Saturday, July 11, 2009

Pulanglah.....anak muda!!

1. Hari ini selesai proses Penamaan Calon di N41 Manek Urai . Sah berlakunya pertarungan dua penjuru antara PAS [ mewakili PAKATAN Rakyat ] dengan UMNO [ mewakili Barisan Nasional ]

2. Insyaallah , Dewan Pemuda PAS sangat optimis bahawa kemenangan akan berpihak kepada PAS . Sokongan padu dari Angkatan Muda Keadilan [AMK] dan DAPsy yang turut bekerja keras bagi meraih sokongan pengundi muda sangat meyakinkan .

3. Pengundi Muda mewakili hampir separuh jumlah pengundi di Manek Urai . Tidak keterlaluan jika saya menyebut bahawa para belia dan anak - anak muda adalah penentu kepada keputusan pilihanraya kecil Manek Urai ini .

4. Jika momentum kebangkitan rakyat yang rata - ratanya didokong oleh kemaraan anak - anak muda untuk bangkit dan keluar dari belenggu minda dan penjajahan politik UMNO dan BN masih kekal , Insyaallah kita bakal menyaksikan sekali lagi UMNO dan BN tersungkur dan terburai di Manek Urai .

5. Setelah UMNO tertinggal jauh di Permatang Pauh , UMNO panik termangu di Kuala Terengganu , UMNO rebah terlentang di Bukit Gantang , UMNO rasa hiba terhalau di Bukit Selambau dan UMNO tersungkur hampir mati di Penanti , saya ulangi sekali lagi insyaallah rakyat bakal menyaksikan bagaimana UMNO dan BN akan hancur terburai di Manek Urai .

6. Justeru itu , demi menyaksikan harapan ini menjadi kenyataan setelah berhadapan dengan 1001 episode malang bersama UMNO dan BN sebagai penguasa yang zalim di peringkat persekutuan , Dewan Pemuda PAS menyeru agar semua pengundi muda sekali lagi menunjukkan kebangkitan mereka menolak UMNO dan BN .

7. Anak - anak muda yang berada di perantauan , pulang lah .... pulang lah mengundi demi sebuah tanggungjawab dan maruah agama dan negara , lalu memastikan kemenangan kekal bersama PAS dengan slogan Tok Guru memimpin ... Manek Urai Berkat .

8. Biarpun ini adalah pilihanraya yang kecil pada saiznya tetapi yakinlah bahawa ia sangat besar pada nilainya untuk kelangsungan kebangkitan rakyat khasnya anak - anak muda untuk menolak kerajaan UMNO dan BN . Kemenangan di Manek Urai akan menjadi signal atau isyarat jelas kepada seluruh rakyat di dalam negara kita , bahawa kekalnya momentum anak muda menolak UMNO dalam pilihanraya umum ke 13 kelak .

9. Pulang lah .... Dewan Pemuda PAS sekali lagi menyeru dan merayu agar semua anak - anak muda pulang menunaikan tanggungjawab jihadnya bagi menewaskan UMNO dan BN dalam Pilihanraya kecil N 41 Manek Urai pada 14 hb Julai kelak .

10. Uniknya , Yang di Pertua PAS kawasan Kuala Krai yang merupakan kawasan dimana terletaknya DUN Manek Urai ini , malah orang yang bertanggungjawab langsung untuk mengekalkan kemenangan PAS di situ adalah Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Kelantan sendiri iaitu al Fadhil ustaz Abdul Latif bin Hj. Abdul Rahman . Maka hemat saya , anak - anak muda pasti mendokongnya Insyaallah . Amin Ya Rabbal A'lamin.

~ rujukan : Blog Presiden DPPP

0 comments: