Wednesday, June 11, 2008

NATIJAH DARIPADA KENAIKAN HARGA MINYAK

Apa!!?? Harga minyak naik.. adui matila aku lepas ni. Duit dah la xder.. time2 ni la, die nak naik. Begitulah reaksi seorang yang ana kenal setelah mengetahui kenaikan harga minyak baru-baru ni. Akibat daripada perubahan ini pasti akan dirasai oleh semua orang tidak kira dimana ia berada. Hanya disebabkan kenaikan harga petrol dan diesel, maka semua harga barangan di pasaran juga turut naik mendadak. Kenaikan harga minyak kali ini boleh dikatakan perubahan yang paling tinggi setelah beberapa tahun pemerintahan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Di kawasan perumahan ana, nasi lemak yang dulunya berharga RM1.00 sudah menjadi RM1.50. Adakah sesiapa yang tidak rasa terbeban kerana perubahan ini? Ana yakin dan pasti tidak ada insan pun yang tidak terasa, sekalipun orang yang berada.

Di dalam akhbar kelmarin, hampir sebahagian besar berita adalah berkaitan dengan kenaikan harga minyak. Kos tambang bas lah, isu berjimat cermat lah, elaun menteri kena potong lah.. jenuh membacanya. Kesian juga apabila membacanya tapi nak buat camne dah kita sokong BN.. terpaksa lah terima. Ini lah natijahnya..

bot nelayan

Kalau tengok keratan akhbar diatas, pasti masyarakat akan terpikir ada betulnya nelayan-nelayan mogok. Apa tidaknya kalau keluar mencari rezeki tapi kos perjalanannya dah melebihi hasil pendapatan. Tak ke gila namanye tu? siapa yang nak mencari rezeki kalau camtu.. dah lah pergi ke tengah laut tu, belum tentu baliknya. Hasil tangkapan pun belum tentu ada.. Sekarang ni, bertambah lagi masalah.. Tapi bagi nelayan-nelayan, tidak ada cara lain kerana itulah cara mereka menyara hidup anak bini sejak azali lagi. Itu saja kemahiran yang mereka ada.. Adakah pimpinan negara sedar akan perkara ini? Adakah diorang pernah terfikir?

basikal

Ini pun satu hal lagi.. nak kata jahil, ana pikir semuanya belajar tinggi2. Logik ke kat bandaraya tu, mat2 office nih nak naik basikal? Kalau office belakang rumah, bolehlah ana percaya.. tapi kalau jaraknya 20batu mahunya jenuh nak mengayuhnya. Walaupun ini hanya perumpamaan, ana percaya ia tidak mustahil akan terjadi jika kenaikan harga minyak berlaku lagi. Kos sara hidup kat key’el tu, bukannya rendah cik lah oi.. kalau dapat gaji cukup makan, jangan harap dapat hidup (dengan erti kata lain menyara kehidupan satu keluarga). Kalau nak masyarakat kayuh basikal ke tempat kerja, biarlah pemimpin yang bertindak dahulu. Belajar melalui teladan, baru orang respek.. kalau setakat omong kosong, malah menyeru masyarakat untuk berjimat cermat sedangkan mereka ber’aircond’ ke pejabat, baik tak payah..

Pendek kata lah, ana memang protes abis-abisan kenaikan harga minyak nih. Kalau tak naik harga minyak, barisan menteri sendiri pun tak perlu menanggung akibat daripadanya (cam dalam akhbar tu la).. 10% banyak tuu… hehe. Baik turunkan harga minyak tu, kalian senang… kami lagilah senang. Kebajikan kami pun terjaga, bukan ke itu matlamat kalian?

potong

Akhirul kalam, ana cadangkan kepada sesiapa yang bertanggungjawab.. lupakanlah hasrat untuk menaikkan harga minyak kalau masih mahu memegang tampuk kepimpinan. Masyarakat dah jemu dengan janji-janji kosong, malah terasa diperbodohkan dengan kata-kata manis kalian. Dahulunya kebajikan rakyatlah yang diutamakan, tapi sekarang apa dah jadi? Mana manifesto kalian? Mana janji-janji kalian? Ana tidak tumpu pada mana-mana parti.. tapi fikir2kan lah, kerana kalian lebih mengetahui.-spekhijau.

0 comments: