Saturday, July 18, 2009

Nota Buat Muslimah



Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...

Baca Lagi.. >>

Kesan Baitul Muslim

Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh dan saya malu dgn diri sendiri.Cerita ini cerita benar yang diceritakan oleh seorang ustazah.
Ceritanya begini...

Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Si suami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah.

Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah.Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk...

Ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH.Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh.

Cerita tak berakhir di situ.Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu.Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa.Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah).Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi(yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat.

Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa...". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.Subhanallah. ..

Bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki...Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri...

Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???
Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???
Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???
Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ??? subhanallah...

Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua...Bagi saya, x cukup hanya mengharap anak2 menjadi soleh solehah spt ini, semuanya bermula dr ibu bapa..diri sendiri..jgn sampai satu hari anak2 kita menyalahkan kita apabila terjebak ke dlm kebejatan akhlak..nauzubillah iminzaalik. .
Baitul Muslim is not impossible..We just have to make it real...semoga ada manfaatnya buat kita..

Didiklah anak2 kita bermula dari sekarang, dari sebelum kita mendirikan rumah tangga lagi. kerana anak2 akan mewarisi akhlak dan tingkahlaku ibu bapa mereka, tidak kiralah sewaktu kecil, muda, mahupun sudah tua.jom pakat didik diri kita dulu, sebelum kita didik anak2 kita kelak...

Baca Lagi.. >>

Friday, July 17, 2009

Nilai Sebuah Tangisan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM... Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang

Menangislah kamu...


Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan. Nyaring berkumandang menghiasi telinga si IBU. Merakah tersenyum hatinya gembira penawar sakit dan lesu serta berjuang dengan Maut. Lalu mulailah sebuah kehidupan yang baru didunia dengan sebuah risiko pahit dan kejamnya kehidupan ini, bercucurkan darah dan titis air mata.

Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor
diperlimpahan.

Namun setitis air mata kerana takut kepada ALLAH persis permata indahnya gemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru. Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata

Demi ALLAH dan Rasulnya bukan semata karena harta dan kedudukan. Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.

Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil, Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia).

Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan, serta rindu akan RasulNya.

"Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang." (al- Hasr: 20)

Tangis adalah basahan hidup, justeru:Hidup dimulakan dengan tangis, Dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis. Manusia sentiasa dalam dua tangisan.

Sabda Rasulullah s.a.w. "Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada
dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."

Nabi Muhammad bersabda lagi : "Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali."

Oleh karena itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang terangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.

Nabi bersabda : "Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."

Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.

Nabi Muhammad bersabda : "Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa."

Seorang Hukama pernah bersyair : "Aku heran dan terperanjat,melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan,lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan."

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, takut-takut tidak Diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan.

Lupakah kita Nabi pernah bersabda : "Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis."

Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.

Namun,Allah s.a.w. telah berfirman : " Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik
bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, pada hal ianya amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (AL BAQARAH : 216)

Bukankah Nabi pernah bersabda: "Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari bala."

Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dihizab kanan atau hizab kiri.Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, ka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat.

Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata: "Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu."

Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya : "Kenapa engkau menangis?" "Aku tidak mempunyai anak lagi untuk saya kirimkan ke medan Perang," jawabnya.

Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup, lalu berkata : "Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu."

Ibnu Masud r.a.berkata : "Seorang yang mengerti al-Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain
berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al-Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan
marah.

Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur : "Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur di hadapan kami, kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH."

Menangislah di sini, sebelum menangis di sana!!!...
panjangkanlah warkah ini pada adik2, sahabat2 semua...
-"sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku
adalah untuk ALLAH SWT, tuhan sekalian alam"-

-heart4Islam-
Baca Lagi.. >>

SU politik exco mati jatuh bangunan SPRM


Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam.

Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.

Semalam Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.

(foto: Teo, kanan, bersama Ean Yong berbual dengan pegawai siasatan di pejabat exco itu)


Berikutan berita mengejut dan luar biasa tersebut, para pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut.

Pemimpin DAP lain yang berada di pejabat SPRM termasuk exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu; Speaker DUN Teng Chang Khim dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua.

Liu and Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teo.

Sewaktu ditemui, mendiang berbaju biru bersama kot hitam dan seluar putih.

Dalam sidang media di pejabat SPRM negeri itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini.

Ditanya bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang tentang mayat itu.

Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi.

SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.

Sementara itu, SPRM mengesahkan sedang menyiasat empat ADUN Selangor berhubung dakwaan salah guna peruntukan wakil rakyat.

Shukri mengesahkan suruhanjaya itu semalam menyerbu empat pejabat ADUN berkenaan dan meneliti beberapa dokumen bagi membantu siasatan, lapor laman web Utusan Malaysia.

"(Siasatan) itu prosedur biasa. Kalau kita terima apa-apa aduan, memang kita akan ke pejabat atau rumah mereka," katanya kepada pemberita di Akademi SPRM hari ini.Sementara itu, peguam M Manoharan, yang menemani Teo ke pejabat SPRM semalam berkata, mendiang kelihatan biasa dan tidak menunjukkan sebarang tanda menghadapi sebarang tekanan.

"Dia nampak gembira dan tenang. Saya menasihatkannya bagaimana hendak mengendalikan soal siasat tersebut kerana saya tidak dibenarkan untuk bersamanya" katanya.

Manoharan, yang juga ADUN Kota Alam Shah kali terakhir melihat Teo pada kira-kira jam 7 petang semalam.

Setakat jam 6 petang ini, mayat Teo masih berada di atas bumbung tempat dia jatuh.

Komputer riba Teo dirampas


Pejabat Ean telah diserbu SPRM semalam di mana sebuah komputer riba milik Teo dan sebuah komputer meja telah dirampas.

SPRM juga menyerbu pejabat ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.

Selain Ean dan Lau, lima lagi wakil rakyat Pakatan turut disiasat, iaitu Teresa Kok (Kinrara), Hannah Yeoh (Subang), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama) and Edward Lee (Bukit Gasing).

SPRM sebelum itu telah menyoal siasat beberapa orang, termasuk pembantu lima wakil rakyat - Ean, Lau, Kok, Wong dan Yeoh.

Wakil rakyat Pakatan Selangor masing-masing diberi RM500,000 setahun untuk membiayai program kemasyarakatan di kawasan masing-masing. SPRM mendakwa dana tersebut telah disalahguna.

R Sivarasa, yang juga ahli parlimen Subang berkata, kematian Teo berlaku dalam keadaan yang meragukan.

"Sehingga ini, kita mempertanggungjawab SPRM terhadap kematian tersebut sehingga kita mendapat penjelasan yang memuaskan," katanya.


Baca Lagi.. >>

Video Pengakuan bagi wang di MU

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan kemenangan calon PAS Fauzi Abddulah dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai semalam, cukup besar ertinya. Bagaimanapun ujarnya, di samping kemenangan tersebut banyak tanggungjawab yang bakal menanti Fauzi atau panggilan mesra Abe Uji.

Katanya, semasa dihubungi Harakah semalam, harapan rakyat kepadanya semua isu mesti diselesaikan.

Ini katanya, termasuk dalam konteks kebajikan dan juga prasarana serta menjaga kualiti kehidupan rakyat khususnya di Manek Urai.

"Saya rasa ini semua menjadi fokos kepada kepimpinan Abe Uji," katanya yang turut berkampung di Manek Urai.

Sementara itu tegasnya, kemenangan tipis dalam pilihan raya kali ini perlu dikaji dan dijadikan satu cabaran besar kepada PAS bagi memastikan penguasaan di Manek Urai dapat kita dikekalkan pada masa akan datang.

Fauzi berjaya menjadi wakil rakyat pada Selasa lalu setelah beliau menewaskan calon daripada Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat dengan majoriti 65 undi.

Pilihan raya tersebut diadakan setelah penyandangnya, Ismail Yaacob dari PAS meninggal dunia pada 22 Mei lalu.

Sementara itu, Salahuddin berkata, kekalahan tipis PAS di Manek Urai berkemungkinan rakyat di sana terpengaruh dengan janji-janji BN seperti pembinaan jambatan dan beberapa pembangunan yang mereka janjikan.

"Mungkin ini sedikit sebanyak mempengaruhi penduduk luar bandar ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata, walaupun keputusan itu sebagai 'simple majoriti' ia membuktikan rakyat Manek Urai tetap menolak BN.

Malah dakwanya, politik wang yang diamalkan di Manek Urai berleluasa dalam kempen BN.

Dakwanya, sebagaimana diberitahu penduduk ada di antara mereka mendapat antara RM700 hingga RM1500.

"Kita mendapat maklumat daripada pengundi bahawa BN berkempen dengan mengunakan politik wang sehingga pagi hari mengundi," katanya.

Ujarnya, ini menunjukkan apa yang dirancang kerajaan BN untuk menghapuskan politik wang dan rasuah ini tidak berkesan.

Malah bidasnya ia semakin berleluasa digunakan pemimpin-pemimpin Umno untuk berdepan dengan pilihan raya kerana mereka sudah nampak jika tidak menggunakan wang mereka akan kalah.

"Saya lihat rasuah politik wang di zamaa Dato' Seri Najib Tun Razak digunakan dengan berleluasa," dakwanya lagi.

Namun katanya jika dilihat dari sudut kemenangan terebut rakyat Kelantan tetap menolak BN.

Buktinya beliau berkata apa yang dibuat dengan tawaran serta ugutan meterial, rakyat Kelantan menolak BN malah mereka kenal janji-janji kosong yang dibuat BN.

"Bagaimana janji BN jika menang dia akan membina jambatan tetapi rakyat tidak endah," katanya sambil mengucap syukur dan tahniah kepada semua jentera pilihan raya khasnya Halwa yang bertugas siang dan malam untuk memenangkan PAS.


Baca Lagi.. >>

Thursday, July 16, 2009

MU Menang: Ibrah dalam syukur

Salam Kamunting,

Perang pilihan raya di Manek Urai telah tamat dan PAS berjaya mengekalkan rentak kemenangan yang berterusan dalam siri pilihan raya kecil pasca PRU 12. Kemenangan tipis dengan majoriti hanya 65 undi adalah agak mendebarkan dan mengejutkan. PAS dan UMNO masing – masing terkejut.

Ia adalah kejutan yang boleh berlaku di mana – mana. Para sahabat al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam mengalaminya di medan Uhud dan di medan Hunain. Kejutan itu daripada Allah. Kita menjangkakan kemenangan selesa sehingga petang dan UMNO mengakuinya, tetapi Allah datang di hujung senja dengan kehendakNya. UMNO kalah kerana itulah kesudahan musuh Allah. Kita pula kalah dalam dan dengan strategi kita sendiri. Allah memenangkan agamaNya. Pastinya bukan kita!

Bagi seorang mukmin yang peka dan khusyu’, mengambil ibrah dan pengajaran adalah lebih jitu dan berguna daripada menikmati kemenangan. Kemenangan adalah anugerah dan hadiah, sedang ibrah adalah amanah dan tanggung jawab. Menang di dunia bukan bererti menang di akhirat, sedang mengambil ibrah di dunia pasti beroleh kemenangan di sana.

Uhud mengajar sahabat erti taat dan tidak gelojoh. Hunain mengajar mereka erti berani dan tidak ujub. Itulah yang utama. Daripada ibrah itulah para sahabat membina diri menjadi tentera Allah yang siap siaga memacu perjuangan dan dakwah.

Allah menghendaki kita mengambil ibrah dari Manek Urai melebihi kegelojohan kita untuk menikmati kemenangan darinya.

Saya harap post mortem terhadap keputusan pilihan raya N41 Manek Urai akan menghasilkan jawaban yang tepat demi mengekalkan kita dalam landasan perjuangan.

Faktor rohani hendaklah diutamakan. Itulah makna perjuangan Islam.

Perhatikan persoalan – persoalan berikut:

1) Mengapa begitu mudah pengundi culaan milik kita di Manek Urai menukar undi kepada BN sedangkan Manek Urai adalah kubu kita di selatan sejak dulu? Di mana nilai agama?

2) Mengapa kita bermudah dengan penceramah DAP, tetapi tidak sesama kita? Tidakkah sebelum ini kita mudah dengan DAP dan lebih mudah sesama kita, dan terbukti telah berjaya?

3) Mengapa perselisihan dalaman dihidupkan sepanjang kempen di Manek Urai sehingga media massa dan musuh seronok memainkannya. Itukah kematangan?

4) Kesatuan adalah syarat kemenangan. Adakah kita meraikannya?

5) Mengapa kita gagal membatasi leluasa politik wang UMNO sehingga pengundi tak pun terasa haram menjual undi mereka? Kita di Kelantan, kubu Islam.

Strategi adalah penting. Tetapi ia bukan bandingan iman di dada. Iman menjadi lemah apabila penyakit hati melanda. Allah melihat hati kita sebelum strategi kita. Apabila iman lemah, tiada yang indah pada strategi. Justeru Allah menegur pada iman, bukan pada strategi.

Kepada anak – anak muda di medan perjuangan, juga di pusat – pusat pengajian, marilah belajar beribrah daripada kejadian hari ini agar kita mantap menyambung tali perjuangan masa depan. Moga kita lebih matang dan bersedia nanti.

PRK tak sama dengan PRU. PAS Kelantan biasanya kalah dalam PRK, tetapi tidak PRU. Kali ini kita menang sebagaimana di Pulai Chondong dulu. Saya yakin Abe Uji mampu memainkan peranan besar membina kembali keyakinan rakyat kepada PAS. Beliau calon yang betul untuk rakyat Manek Urai, insya Allah.

Rujukan ~ Ust Nik Abduh
Baca Lagi.. >>

Wednesday, July 15, 2009

Cinta...!!!

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah tuhan yg indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya. Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah, tapi untuk dicintai oleh orang yg kita cintai itulah yg sukar diperolehi, anyamlah buih2 dilaut demi membuktikan cinta yg suci tanpa menodai keaslian pantai...

Cinta sebenarnya tidak buta, cinta adalah sesuatu yg murni, luhur dan diperlukan, apa yg buta ialah bila cinta itu menguasai diri tanpa pertimbangan, bukan laut namanya jika tidak berombak, bukan cinta namanya jika tidak pernah terluka, bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu. Cinta bukanlah dari kata2 tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yg memerlukan, tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalanan hati naluri.

Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri. Lemparkan seorang yg bahagia bercinta ke dalam laut pasti dia akan membawa seekor ikan, lemparkan pula seorang yg gagal bercinta ke dalam gudang roti, pasti dia akan mati kelaparan...


Cinta pertama adalah kenangan, cinta kedua menjadi pengajaran, dan cinta yg seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yg dianugerahkan dengan sebaik-baiknya agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim,
jagailah ia seperti kau menjaga dirimu, sesungguhnya cinta itu kurniaan tuhan yang maha agung. Sesuatu percintaan yg terjalin diantara dua insan itu tidak akan ada kemesraan sekiranya sentiasa dibayangi akan kemusnahan, kekecewaan dan kehancuran... Menerima cinta dari seseorang secara terburu-buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yg tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun.

Usah gembira pada kelahiran cinta pertama, jua usahlah menangis diawal kegagalan kerana kekeliruan seimbang pertemuan dan perpisahan. Kebahagiaan tidak semestinya kekal abadi. Bukan dikatakan cinta apabila yg menjadi matlamatnya semata-mata untuk memiliki sepenuhnya, tetapi cinta itu ialah perkongsian didalam kecenderungan dan kegemaran serta perasaan bahawa diri orang yg kamu cintai itu tidak kurang pentingnya dari kamu, dalam percintaan janganlah kamu kesali perpisahan tetapi kesalilah pertemuan kerana tanpa pertemuan tidak ada perpisahan...

Ketahuilah orang yg lebih menyintai diri kita daripada kita menyintai diri orang itu, itu lebih baik daripada menyintai orang yg kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain, cinta yg suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian semata-mata. Cinta tidak selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta, berkasih sayang adalah satu akhlak yg mulia, oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih2 lagi kepada Allah kerana Allah terlalu kasihkan hambanya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya...
Baca Lagi.. >>

Tuesday, July 14, 2009

TPM perlu jelaskan hal ini...

Berita tergempar nih..!!!

Yang jadi isunya, kenapa beg yang dikatakan mengandungi pakaian TPM kita nih diiringi dengan bodyguard2 nya... siap naik heli tuu...

Gambar disebelah menunjukkan tempat mendaratnye helikopter yang dinaiki Muhyiddin Yassin.. dan helikopter yang membawa beg "pakaian" TPM kita.. Kenapa pakaian sendiri diletak berpisah dengan kita... saya tak faham betul... berat sangat kut beg tu, sampai tak terangkat...

Gambar TPM kita diiiringi beberapa orang kuat dipercayai orang yang sentiasa bersama dengan TPM.. persekitaran tempat pendaratan dikawal dengan ketat, seperti ingin mengelakkan diketahui orang.. musykil2..

Sila tonton Video Khas yang dirakamkan oleh seorang Hamba ALlah kelmarin.



YB Husam Musam mengecam Muhyiddin Yasin menjelaskan perkara ini...

Baca Lagi.. >>

Monday, July 13, 2009

Arak jadi minuman kebanggaan..


AWAS..... Video ini adalah sebagai pengajaran kepada semua perempuan/ muslimah/ Nisa', sebagai sesuatu perkara yang kita perlu fikirkan dan bertindak dengan realistik. Bagaimana anak-anak gadis kita 5 tahun akan datang? Ini sememangnya berlaku di Terengganu, berdasarkan loghat mereka yang terlibat... ASTAGHFIRULLAH 'ALAZIM..



1. Tunggu pendedahan bekas Ketua Puteri mengandung anak siapa?
2. Gadis meninggal dan disumbat dalam stor di pejabat UMNO Terengganu

13 Julai 2009
12.00 pm
Baca Lagi.. >>

Pemuda penentu kemenangan di MU - Abe Uji

TEMALIR, 12 Julai - Golongan muda merupakan undi penentu dalam memastikan kerusi Dun Manek Urai terus berada di sisi PAS. Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil Dun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah berkata tanpa tenaga pemuda kemungkinan PAS tidak akan mampu mengekalkan kemenangan PAS. "Kepada adik-adik (pemuda), abe uji sangat mengharapkan sokongan daripada adik-adik untuk memikul amanah ini kerana undi pemuda adalah penentu kepada kemenangan pilihan raya pada kali ini," katanya dalam program Gelombe Anak Mudo yang bertemakan 'Ambo Nok Abe Uji' anjuran Pemuda PAS Guchil, Kuala Krai dan negeri Kelantan di Pasti An-Najihah petang tadi. Beliau berjanji akan membantu golongan pemuda dalam apa jua bentuk termasuk menganjurkan aktiviti bercorak sukan. "Abe Uji berjanji akan membantu pemuda dalam apa jua bentuk dengan sedikit pengalaman yang diperolehi sewaktu menyertai pemuda Guchil sebelum ini.

"Kita boleh berkongsi pengalaman untuk memberi kekuatan kepada pemuda dengan menjalinkan hubungan erat dengan pemuda," ujarnya.

Abe Uji juga mencadangkan bahawa pemuda boleh ditarik melalui aktiviti sukan sebagai mekanisme yang popular masa kini.

Beliau turut menekankan agar pemuda terus bersatu untuk menentang Umno-BN.

Sementara itu, Exco Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Abdul Fattah Mahmood juga menyatakan bahawa pihaknya sentiasa menyokong apa jua bentuk program yang dijalankan oleh pemuda, tanpa mengira di mana jua lokasinya.

Malah katanya, Menteri Besar Kelantan sendiri, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat cukup menyantuni pemuda serta memberikan dorongan kepada pemuda dalam sebarang aktiviti yang dijalankan pemuda.

"Pernah dalam satu aktiviti lumba motorsikal yang dianjurkan oleh Pemuda, Tok Guru ditanya mengenai alasan beliau turun ke program tersebut oleh para wartawan.

"Dengan selamba Tok Guru menjawab,'ambo suko tengok anak-anak ambo ceria', membuatkan pihak media terdiam dan tidak dapat meneruskan soalan berikutnya," ujarnya sambil tersenyum.

Turut menyampaikan ucapan dalam program tersebut, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman.

Pada majlis yang sama, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Zaki Ibrahim, Pesuruhjaya PAS Perlis, Dato' Hashim Jasin.

Ketika ingin meninggalkan majlis untuk menuju ke program seterusnya, Abe Uji sempat bersalaman dan berkesempatan merakamkan kenangan dengan para pemuda yang hadir.

Malah, beliau juga dibawa menunggang motorsikal menyertai konvoi pemuda mengelilingi kampung tersebut sambil diikuti beberapa kenderaan lain.

~Rujukan : PRK N41
Baca Lagi.. >>

Sunday, July 12, 2009

Keluhan Seorang Anak


Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Ia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.

Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi tiga periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk2 tersebut mendidih. Ia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur di periuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di periuk terakhir. Ia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.


Setelah duapuluh minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya dimangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya. Lalu ia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak.


Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Ia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk mencicipi kopi. Ia tersenyum ketika mencicipi kopi dengan aromanya yang khas.


Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?" Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeda. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.

"Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya. "Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui...Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?"

Bagaimana dengan anda?
Apakah anda adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu.

Atau... Apakah kamu adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?

Ataukah kamu adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksimum pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitarmu juga menjadi semakin baik.
Baca Lagi.. >>