Thursday, June 12, 2008

Ikhtilat..Akhawan dan Akhawat.

Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.

Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.

Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah.

Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep SYADID. Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam.

Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya.
Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)
Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."

Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan syariatNya.

Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)."

Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah. Ana bukanlah nak menghukum tanpa memberikan jalan penyelesaian. Jom kita berkongsi tip-tip berurusan dengan bukan muhrim:

1. Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2. Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah.

Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran: "Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?

3. Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.

4. Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

5. Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.

Teringat satu mail yang ana dapat mengenai luahan rijal. Jom kita kongsi bersama. Insya Allah ada manfaatnya.


"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini...Ya Rabb...tolong ampuni aku...untuk setiap pandangan yang tak terjaga, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab... Ya Rabb...Engkau mengawasi kami tiap detik, karena kasih sayangMu kepada kami Engkau perintahkan malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam..."

Semoga ia menjadi peringatan bagi kita. Semoga kita dapat mewujudkan biah solehah dalam keredhaanNya. Peringatan untuk diri yang lemah dan banyak kesilapan serta kekurangan dan sahabat-sahabat Islam yang dikasihi.
"Elakkanlah berhubung tanpa urusan yang benar2 penting dengan wanita2 (berlawanan jantina) kerana di situlah letaknya jalan SYAITAN".

http://www.iluvislam.com/
oleh: Cik Hijau
Baca Lagi.. >>

Wednesday, June 11, 2008

NATIJAH DARIPADA KENAIKAN HARGA MINYAK

Apa!!?? Harga minyak naik.. adui matila aku lepas ni. Duit dah la xder.. time2 ni la, die nak naik. Begitulah reaksi seorang yang ana kenal setelah mengetahui kenaikan harga minyak baru-baru ni. Akibat daripada perubahan ini pasti akan dirasai oleh semua orang tidak kira dimana ia berada. Hanya disebabkan kenaikan harga petrol dan diesel, maka semua harga barangan di pasaran juga turut naik mendadak. Kenaikan harga minyak kali ini boleh dikatakan perubahan yang paling tinggi setelah beberapa tahun pemerintahan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Di kawasan perumahan ana, nasi lemak yang dulunya berharga RM1.00 sudah menjadi RM1.50. Adakah sesiapa yang tidak rasa terbeban kerana perubahan ini? Ana yakin dan pasti tidak ada insan pun yang tidak terasa, sekalipun orang yang berada.

Di dalam akhbar kelmarin, hampir sebahagian besar berita adalah berkaitan dengan kenaikan harga minyak. Kos tambang bas lah, isu berjimat cermat lah, elaun menteri kena potong lah.. jenuh membacanya. Kesian juga apabila membacanya tapi nak buat camne dah kita sokong BN.. terpaksa lah terima. Ini lah natijahnya..

bot nelayan

Kalau tengok keratan akhbar diatas, pasti masyarakat akan terpikir ada betulnya nelayan-nelayan mogok. Apa tidaknya kalau keluar mencari rezeki tapi kos perjalanannya dah melebihi hasil pendapatan. Tak ke gila namanye tu? siapa yang nak mencari rezeki kalau camtu.. dah lah pergi ke tengah laut tu, belum tentu baliknya. Hasil tangkapan pun belum tentu ada.. Sekarang ni, bertambah lagi masalah.. Tapi bagi nelayan-nelayan, tidak ada cara lain kerana itulah cara mereka menyara hidup anak bini sejak azali lagi. Itu saja kemahiran yang mereka ada.. Adakah pimpinan negara sedar akan perkara ini? Adakah diorang pernah terfikir?

basikal

Ini pun satu hal lagi.. nak kata jahil, ana pikir semuanya belajar tinggi2. Logik ke kat bandaraya tu, mat2 office nih nak naik basikal? Kalau office belakang rumah, bolehlah ana percaya.. tapi kalau jaraknya 20batu mahunya jenuh nak mengayuhnya. Walaupun ini hanya perumpamaan, ana percaya ia tidak mustahil akan terjadi jika kenaikan harga minyak berlaku lagi. Kos sara hidup kat key’el tu, bukannya rendah cik lah oi.. kalau dapat gaji cukup makan, jangan harap dapat hidup (dengan erti kata lain menyara kehidupan satu keluarga). Kalau nak masyarakat kayuh basikal ke tempat kerja, biarlah pemimpin yang bertindak dahulu. Belajar melalui teladan, baru orang respek.. kalau setakat omong kosong, malah menyeru masyarakat untuk berjimat cermat sedangkan mereka ber’aircond’ ke pejabat, baik tak payah..

Pendek kata lah, ana memang protes abis-abisan kenaikan harga minyak nih. Kalau tak naik harga minyak, barisan menteri sendiri pun tak perlu menanggung akibat daripadanya (cam dalam akhbar tu la).. 10% banyak tuu… hehe. Baik turunkan harga minyak tu, kalian senang… kami lagilah senang. Kebajikan kami pun terjaga, bukan ke itu matlamat kalian?

potong

Akhirul kalam, ana cadangkan kepada sesiapa yang bertanggungjawab.. lupakanlah hasrat untuk menaikkan harga minyak kalau masih mahu memegang tampuk kepimpinan. Masyarakat dah jemu dengan janji-janji kosong, malah terasa diperbodohkan dengan kata-kata manis kalian. Dahulunya kebajikan rakyatlah yang diutamakan, tapi sekarang apa dah jadi? Mana manifesto kalian? Mana janji-janji kalian? Ana tidak tumpu pada mana-mana parti.. tapi fikir2kan lah, kerana kalian lebih mengetahui.-spekhijau.
Baca Lagi.. >>

Tuesday, June 10, 2008

Perbezaan yang sungguh ketara..

Inilah realiti kehidupan mahasiswa diluar sana, berbeza sama sekali jika hendak dibandingkan dengan realiti di negara yang tercinta ini.. amat sedih sekali.

Baca Lagi.. >>

Suara Mahasiswa disekat..!!?

Baca Lagi.. >>

Perjuangan Yang Tidak Berkesudahan..

Kisah ini mengisahkan As-syahid Sayyid Qutb ketika dihukum gantung sampai mati setelah menerima pelbagai seksaan di dalam kurungan penjara. Penyeksaannya juga dialami oleh dua orang adik perempuan Sayyid Qutb (iaitu Hamidah Qutb dan Aminah Qutb) dimana mereka ditahan bersama-sama di dalam sebuah penjara tentera seperti yang dialami oleh Zainab al-Ghazali. As-syahid Sayyid Qutb RahimahuLLAH sebelum digantung mati sebagai syahid telah sempat menulis surat kepada adik perempuannya dan berkata kepada adik perempuannya itu, "Wahai adikku, barangkali sekarang ini kau sedang melihat dengan gerun tali gantung yang akan menjerut leherku ini. Kita akan merasai perjuangan kita ini sempit dan kita yang akan mengakhiri perjuangan kita ini; tetapi apabila kita memikirkan bahawa perjuangan kita ini bukan kita yang memulakannya dan bukan kita yang menamatkannya, maka ketika itulah kita rasakan bagaimana luasnya perjuangan kita, bagaimana luasnya keluarga kita kerana keluarga kita bukan keluarga yang diikat oleh keturunan darah tetapi keturunan kita diikat oleh kesatuan 'aqidah La Ilaha IllaLLAH Muhammad al-RasuluLLAH."

Semoga kisah singkat ini, dapat menjadi iktibar kepada kita semua…

Ingatlah, kita bukan pemula kepada perjuangan,
Bukan jua yang terakhir kepada perjuangan ini,
Tetapi kita adalah penyambung kepada perjuangan
Yang ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W...

Peringatan buat sahabat dan juga diri ini, marilah kita sama-sama bangkit untuk meneruskan perjuangan yang mungkin telah lama ditinggalkan… Sedarlah, Islam itu tidak akan rugi jika kita tiada, namun kitalah akan rugi kerana ketiadaan Islam. Ini kerana Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.. Sebagai golongan remaja dan intelektual, tuntutlah ilmu sebanyak mungkin dan gunakanlah ia di dalam perjuangan amal ma’ruf wa nahi mungkar, selagi mana waktu masih ada. Jangan sampai kamu berduka dan kecewa di kemudian hari disebabkan tidak sempat melaksanakannya. Ana ambil bait2 lagu ini sebagai pegangan diri, moga2 ia juga akan membantu sahabat2..

Masih basah kenangan indah,
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika Rasul ada disisi
Para sahabat mentadbir bumi

Zaman Nubuwwah era khulafa’
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panasnya membakar lawan

Dicelah itulah kami mengatur langkah
Membina sebuah tho’ifah
Disini bara tak pernah padam
Digenggam kukuh sebuah azam

Ayuhlah para mujahid
Ayuhlah para mujahidah
Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tertegak kalimah Allah
Agar terbangun dunia baru ISLAM!!!

Baca Lagi.. >>

Amaran Buatmu Nissa'


'AMARAN BUATMU NISSA'

Tidakkah kamu takut ancaman insan mulia,
Bahawa golongan kamu banyak adalah penghuni neraka,
sembilan nafsumu sentiasa bersama,
dan satu akalmu yang menyelamatkan jiwa..
NISSA',
Tutuplah auratmu sepanjang masa,
Tiada indahnya pandangan di mata,
Kecuali pada nafsu yang membara,
Pakaian mu hendaklah sempurna,
Tidak nipis dan menjolok mata,
Bebas najis suci sentiasa,
Azab kubur neraka selamat selamanya,
Hasanah akhirnya kau kecapi jua
NISSA',
Jagalah tuturmu kepada ibu dan bapa,
Dirimu ditatang dan dimanja,
Fikirkan berapa nilai kasih dan harta mereka,
Yang diberikan kepadamu tanpa mengharapkan balasan jasa,
Hanya mereka inginkan kamu
Menjadi insan solehah berjaya,
Taat kepada ALLAH dan Rasul-Nya,
Mengharapkan doamu di kala mereka tiada didunia,
Mengharapkan belasmu didunia,
agar mereka terlepas azab yang menyeksa
*insyallah,moga dpt diambil iktibar,
amal dan sampaikan
~wallahu'alam
Baca Lagi.. >>

Monday, June 9, 2008

COMPARISON OF OIL PRIZES

This statement i got from my friend, K-rul.. thanks 4 the information...

Government always compare our oil prices with non-oil producing countries such as :

For example

Singapore : RM 5.00
Thailand : RM 4.00

how about compare Malaysia with the other oil producing countries just as we are

UAE– RM1.19/litre
Eygpt– RM1.03/litre
Bahrain– RM0.87/litre
Qatar– RM0.68/litre
Kuwait– RM0.67/litre
Saudi Arabia– RM0.38/litre
Iran– RM0.35/litre
Nigeria– RM0.32/litre
Turkmenistan– RM0.25/litre
Venezuela– RM0.16/litre
MALAYSIA– RM2.70/litre

oh, my god!!! this is terrible... all my friend out there, we must do "demo".
we cannot let them fool us...
(maaf, ana xreti writing in english ni, broken tahap E la,hehe)
Baca Lagi.. >>

Lahir seorang lagi blogger!!

Assalamualaikum... salam bloggers kepada semua. Alhamdulillah terhasil juga blog ana setelah sekian lama. actually, ana betul2 xsangka yang ana akan create satu blog untuk diri ini.. sebelum ini, ana lah salah seorang yang menentang habis2an keperluan blog ni.. keperluannya ana pertikaikan pada sahabat2 yang lain.. mata hati ana tidak terbuka untuk menghasilkan karya2 yang mungkin boleh menggegarkan dunia (ana amik kata2 faisalkini dalam temubual dgnnya).. walaupun dahulunya ramai sahabat2 yang menyakinkan diri ini untuk menghasilkan blog, tapi ana tetap dgn pendirian ana.. betul2 tak ku duga, keinginan ku tiba setelah bertemu dengan sahabat2 dari pelusuk malaysia di sebuah konvensyen baru2 ini. hati ana telah terbuka, dan semangat tengah meluap2 nak menghasilkan karya diatas blog ini. Aaiihh, harap2 semangat ini tidak akan luntur lagi.. kepada sahabat2 diluar sana, marilah kita pakat2 buat blog dan gegarkan dunia dgn karya2 kita... jangan mengharapkan orang lain, sedangkan kamu berkebolehan... nyatakanlah pandangan dan peringatan kamu kepada dunia, agar dunia dapat melihat suara dan keazaman semua.. lakukan perubahan, jangan kita berada pada takuk yang lama sahaja, sedangkan kita masih boleh melangkah setapak demi setapak.. doakan ana istiqamah dengan semangat untuk menggegarkan dunia ini... InsyaAllah, ana bercita2 untuk jadikan karya ana sebagai muka hadapan pada media massa kelak.. hehe.
Baca Lagi.. >>