Tuesday, July 21, 2009

Sambutan Hari Guru PASTI

Sempena memperingati jasa guru-guru PASTI, jawatankuasa PASTI Negeri telah menganjurkan Program Sambutan Hari Guru PASTI peringkat negeri di Markaz Tarbiyyah, Kuala Ibai pada 20 Julai baru-baru ini. Program dihadiri oleh lebih kurang 400 tetamu dimana melibatkan guru dan jawatankuasa PASTI di sekitar Negeri Terengganu. Program dibuka dengan alunan Dikir oleh pelajar bimbingan salah seorang ustaz yang pernah menjawat jawatan dalam PASTI sebelum ini. Program ini diserikan lagi dengan perasmian oleh YB Ust Mohd Nor Bin Hamzah selaku Ketua Pemuda Dun Bukit Payung.


Setelah itu, kami telah dihidangkan dengan alunan bacaan ayat suci al-Quran dari seorang pelajar PASTI. Sungguh terharu apabila mendengar bacaan adik ini, betapa hebatnya kesan didikan oleh seorang guru terhadap pelajarnya sehingga dapat melahirkan kanak2 yang berjiwa Islam. Tidak setakat itu, kami juga amat terasa bangga apabila mendengar 2pelajar PASTI dibawah mengalunkan sajak yang pernah dideklamasikan oleh Usman Awang, Tokoh Ilmuwan Negara. Amat petah sekali. InsyaAllah, jika berpeluang ana akan uploadkan rakaman slot penyampaian sajak oleh 2orang adik ini.



Apabila pelajar membuat persembahan, gurunya juga tidak mungkin ketinggalan untuk sama-sama membuat persembahan. 2 kumpulan guru telah tampil mengalunkan nasyid yang berunsurkan dakwah untuk dihayati oleh semua tetamu yang hadir.




Setelah diselitkan dengan hiburan mendidik jiwa, program diteruskan lagi dengan majlis penyampaian hadiah kepada tokoh guru dan jawatankuasa PASTI yang cemerlang dalam pengurusan serta pencapaian. Gambar kenangan bagi kesemua penerima anugerah bersama jawatankuasa PASTI Negeri diambil setelah semuanya selesai.





(Disini juga dipamerkan gambar guru-guru PASTI yang penuh komited dalam mendidik anak generasi kita, agar dapat melahirkaninsan soleh yang unggul dari aspek sahsiah, keilmuan dan amalan-amalan yang bertunjangkan kepada Islam, Iman dan Ihsan)





0 comments: