Friday, October 2, 2009

389 kali digoncang gempa bumi dalam 3 hari

JAKARTA: Ketika para pekerja mencari dan menyelamat sudah 72 jam bekerja keras menggali dan mencari mangsa dari celah-celah runtuhan lebih 11,000 bangunan akibat gempa 7.6 skala Richter (SR) Rabu lepas, dan sejak hari itu jugalah Sumatera Barat sudah digoncang 389 kali gempa bumi susulan.

Bagaimanapun gempa susulan itu yang berukuran lebih kecil iaitu antara 3.0 hingga 4.0 SR, mungkin tidak begitu dirasakan oleh penduduk tetapi masih berkemampuan mengakibatkan bangunan yang telah rosak strukturnya akibat gempa utama 7.6 SR itu, tiba-tiba runtuh dan mengancam nyawa.

Ketua Bidang Maklumat Awal Gempa Bumi dan Tsunami, Badan Metereologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, Jaya Murjaya berkata gempa susulan itu sifatnya hanya menghabiskan tenaga di dalam bumi setelah terjadinya gempa besar itu. "Gempa susulan tidak akan melebihi 7.6 SR dan masyarakat tidak perlu takut, tapi waspada saja," katanya dalam laporan agensi berita Antara di Padang, hari ini.

Sehingga tengah hari tadi, Pusat Penanganan Bencana di Padang, mencatatkan 448 kematian akibat gempa bumi yang terjadi pada pukul 5.16 petang Rabu itu, manakala mereka yang cedera parah berjumlah 237 orang dan hampir 2,100 lagi cedera ringan.

Jumlah kes kematian yang dicatatkan paling ramai ialah di Kota Padang, ibu kota Sumatera Barat iaitu 197 orang, diikuti di daerah kecil Padang Pariaman (184) dan selebihnya di beberapa kawasan sekitar.

Bagaimanapun pelbagai media massa lain dengan memetik pelbagai sumber melaporkan jumlah kematian setakat ini sudah melebihi 700 orang.

Jumlah bangunan termasuk rumah yang runtuh dan rosak teruk ialah 11,945 buah dan hampir 10,000 lagi rosak.

Antara warganegara asing yang dilaporkan masih hilang ialah kira-kira 100 orang daripada sejumlah 250 warganegara Australia yang berada di Padang ketika kejadian itu.

Sementara itu Menteri Kesihatan Indonesia Siti Fadilah Supari dilaporkan berkata beliau menganggarkan jumlah kematian akibat gempa bumi itu tidak melebihi 4,000 orang manakala Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu (PBB) pula dilaporkan berkata angka kematian mungkin mencapai 1,100 orang. ~BERNAMA

p/s: sentiasalah ingat pada mati..

Baca Lagi.. >>

Harapan seorang Hawa

Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah hawa,temanmu yang kau pinta semasa kesunyian disyurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi,tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu. Sentiasa mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dikala akhir zaman ini. Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusannya,​kerana andainya Allah mentakdirkan bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia ini dengan darah manusia. Kacau bilaulah suasana Adam sesama Adam bermusuh hanya kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil. Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya juga. Jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah Yang mengharuskan adam beristeri lebih dari satu tetapi tidak melebihi empat orang dalam satu masa.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu membimbangkan daku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu merunsingkanku.​ Tetapi aku risau,gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Sejak dahulu lagi telah kuketahui bahawa seharusnya aku tunduk tatkala telah menjadi isterimu. Patutlah terlalu berat lidahku berbicara untuk menyatakan isi hati ini. Namun sebagai hamba Allah, Aku sayang padamu.

Adam,

Sebagaimana didalam Al-Quran telah menyatakan yang engkau diberi kuasa terhadap wanita. Kau diberi amanah mendidikku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku,​memerhati dan mengawasiku agar redha Allah sentiasa menaungi. Tetapi Duhai Adam, lihatlah dunia kini.
Apa yang telah terjadi terhadap kaumku?

Kini, Aku dan kaumku telah ramai yang menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Dijalan-​jalan,​dipasar,​di bandar-bandar bukanlah tempatku. Jika terpaksa,aku keluar dari rumah seluruh tubuhku ditutup dari hujung rambut sehingga kehujung kaki. Tapi realitinya kini, aku telah lebih dari yang sepatutnya.

Adam,

Mengapa kau biarkan daku begini? Sememangnya aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tetapi kini, aku jadi ibu,guru dan aku jugalah yang memikul senjata. Padahal engkau duduk sahaja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga dipejabat bomba. Kainku tinggi menyingsing peha,​mengamankan Negara. Apakah kau sekarang tidak seperti dahulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu kepadaku?

Adam,

Marahkah kau jika ku katakan terpesongnya hawa sekarang engkaulah yang harus dipersalahkan! Kenapa kau? Bukankah orang sering bicara, Jika anak jahat maka emak bapak yang tidak pandai mendidik, Jika murid bodoh,guru tidak pandai mengajar. Jadi secara formulanya, Aku binasa,kaulah puncanya!!!

Adam,

Kau selalu mengata, Hawa memang degil! Tidak mahu dengar kata! Tidak mudah makan nasihat! Kepala batu! Tetapi duhai Adam, Seharusnya kau bertanya kepada dirimu, Siapakah ikutanmu? Siapakah rujukanmu? Dalam mendidik aku yang lemah ini. Adakah ikutanmu Muhammad s.a.w? Adakah rujukanmu Muhammad s.a.w? Adakah akhlak-​akhlakmu boleh dijadikan contoh buat kami kaum Hawa?

Adam,

Sebenarnya kaulah imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu-​pengikutmu Kerana kaulah amir. Jika kau benar maka benarlah aku. Jika kau lalai,lalailah aku. Lupakah kau duhai Adam? Kau punya satu kelebihan anugerah Tuhan. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Dan aku, akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam,​gunakanlah ketinggian akalmu untuk membimbingku.

Pimpinlah tanganku kerana aku sering lupa dan lalai. Seringkali aku tergelincir ditolak,​disorong oleh nafsu dan kuncu-​kuncunya.​ Bimbing dan bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah​ daku kalimah syahdu dari TuhanMu agar duniaku sentiasa dijalan rahmah. Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku agar aku mampu tetap menjadi mujahidah kekasih Allah.


Adam,

Andainya kau masih lali dengan kerenahmu sendiri. Masih segan mengikut langkah para sahabat baginda. Masih gentar mencegah mungkar. Maka kita tunggu dan lihatlah dunia ini akan hancur bila aku yang memerintah. Malulah engkau Adam. Malulah engkau pada dirimu sendiri.

Wallahu'alam
Baca Lagi.. >>