula yg nak berkepit dengan guru dia je... kalau aku pikir balik, mesti tersenyum sendirian.. Setelah ditaklifkan dalam jawatankuasa PASTI nih, barulah aku tahu bagaimana seorang pendidik tidak putus2 berusaha untuk melahirkan generasi yang berilmu.. penat lelah sesorang guru akan terubat setelah melihat anak didiknya dapat membaca dan mengira dengan lancar.. Sungguh ajaib fenomena ini.. kalau dipikirkan balik, aku tak pernah terfikir berkenaan profesyen guru nih walaupun ummi aku juga seorang pendidik.. Alhamdulillah, Allah telah bukakan hatiku.. Sungguh mulia sekali pekerjaan seorang guru..

0 comments: