Wednesday, July 29, 2009

Kisah Si Penulis

Sejak 2menjak nih, badan terasa tak bermaya.. keletihan yang teramat sangat. kehulu kehilir badan nih mengejar susunan jadual harian yg kadang2 'addhock'.. kluar pagi balik malam.. dah macam, org bekerja la plak.

3 hari lepas aku telah didatangi oleh seorang sahabat yang jauh, iaitu abg wan daripada Sabah.. dimana selama di U dialah Naqibku.. sepanjang abg wan ada di terengganu aku berkesempatan membawa dia bersiar-siar..

Deringan telefon bimbitku berbunyi.
"Helo, Assalamu'alaikum..".sambutku.
"Wa'alaikumussalam.. pali, lepas jumaat ana tunggu enta di Permai Inn ni ya? sampai depan ni, enta bgtahu ana ok". kata abg wan.
"Em, yela.. nanti ana ke sana".

Selepas menunaikan Solat Jumaat di Dungun, aku bergegas untuk mengambil abg wan. Dalam perjalanan ke Terengganu tu, deringan lagu Shoutul Harakah bergema daripada HP ku. Panggilan itu adalah daripada Family angkat yang menetap di Bukit Bayas. Mereka mengajak ku ke majlis walimah seorang sahabat yang mana sebelum ni kami pernah bekerja bersama2 dalam "Kapal Besar". Tempatnya di Machang so aku terpaksa menangguhkan sementara perjalanan untuk mengambil abg wan. Setelah tiba di perkarangan majlis walimah berkenaan, aku berpeluang berjumpa dengan sahabat/ah KudQi yang turut sama hadir. Sungguh meriah dan gembira sekali walaupun majlis berkenaan tidaklah seGrand majlis org lain.. Tapi dgn barokah majlis sebegini, ia membuahkan hasil yang tak dijangka.

"Lepas nih, kita pegi bekwoh cg. Wan Mokhtar pulok deh". Maklum ayah angkat padaku.
"Eh, ada lagi ke? Org dah kenyang nih. Kalau tahu makan sikit je tadi".
"Takpelah, kita pegi tunjuk muka je. Org jemput."

Aku meminta diri terlebih awal untuk mengambil abg wan. Setelah sampai di perkarangan hotel Permai Inn, wajah abg wan berserta dengan senyuman telah menyambutku. Dah berisi sikit abg wan nih, so aku tak lepas peluang untuk menyakat.

"Ai, abg wan bahgia sekarang". selorohku.
"Bahgia kenapa plak?. tanya abg wan.
"Takdelah, ana nampak abg dah tembam sekrang. Bhgia nak naik pelamin ke?"
"Hah, banyakla enta."

Setelah mengambil abg wan, aku terus ke rumah family angkat untuk sama2 pergi ke majlis walimah anak Cg. Wan Mokhtar. Majlis sudah agak lewat, hanya sebahagian sedara mara yang masih ada disana. Walaupun begitu, cg wan masih lagi melayan kami dengan menjemput kami makan. Hanya abg wan & ayah angkatku sahaja yang makan. aku & mak angkat pula hanya minum air, perut dah penuh. hehe..

Sementara menunggu mak & ayah angkatku masuk didalam kereta. Aku berbual dengan abg wan.

"Ai, orang semua dah kahwin.. abg wan bile lagi?"
"Eleh, cakap org enta tu bile lagi? Sebelum nih gatal sgt nak kahwin." balas Abg wan.
"Aiks, ana pulak yg kene. Ana bagi peluang pada senior je, xnak cross line." pintasku.
"Pandai la enta. Tak tahu lagi, InsyaAllah tahun depan. Doa2 jela ana cepat kahwin."

Kahwin? Persoalan yang tak perlu nak explain lagi.. ada umur dan ada jodoh tu kahwin la.. tapi kalau dah asyik orang bertanye je, geram jugak ye.. pening2..

Sebelum pulang ke rumah, kami berkesempatan untuk minum petang dan solat asar di rumah family angkatku. Aku juga berkesempatan untuk melawat PASTI berdekatan dengan rumah berkenaan yang telah siap dibina sepenuhnya dimana sebelum ini ianya hanya 50% siap. Setelah jam menunjukan 530ptg, kami meminta diri untuk pulang.

Dalam perjalanan pulang ke dungun, banyak perkongsian maklumat diantara aku & abg wan. Rata2 berkisarkan tugas di kawasan masing2.. walaupun sama2 baru menginjak ke alam luar kampus, kami dihujani dgn pelbagai ta'lifan dan bebanan. Harap2 kami berdua istiqomah dalam perjuangan yang tidak pernah putus ini. InsyaAllah...

Setelah tiba dirumahku, kami membersihkan diri sebelum menunaikan solat Maghrib bersama2. Setelah itu, abg wan terlelap seketika kerana keletihan. Aku membiarkan abg wan sementara aku menyiapkan progress report yang belum dihantar ke Blackboard. Setelah melihat jam menunjukkan jam 9.00mlm aku mengejutkan abg wan untuk makan di kedai yang berdekatan bersama sahabat2 yang berada di sekitar Dungun nih. Alhamdulillah kat Dungun ni, aku tak kesunyian, ramai shabat2 alumni yang berkerja di sekitar daerah ni. Ada yang dah jadi cikgu, pensyarah malah ada engineer pun.. Syukurlah.

Berbalik kepada ceritaku tadi.

Sekitar 9.30mlm kami keluar dan bertemu dengan sahabat2 di sebuah kedai ditepi pantai. Makan sambil bersembang. Sembang punye sembang tak sedar jam telah menunjukkan 12mlm. Tak lama lepas tu, HPku berbunyi.

"Eh, imi ngko tak nak balik lagi ke? dah lewat dah nih." Ummiku menelefon.
"Em,yela nak balik la nih." jawabku ringkas.
"Balik cepat sikit, pintu rumah tak berkunci tu." tegas ummi.
Dah jadi satu kebiasaan bagiku adik beradik menerima panggilan sekiranya balik lewat malam ke rumah. Walaupun aku dah mengjangkau umur 24tahun, aku masih xbleh kuar lewat malam. Tapi aku xkisah, itu tandanya ummi sayang pada anak2nya. Lebih2 lagi aku bersyukur kerana terjaga daripada aktiviti2 malam yg mngkin boleh merosakkan jasad mahupun rohani ini.

Setelah sampai ke rumah, kami berdua terus cari bantal. Dah keletihan kerana sepanjang hari tak berhenti berjalan. tak smapai 5minit kedua-duanya dah syahid. hehe...

Bangun esok paginya pula.. kami berpeluang untuk solat Subuh di Masjid Sura Lama. Walaupun keletihan tanggungjawab tak boleh tinggal. Setelah usai mengerjakan solat, kami terus pulang ke rumah. Abg wan nak online internet, nak check email katanye. Rumah aku ni pulak, aku dah pasangkan wireless bulan lepas so nak main internet kat dlm bilik pun boleh.. Main punye main, aku terlelap di sofa kat ruang tamu. Tak sampai 10minit, abg wan kejutkan aku untuk sarapan dgn shabat2 ditempat yang dijanjikan semalam.

Sebelum kami keluar, ummiku sempat menghantar kami di depan pintu rumah. Abg wan mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih. Aku pulak maklumkan yang aku balik lewat hari ini padanya.

Apabila tiba di kedai yang dijanjikan.... (bersambung)

0 comments: