Wednesday, September 16, 2009

Perbezaan PAS dan UMNO

Image

Masalah PAS dan UMNO bukan masalah berapa bilangan masjid yang dibina, bukan berapa bilangan sekolah agama yang dibina, bukan masalah institusi kewangan Islam, bukan masalah berapa buah pusat pengajian tinggi Islam yang dibina, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk membina lapangan terbang, lebuh raya dan lain-lain, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk pendidikan tinggi dan rendah yang dibelanjakan oleh UMNO atau PAS.

Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.

Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan, mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan, pendidikan dan lain-lain.

Oleh kerana itu, Malaysia yang sejak merdeka, yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional menghadapi masalah yang tidak terhitung banyaknya. Masalah keselamatan, janayah, rasuah, penyalahgunaan kuasa, rompakan kecil atau besar, rompakan institusi kewangan, rompakan kaum wanita, warga emas dan kecurian disetiap detik berlaku dinegara ini.

Setelah lebih 50 tahun UMNO memerintah, Islam dan kekuatan orang Melayu terhakis. UMNO menghapus “kuasa imuniti Raja-Raja” yang menjadi salah satu kekuatan institusi Islam di Malaysia. UMNO membenarkan “Riddah” atau murtad berleluasa. UMNO juga mengamalkan budaya “Hendonisme” budaya “akhlak bobrok” melalui agensi-agensi penyiarannya.

Isu penyalahgunaan dadah, isu mat rempit, isu pendatang tanpa izin, isu ISA, ini semua berlaku selepas Malaysia dipimpin oleh UMNO. Puncanya ialah tidak menhayati kandungan ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’. Oleh itu, jika pemimpin UMNO masih mengaku mempertuhankan ALLAH, menabikan Muhammad S.A.W, kenapa UMNO boleh sembahyang mengikut ajaran Islam, mengapa tidak boleh mengikut Islam dalam memerintah Negara? Adakah UMNO mengambil konsep beriman separuh kitab dan menolak separuh yang lain.

Kalau hanya bercakap membina masjid, di United Kingdom ada masjid, di Amerika Syarikat ada masjid, di Cina ada masjid, di Singapore ada masjid, di German pun ada masjid. Namun pentadbiran Negara mereka juga tidak mengikut ajaran islam. Oleh kerana itu, status kedudukan pemimpin dinegara barat dan timur yang Sekular, sama dengan kedudukan pemimpin UMNO diMalaysia ini.

Oleh kerena itu, saya rasa amat bertanggungjawab untuk menasihat kepada umat Islam di Malaysia ini, supaya jangan terjebak dengan kenyataan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO khususnya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ketika berkempen di Manek Urai baru-baru ini (rujuk salah satu akhbar harian Malaysia) tentang UMNO membela Islam dan menegakkan syiar Islam.

Secara peribadi pula, sewaktu Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor, beliau telah mengubah cuti am pada hari Jumaat kepada hari Ahad, sekaligus menjadikan amalan cuti itu seperti amalan orang-orang Nasrani. Apakah ini satu pembelaan terhadap Islam?

Saya ingin membuat contoh yang kecil tentang UMNO mencabar Al-Quran. Antaranya, Al-Quran dengan jelas dan terang mengarahkan supaya orang islam menjauhkan diri daripada arak, judi, berhala, sudi nasib atau tenung nasib, tetapi UMNO yang memimpin Malaysia mengeluarkan lesen arak, memberi lesen judi. Apakah ini satu pembelaan kepada Islam? Untuk satu contoh lain, umpamanya ALLAH memerintah supaya Negara ditadbir dengan ajaran ALLAH, namun UMNO menolaknya.

Oleh kerana itu, jika sekiranya masih wujud benih-benin iman di dalam hati para pemimpin UMNO, maka saya merayu kepada mereka dan kepada orang yang seiringan dengan mereka supaya mereka bertaubat dan kembali kepada jalan ALLAH. Sekiranya mereka mempunyai masalah didalam usaha kembali kepada jalan ALLAH itu, maka Dewan Ulamak PAS Pusat menawar diri untuk memberi khidmat bakti kepada mereka.

Meneruskan Perjuangan Para Nabi

Dato’ Ustaz Haji Harun bin Taib
Ketua
Dewan Ulamak PAS Pusat

Baca Lagi.. >>

Iktikaf 10 malam terakhir

Saya hendak tekan dunia ini bukan kita yang punya. Bumi, langit, udara, air hujan dan segalanya dicipta Allah Taala untuk manusia. Dan ia bukan terjadi sendiri. Kita tanpa mengira bangsa apa sekalipun hanya menumpang di atas bumi Allah.

Kalau semua kemudahan itu tidak ada maka mati semua manusia. Tidak ada satu pun syarikat yang boleh buat bumi, udara, gandum, beras dan segala kemudahan asas bagi keperluan manusia untuk hidup.

Hatta seekor anak bilis pun tidak ada kerajaan yang boleh buat. Dari segi sains pun kata begitu, lebih-lebih lagi al-Quran. Kita menumpang segala kemudahan itu dan bukan mendapat percuma. Segala itu akan dituntut bayaran. Tuntutan bukan bayaran dengan duit tetapi tuntutan takwa kepada Allah Taala.

Perkataan takwa mengandungi positif dan negatif. Kita kena buat apa Tuhan seuruh dan tinggal apa yang dilarang. Misalnya saya sebagai Menteri Besr kalau pergi ke rumah orang tidak boleh pandai-pandai naik ke atas rumahnya tanpa izin. Inilah kelemahan kita apabila sudah menjadi orang besar mahu berlagak seperti Tuhan.

Inilah kesilapan yang perlu kita renungi. Kewajipan kita sedar kerana menumpang di atas bumi Allah. Di akhirat kelak akan dihancur semua dunia ini dan diganti dengan amal akhirat.

Pembalasan di akhirat kelak sebagaimana disebut dalam al-Quran. Buku yang digunakan Tuhan bagi menjatuhkan hukuman ke atas manusia di akhirat kelak ialah Quran.

Ini perkara pokok yang perlu rakyat Kelantan tanpa mengira bangsa memikirkan. Kita mesti mati dan selepas mati kita akan hidup balik. Dan selepas hidup balik kita akan dihakimi sebelum dijatuhkan hukuman syurga dan neraka.

Iktikaf di masjid 10 hari akhir Ramadhan adalah ajaran agama, Iktikaf maksudnya kurung diri dalam masjid. Seumpama ayam, lembu dan kambing kita kurung supaya menjadi jinak.

Ini kerana nafsu kita bermuka dua, iaitu mendorong kepada kejahatan dan satu lagi kepada kebaikan. Dan melalui cara iktikaf di masjid kita dapat kawal dengan cara iktikaf di masjid.

Rasulullah s.a.w pada 10 hari terakhir Ramadhan iktikaf di masjid. Sebelum Rasulullah s.a.w menjadi nabi baginda bertapa di dalam Gua Hiraq.

Dan selepas baginda menjadi nabi sistem bertapa di dalam gua tidak lagi diamalkan dan Rasulullah s.a.w bertapa pula dalam masjid. Bertapa di dalam masjid lebih praktikal. Ini kerana kita didatangkan ke dunia ini bukan untuk kita seorang sebaliknya untuk kita dan masyarakat.

Kalau kita duduk di masjid kita boleh tegur orang dan orang juga boleh tegur kita tetapi kalau di dalam gua tidak ada orang yang hendak di tegur.

Kalau kita ada masa, iktikaf 10 hari lebih baik, tetapi kalau tidak setiap kali masuk masjid hendak sembahyang berjemaah lima waktu kita niat iktikaf.

Bila niat iktikaf kita merasakan diri kita dikurung di hadapan Allah Taala. Amalan tadarus dan tarawih tidak ada dalam agama lain. Nabi Muhammad s.a.w bertadarus dengan Malaikat Jibrail tiap-tiap tahun.

Oleh itu, saya menasihatkan semua ahli dan penyokong PAS mesti bertadarus. Saya sendiri ada tiga al-Quran yang digunakan iaitu di masjid, pejabat dan rumah.

~ Muryidul Am PAS ~
Baca Lagi.. >>

Tuesday, September 15, 2009

Tips untuk hari2 terakhir Ramadhan

RAMADHAN semakin hari bakal meninggalkan kita. Bulan yang penuh rahmat, pengampunan dan dijanjikan pahala berlipat kali ganda bagi hamba-Nya yang mengikhlaskan pengabdian diri kepada Allah s.wt. Oleh itu rebutlah peluang dengan baki hari yang ada, setiap jam yang dilalui, setiap minit yang berdetik dan setiap saat masa yang berlalu untuk mempastikan Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik untuk kita semua.
  • Berkorbanlah dengan masa, tenaga dan segala-galanya untuk mencari malam Lailatul Qadar kerana di malam ini Allah menjanjikan ganjaran yang teramat besar di samping doa-doa yang akan dimakbulkan Allah s.w.t. Beri'tikaflah, bangunlah dan persembahkanlah rintihan, harapan dan taubat kerana malam itu hanya berlaku sekali dalam setahun.
  • Hari-hari terakhir Ramadhan juga adalah hari-hari di mana Allah memadam nama-nama manusia yang akan dimasukkan ke dalam neraka. Na'uzubillah... Oleh itu perbanyakkanlah doa, basahi lidah dengan istighfar kepada Allah, sesali lah segala dosa-dosa yang dilakukan, dan berazamlah untuk tidak melakukannya lagi kerana sesungguhnya Allah amat ternanti-nanti permohonan ampun dari hamba-Nya.
  • Luangkanlah masa 4-5 minit sebelum berbuka puasa untuk memperbanyakkan doa kepada Allah dan beristighfar kerana detik-detik itu menjadi satu masa mustajab doa.
  • Perbanyakkan lagi amalan-amalan membaca Al-Quran, bersedekah, sembahyang sunat dan segala perkara kebaikan kerana ingatlah hanya amalan sahaja yang akan menemani kita di saat kita berseorangan di alam barzakh
Sama-samalah kita istiqamah melakukan ibadah kepada Allah dan gunakanlah kesempatan masa yang diberikan Allah ini dengan sebaiknya kerana belum tentu Ramadhan akan datang kita dapat tempuhi lagi.

Wallahua'lam.

Rujukan: Tn Ibrahim Tn Man
Baca Lagi.. >>

Monday, September 14, 2009

Rayuan Derma Dana Anak Yatim Terengganu


Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu menyeru dan merayu kepada semua muslimin dan muslimat untuk berebut2 berbuat kebajikan kepada anak-anak Yatim Terengganu.

Sebagai perantara, Amal Terengganu menyeru kepada semua.... perpanjangkan kepada kenalan kita.... Semoga ianya manjadi jariah untuk di bawa ke akhirat nanti......


Sekiranya terdapat lebihan derma... Duit tersebut akan digunakan sebagai Dana untuk penubuhan Rumah Anak-Anak Yatim di mana terdapat 2 kawasan tanah yang sedia menjadi kawasan Rumah Anak-anak Yatim....

Untuk maklumat sumbangan, sila hubungi segera :
HJ ISMAIL HARUN : 012-960 4444
UST WAN SUKAIRI : 019-989 4125
WAN MD ADIB : 013-939 5693
Baca Lagi.. >>

Mirzan dilantik ALP pengeluar arak terbesar Filipina

KUALA LUMPUR, 13 Sept: Ketika kerajaan negeri Selangor melalui Exco agamanya berusaha keras untuk menghalang umat Islam di negeri itu dari terjebak dengan ketagihan arak, anak bekas Perdana Menteri, Mirzan Mahathir dilantik sebagai pengarah dalam syarikat pengeluar arak terbesar Filipina."Ini adalah urusan perniagaan sahaja," kata Mirzan sebagaimana suratnya kepada laman web The Malaysian Insider selepas berita mengenai perlantikan beliau dalam San Miguel Corp (SMC) disiarkan oleh laman web itu. Menurut Mirzan, beliau sedang berusaha agar penglibatan SMC dengan arak hanya akan tinggal 15 peratus sahaja tahun depan.

San Miguel Brewery menguasai 95 peratus pasaran beer Filipina. Syarikat ini telah mengeluarkan San Miguel Beer sejak lebih 100 tahun lalu. Beer ini dibuat di Filipina, China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan juga Malaysia. Ia dijual di 60 negara di seluruh dunia, lapor laman webnya.

Menurut Mirzan dalam suratnya itu, syarikat itu sedang berubah haluan ke infrastruktor, kemudahan awam dan tenaga yang diperlukan oleh negara Filipina.

Dengan apa yang dilakukan oleh Mirzan, ia lebih besar kesannya berbanding ketagihan arak secara individu kerana Mirzan akan menyumbangkan tenaga, wang dan fikirannya untuk memajukan perniagaan arak ini.

Image








Namun Mirzan, anak sulong Dr Mahathir ini dalam suratnya menolak perkara itu.

"Sebagai rakyat Malaysia, saya mahu membantu San Miguel membina pendekatan baru dan harapan saya apabila ianya berjaya akan memberikan kesan baik kepada negara dan rakyat," kata Mirzan.
Image
Berlawanan dengan Mirzan, kerajaan negeri Selangor sedang berusaha mengawal jualan arak ini agar ia tidak diminum oleh orang Islam.

Satu peraturan baru sedang dirangka untuk mengawalnya kerana beer tidak memerlukan sebarang lesen untuk dijual. Yang dikawal oleh undang-undang yang ada hanya liqour sahaja.

Usaha ini dibuat ekoran bantahan umat Islam negara ini apabila kedai 24 jam menjual beer secara bebas kepada rakyat negara ini termasuk kepada umat Islam.

Ia menjadi parah apabila golongan remaja mengambil kesempatan membeli arak ini selepas waktu tengah malam untuk mengelak dari dilihat oleh orang ramai.
Mereka kemudiannya menghabiskan masa tengah malam dengan meminum arak dan kemudiannya tidak segan untuk terlibat dengan aktiviti kurang sihat termasuk merempit dan pecah rumah dan seterusnya terjebak dengan pelbagai jenis kelakuan tidak bermoral lagi.



Baca Lagi.. >>

Sunday, September 13, 2009

Sumbangan Anak Yatim Sempena Ramadhan 1430

DUNGUN 12 Sept Sabtu - Seramai kira-kira 200 orang anak-anak yatim dan sindrom down dari lebih kurang 100 keluarga telah menerima sumbangan sempena Aidlfitri yang akan menjelang tidak berapa lama lagi. Majlis yang diadakan di Surau Kubur, Kampung Molek itu merupakan program tahunan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DUN Sura yang bermula sejak 2 tahun lalu.

Sejurus sebelum majlis penyampaian tersebut, ADUN Sura, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli menekankan betapa Islam sangat mengambil berat tentang hal ehwal anak-anak yatim. Dari penjagaan mereka sehinggalah pada pengendalian harta mereka jika mereka mempunyai harta, semuanya ada digariskan di dalam al-Qur’an.

Kita diperintahkan untuk berlemah lembut dan berbuat baik kepada mereka. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maksudnya “Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin.” (Al-Baqarah: 83)

Ganjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah S.A.W mengkhabarkan tentang kedudukan mulia di syurga bagi orang yang menjaga anak yatim.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: “Penjaga anak yatim daripada kerabat atau bukan kerabatnya, saya dan penjaga itu adalah seperti dua jari ini di dalam syurga.” Malik (periwayat hadis) mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari hantu.” (Hadis riwayat Muslim)

Di majlis yang sama sejumlah kanak-kanak sindrom down dan keluarga masing-masing turut diraikan dan menerima sumbangan sempena Aidilfitri ini.

Sementara itu, pihak Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan DUN Sura merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis yang diadakan.

" Hampir RM15 ribu telah dibelanjakan hasil sumbangan individu dan dermawan bagi manjayakan majlis yang dirancang ini, " demikian menurut Yusoff Mohammad, Bendahari Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DUN Sura.

Haji Abdullah Ibrahim, Bendahari DUN Sura pula mengharapkan kadar yang lebih dapat diberikan kepada anak-anak yatim dan keluarga mereka jika sumbangan yang diterima adalah lebih besar, " Kita berharap nilai sumbangan yang lebih besar dapat diberikan kepada anak-anak yatim ini di tahun akan datang, sekiranya kita menerima kutipan derma yang lebih besar."
Baca Lagi.. >>

UMNO parti Islam?

1. Ketika ditanya komen Dewan Pemuda PAS Pusat [ DPPP ] oleh wartawan mengenai kenyataan Datuk Seri Najib bahawa UMNO adalah parti Islam , spontan disambut dengan ketawa kecil oleh EXCO DPPP lantas dijawab oleh Al Fadhil Ustaz Azman Syafawi Abd Rani [ Timbalan Ketua DPPP ] : " Sila buktikan ! "

2. Semua orang rasa lucu apabila Najib mengumumkan bahawa UMNO adalah parti Islam .

3. Dulu Dr. Mahathir pernah isytihar Malaysia Negara Islam demikian juga Abdullah Badawi dan menantunya Khairy turut menyokong dan mengisytiharkan Malaysia adalah Negara Islam .

4. Terdahulu saya telah mencabar Khairy berdebat dalam isu Malaysia Negara Islam tetapi malang tidak bersambut . Kali ini najib pula isytihar UMNO adalah parti Islam . Tapi kali ini malas dah rasanya nak ajak mereka ni berdebat . Jawapannya sudah pasti .... akan hilang telan masa begitu sahaja .

5. Bukanlah saya takut kerana yang mengisytiharkannya kali ini ialah Perdana Menteri Najib sendiri . Andai mereka mencabar , insyaallah sebut sahaja dimana tempat dan bila tarikhnya DPPP bersedia untuk berhujjah .

6. Mudahnya hujjah bagi menjelaskan bahawa UMNO adalah parti kebangsaan bukan parti Islam . UMNO parti yang mengamalkan faham sekularisme bukan menganut faham Islam . Terlalu banyak hujjah yang boleh disenaraikan , cuma saya nak lihat 10 bukti dan hujjah dari pihak UMNO terlebih dahulu , apakah yang meletakkan UMNO tidak segan silu untuk turut mengaku sebagai sebuah parti Islam .

7. Balai disebut balai Islam apabila Balai itu berorientasikan Islam . Pusat Islam juga disandarkan kepada Islam apabila Pusat itu mengendalikan hal ehwal Islam . University Islam kerana fakulti dan kuliahnya juga berteraskan Islam . Orang Islam kerana orang itu hidup berpaksikan ajaran Islam . Maka demikianlah parti , jika mahu disandarkan kepada Islam untuk menjadi parti Islam maka mestilah dasar perjuangan parti itu berasaskan Islam .

8. Mudahnya , kalau benar dan serius UMNO mahu menjadi parti Islam , maka UMNO mesti terlebih dahulu menukar dasar dan prinsip perjuangan mereka dari kebangsaan kepada Islam . Jadikan al Quran dan Sunnah sebagai pegangan dan sumber rujuk tertinggi dalam parti itu . Amalkan gaya hidup Islam dengan mengamalkan suruhan agama dan tegakkan syiarnya seperti menutup aurat , berlaku adil , tidak rasuah , tidak zalim dan sebagainya .

9. Saya sangat mengharapkan agar UMNO menjadi sebuah parti yang mengamalkan dan memperjuangkan Islam bukan merosakkan Islam dan meruntuhkan syiarnya . Setakat mendakwa UMNO adalah parti Islam sedang kedudukan UMNO dengan Islam terlalu jauh maka ia adalah satu penipuan dan pengkhianatan terhadap ummah khasnya ahli - ahli UMNO sendiri .

10. UMNO boleh berubah apabila mereka selalu menyebut bahawa ahli mereka orang melayu dan mereka kononnya memperjuangkan melayu . Kerana kebetulannya melayu adalah beragama Islam . Tinggal lagi UMNO mesti menghentikan slogan perkauman dan perjuangan berasaskan melayu semata - mata sebaliknya membawa Islam dan prinsip perjuangannya yang tentunya tidaklah asing dengan orang melayu . Kenapa susah sangat UMNO nak menerima Islam sebagai dasar perjuangan mereka ? kalau mereka sudah bersedia untuk mendakwa dan mengisytiharkan UMNO sebagai parti islam selayaknya mereka juga mesti bersedia untuk menukar dasar dan prinsip perjuangan mereka kepada Islam .... ada berani ke ?

Rujukan : Ust Nasarudin Tantawi
Baca Lagi.. >>

Program Pemuda Bersamamu Kali Ke-5



Kedatangan bulan Ramadan yang penuh berkat ini pastinya menjadi medan umat Islam berlumba-lumba melakukan ibadat bagi mencapai berbagai fadhilat sepertimana yang dijanjikan Allah s.w.t kepada hambaNya yang benar-benar ikhlas.

Ramadan pada kali ini bukanlah menjadi satu langkah baru buat pemuda dun Sura untuk menggerakkan kerja kebajikan ataupun tanggungjawab sosial buat masyarakat setempat tetapi ianya lebih kepada meneruskan kelangsungan sepertimana program yang sama yang telah dijayakan sebagai satu tradisi seperti tahun-tahun sebelum ini.

Bagi warga dun Sura yang agak daif,fakir,miskin,yang kurang bernasib baik termasuk anak-anak yatim daripada seluruh ceruk kampung tanpa mengira fahaman politik,Program Pemuda Bersamamu pastinya bukanlah satu perkara asing buat mereka malah yakin ianya pasti akan muncul setiap kali bulan Ramadan tiba.

Program Pemuda Bersamamu musim ke 5 merupakan program buat kali ke lima di mana pada tahun ini mensasarkan lebih sembilan puluh keluarga di dun Sura yang layak sebagai penerima bantuan termasuk juga agihan kepada guru Pasti.

Program tahunan ini dirancang awal dan mendapat komitmen yang tinggi daripada seluruh ahli jawatankuasa program yang terdiri daripada tenaga JPC di setiap cawangan dalam dun Sura dengan dipandu oleh Mohd Yani Nursal selaku pengarah program.

Kerja-kerja mengumpul dana tabung Pemuda Bersamamu musim ke 5 telah giat dijalankan bermula daripada awal Ramadan lagi.Pengagihan sumbangan akan dibuat secara langsung terus ke rumah penerima yang telah dijadualkan bermula pada 11 dan 12 September 2009,iaitu pada Jumaat dan Sabtu ini.

Kali ini surau angkat Pemuda Dun Sura, Surau Tuan Guru Hj Abdul Jalil, Jalan Lembah telah dipilih sebagai pusat operasi program ini.

“Justeru,segala pengorbanan masa,tenaga dan wang ringgit terutama daripada AJK Program serta seluruh pemuda dun Sura amat diperlukan bagi menjayakan program kebajikan kepada masyarakat ini dengan mengambil semangat kelebihan Ramadan dan budaya beramal kerana Allah”,harapan daripada pengarah program, Mohd Yani Nursal dan juga ketua pemuda dun Sura, Ust.Sheikh Hanafi Abd.Aziz.

Harapan untuk melihat kejayaan program ini dan manfaat yang akan dirasai oleh golongan yang kurang bernasib baik amatlah tinggi sekurang-kurangnya mereka turut merasa kemeriahan Hari Raya yang bakal disambut nanti dengan menerima sedikit sumbangan yang tidak seberapa daripada golongan yang lebih bernasib baik seadanya dan kami pemuda dun Sura sekadar menjadi penggerak sukarela semampunya seiring dengan moto ”Prihatin kami tidak bertepi,Membantu sekadar termampu”.
Baca Lagi.. >>

Setiap cerita ada pengajarannya

Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power.

Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan. Terus dia berkata : "Nkorang nampak kampung kat seberang bukit itu ?" Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak." Satu kampung tu itu...habiissss aku kerjakan!!!! " Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda.

Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelibat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah. "Nkorang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek "Iya, nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss! !!", kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah".

Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak. Dia pun tunjuk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya...

Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "Gilaa ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power". Sambil mengosok gosok idong nya pontianak tu pun berkata, "Engkorang nampak tembok batu tu ?" "Nampak ! Nampak!", kata yang 2 ekor tu... "Err aku tadi tak nampak".

Pengajaran: Jangan sesekali tanamkan sifat riak & takbur dalam diri...



Align Center
Baca Lagi.. >>