Tuesday, June 10, 2008

Perjuangan Yang Tidak Berkesudahan..

Kisah ini mengisahkan As-syahid Sayyid Qutb ketika dihukum gantung sampai mati setelah menerima pelbagai seksaan di dalam kurungan penjara. Penyeksaannya juga dialami oleh dua orang adik perempuan Sayyid Qutb (iaitu Hamidah Qutb dan Aminah Qutb) dimana mereka ditahan bersama-sama di dalam sebuah penjara tentera seperti yang dialami oleh Zainab al-Ghazali. As-syahid Sayyid Qutb RahimahuLLAH sebelum digantung mati sebagai syahid telah sempat menulis surat kepada adik perempuannya dan berkata kepada adik perempuannya itu, "Wahai adikku, barangkali sekarang ini kau sedang melihat dengan gerun tali gantung yang akan menjerut leherku ini. Kita akan merasai perjuangan kita ini sempit dan kita yang akan mengakhiri perjuangan kita ini; tetapi apabila kita memikirkan bahawa perjuangan kita ini bukan kita yang memulakannya dan bukan kita yang menamatkannya, maka ketika itulah kita rasakan bagaimana luasnya perjuangan kita, bagaimana luasnya keluarga kita kerana keluarga kita bukan keluarga yang diikat oleh keturunan darah tetapi keturunan kita diikat oleh kesatuan 'aqidah La Ilaha IllaLLAH Muhammad al-RasuluLLAH."

Semoga kisah singkat ini, dapat menjadi iktibar kepada kita semua…

Ingatlah, kita bukan pemula kepada perjuangan,
Bukan jua yang terakhir kepada perjuangan ini,
Tetapi kita adalah penyambung kepada perjuangan
Yang ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W...

Peringatan buat sahabat dan juga diri ini, marilah kita sama-sama bangkit untuk meneruskan perjuangan yang mungkin telah lama ditinggalkan… Sedarlah, Islam itu tidak akan rugi jika kita tiada, namun kitalah akan rugi kerana ketiadaan Islam. Ini kerana Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.. Sebagai golongan remaja dan intelektual, tuntutlah ilmu sebanyak mungkin dan gunakanlah ia di dalam perjuangan amal ma’ruf wa nahi mungkar, selagi mana waktu masih ada. Jangan sampai kamu berduka dan kecewa di kemudian hari disebabkan tidak sempat melaksanakannya. Ana ambil bait2 lagu ini sebagai pegangan diri, moga2 ia juga akan membantu sahabat2..

Masih basah kenangan indah,
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika Rasul ada disisi
Para sahabat mentadbir bumi

Zaman Nubuwwah era khulafa’
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panasnya membakar lawan

Dicelah itulah kami mengatur langkah
Membina sebuah tho’ifah
Disini bara tak pernah padam
Digenggam kukuh sebuah azam

Ayuhlah para mujahid
Ayuhlah para mujahidah
Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tertegak kalimah Allah
Agar terbangun dunia baru ISLAM!!!

0 comments: