Saturday, July 11, 2009

Pulanglah.....anak muda!!

1. Hari ini selesai proses Penamaan Calon di N41 Manek Urai . Sah berlakunya pertarungan dua penjuru antara PAS [ mewakili PAKATAN Rakyat ] dengan UMNO [ mewakili Barisan Nasional ]

2. Insyaallah , Dewan Pemuda PAS sangat optimis bahawa kemenangan akan berpihak kepada PAS . Sokongan padu dari Angkatan Muda Keadilan [AMK] dan DAPsy yang turut bekerja keras bagi meraih sokongan pengundi muda sangat meyakinkan .

3. Pengundi Muda mewakili hampir separuh jumlah pengundi di Manek Urai . Tidak keterlaluan jika saya menyebut bahawa para belia dan anak - anak muda adalah penentu kepada keputusan pilihanraya kecil Manek Urai ini .

4. Jika momentum kebangkitan rakyat yang rata - ratanya didokong oleh kemaraan anak - anak muda untuk bangkit dan keluar dari belenggu minda dan penjajahan politik UMNO dan BN masih kekal , Insyaallah kita bakal menyaksikan sekali lagi UMNO dan BN tersungkur dan terburai di Manek Urai .

5. Setelah UMNO tertinggal jauh di Permatang Pauh , UMNO panik termangu di Kuala Terengganu , UMNO rebah terlentang di Bukit Gantang , UMNO rasa hiba terhalau di Bukit Selambau dan UMNO tersungkur hampir mati di Penanti , saya ulangi sekali lagi insyaallah rakyat bakal menyaksikan bagaimana UMNO dan BN akan hancur terburai di Manek Urai .

6. Justeru itu , demi menyaksikan harapan ini menjadi kenyataan setelah berhadapan dengan 1001 episode malang bersama UMNO dan BN sebagai penguasa yang zalim di peringkat persekutuan , Dewan Pemuda PAS menyeru agar semua pengundi muda sekali lagi menunjukkan kebangkitan mereka menolak UMNO dan BN .

7. Anak - anak muda yang berada di perantauan , pulang lah .... pulang lah mengundi demi sebuah tanggungjawab dan maruah agama dan negara , lalu memastikan kemenangan kekal bersama PAS dengan slogan Tok Guru memimpin ... Manek Urai Berkat .

8. Biarpun ini adalah pilihanraya yang kecil pada saiznya tetapi yakinlah bahawa ia sangat besar pada nilainya untuk kelangsungan kebangkitan rakyat khasnya anak - anak muda untuk menolak kerajaan UMNO dan BN . Kemenangan di Manek Urai akan menjadi signal atau isyarat jelas kepada seluruh rakyat di dalam negara kita , bahawa kekalnya momentum anak muda menolak UMNO dalam pilihanraya umum ke 13 kelak .

9. Pulang lah .... Dewan Pemuda PAS sekali lagi menyeru dan merayu agar semua anak - anak muda pulang menunaikan tanggungjawab jihadnya bagi menewaskan UMNO dan BN dalam Pilihanraya kecil N 41 Manek Urai pada 14 hb Julai kelak .

10. Uniknya , Yang di Pertua PAS kawasan Kuala Krai yang merupakan kawasan dimana terletaknya DUN Manek Urai ini , malah orang yang bertanggungjawab langsung untuk mengekalkan kemenangan PAS di situ adalah Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Kelantan sendiri iaitu al Fadhil ustaz Abdul Latif bin Hj. Abdul Rahman . Maka hemat saya , anak - anak muda pasti mendokongnya Insyaallah . Amin Ya Rabbal A'lamin.

~ rujukan : Blog Presiden DPPP
Baca Lagi.. >>

Senarai barisan kepimpinan Pemuda PAS 2009-2011


Organisasi sudah berubah seperti mana yang disenaraikan di bawah....


Ketua : Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Timbalan Ketua : Ustaz Azman Shafawi Abd Rani
Naib Ketua : Ahmad Sabki Yusof
Setiausaha : Kamaruzaman Mohamad
Penolong Setiausaha : Khairul Faizi Ahmad Kamil
Bendahari : Mohd Adram Musa
Ketua Penerangan : Suhaizan Kaiat
Pengarah Pilihan Raya : YB Firdaus Jaafar

Ahli Jawatankuasa dipilih
1 Ustaz Riduan Mohd Nor
2 Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
3 Ustaz Nazri Chik
4 YB Nasir Zakaria
5 Ustaz Kamal Shaari
6 Abdullah Karim
7 Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakub

Ahli Jawatankuasa dilantik
1 Zuraidin Abdullah
2 Sanusi Mohd Nor
3 Zamakhshari Muhammad
4 Anuar Ali
5 Yusainee Yahya
6 Mohd Sani Hamzan
7 Wan Sukhairi Abdullah
8 Dr. Mohd Zohdi Marzuki
9 Mohd Nazri Din
10 Mohd Fuad Othman

Ucapan tahniah dan takziah kepada pimpinan2 yang dilantik.. semoga dapat menerajui kepimpinan barisan pemuda dengan cemerlang... amin.
Baca Lagi.. >>

Hari Keluarga Pemuda Dun Paka


Satu program tahunan Majlis Tindakan Dun Pemuda PAS Dun Paka iaitu Hari Keluarga Pemuda Dun Paka akan diadakan pada 09-10 Julai, hari Khamis hingga Jumaat, bertempat di Hutan Lipur Lata Belatan, Besut.

Program ini diadakan adalah semata-mata untuk menguatkan lagi ukhuwah di kalangan ajk pemuda PAS Dun Paka. Di samping memberi pendedahan tentang betapa pentingnya Keluarga dalam mencemerlangkan sesuatu Jemaah khusus dalam Organisasi Pemuda Paka.

Bagi pihak blog ini, saya mengucapkan "Selamat Ber Hari Keluarga" kepada semua ajk Pemuda Dun Paka.

"Keluarga Muhibbah, Menyemarak Perjuangan"
Baca Lagi.. >>

Friday, July 10, 2009

Zaujah Akhi Jaih pulang ke Rahmatullah

Isteri kepada AJK Lajnah Penerangan PAS DUN Paka Sdr Jaih telah kembali ke rahmatullah pada hari Khamis 9hb Julai 2009 dan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Nyior. Marilah kita sama-sama menghadiahkan ALFATIHAH semoga rohnya tergolong dikalangan solehah, amin.



Ajal maut ditangan Allah yang esa.. Kita sebagai hambaNya hendaklah redha pada percaturan yang telah dirangka dalam kehidupan kita sehari2. Minggu lepas baru sahabat2 satu usrah menziarahi suami allahyarhamah, akhi jaih di rumah beliau.. Tidak kita jangka ini yang berlaku.. semoga2 sahabat/ah musahabah diri kita semula.. ajal tidak menunggu kita, namun kita yang akan menuju pada ajal..
Baca Lagi.. >>

Media Terbukti Pembohong

“Lie, enta toksoh caye la surat kabo lening… dok btul blake” kata amir padaku.

“Bakpe pulok? Balasku

“Ana tahu la, hok enta buleh caye keputusan 4D atau magnum kat belakang nih.” Kata amir sambil menghulurkan paparan keputusan judi di salah satu lampiran surat khabar arus perdana.

“Hok tu memang la… Enta gok.” Selorohku.

Perbualan kami tamat disitu.

Pada mulanya perkara ini aku tak percaya 100% namun setelah membaca kenyataan seorang jutawan, Ananda Krishnan di dada akhbar baru2 ini dimana dia menafikan bahawa dia tidak pernah ingin membeli kelab Inggeris iaitu Newcastle United itu seperti mana yang telah dinyatakan di helaian media yang sama sebelum nih.

“Tidak ada kebenaran atau asas kukuh terhadap berita ini. Tan Sri Ananda tidak menyuarakan minat membeli Newcastle United, tidak menghantar delegasi ke kelab itu untuk menjalankan rundingan atau menghantar wakil untuk mewakili pihaknya dan tidak menimbangkan sebarang pembelian”.. Itulah kenyataan yang telah dibuat.

Perkara yang berkenaan berat sebelah, pro-kerajaan, anti-pembangkang, di paper arus perdana ni memang pastilah semua dah tahu perkara tu.. tapi tak sangka la plak perkara yang berkenaan isu sukan pun terlibat sama. Kalau lah sukan terlibat apatah lagi isu yang lain kan… erm.

Perkara yang berunsurkan politik aku memang percaya 100% yang surat khabar arus perdana nih pembohong… Hanya nak menyondol orang kenamaan tapi tak memikirkan tentang suara rakyat dan kebenaran yang ada pada sesuatu perkara itu. Kenapa jadi begini? Faktornya adalah satu sahaja iaitu mereka2 ini hanya ingin mengejar nikmat dunia yang sementara bukannya akhirat yang kekal abadi. Soalnya tidak takutkah mereka dengan mengada2kan cerita2 begini? Erm, jawapan aku senang.. diorang nih jahil tuke.. tak tahukah mereka yang cerita mereka ni diibaratkan mengedar khabar fitnah secara besar2an.. bukan setakat membunuh seorang muslim tapi beribu2… kalau tak melibatkan keaiban atau masalah pada individu2 tertentu xde masalah, tapi adakah mereka tahu yang cerita2 yang diterbitkan itu terhindar daripada perkara ini. Mustahil mereka siasat kan…

Tanggungjawab kita takkan lah kita nak bersekongkol dgn mereka kan...? Marilah kita pakat2 tukar pada media alternatif.. cukuplah mempercayai berita2 yang mempunyai kepentingan sendiri semata2 bukannya untuk kepentingan rakyat...

Boikot Media Arus Perdana..!!!

Baca Lagi.. >>

Wednesday, July 8, 2009

Himpunan Mansuh ISA


Lajnah Penerangan DUN Paka menyeru seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Terengganu khasnya untuk berkumpul beramai - ramai di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 1 Ogos 2009 nanti untuk menyatakan protes terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) melalui perhimpunan aman. Perhimpunan yang dikenali sebagai MANSUH ini dianjurkan sebagai kesinambungan pelbagai usaha Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) selama ini dalam membawa kesedaran tentang kezaliman ISA, membela nasib tahanan dan keluarga, membongkar kezaliman ISA dan mendesak Kerajaan untuk membebaskan tahanan, memansuhkan ISA dan menutup Kem Kamunting sehinggalah membawa kepada pembebasan ramai tahanan ISA dan janji kerajaan untuk mengkajisemula ISA.

ISA memusnahkan konsep asas undang-undang berperlembagaan. Ia mencemar asas pengasingan kuasa. Ia membenarkan kuasa eksekutif melangkaui kehakiman dengan menahan seseorang tanpa waran, tanpa bicara dan tanpa hak peguam. ISA telah menghapuskan apa juga semakan undang-undang yang disyorkan perlembagaan. ISA juga membenarkan kuasa yang luas, arbitrari dan tidak boleh dicabar mahkamah yang menyebabkan berlakunya penyeksaan fizikal dan mental.

Himpunan MANSUH menganjurkan Himpunan besar-besaran bagi menyeru dan menggembleng seluruh warganegara Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat, budaya, bangsa dan agama yang cintakan keadilan, kebenaran dan keamanan rakyat untuk turut serta berhimpun pada 1 Ogos 2009 bagi menyatakan sikap tegas kita terhadap ISA. Bersama memansuhkan ISA dan membebaskan bumi Malaysia daripada kezaliman!

Mansuhkan ISA!
Bebaskan Tahanan!
Tutup Kemta – Kem Guantanamo Malaysia!
Baca Lagi.. >>

Manek Urai

Baca Lagi.. >>

Apakah Swine Flu & Virus H1N1?

Apakah Selesema Babi?

Selesema babi adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.

Adakah Virus Ini Berjangkit?

CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.


Apakah Tanda-tanda dan Simptom Demam Babi Terhadap Manusia?

Simptom selesema babi ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.

Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?

Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.


Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?

Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.


Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?

Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:


* Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.

* Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.

* Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.

* Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.

Jika anda sakit anda perlu:-

* Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;

* Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit.
Baca Lagi.. >>

Hikayat Selsema Babi

Mutakhir ini, virus H1N1 menyerang. Selepas selesema burung menyerang kita, kini negara diserang selesema babi. Barat memanggilnya 'swine flu', bukan 'pig flu'.

Sebelum ini, kita pernah dengar virus J.E. Baik 'swine flu' dan J.E, kedua-dua virus ini bermuara dari asal-usul keturunan dan susur-galur silsilah yang sama; babi.

Bahasa yang lebih lunak ialah khinzir. Ada riwayat menyebutkan bahawa ketika bahtera Nabi Nuh telah penuh dengan kekotoron najis yang dilemparkan musuh-musuhnya, ketika itu muncul haiwan babi yang dikatakan, kononnya telah memakan segala timbunan najis-najis itu.

Pada suatu hari, seorang lelaki yang diserang sejenis penyakit kulit jatuh ke atas bahtera Nuh. Dengan tidak semena-mena, penyakit kulitnya sembuh. Berita itu tersebar pantas, sehingga ramai kalangan mereka yang diserang penyakit yang sama telah datang melumur najis dari bahtera itu ke atas tubuh badan mereka.

Baca seterusnya....
Baca Lagi.. >>