Saturday, August 22, 2009

Jangan jadi hamba Ramadhan..!!

Sehari sebelum umat Islam menjalani ibadah Puasa di bulan Ramadhan, saya berpeluang menghadiri satu program yang dianjurkan oleh lajnah tarbiyyah dun paka iaitu program Qiamulail di Pinang Merah.. Program yang dipengarahkan oleh Ustaz Mat ini, kurang mendapat sambutan mungkin melihat daripada faktor cuti sekolah dan kesibukan bagi persiapan menghadapi bulan Ramadhan esok. Walaupun begitu, program berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan yang telah diaturkan.

Program bermula pada jam 10.30 malam, dan berakhir pada keesokkan harinya iaitu pada jam 9pagi. Di sini, saya tidak berniat untuk menceritakan tentang aktiviti yang dilakukan dalam program ini tapi hanya ingin berkongsi pengisian yang diperolehi daripada Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Ustaz Mat, Ketua Lujnah Tarbiyyah Dun Paka.

Kuliah Subuh yang berkisarkan perjuangan Islam itu, sedikit sebanyak menimbulkan kembali semangat perjuangan yang mungkin pudar setelah ketiadaan sahabat2 di sisi. Berjuang bukan dengan semangat, tetapi dengan Ilmu Pengetahuan, kata2 yang saya petik daripada pengisian Ustaz Mat. Saya rasa selama ini, diri ini berjuang mungkin disebabkan oleh semangat bersama-sama dengan sahabat2.. Rasa kerdil diri ini dihadapan Ustaz Mat apatah lagi di hadapan Mu Ya ALlah. Ketiadaan sahabat2 di sisi, menyebabkan diri tiada semangat untuk melakukan sesuatu yang selama ini menjadi rutin harian. Bacaan Al-Mathurat adalah salah satu aktiviti yang hampir saya abaikan, patutkah diri ini mengaku sebagai Pejuang Islam!!?? Jauh sekali... Diri ini malu untuk mengaku. Bagi sahabat2, marilah kita sama-sama muhasabah diri, adakah kita ini berjuang kerana semangat semata-mata? Ketika semangat membara, semua gerak kerja dapat dilakukan tapi ketika lemahnya semangat sebarang gerak kerja tidak dibuat.. Fahami apa tujuan kita berada di dalam perjuangan Islam, khatamkan balik rukun Bai'ah yang dipelajari sewaktu dulu.. Al-Fahmu, rukun pertama. Adakah kita benar-benar faham? Tepuk dada, tanya iman...

Satu lagi petikan yang dapat menggetarkan hati ini ialah "Jangan jadi hamba kepada Ramadhan, tapi jadilah hamba kepada Tuhan Ramadhan".. Dah satu kebiasaan di bumi Malaysia ini, apabila tibanya Ramadhan bagi individu tingkatan Al-Awwam mahupun Khususul Khusus mengerahkan diri untuk melakukan ibadah bagi mendapatkan keberkatan Ramadhan yang amat mulia ini.. tapi adakah kita sedar, kita bukannya menghambakan diri padaNya ketika pada bulan Ramadhan sahaja..

"Bile bulan puase solat Jemaah di Sejid dok penoh tinggal, 5 waktu full.. tapi bile Raye sembahyang Zohor 5minit kul 4petang, sibuk gie raye.. berat nanang!!" kata-kata yang ku petik daripada ceramah Ustaz Azhar.

Perkara yang dinyatakan oleh ustaz Azhar itu, adalah lumrah yang berlaku di mana-mana pun. Semakin nak berakhirnya Ramadhan semakin kurang Masjid jemaah bertarawikh.. sepatutnya sebaliknyalah yang berlaku, tapi tidak berlaku pada zaman ini.. Masyarakat tidak mengambil endah tentang kelebihan yang banyak tercatat dalam Al-Quran mahupun Al-Hadis ini. Apakah tindakan kita? adakah kita nak biarkan perkara ini berlaku berterusan? sama2lah kita istiqomah untuk ke Masjid solat Tarawikh.. banyakkan amalan, dan tingkatkan taqwa padaNya, terutamanya pada hari-hari akhir Ramadhan.

Sempena 1 Ramadhan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa pada sahabat2... Cubalah tingkatkan tingkatan puasa kita kepada yang lebih baik.. Manakah pilihan kita?

Tingkatan Puasa
Berbalik kepada perbincangan entri Ramadhan. Pada kali ini saya ingin selitkan sedikit perbandingan serta tingkatan puasa yang telah ulama-ulama sebutkan. Menurut Imam Ghazali di dalam amalan ibadah puasa, beliau telah membahagikan tingkatan puasa kepada 3 bahagian. Di antaranya ialah:

1. Puasa Awam: Ia meninggalkan syahwat perut dan kemaluan.

2. Puasa Khusus: Ia menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan segala macam perkara dari terlibat dengan kemaksiatan kepada Allah SWT.

3. Puasa Khususul Khusus: Hati yang berpuasa daripada kepentingan dunia dan memikirkan perkara duniawi dan meninggalkan segalanya serta segala-segalanya ditumpukan hanya kepada Allah Azza wa Jalla.

Baca Lagi.. >>

Bekam, ubat yang paling mujarab..

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

Menurut Abu Daud, Nabi Muhammad s.a.w berkata

“ Barang siapa berbekam pada hari 17,19 dan 21 pada setiap bulan, itu adalah penawar baginya daripada penyakit-penyakit “

Apa itu bekam? Ia adalah proses mengeluarkan darah kotor bagi tujuan kesihatan. Dalam ilmu perubatan moden, darah kotor adalah venous blood yang mengandungi CO2 dan bahan kumuh yang lain. Dan pendekatan bekam Nabi s.a.w pula diistilahkan sebagai periodic phlebotomy di mana darah kotor dikeluarkan secara beransur-ansur. Kontroversi bekam terjadi di eropah bilamana darah dikeluarkan dengan banyaknya sekali gus. Ini boleh mengakibatkan maut!!!!

BEKAM CARA NABI

  1. Nabi berbekam di bahagian kepala dan antara 2 bahu baginda
  2. Berbekam secara periodic setiap bulan
  3. Gunakan peralatan yang bersih – untuk elakkan jangkitan kuman atau virus
  4. Jangan berbekam jika ada masalah proses pembekuan darah.

BAGUSKAH BEKAM?

berbekam cara nabi

Hereditary haemochromatosis, sejenis penyakit keturunan di mana zat besi berkumpul dalam organ terutamanya hati boleh dirawat dengan menggunakan bekam. Bekam juga membantu melambatkan proses kerosakan hati dalam penyakit chronic hepatitis C yang disebabkan oleh virus hepatitis C itu sendiri.

Lagi bukti?? Kajian menunjukkan ada kaitan antara penyakit jantung dan kadar zat besi dalam darah seseorang. Semakin tinggi kandungan zat besi, semakin tinggi risiko untuk diserang sakit jantung. Sebab itulah pendermaan darah dan berbekam secara berkala boleh mengurangkan risiko sakit jantung jika dibandingkan dengan mereka yang lain.

APA YANG ANDA DAPAT???

  1. Berbekam baik untuk jantung
  2. Derma darah dapat membantu pesakit yang memerlukan darah
  3. Kenal pasti status kesihatan diri kerana darah adakalanya diuji (screening test)

Menurut Abu Daud, Kabshah binti Abu Bakar melaporkan daripada bapanya, pada suatu ketika Nabi menghalang sahabat-sahabat baginda daripada berbekam kerana pada masa itu baginda khuatir pendarahan tidak akan berhenti..

Iktibarnya..jika kemudaratan berbekam mengatasi kebaikannya, ia hendaklah dihindari.

Pendapat penulis sendiri, mungkin berbekam elok untuk dilakukan oleh kaum lelaki kerana secara fitrahnya, perempuan mempunyai kitaran haid setiap bulan di mana darah kotor juga dikeluarkan..Wallahhua’lam...

Rujukan: http://psipum.org/


p/s: ana first time berbekam.. bile dah lepas ringan satu badan, apatah lagi apabila bangun pagi keesokkan harinya. Itulah sunnah yang dilakukan oleh shabat2 Rasulullah.. jgn kita hanya menumpukan pada ubat2an hospital sahaja, tapi ikutilah sunnah yang telah lama ditinggalkan dan kurang diketahui oleh orang ini.. selamat mencuba!!

Baca Lagi.. >>

Friday, August 21, 2009

Baitul Muslim Penyelamat Ummah

Nafsu syahwat itu seperti air bah yang turun dari puncak gunung. Barang siapa berdiri menghadangnya, maka ia akan diterjang dan dilumatkan. Barang siapa membiarkannya, maka ia bakal memporakporandakan negeri dan memusnahkan umat manusia.Orang yang berakal sehat tentu akan membuat jalan untuknya, menggali tanah sedalam-dalamnya dan mengalirkan air bah itu ke sana. Inilah yang diperbuat Islam

Di jalan apakah anda menikah? Terbentang pula dengan lurus dan amat luas jalan dakwah. Jalan para Nabi dan syuhada, jalan orang-orang saleh, jalan para ahli surga yang kini telah bercengkerama di taman-tamannya:

Katakanlah: “Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha suci Allah, dan aku tiada Termasuk orang-orang yang musyrik”. (Yusuf:108 )Hadzihi sabili, inilah jalanku, yakni ad’u ilallah, aku senantuasa mengajak manusia kepada Allah. Fi’il mudhari’ yang digunakan pada kalimat ad’u ilallah semakin menegaskan bahwa dakwah adalah pekerjaan yang sedang dan akan terus-menerus dilakukan kaum muslimin, yaitu ana, Rasulullah saw, wamanittaba’ani dan orang-orang yang mengikuti Rasullullah saw sampai akhir zaman nanti.

Inilah jalanku, yaitu jalan dakwah, jalan yang membentang lurus menuju kebahagiaan dan kepastian akhir. Jalan yang dipilihkan Allah untuk para Nabi, dan orang-orang yang setia mengikuti mereka. Jalan inilah yang menghantarkan Nabi saw menikahi istri-istrinya. Jalan ini yang mengantarkan Ummu Sulaim menerima pinangan Abu Thalhah. Jalan yang menyebabkan bertemunya Ali r.a dan Fatimah az-Zahra dalam sebuah keluarga.

Di jalan dakwah itulah Nabi saw menikahi Ummahatul Mukminin. Di jalan itu pula para sahabat Nabi menikah. Di jalan dakwah itulah orang-orang saleh membina rumah tangga. Jalan ini menawarkan kelurusan orientasi, bahwa pernikahan adalah ibadah. Bahwa berkeluarga adalah salah satu tahapan dakwah untuk menegakkan kedaulatan di muka bumi Allah.

Dan bahwa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus, Maka ikutilah Dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalanNya. yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertakwa. (Al-An’am:153)

Menikah di jalan dakwah akan mendapatkan keberuntungan. Di jalan ini para sahabat Nabi melangkah, di jalan ini mereka menikah, di jalan ini pula mereka meninggal sebagai syahid dengan kematian yang indah. Jalan yang tak pernah memberikan kerugian. Justru senantiasa menjadi invesatasi masa depan yang menguntungkan di dunia maupun akhirat.

Di jalan ini kecenderungan ruhiyah amat mendapat perhatian, akan tetapi tidak mengabaikan segi-segi materi. Di jalan ini setan terkalahkan oleh orientasi Rabbani, dan menuntun prosesnya, dari awal sampai akhir, senantiasa memiliki kontribusi terhadap kebaikan dan umat.

Sejak dari persiapan diri, pemilihan jodoh, peminangan, akad nikah hingga walimah dan hidup satu rumah. Tiada yang dilakukan kecuali dalam kerangka kesemestaan dakwah.

“Seandainya seseorang dianugerahi harta Qorun dan fisik Hercules. Lalu dihadiahkan di hadapannya 1000 perempuan jelita berikut segala keistimewaannya, niscaya dia tidak pernah berjumpa dengan kepuasan”

(Dikutip dari buku “Di Jalan Dakwah Aku Menikah”, karya Cahyadi Takariawan)

~sumber: Akhi Amin Al-Kelantani

Baca Lagi.. >>

Monday, August 17, 2009

Jom bersama Pemuda

1. Mutakhir ini, landskap sosial negara semakin tenat. 1001 jenis mungkar dan maksiat mula menular ke segenap sendi dan saraf masyarakat . Moral dan adab masyarakat kian pudar dan jati diri mereka kian lumpuh.

2. Arak dengan 1001 jenama, judi dengan 1001 istilah , konsert hiburan dengan 1001 pendekatan , pergaulan bebas dengan 1001 style , jenayah dengan 1001 cara , penyalahgunaan kuasa dengan 1001 kaedah , seks bebas dengan 1001 alasan dan 1001 jenis maksiat dan mungkar yang membawa kefasadan atau musibah buat negara dan penduduknya.

3. Fenomena ini akan mengheret negara dan seluruh isinya menuju kehancuran dan kebinasaan yang total . Undang - undang tidak pedulikan lagi , penguatkuasaan tidak memberi apa - apa erti dan adat kepercayaan turut dinodai.

4. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap !
- Pemimpin diharap pimpin negara dan rakyat , tahu - tahu mereka menyalahgunakan kuasa dan terbabit dalam rasuah serta pelbagai bentuk maksiat dan mungkar .
- Hakim diharap menegakkan keadilan , tahu-tahu hakim turut terbabit dalam skandal cabul undang - undang .
- Polis diharapkan jaga keamanan , tahu-tahu polis belasah rakyat dan terlibat dengan gengster lalu membuatkan rakyat cemas dan tidak aman .
- Wakil rakyat diharap mewakili rakyat dalam DUN atau Parlimen untuk perjuangkan hak rakyat , tahu - tahu mereka yang songlap duit rakyat dan hanya tidur di dalam dewan .
- Ulama' diharap didik ummah agar berilmu dan jauh dari maksiat , tahu-tahu ulama' hanya diam membisu sambil tangan mengipas-ngipas kepala pemerintah .

5. Harapan yang masih berbaki ialah mengharapkan generasi akan datang , kembali bangun membina tamaddun dan peradaban baru yang mampu membawa negara kembali pulih dari ancaman maksiat dan mungkar. Mendaulatkan peraturan yang diperkayakan dengan nilai insaniah dan rabbaniah.

6. Harapan ini tentunya disandarkan kepada generasi muda hari ini. Mereka adalah pemimpin masa depan. Golongan yang pernah menjadi kebanggaan nabi saw. untuk membarisi golongan teras mendokong cita - cita baginda membangunkan tamaddun yang bebas dari pengaruh mungkar.

7. Besar tapak tangan bersama segala kerendahan diri , saya alu-alukan generasi muda hari ini agar sama - sama kita dokong cita - cita besar untuk pulihkan negara sekaligus membebaskannya dari perangkap kefasadan yang membinasakan. Saya dan seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia , insyaallah sabar menunggu dan menanti semua warga muda negara tanpa mengira apa warnanya, apa bahasanya, apa budayanya dan apa agamanya , di kepala jambatan ini untuk kita segera lintas meninggalkan dunia lama dan kita bina dunia baru dengan segala harapan menggunung.

8. Ayuh! cepatlah anak muda . Kita bergerak sepantas tenaga yang dimiliki, kita merancang serancak kecerdasan yang ada pada aqal sang muda . Kita sahut cabaran musuh yang mahu melihat generasi ini musnah dan hanyut dengan pelbagai ideologi dan kegiatan tajaan mereka dengan jiwa yang besar dan cekal . Tidak mengalah biar ditawar segala keseronokan dan kepuasan justeru kita memahami bahawa segalanya itu hanyalah fatamorgana.

9. Kita tidak punya banyak masa untuk saling harap mengharap antara satu sama lain , demikian juga kita tidak cukup waktu untuk saling tuding menuding antara satu sama lain. Apa yang terbentang dihadapan kita ialah jalan untuk kita berlari laju meninggalkan sempadan lama yang kian binasa.

10. Marilah kita sama-sama bergandingan dan berjuang menuntut perubahan. Gandingan kita semua anak muda akan meringankan beban tugas berat dan kerja yang mencabar untuk membina tamaddun yang baru ini . usah leka dan lalai lagi . Usah asyik dan alpa lagi. Jom Bersama Pemuda, Orang Muda Geng Kita !


Rujukan: Ust Nasarudin Tantawi
Baca Lagi.. >>