Friday, July 31, 2009

Jom Mengail Udang

Kepada semua pemuda-pemuda PAS Paka, jom kita sama-sama mengail udang bersama Dato' Seri Tuan Guru Presiden. Ini peluangnya untuk kita sama-sama bersama dengan tuan guru. Untuk makluman lanjut, sila hubungi Ketua Pemuda PAS Dun Paka ; Saudara Ramzi ( 019-9549766 ) dan Saudara Fauzan ( 014-8244650 ).
Baca Lagi.. >>

Thursday, July 30, 2009

Perginya sebutir permata menyinar

BUKIT CHATAK – Suasana sedih menyelubungi Tanah Perkuburan Syed Yahaya Ahmad dekat sini apabila dua rakan karib yang menemui ajal setelah terbabit dalam satu nahas jalan raya yang meragut nyawa mereka malam kelmarin dikebumikan serentak selepas solat Zuhur, tengah hari semalam.

Jenazah Muhammad Hamizan Radin dan Mohd Sulaimi Saulamit, masing-masing 17 tahun, disemadikan di dalam dua liang lahad berbeza dengan jarak kira-kira 50 meter antara satu sama lain.

Suasana bertambah sayu apabila bacaan talkin yang dibacakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sura, Wan Hassan Mohd Ramli menyentuh hati mereka yang hadir, sama ada ahli keluarga ataupun rakan terdekat untuk memberi penghormatan terakhir pada jenazah arwah.

Menurut bapa Allahyarham Hamizan, Radin Deraman, 55, kali terakhir dia menemui anak bongsunya itu sebelum mangsa bertolak ke Kuala Terengganu untuk menemani rakannya yang turut terkorban dalam nahas berkenaan.


“Ayah mana yang tidak sedih apabila anak disayangi pergi buat selama-lamanya, lebih-lebih lagi pemergiannya dalam satu tragedi yang menyayat hati, namun sebagai hamba-Nya, saya reda dengan ujian ini.

“Arwah ketika hayatnya amat meminati bidang sukan, banyak piala yang dimenanginya sama ada pada peringkat sekolah, daerah malah hingga ke peringkat negeri.

“Sepanjang pembabitannya dalam bidang sukan, dia banyak mengharumkan nama sekolah, sebagai ahli keluarga, kami turut merasakan pemergiannya, apatah lagi dia adalah anak bongsu,” kata Radin yang masih sugul dengan pemergian anak kelapannya itu.

Sementara itu, Guru Sukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Omar, Noor Azam A Majid, 52, yang ditemui ketika menziarahi jenazah arwah berkata, Allahyarham Hamizan adalah atlet harapan sekolahnya.

“Dia adalah seorang pelajar Kelas 5F yang mempunyai bakat besar dalam bidang sukan, terutama dalam acara olahraga, arwah diibaratkan sebutir permata yang sedang menyinar, pemergiannya satu kehilangan bagi kami dan turut diratapi seluruh warga SMK Sultan Omar,” katanya.

Allahyarham maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah apabila motosikal yang ditunggangnya dipercayai dilanggar sebuah kereta dari arah belakang.

Kejadian berlaku di Kilometer 61.8, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berdekatan Stesen Petronas Rantau Abang, kira-kira jam 11.20 malam kelmarin.
Baca Lagi.. >>

Kisah si penulis_2

sambungan...

Setelah tiba di kedai yang dijanjikan. Kami bersembang sementara menunggu makcik pelayan datang mengambil order. Yang bestnya, makanan kat situ semuanya power2.. Namanya pun kedai Power.. haha.. nak tergelak bila dengar nama kedai itu pada mulanya.. resipi yang digemari disitu adalah telur power, iaitu telur separuh masak dicampur dgn rempah ratus & herba. Kami tidak lepas peluang untuk merasainya. Agak kureng sedap namun powernya memang ada. Setelah usai mengambil sarapan di kedai itu, kami beredar ke tepi pantai untuk menikmati durian yang sebelum ni dah prepare dalam but kereta.. durian kebun sendiri so takdela membazir sangat.. maklumlah durian agak mahal sekarang.

Setibanya kami di pesisiran pantai.. kami dapati sepanjang pantai teluk lipat tu dah dipenuhi dengan orang ramai.. rupa2nya ada pertandingan memancing disitu. Kami mencari port yang sesuai untuk makan durian.. Pondok kecil ditepi pantai menjadi sasaran kami. selepas makan durian kami didatangi oleh seorang brother nih.

"mari duane nih? sapa brother tu.
"kapung ni je bang. Saja mari lepak sini" jawabku.
"Ooo..ingatkan budok2 Uitm. pakat balik blake doh tu. kene H wang N wang..14org gok rase." kata abg tu dengan semangat.
"yeke? pakat pakai topeng doh pahni kite. Kene dok pasal la."
Perbualan kami diteruskan dengan beberapa lagi topik tapi taknak la siarkan. kalau semua nak crite tak abis la kisah ni kan...

Setelah jam menunjukkan jam 10pg, aku dan abg wan mintak diri daripada sahabat2 untuk ke KT. ada urusan lain pula.. Perjalanan bermula dengan abg wan yang drive kereta tetapi hanya sekejap je kerana di pertengahan jalan abg wan dah mula rasa mengantuk, so terpaksalah aku yang mengambil alih. Keletihan masih terasa walaupun sama2 dah mengumpul tenaga malam tadi.

Perjalanan kami diteruskan lagi ke Pasar Payang. Setibanya kami disana, kami bersiar2 membeli baju Terengganu dan jubah. Banyak sangat pilihan sehingga berjam2 berada sekitar Pasar Payang & Bus Stand KT itu je. Setelah masuk waktu Zohor, aku menapak untuk sembahyang di Masjid Putih. Disana ada sdikit penggambaran, mungkin untuk iklan azan kut.. aku kurang pasti.

Selepas habis shopping, kami bertolak ke rumah abg hakim dimana disana berlangsungnya majlis pertunangan adiknya. Perjalanan agak lama kerana masing2 tidak tahu dimana rumah abg hakim. Setelah puas mencari, barulah kami temui. majlis sudah berakhir namun makan2 still ada. so kami tak lepaskan peluang..

"makan sampai kenyang ye, dah takde orang dah ni." kata abg hakim pada kami.
"ana ok je, tapi abg wan nih kene berpantang skit. Org dah berisi." pintasku.
"Ana tak kira. ana nak makan juga. Dah lapar nih." dengan wajah seposen abg wan menjawab.

Sedang makan2 tu, kami sempat jugakla mengambil gambar menggunakan kamera D70 & D90. Kamera hebat2 tapi aku tak reti guna, so mintakla abg hakim ajar. Dapat juga la ilmu sedikit.. Dah rasa macam profesional pulak lepas tu.. hehe.

Jam telah menunjukkan sudah masuk waktu Asar, jadi kami terus ke surau yang berdekatan untuk solat berjemaah. Walaupun jemaahnya sedikit, namun aku amat kagum lebih2 lagi pada seorang jemaah nih. Dia seorang yang agak lembam (sindrom) tetapi dialah mua'zin surau tu. Jauh la berbeza dengan anak muda sekrang, dah ramai yang lupakan solat apatah lagi menapak ke surau @ masjid. Sama2lah kita doakan agar pemuda/pemudi anak bangsa & seIslam dengan kita dapat berubah kearah yang baik. Selepas solat, kami terus ke Losong untuk membeli keropok lekor bagi bekalan abg wan balik ke Sabah nanti. Kami agak tergesa2 ketika itu, kerana agak lewat. Risau kedai dah tutup dan aku pulak ada urusan di Paka lepas Maghrib. Dalam mengejar masa tu, kereta kami banyak kali ingin berlanggar dengan kreta2 lain. Alhamdulillah, takde ape2..

Setelah lewat petang, aku meminta untuk berundur diri pulang ke rumah.. waktu perpisahan dengan sahabat, amat dirasai. Pelukan ukhuwwah terasa mengalir didalam jiwa, sehingga hati terdetik rasa sebak.. Begitulah nilai ukhuwwah.. waktu pulang baru terasa letih berjalan(bershopping) satu hari.. bila dah letih, mulalah terasa mengantuk.. tak tahu la berapa kali aku tersengguk dalam kereta tu, mujurlah tak jadi apa2.. aku tiba dirumahku pada jam 7ptg.

Setelah usai mandi dan solat, aku terus menghidupkan enjin kreta untuk ke Paka.. Mesyuarat agak lewat habis, jadi macam biasa la Hp aku pun berbunyi.

"Imi,baliklah dah lewat dah ni. esok nak kene hantar umi ke airport pulak." kata ummiku.
"Ok, nak balik la nih". Jawabku ringkas. Ummi ku ada kursus di KL so aku kena hantar dia ke airport Kerteh. Esok kerja, so aku memang kena bangun awal untuk menghantar ummi.

Jam menunjukkan 12.30mlm, so aku minta diri dengan ahli mesyuarat untuk pulang. Tiba dirumah lebih kurang pukul 1pagi. Memang letih gila la orang cakap. Sekejap je baring, terus blank. Aku terus diulit mimpi.. hehe.

Keesokkan paginya aku dikejutkan oleh ummi, kalau tak silap pada pukul 4.30pg. Lepas mandi dan bersiap kami terus bertolak ke airport. Subuh di Masjid Paka kerana tak nak lewat tiba di balai perlepasan tu.. Kami tiba di airport lebih kurang jam 6.15pg. Aku hanya menunggu sehingga jam 7.10pagi kerana perlu masuk kerja 7.45pg, so aku meminta diri dengan ummi. Aku tiba ditempat kerja tepat jam 7.30 pg. Alhamdulillah sampai juga. Kerja pada hari tu, diselitkan dengan rasa mengantuk kerana keletihan. Bagaimanalah ustaz2 & pendakwah2 yang tak putus2 berusaha menyebarkan Islam dengan bersekang mata, dan tidak tahu erti kepenatan. Aku amat kagum sekali.

Begitulah sedikit perkongsian kisahku.....

Walaupun sibuk dan kepenatan namun setiap kerja yang dilakukan amat seronok lebih2 lagi apabila dapat melihat anak2 kecil yang pastinya mengubat keletihan pada tubuh nih.. Tunas-tunas Islam sangatlah banyak ragam, kadang2 guru pun tak terjaga dibuatnya.. ada yang kuat menangis, ada yg asyik nak main, ada pula yg nak berkepit dengan guru dia je... kalau aku pikir balik, mesti tersenyum sendirian.. Setelah ditaklifkan dalam jawatankuasa PASTI nih, barulah aku tahu bagaimana seorang pendidik tidak putus2 berusaha untuk melahirkan generasi yang berilmu.. penat lelah sesorang guru akan terubat setelah melihat anak didiknya dapat membaca dan mengira dengan lancar.. Sungguh ajaib fenomena ini.. kalau dipikirkan balik, aku tak pernah terfikir berkenaan profesyen guru nih walaupun ummi aku juga seorang pendidik.. Alhamdulillah, Allah telah bukakan hatiku.. Sungguh mulia sekali pekerjaan seorang guru..

Baca Lagi.. >>

Wednesday, July 29, 2009

Doa untuk selamat dr Selsema Babi

Laporan Selsema Babi terkini menyebutkan bahawa kes yang direkodkan sudah mencecah lebih 1000 kes. Sudah banyak IPT dan sekolah yang ditutup. Ini termasuklah IPT di Terengganu iaitu Politeknik Sultan Mizan dan UiTM Dungun. Tahap penyebaran wabak ini sudah merebak antara rakyat tempatan walaupun mereka tidak keluar negeri. Ini yang membimbangkan kerana ia tidak dapat dikawal lagi. Pihak yang bertanggungjawab di bangsa-bangsa bersatu sudah mengakui bahawa mereka sudah letih untuk memantau wabak ini kerana ia tidak terkawal. Jumlah kematian semakin meningkat hari demi hari, dan ia sudah menjangkiti lebih sejuta manusia atas bumi ini, bahkan mungkin lebih!

Berapa orang lagi yang akan dijangkiti penyakit ini sementara menunggu vaksinnya dikeluarkan pada September nanti?

Jadi, DPPKT mengambil peluang ini untuk sama2 mengajak kita bersolat hajat dan berdoa untuk dilindungi dari wabak penyakit ini. Marilah kita sama2 mengamalkan doa di bawah ( daripada blog Syeikh Murtazha Sahibus Samahah Mufti Negeri Sembilan) setiap kali sama ada selepas solat fardhu, pagi dan petang dan solat hajat.

DoaSelamatDariPenyakit

Baca Lagi.. >>

Kisah Si Penulis

Sejak 2menjak nih, badan terasa tak bermaya.. keletihan yang teramat sangat. kehulu kehilir badan nih mengejar susunan jadual harian yg kadang2 'addhock'.. kluar pagi balik malam.. dah macam, org bekerja la plak.

3 hari lepas aku telah didatangi oleh seorang sahabat yang jauh, iaitu abg wan daripada Sabah.. dimana selama di U dialah Naqibku.. sepanjang abg wan ada di terengganu aku berkesempatan membawa dia bersiar-siar..

Deringan telefon bimbitku berbunyi.
"Helo, Assalamu'alaikum..".sambutku.
"Wa'alaikumussalam.. pali, lepas jumaat ana tunggu enta di Permai Inn ni ya? sampai depan ni, enta bgtahu ana ok". kata abg wan.
"Em, yela.. nanti ana ke sana".

Selepas menunaikan Solat Jumaat di Dungun, aku bergegas untuk mengambil abg wan. Dalam perjalanan ke Terengganu tu, deringan lagu Shoutul Harakah bergema daripada HP ku. Panggilan itu adalah daripada Family angkat yang menetap di Bukit Bayas. Mereka mengajak ku ke majlis walimah seorang sahabat yang mana sebelum ni kami pernah bekerja bersama2 dalam "Kapal Besar". Tempatnya di Machang so aku terpaksa menangguhkan sementara perjalanan untuk mengambil abg wan. Setelah tiba di perkarangan majlis walimah berkenaan, aku berpeluang berjumpa dengan sahabat/ah KudQi yang turut sama hadir. Sungguh meriah dan gembira sekali walaupun majlis berkenaan tidaklah seGrand majlis org lain.. Tapi dgn barokah majlis sebegini, ia membuahkan hasil yang tak dijangka.

"Lepas nih, kita pegi bekwoh cg. Wan Mokhtar pulok deh". Maklum ayah angkat padaku.
"Eh, ada lagi ke? Org dah kenyang nih. Kalau tahu makan sikit je tadi".
"Takpelah, kita pegi tunjuk muka je. Org jemput."

Aku meminta diri terlebih awal untuk mengambil abg wan. Setelah sampai di perkarangan hotel Permai Inn, wajah abg wan berserta dengan senyuman telah menyambutku. Dah berisi sikit abg wan nih, so aku tak lepas peluang untuk menyakat.

"Ai, abg wan bahgia sekarang". selorohku.
"Bahgia kenapa plak?. tanya abg wan.
"Takdelah, ana nampak abg dah tembam sekrang. Bhgia nak naik pelamin ke?"
"Hah, banyakla enta."

Setelah mengambil abg wan, aku terus ke rumah family angkat untuk sama2 pergi ke majlis walimah anak Cg. Wan Mokhtar. Majlis sudah agak lewat, hanya sebahagian sedara mara yang masih ada disana. Walaupun begitu, cg wan masih lagi melayan kami dengan menjemput kami makan. Hanya abg wan & ayah angkatku sahaja yang makan. aku & mak angkat pula hanya minum air, perut dah penuh. hehe..

Sementara menunggu mak & ayah angkatku masuk didalam kereta. Aku berbual dengan abg wan.

"Ai, orang semua dah kahwin.. abg wan bile lagi?"
"Eleh, cakap org enta tu bile lagi? Sebelum nih gatal sgt nak kahwin." balas Abg wan.
"Aiks, ana pulak yg kene. Ana bagi peluang pada senior je, xnak cross line." pintasku.
"Pandai la enta. Tak tahu lagi, InsyaAllah tahun depan. Doa2 jela ana cepat kahwin."

Kahwin? Persoalan yang tak perlu nak explain lagi.. ada umur dan ada jodoh tu kahwin la.. tapi kalau dah asyik orang bertanye je, geram jugak ye.. pening2..

Sebelum pulang ke rumah, kami berkesempatan untuk minum petang dan solat asar di rumah family angkatku. Aku juga berkesempatan untuk melawat PASTI berdekatan dengan rumah berkenaan yang telah siap dibina sepenuhnya dimana sebelum ini ianya hanya 50% siap. Setelah jam menunjukan 530ptg, kami meminta diri untuk pulang.

Dalam perjalanan pulang ke dungun, banyak perkongsian maklumat diantara aku & abg wan. Rata2 berkisarkan tugas di kawasan masing2.. walaupun sama2 baru menginjak ke alam luar kampus, kami dihujani dgn pelbagai ta'lifan dan bebanan. Harap2 kami berdua istiqomah dalam perjuangan yang tidak pernah putus ini. InsyaAllah...

Setelah tiba dirumahku, kami membersihkan diri sebelum menunaikan solat Maghrib bersama2. Setelah itu, abg wan terlelap seketika kerana keletihan. Aku membiarkan abg wan sementara aku menyiapkan progress report yang belum dihantar ke Blackboard. Setelah melihat jam menunjukkan jam 9.00mlm aku mengejutkan abg wan untuk makan di kedai yang berdekatan bersama sahabat2 yang berada di sekitar Dungun nih. Alhamdulillah kat Dungun ni, aku tak kesunyian, ramai shabat2 alumni yang berkerja di sekitar daerah ni. Ada yang dah jadi cikgu, pensyarah malah ada engineer pun.. Syukurlah.

Berbalik kepada ceritaku tadi.

Sekitar 9.30mlm kami keluar dan bertemu dengan sahabat2 di sebuah kedai ditepi pantai. Makan sambil bersembang. Sembang punye sembang tak sedar jam telah menunjukkan 12mlm. Tak lama lepas tu, HPku berbunyi.

"Eh, imi ngko tak nak balik lagi ke? dah lewat dah nih." Ummiku menelefon.
"Em,yela nak balik la nih." jawabku ringkas.
"Balik cepat sikit, pintu rumah tak berkunci tu." tegas ummi.
Dah jadi satu kebiasaan bagiku adik beradik menerima panggilan sekiranya balik lewat malam ke rumah. Walaupun aku dah mengjangkau umur 24tahun, aku masih xbleh kuar lewat malam. Tapi aku xkisah, itu tandanya ummi sayang pada anak2nya. Lebih2 lagi aku bersyukur kerana terjaga daripada aktiviti2 malam yg mngkin boleh merosakkan jasad mahupun rohani ini.

Setelah sampai ke rumah, kami berdua terus cari bantal. Dah keletihan kerana sepanjang hari tak berhenti berjalan. tak smapai 5minit kedua-duanya dah syahid. hehe...

Bangun esok paginya pula.. kami berpeluang untuk solat Subuh di Masjid Sura Lama. Walaupun keletihan tanggungjawab tak boleh tinggal. Setelah usai mengerjakan solat, kami terus pulang ke rumah. Abg wan nak online internet, nak check email katanye. Rumah aku ni pulak, aku dah pasangkan wireless bulan lepas so nak main internet kat dlm bilik pun boleh.. Main punye main, aku terlelap di sofa kat ruang tamu. Tak sampai 10minit, abg wan kejutkan aku untuk sarapan dgn shabat2 ditempat yang dijanjikan semalam.

Sebelum kami keluar, ummiku sempat menghantar kami di depan pintu rumah. Abg wan mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih. Aku pulak maklumkan yang aku balik lewat hari ini padanya.

Apabila tiba di kedai yang dijanjikan.... (bersambung)

Baca Lagi.. >>

Tuesday, July 28, 2009

Karangan Seorang Murid

Karangan : Hantu Itu Gembira Jugalah...!! ! ~ malaysiakini


Salam semua...
Alahaiii...mau tak mentel-nya seorang cikgu a.k.a guru, apabila dapat gelagat anak murid camni...kekekekekek ekeke.... .
Baca Lagi.. >>