Tuesday, August 5, 2008

Surah Al-Hadid: 1 - 6

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Semua yang berada di langit dan yang berada di bumi bertasbih kepada Allah (menyatakan kebesaranNya). Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Kepunyaan-Nyalah kerajaan langit dan bumi. Dia menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.

Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa; kemudian Dia bersemayam di atas Arasy' Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan Dia bersama kamu dimana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

Kepunyaan-Nyalah kerajaan langit dan bumi. Dan kepada Allah lah dikembalikan segala urusan.

Dialah yang memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam. Dan Dia Maha Mengetahui segala isi hati.

~hayatilah maksud yang tersirat dan tersurat dalam ayat2 Al-Quran di atas ini. Telah nyata dan jelas bahawa Dialah satu2nya yang perlu kita letakkan pergantungan. Adakah kita masih meletakkan pengharapan kepada makhluk daripada pengharapan kepada-Nya? Adakah kita pernah merujuk padaNya ketika kita dalam kesusahan & kesempitan dunia? Adakah kita sentiasa menyatakan syukur padaNya sedangkan setiap detik Dia tidak pernah melupakan kita? Banyaknya kekurangan hamba2Mu ini Ya Allah.. Ampunkanlah kami dan berikanlah kami taufiq dan hidayah agar kami tidak terpesong untuk sentiasa mengingati-Mu.

-pengisian usrah ke3 sesi 2008-

1 comments:

Mohd Ariff Bin Azman said...

kau kekasih awal dan akhir...kau kekasih batin dan zahir..setelah kusedari cintamu yg abadi...x kuhairan x kupeduli, walau bulan jatuh ke bumi..dan hadir bidadari..x kuimpikan lagi...kerana kau, lebih mengerti...kerana kau, lebih....mengasihi...Allah...