Thursday, November 13, 2008

Isu Sajak Kematian

Baru2 nih saya ada melihat satu kenyataan berita berkenaan video pendek sajak kematian.. sebelum nih, kata kawan saya video tu dah lame dah dipaparkan cumenye tak dipublish secara meluas.. yang peliknya kenapa isu ni timbul, sedangkan input daripada video berkenaan amat bagus untuk muhasabah diri tentang kematian.. saya akui saya amat terkesan setelah melihat video pendek berkenaan.. (cuba anda lihat sendiri...)



ok, apa pendapat anda semua? pelik kan, kalau ada segelintir yang boleh dikatakan intelektual dan berakademik kononnya, menyatakan video nih xreleven untuk ditayangkan.. hanya kerana anak2 berubah sikap.. apa masalahnya? salah ke anak2 berubah sikap kepada yang lebih baik... yang beri komen pun, lain macam je saya tengok(pd pandangan saya la).. maklumlah katanya DR, namun apa yang dikomenkan adalah sebaliknya. (tengok sendiri...)



daripada korang kasi tayang yang bukan2, baik korang kasi tayang video tu.. insaf la skit. ni tak, anak2 asyik disogokkan dengan hiburan yang melampau.. camne la nak maju Malaysia kita nih. Hebat pembangunan, tidak bererti hebat pada sahsiahnya... fikir2kan lah.
~spekhijau
Baca Lagi.. >>

Monday, October 27, 2008

bila paparazzi kampung menyanyi..

Paparazzi? apa tu... tu la wartawan kampung yang xde tauliah. ai, xsgka plak kampung saya pun ada spesis paparazzi nih... bila satu, satu.. family saya hadapi ujian. sedih juga mengenangkan, tapi bila fikir2 balik semua nih hanya ujian utk menguji keimanan kita... alhamdulillah, stakat ni kami mampu hadapi semuanya dengan tenang..
yang saya nak cerita kat sini ialah apabila saya dan famili smpai di rumah setelah lama xbalik rumah... (siapa yang kenal kami mngkin tahu kenapa kami xbalik).. kami famili dihujani dgn soalan2 yang xmasuk akal.. betul ke nak pindah melaka? betul ke nak jual semua harta2 kat trgnu nih? bila nak pindah? kami tersentak.. kami xpernah pun sebut yang kami ingin berpindah mana2... xpernah terfikir pun. kami nih baru je terima berita sedih, jgn la timpakan kami dgn soalan2 yang bukan2.. tolong la jaga perasaan & hati org lain... cubela fikir bila kita berada di tempat org tu... apakah perasaan kita??
Baca Lagi.. >>

Wednesday, October 22, 2008

Zikir Munajat - Penenang Jiwa

hayatilah sungguh2 kandungan zikir ini.. jika kamu ikhlaskan niat & tawwaduk, kamu pasti menitiskan airmata.. cubalah...

Baca Lagi.. >>

PSM oh PSM...!!!

salamun'alaik...
ini coretan yang pertama selepas beberapa purnama daku menyepikan diri diatas sebab2 yang tertentu... banyak dugaan & cabaran yang harus aku tempuhi.. kadang2 aku tersungkur, namun aku bangkit kembali.. kadang aku terbang tinggi, namun tak dapat pulang ke bumi.... sedih bila mengenangkan diri ini yang tiada kekuatan... Bantulah hamba Mu ini Ya ALlah. aku lemah ya ALlah..
ok.. masuk pada topik kita pada kali ini.. sebut saja PSM semua student tahu. disini, saya xnak la bercerita secara umum tp hanya nak berkongsi pengalaman yang dialami oleh saya sendiri, sebagai pelajar tahun akhir di Uni.. pada sem1 tahun akhir ini, sahabat2 sekelas semuanya xde langsung risau berkenaan PSM1.. dalam mind set diorang, hanya perlu fokus pada PSM2 nanti. begitu juga saya, saya terkesan dgn dakyah2 berkenaan.. bila saya rujuk pada penyelia saya PSM1 tula yang menentukan baik atau buruk projek kita nanti... kenapa? sebabnya pada PSM2 ngak ada waktu yg cukup utk bisa menyiapkan semuanya. pernahkah kamu fikir pd PSM2 nnati kamu mempunyai problem dlm software mahupun hardware.. Dan juga jika ngak ada komponen yang serupa spt yg kamu ingini. bukankah itu bermasalah.. jangan kamu anggap psm1 itu enteng aja.. kamu ngak bisa lulus dong... itulah kata2 daripada penyelia saya dgn dialek indonnya..
sedih... pedih... menyesal... smuanya bermain di otak ini. kenapa? sebabnya saya tak pernah bersungguh2 di PSM1 ini. semuanya sudah tidak boleh diundur lagi.. ramai juga sahabat2 saya yg senasib dgn saya terpaksa m'extend kan diri, kerana tak dpt siapkan PSM2.. sedihkan?
Sahabat2 semua, fikirlah!!!! ubahlah mindset yang ada pada kamu sekarang... jgn berlengah2 & amik mudah pada kerja2 yg kita lakukan.. jangan ikut kata senior 100%. kamu lebih mengenali diri kamu... lakukan perubahan kay..
~spekhijau~
Baca Lagi.. >>

Wednesday, August 20, 2008

student power!!!



Inilah kehebatan atau kejantanan yang kita mahu.. ana sendiri pun masih tidak berani berhadapan dgn tentangan sebagaimana sahabat kita PMIUM. perasaan ingin bersama2 menyuarakan suara mahasiswa kepada dunia itu bergelodak didalam jiwa ini, namun ketakutan mengatasi segalanya.. fikiran ini selalu ditakut2kan dgn tindakan pihak atasan universiti dan juga persepsi org lain terhadap ana sendiri. Syeikh omar pernah mengingatkan ana tentang perkara ini, dimana kita perlu adakan perubahan.. anjakan perubahan yang dapat mengubah persepsi luar bahawa selatan tak mampu menongkah arus perubahan di arena kampus. disini ingin sekali ana nyatakan, bahawa ia tidak akan sentiasa begitu kerana kami wakil mahasiswa selatan akan menyahut seruan sahabat2 kami di zon tengah.. kami akan berdemo!!! ini janji kami...
Baca Lagi.. >>

Saiful bodoh @ bangang!!?

ana konfius betul la dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh si saiful ni.. nak kate dia ni bodoh, memang pun.. nak kate dia bangang, mungkin kut... ntah la. dah nyata ape yang disumpahkan xsama skali dgn kenyataan yang dibuat oleh doktor. Bahkan yang konfiusnya, dia boleh biarkan DSAI yang berpngkat ayah dia tu buat "gitu" kat dia. xkan tak melawan kut.. mula2 keluarkan kenytaan, dia & DSAI buat suka sama suka, pastu cakap dia dipaksa pulak... makin la konfius.



Kenyataannya di sidang media, dia menyatakan dia perlu kekuatan bersumpah maka dia dia memilih untuk bersumpah sehari sebelum kenyataan DSAI ingin bertanding. logik ka? ni karut...



bagaimana pula dengan pandangan pemimpin2 negara?



Harap ni semua dapat dinilai oleh shabat2 diluar sana...
Baca Lagi.. >>

Sunday, August 17, 2008

Nisfu Syaaban

Untuk makluman semua.... Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Sabtu malam Ahad ( sebaik saja masuk maghrib), 17hb Ogos 2008(selepas maghrib pada hari 15 Sya'aban 1429H)
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib) Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, ahad malam), Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x, Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, ahad malam)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik. Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya (Ahad)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22. Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita. Wallahua'alam JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA'ABAN INI DENGAN AMAL IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI IAITU PADA AHAD 17hb OGOS INI KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA KITA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK BERTEMU DENGANNYA TAHUN HADAPAN... NAUZUBILLAMINZALIK... wassalam.....
Baca Lagi.. >>

Saturday, August 9, 2008

Mantapkan tarbiyyah serta akademik..

Begitulah peringatan yang diberikan oleh amir kepada ana n ahli2 yang lain.. malam tadi baru je, pimpinan mengadakan satu linuq akademik atas sebab kemerosotan yang berlaku dikalangan ahli kebelakangan ini.. dalam linuq banyak peringatan yang disampaikan namun masih ramai shabat2 mahupun shlbiah tidak mengambil serius tentang perkara ini.. masih boleh gelak2 kat belakang.. termasuklah ana (kadang2),hehe... apelah yang menyebabkan ahli2 ni susah nak dgr pengisian yang melibatkan akademik ni? ana pun konpius.. tapi kalu pengisian tarbiyyah bukan main plak... bersemangat semuanya. masalah utama ahli tidak lain dan tidak bukan hanyalah akademik semata2.. kalu bab tarbiyyah n siasah, xperlu ckp semua pro.. pernah tak kita terpikir bahawa akademik kita akan memberi kesan kepada J tu sendiri.. pernah tak kita ditanya oleh adik2 brape result kita... apa yg kita nak jawab? cukup makan...atau.. boleh la.. ke nak jawab.. abang dpt dekan.. atau.. 3.++.. tak terpikir ke semua??? konpius laa.. orang jauh pada kita kerana akademik kita, sedarlah!!!!

kita jangan jadi fitnah pada J dan juga Islam.. kita perlu ada perancangan dan pengurusan yang perfect. itulah kata2 senior Budi kepada adik2nya yg lain, dalam pengharapan agar adik2 ni berubah.. harap2lah lepas ni mereka boleh berubah. Dalam pengucapan senior Budi juga, ana tersentuh dgn satu kenyataannya yang berbunyi.. "kita hanya hipokrit dalam membuat gerak kerja J kerana kehidupan kita di kampus dan di rumah adalah berbeza sama sekali. ketika bersama sahabat kitalah no.1 tapi ketika di rumah ntah apa yg kita buat"... hati & fikiran ana tersentak tiba2 bile kenyataan itu dikeluarkan. Ya Allah, adakah aku hipokrit selama ini? adakah aku tidak ikhlas membuat kerja2 islam selama ini? adakah aku hanya buat kerja utk kepentingan diriku sahaja? tetibe je benak ana berputar memikirkan perkara ni.. adakah aku hipokrit? itulah persoalan yang perlu kita fikirkan..

Berbalik pada topik akademik sebentar tadi.. sebagai seorang dai'e kita perlu mengambil berat tentang akademik kita. kesannya adalah untuk kehidupan kita kelak.. malah ia memberi kesan kepada Islam tu sendiri. jangan tinggalkan akademik kita, dan anggaplah ia seperti sebhagian drpada tggjawab kita kepada J dan juga Islam. Binalah pengurusan masa yang benar2 berkesan untuk meningkatkan akademik yang selama ini kita memandang enteng.
Apapun dalam kesibukan haraki, kesufian hati & taqarrub serta ibadah jgn dikurangkan kualitinya. pastikan kita adalah sufi n haraki. kerana ramai yg bersemangat berjuang tp ibadah tak terjaga.. sama2 kita memohon diberikan kekuatan olehNya.

satu persoalan kepada semua... Kita berada dalam J ini sebagai aset @ beban? harap sama2 fikirkan.....

~mantapkan tarbiyyah dan akademik~
Baca Lagi.. >>

Tuesday, August 5, 2008

Cara mengatasi masalah tekanan jiwa menurut Islam

Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan kerja.Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk.

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan p! ekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat.Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada seper!tiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut ag! ! ar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa! bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain"ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yangdihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.
Baca Lagi.. >>
Surah Al-Hadid: 1 - 6

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Semua yang berada di langit dan yang berada di bumi bertasbih kepada Allah (menyatakan kebesaranNya). Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Kepunyaan-Nyalah kerajaan langit dan bumi. Dia menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.

Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa; kemudian Dia bersemayam di atas Arasy' Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan Dia bersama kamu dimana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

Kepunyaan-Nyalah kerajaan langit dan bumi. Dan kepada Allah lah dikembalikan segala urusan.

Dialah yang memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam. Dan Dia Maha Mengetahui segala isi hati.

~hayatilah maksud yang tersirat dan tersurat dalam ayat2 Al-Quran di atas ini. Telah nyata dan jelas bahawa Dialah satu2nya yang perlu kita letakkan pergantungan. Adakah kita masih meletakkan pengharapan kepada makhluk daripada pengharapan kepada-Nya? Adakah kita pernah merujuk padaNya ketika kita dalam kesusahan & kesempitan dunia? Adakah kita sentiasa menyatakan syukur padaNya sedangkan setiap detik Dia tidak pernah melupakan kita? Banyaknya kekurangan hamba2Mu ini Ya Allah.. Ampunkanlah kami dan berikanlah kami taufiq dan hidayah agar kami tidak terpesong untuk sentiasa mengingati-Mu.

-pengisian usrah ke3 sesi 2008-
Baca Lagi.. >>

Thursday, July 31, 2008

Menyuci Hati Jiwa Sanubari Demi Kasih Suci

بسم الله الرحمن الرحيم
Hati sanubari mula terbina,
Segenap jiwa yang suci mula merasa,
Akan fitrah kasih kurniaan Yang Esa.
Fitrah yang mencipta keagungan dlm beribadah kepadaNya,
Menuntun jiwa untuk tunduk dan sujud di hadapanNya,
Mendidik diri bertawakkal sepenuhnya,
Akan setiap garis takdir dan ketentuanNya.
Cinta suci milik Illahi,Rindu abadi dari Ya Rabbi,
Andai syurga dan redha yang janji,
Kekalkanlah jiwa dalam taman ini,
Diiringi barakah yang melimpahi,
Hanya Allah jua pemilik Cinta Sejati
Baca Lagi.. >>

Muhasabah Diri Setiap Hari

Peringatan merupakan satu nikmat dan anugerah Allah SWT kepada hambaNya yang bergelar manusia. Idea merupakan anugerah daripada Allah SWT hasil ketekunan dan penilitian seseorang dalam mencapai sesuatu perkara. Peringatan yang paling baik ialah datang daripada orang mukmin kerana dengan peringatan mereka kita semakin hampir kepada ALlah SWT.

Peringatan saya hari ini ialah hasil cetusan daripada perkataan Muhasabah. Semua orang kena muhasabah termasuk yang paling tinggi atau yang paling bawah. Pemimpin dunia kena muhasabah. Pemimpin negara kena muhasabah. Pemimpin negeri kena muhasabah. Pemimpin jajahan kena muhasabah. Pemimpin kawasan kena muhasabah. Pemimpin syarikat kena muhasabah. Pemimpin rumahtangga kena muhasabah. Pemimpin diri pun kena muhasabah.

Ini bermakna kita semua adalah pemimpin dan kita wajib melaksanakan muhasabah. Muhasabah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT bukan digunakan muhasabah untuk semakin menjauhkan diri daripada Allah SWT. Muhasabah gerakan juga mesti dilaksanakan. Ada orang panggil `Perhimpunan Agung', `Muktamar', Ijtima' Tahunan dan pelbagai nama lagi. Apapun namanya, ia adalah bertujuan untuk muhasabah.

Kita sebagai orang mukmin, Allah SWT telah mentarbiah kita supaya sentiasa bermuhasabah. Muhasabah kita setiap hari ialah melalui solat lima waktu dan muhasabah paling kurang seumur hidup ialah ibadah haji. Program ini bukan program ciptaan manusia, tetapi program khusus yang ALlah SWT telah aturkan kepada kita semua orang mukmin.Akhirnya saya menyeru diri saya dan tuan-tuan semua, laksanakan muhasabah ini dengan baik!

~amin al-kelantani~
Baca Lagi.. >>

pening...pening...

projek.... studi... assignment... famili... jemaah.. aduh,banyaknye nak kene pikir. Ya Allah berikanlah kekuatan pada ku.. aku tak mampu nak hadapi semua ni.

bertimbun-timbun kerja menimpa ana sejak kebelakangan ni.. sehinggakan tidak sempat menyelak buku2 haraki.. sehinggakan al-quran sepi tanpa alunan zikir.. sehinggakan baju xsempat ana cuci.. sehinggakan lunch ana sangka sarapan.. sekiranya dapat ana jerit dalam tulisan ana ini, mahunya ana berbuat demikian.. nak lepaskan segala2nya. nak bgthu pada semua yang ana sudah hampir kehilangan punca dan arah.. banyak sgt perkara yang ada dalam minda sekarang nih.. ana kepingin nasihat2 sahabat semua. bantulah ana dalam perjuangan ini..

jika dipikirkan balik, semuanya salah sendiri.. xpandai mengurus masa.. tidak pandai mengambil peluang.. tidak pandai belajar.. tak pandai semuanya.. aii, masalah2.. ni la akibatnya klu tidak mengambil pengajaran yang sebetul2nya dalam program2 tarbiyyah. dimanakah kekuatan ketika TAMSAS dan TAMPEN dulu... dimana... dimana...

-luahan hati seorang pengalah.
..maafkan hambaMu ni Ya Allah..
Baca Lagi.. >>

Friday, July 25, 2008

Asif Jiddan pada sahabat2..

Assalamualaikum..wbt.
ana mintak maaf pada pengunjung2 blog ana.. macam ramai la plak,hehe. Untuk pengetahuan semua, ana sibuk menguruskan adik2 baru skarang ni, dah ditaklifkan sebagai amir ta'rif.. so proses pemantauan adik2 adalah tanggungjawab ana. pening jugak memikirkan hal ni.. tapi xpelah,ana cuba blajar.. lagipun itulah tanggungjawab kita sebagai dai'e.. dimana pun kita diletakkan, kita perlu hidup subur untuk menegakkan agama Allah diatas muka bumi ini.. sepanjang ana tinggalkan blog ana ni, banyak pengalaman yang ana timba.. perhimpunan protes, demonstrasi minyak, demonstrasi jatuhkan Pak Lah & Pak Jib.. banyak pro & kontra nye.. walaupun kadang2 rase tidak puas hati kerna terpaksa merantau jauh dan menghabiskan wang serta tenaga untuk ke destinasi, tapi setelah berjumpa dengan sahabat2 release segala2nya.. letih hilang, semangat datang.. itulah kelebihan kita berada di dalam institut jemaah Islam. ikatan kita bukannya kerana kita sama2 melayu tapi kerana adanya ikatan akidah sesama kita.. ana bersyukur berada dalam Jemaah.. harap sahabat2 diluar sana pun berasa sama seperti ana. Moga2 Allah memperkukuhkan pegangan kita semua.. amin.
Baca Lagi.. >>

Sunday, June 22, 2008

Jgn Pernah Lupa Akan Ibumu



Jangan sampai kamu terlambat meminta maaf pdnya.. gunakan masa yang ada ini, utk menyatakan kamu berterima kasih & syg padanya.
Baca Lagi.. >>

Saturday, June 21, 2008

Keadaan Politik Malaysia Kini

Iklim politik Malaysia tidak lagi sihat - Tengku
Mohd Sabri Said Sat Jun 21, 08 1:05:17 pm MYT


GLUGOR, 21 Jun (Hrkh) - Mantan Menteri Kewangan Malaysia, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan iklim politik Malaysia semakin sakit berikutan kemunculan suara-suara desakan selepas pilihan raya umum ke 12. -->
Dari segi demokrasi memang ia satu perkembangan yang baik tetapi untuk kepentingan parti Umno dan Barisan Nasional (BN) ia satu yang mendukacitakan, katanya.

"Desakan pada kerajaan semakin membara dan ini mengambarkan iklim politik Malaysia makin bercelaru dan tidak sihat. Apa akan berlaku pada masa depan," jelasnya ketika ditanya wartawan selepas ucaptama dalam program Kongres Permuafakatan Melayu Pulau Pinang Zon Utara di Dewan Kuliah 'U' Univesiti Sains Malaysia (USM), Glugor pagi tadi. Beliau ketika mengulas tindakan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Dato' Seri Yong Tek Lee yang mahu mencetuskan undi tidak percaya pada Persidangan Parlimen Isnin ini menambah, ia satu keputusan yang memperlihatkan BN tidak lagi seutuh dulu.

Rakyat sekarang ini bijak menilai dan mereka telah lakukan tindakan dalam pilihan raya umum lepas di mana BN kehilangan banyak kerusi dan hilang empat negeri di Pantai Barat dan gagal menawan Kelantan, katanya.
"Kemelut inilah yang membuatkan wujud suara-suara yang boleh mengancam BN secara menyeluruh," terangnya.
Senario ini katanya, menjadi semakin tegang apabila SAPP sebuah parti dari komponen BN di Sabah mengisytiharkan melakukan undi tidak percaya pada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di parlimen Isnin ini.

Semalam Perdana Menteri mengumumkan tidak akan mengenakan tindakan pada SAPP kerana ia bukan suara keseluruhan SAPP malahan ia hanya dari Presidenya sahaja. Tetapi, dalam perhimpunan SAPP semalam sudah memutuskan segala-galanya ia adalah suara SAPP bukan secebis keluhan daripada seorang dua kepimpinan tertinggi sahaja. Kongres Kemuafakatan Melayu Zon Utara kali ini dianjurkan bersama antara Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) dan Ikatan Kelab-Kelab Melayu Pulau Pinang (Ikatan). Beberapa kertas kerja dibentangkan antaranya oleh Profesor Dato' Dr Zainal Kling bertajuk 'Kedaulatan Kebudayaan, Pendidikan, Bahasa dan Agama Bangsa Melayu'.

Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Haji Azmi Abdul Hamid dengan tajuk 'Mencetuskan Kebangkitan Bangsa' dan 'Melakar Masa Depan Bangsa Melayu Berpaksikan Kedaulatan Perlembagaan Malaysia oleh Profesor Madya Dr. Mustaffa Kasim dari Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir, Universiti Utara Malaysia (UUM). - mns_

Baca Lagi.. >>

Thursday, June 19, 2008

Hujah TV9 : YB Mahfudz VS YB Aziz





Baca Lagi.. >>

Wednesday, June 18, 2008

Adakah kepimpinan para sahabat sudah tidak releven?

Jumaat bersamaan 13 Jun 2008, sebuah akhbar tempatan telah mengeluarkan satu kenyataan yang mungkin akan menjadi pertikaian sesetengah pihak. Kenyataan yang dikeluarkan itu berbeza sama sekali dengan apa yang dijelaskan oleh individu berkenaan. Sekiranya pembaca yang hanya membaca tapi tidak memahami isi kandungannya mungkin akan mempersalahkan 100% kepada si pengeluar kenyataan itu sedangkan maksudnya lain. Isunya adalah tajuk keratan akhbar ini tidak sesuai dengan kandungannya, sedangkan ia hanya menyatakan pengurusan kewangan di dalam Negara Islam itu adalah penting. Kepimpinan sekarang bukannya tidak boleh meniru kepimpinan para sahabat, bahkan digalakkan sama sekali. Saya berani menyatakan, “jahil” bagi seseorang muslim itu kalau dia tidak mengakui kepimpinan para sahabat di zaman khulafa’ Ar-Rasyidin dulu. Adakah kamu tidak membaca sirah? Adakah kamu tidak mengakui kepimpinan sahabat2 Rasulullah S.A.W?

xreleven3

Kenyataan yang menjadi persoalannya sekarang, adalah kenyataan “Pemimpin sekarang tidak perlu menjadi seperti pemimpin pada zaman kegemilangan Islam yang lebih menitikberatkan kebajikan rakyat sehingga rela menanggung kesusahan sendiri”. Adakah pemimpin tidak patut bersusah payah, memerah tenaga serta berkorban untuk kebajikan rakyat? Bukankah itu tanggungjawab kalian sebagai pemimpin? Pada pandangan saya, pemimpinlah yang patut menjadi ‘front line’ untuk rakyat. Sudah menjadi tanggungjawah pemimipin untuk memimpin serta menjaga golongan yang mereka pimpin. Saya ambil contoh mudah iaitu tanggungjawab seorang bapa di dalam sesebuah institusi keluarga. Bapa mempunyai tanggungjawab untuk memimpin isteri serta anak2nya dimana dia perlu memastikan keselamatan dan kebajikan mereka terjaga. Sudah menjadi tanggungjawab seorang bapa untuk menyediakan perlindungan, mencari rezeki dan memberikan didikan yang sempurna pada mereka. Itulah fitrah seorang pemimpin.
Disini saya selitkan sedikit sirah2 berkaitan dengan kepimpinan para sahabat.

Adalah diriwayatkan bahawa pada keesokan harinya iaitu sehari setelah Saidina Abu Bakar R.A terpilih sebagai Khalifah, baginda kelihatan membawa barang perniagaannya ke pasar. Beberapa orang yang melihat itu lalu mendekati baginda, di antaranya Abu Ubaidah Bin Janrah. Sahabat besar itu mendekati baginda seraya berkata, "Urusan Khalifah itu tidak boleh dicampuri dengan berniaga! Lalu Abu Bakar R.A. bertanya, "Jadi dengan apakah aku hidup, dan bagaimana aku membelanjai rumah tanggaku? Demikian sedihnya nasib yang menimpa Saidina Abu Bakar R.A. kerana walaupun kedudukannya sebagai Kepala Negara namun belum ada lagi ketetapan untuk bagi seseorang kepala pemerintah Islam memperolehi gaji dari harta kerajaan. Kebijaksanaan Abu Bakar R.A. juga ternyata dalam polisinya menyamakan pemberian elaun kepada orang-orang yang berhak agar mereka tidak dipisahkan oleh jurang-jurang perbezaan yang jauh agar tidak lahir satu golongan yang mendapat kedudukan yang lebih istimewa dan golongan-golongan yang lain. Sedangkan baginda sendiri hanya mengambil sekadar keperluan-keperluan asasi buat diri dan keluarganya.

Begitu juga dengan Saidina Umar yang dilantik sebagai khalifah selepas kematian Saidina Abu Bakar. Saidina Umar sangat mengambil berat tentang kebajikan rakyatnya. Pada suatu malam sedang dia meronda di sekeliling kota dan kampung untuk melihat hal rakyatnya, dia terdengar tangisan kanak-kanak. Saidina Umar menghampiri pondok buruk tempat tinggalnya kanak-kanak itu.
Dia mendengar ibunya menjerang sesuatu. Kanak-kanak tadi senyap seketika apabila melihat ibunya sedang memasak. Namun masakannya tidak siap-siap sehinggalah anaknya tertidur dalam kelaparan. Melihat keadaan yang menyayat hati itu, Saidina Umar memberi salam dan meminta izin untuk masuk. Wanita itu tidak sedar bahawa tetamu itu ialah Saidina Umar. Saidina Umar bertanya tentang hal kehidupan wanita itu. Wanita itu mengadu yang dia dan anaknya sudah berhari-hari tidak makan. Apabila anaknya menangis hendakkan makanan, dia pura-pura memasak dengan memasukkan beberapa ketul batu ke dalam periuk. Melihat keadaan itu, anaknya diam sebentar kerana menyangka ibunya memasak sesuatu.
Wanita itu mengadu dan mengutuk Khalifah Saidina Umar kerana tidak bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Mendengar kutukan wanita itu, Saidina Umar terdiam sejenak. Sebentar kemudian, dia memohon diri meninggalkan keluarga wanita itu. Dalam kegelapan malam, Saidina Umar terus menuju ke Baitul Mal lalu mengambil sendiri beberapa pundi gandum untuk dihantar ke rumah wanita itu.
Sebaik sampai di rumah wanita itu, Saidina Umar memberi salam dan masuk ke rumahnya buat kali kedua. Dia mengambil gandum dari pundi lalu terus memasakkan untuk wanita dan anaknya. Wanita itu masih tidak sedar bahawa orang yang datang membawa gandum dan memasak itu ialah khalifah sendiri. Setelah siap, Saidina Umar sendiri menghidangkan makanan untuk wanita dan anaknya.
Melihat mereka gembira mengadap makanan, Saidina Umar berasa amat senang hati dan beredar dari situ. "Kalaulah Saidina Umar buat begini, alangkah baiknya....", kata wanita itu tanpa menyedari orang yang berada di hadapannya ialah Saidina Umar sendiri.

Nah, apa lagi yang silapnya kepimpinan para sahabat? Kitalah yang sepatutnya mencontohi para sahabat serta menjadikan mereka sebagai idola, bukan hanya mengandaikan kita tidak boleh meniru seperti mereka. Itu pemikiran yang sempit. Betulkan saya jika saya silap.

Saidina Abu Bakar pernah berkata pada rakyatnya, dimana baginda menyatakan "Wahai sekalian ummat! Aku telah dipilih menjadi pemimpin kamu padahal aku ini bukanlah orang yang terbaik di antara kamu. Sebab itu jika pemenintahanku baik, maka sokonglah, tetapi jika tidak baik, maka perbaikilah. Orang yang lemah di antara kamu adalah kuat pada sisiku hingga aku harus menolongnya mendapatkan haknya, sedang orang yang kuat di antara kamu adalah lemah pada sisiku, hingga aku harus mengambil hak orang lain yang berada di sisinya, untuk dikembalikan kepada yang berhak semula. Patuhilah kepadaku selama aku patuh kepada Allah dan RasulNya. Akan tetapi jika aku mendurhakai Allah, maka kamu sekalian tak harus lagi patuh kepadaku". Itulah yang sepatutnya yang berlaku, namun apa yang terjadi sekarang adalah sebaliknya.

Saya malu mengaku saya ini Islam jika saya sendiri tidak bangga dengan pemimpin2 dulu mahupun sekarang dimana mereka berjuang bermati-matian untuk menegakkan agama yang suci ni, iaitu Islam. Hanya mengharapkan keredhaan Allah semata2 dan memperjuangkan hak rakyat, itulah yang patut kita banggakan.
Baca Lagi.. >>

Thursday, June 12, 2008

Ikhtilat..Akhawan dan Akhawat.

Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.

Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.

Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah.

Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep SYADID. Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam.

Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya.
Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)
Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."

Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan syariatNya.

Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)."

Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah. Ana bukanlah nak menghukum tanpa memberikan jalan penyelesaian. Jom kita berkongsi tip-tip berurusan dengan bukan muhrim:

1. Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2. Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah.

Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran: "Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?

3. Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.

4. Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

5. Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.

Teringat satu mail yang ana dapat mengenai luahan rijal. Jom kita kongsi bersama. Insya Allah ada manfaatnya.


"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini...Ya Rabb...tolong ampuni aku...untuk setiap pandangan yang tak terjaga, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab... Ya Rabb...Engkau mengawasi kami tiap detik, karena kasih sayangMu kepada kami Engkau perintahkan malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam..."

Semoga ia menjadi peringatan bagi kita. Semoga kita dapat mewujudkan biah solehah dalam keredhaanNya. Peringatan untuk diri yang lemah dan banyak kesilapan serta kekurangan dan sahabat-sahabat Islam yang dikasihi.
"Elakkanlah berhubung tanpa urusan yang benar2 penting dengan wanita2 (berlawanan jantina) kerana di situlah letaknya jalan SYAITAN".

http://www.iluvislam.com/
oleh: Cik Hijau
Baca Lagi.. >>

Wednesday, June 11, 2008

NATIJAH DARIPADA KENAIKAN HARGA MINYAK

Apa!!?? Harga minyak naik.. adui matila aku lepas ni. Duit dah la xder.. time2 ni la, die nak naik. Begitulah reaksi seorang yang ana kenal setelah mengetahui kenaikan harga minyak baru-baru ni. Akibat daripada perubahan ini pasti akan dirasai oleh semua orang tidak kira dimana ia berada. Hanya disebabkan kenaikan harga petrol dan diesel, maka semua harga barangan di pasaran juga turut naik mendadak. Kenaikan harga minyak kali ini boleh dikatakan perubahan yang paling tinggi setelah beberapa tahun pemerintahan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Di kawasan perumahan ana, nasi lemak yang dulunya berharga RM1.00 sudah menjadi RM1.50. Adakah sesiapa yang tidak rasa terbeban kerana perubahan ini? Ana yakin dan pasti tidak ada insan pun yang tidak terasa, sekalipun orang yang berada.

Di dalam akhbar kelmarin, hampir sebahagian besar berita adalah berkaitan dengan kenaikan harga minyak. Kos tambang bas lah, isu berjimat cermat lah, elaun menteri kena potong lah.. jenuh membacanya. Kesian juga apabila membacanya tapi nak buat camne dah kita sokong BN.. terpaksa lah terima. Ini lah natijahnya..

bot nelayan

Kalau tengok keratan akhbar diatas, pasti masyarakat akan terpikir ada betulnya nelayan-nelayan mogok. Apa tidaknya kalau keluar mencari rezeki tapi kos perjalanannya dah melebihi hasil pendapatan. Tak ke gila namanye tu? siapa yang nak mencari rezeki kalau camtu.. dah lah pergi ke tengah laut tu, belum tentu baliknya. Hasil tangkapan pun belum tentu ada.. Sekarang ni, bertambah lagi masalah.. Tapi bagi nelayan-nelayan, tidak ada cara lain kerana itulah cara mereka menyara hidup anak bini sejak azali lagi. Itu saja kemahiran yang mereka ada.. Adakah pimpinan negara sedar akan perkara ini? Adakah diorang pernah terfikir?

basikal

Ini pun satu hal lagi.. nak kata jahil, ana pikir semuanya belajar tinggi2. Logik ke kat bandaraya tu, mat2 office nih nak naik basikal? Kalau office belakang rumah, bolehlah ana percaya.. tapi kalau jaraknya 20batu mahunya jenuh nak mengayuhnya. Walaupun ini hanya perumpamaan, ana percaya ia tidak mustahil akan terjadi jika kenaikan harga minyak berlaku lagi. Kos sara hidup kat key’el tu, bukannya rendah cik lah oi.. kalau dapat gaji cukup makan, jangan harap dapat hidup (dengan erti kata lain menyara kehidupan satu keluarga). Kalau nak masyarakat kayuh basikal ke tempat kerja, biarlah pemimpin yang bertindak dahulu. Belajar melalui teladan, baru orang respek.. kalau setakat omong kosong, malah menyeru masyarakat untuk berjimat cermat sedangkan mereka ber’aircond’ ke pejabat, baik tak payah..

Pendek kata lah, ana memang protes abis-abisan kenaikan harga minyak nih. Kalau tak naik harga minyak, barisan menteri sendiri pun tak perlu menanggung akibat daripadanya (cam dalam akhbar tu la).. 10% banyak tuu… hehe. Baik turunkan harga minyak tu, kalian senang… kami lagilah senang. Kebajikan kami pun terjaga, bukan ke itu matlamat kalian?

potong

Akhirul kalam, ana cadangkan kepada sesiapa yang bertanggungjawab.. lupakanlah hasrat untuk menaikkan harga minyak kalau masih mahu memegang tampuk kepimpinan. Masyarakat dah jemu dengan janji-janji kosong, malah terasa diperbodohkan dengan kata-kata manis kalian. Dahulunya kebajikan rakyatlah yang diutamakan, tapi sekarang apa dah jadi? Mana manifesto kalian? Mana janji-janji kalian? Ana tidak tumpu pada mana-mana parti.. tapi fikir2kan lah, kerana kalian lebih mengetahui.-spekhijau.
Baca Lagi.. >>

Tuesday, June 10, 2008

Perbezaan yang sungguh ketara..

Inilah realiti kehidupan mahasiswa diluar sana, berbeza sama sekali jika hendak dibandingkan dengan realiti di negara yang tercinta ini.. amat sedih sekali.

Baca Lagi.. >>

Suara Mahasiswa disekat..!!?

Baca Lagi.. >>

Perjuangan Yang Tidak Berkesudahan..

Kisah ini mengisahkan As-syahid Sayyid Qutb ketika dihukum gantung sampai mati setelah menerima pelbagai seksaan di dalam kurungan penjara. Penyeksaannya juga dialami oleh dua orang adik perempuan Sayyid Qutb (iaitu Hamidah Qutb dan Aminah Qutb) dimana mereka ditahan bersama-sama di dalam sebuah penjara tentera seperti yang dialami oleh Zainab al-Ghazali. As-syahid Sayyid Qutb RahimahuLLAH sebelum digantung mati sebagai syahid telah sempat menulis surat kepada adik perempuannya dan berkata kepada adik perempuannya itu, "Wahai adikku, barangkali sekarang ini kau sedang melihat dengan gerun tali gantung yang akan menjerut leherku ini. Kita akan merasai perjuangan kita ini sempit dan kita yang akan mengakhiri perjuangan kita ini; tetapi apabila kita memikirkan bahawa perjuangan kita ini bukan kita yang memulakannya dan bukan kita yang menamatkannya, maka ketika itulah kita rasakan bagaimana luasnya perjuangan kita, bagaimana luasnya keluarga kita kerana keluarga kita bukan keluarga yang diikat oleh keturunan darah tetapi keturunan kita diikat oleh kesatuan 'aqidah La Ilaha IllaLLAH Muhammad al-RasuluLLAH."

Semoga kisah singkat ini, dapat menjadi iktibar kepada kita semua…

Ingatlah, kita bukan pemula kepada perjuangan,
Bukan jua yang terakhir kepada perjuangan ini,
Tetapi kita adalah penyambung kepada perjuangan
Yang ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W...

Peringatan buat sahabat dan juga diri ini, marilah kita sama-sama bangkit untuk meneruskan perjuangan yang mungkin telah lama ditinggalkan… Sedarlah, Islam itu tidak akan rugi jika kita tiada, namun kitalah akan rugi kerana ketiadaan Islam. Ini kerana Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.. Sebagai golongan remaja dan intelektual, tuntutlah ilmu sebanyak mungkin dan gunakanlah ia di dalam perjuangan amal ma’ruf wa nahi mungkar, selagi mana waktu masih ada. Jangan sampai kamu berduka dan kecewa di kemudian hari disebabkan tidak sempat melaksanakannya. Ana ambil bait2 lagu ini sebagai pegangan diri, moga2 ia juga akan membantu sahabat2..

Masih basah kenangan indah,
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika Rasul ada disisi
Para sahabat mentadbir bumi

Zaman Nubuwwah era khulafa’
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panasnya membakar lawan

Dicelah itulah kami mengatur langkah
Membina sebuah tho’ifah
Disini bara tak pernah padam
Digenggam kukuh sebuah azam

Ayuhlah para mujahid
Ayuhlah para mujahidah
Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tertegak kalimah Allah
Agar terbangun dunia baru ISLAM!!!

Baca Lagi.. >>

Amaran Buatmu Nissa'


'AMARAN BUATMU NISSA'

Tidakkah kamu takut ancaman insan mulia,
Bahawa golongan kamu banyak adalah penghuni neraka,
sembilan nafsumu sentiasa bersama,
dan satu akalmu yang menyelamatkan jiwa..
NISSA',
Tutuplah auratmu sepanjang masa,
Tiada indahnya pandangan di mata,
Kecuali pada nafsu yang membara,
Pakaian mu hendaklah sempurna,
Tidak nipis dan menjolok mata,
Bebas najis suci sentiasa,
Azab kubur neraka selamat selamanya,
Hasanah akhirnya kau kecapi jua
NISSA',
Jagalah tuturmu kepada ibu dan bapa,
Dirimu ditatang dan dimanja,
Fikirkan berapa nilai kasih dan harta mereka,
Yang diberikan kepadamu tanpa mengharapkan balasan jasa,
Hanya mereka inginkan kamu
Menjadi insan solehah berjaya,
Taat kepada ALLAH dan Rasul-Nya,
Mengharapkan doamu di kala mereka tiada didunia,
Mengharapkan belasmu didunia,
agar mereka terlepas azab yang menyeksa
*insyallah,moga dpt diambil iktibar,
amal dan sampaikan
~wallahu'alam
Baca Lagi.. >>

Monday, June 9, 2008

COMPARISON OF OIL PRIZES

This statement i got from my friend, K-rul.. thanks 4 the information...

Government always compare our oil prices with non-oil producing countries such as :

For example

Singapore : RM 5.00
Thailand : RM 4.00

how about compare Malaysia with the other oil producing countries just as we are

UAE– RM1.19/litre
Eygpt– RM1.03/litre
Bahrain– RM0.87/litre
Qatar– RM0.68/litre
Kuwait– RM0.67/litre
Saudi Arabia– RM0.38/litre
Iran– RM0.35/litre
Nigeria– RM0.32/litre
Turkmenistan– RM0.25/litre
Venezuela– RM0.16/litre
MALAYSIA– RM2.70/litre

oh, my god!!! this is terrible... all my friend out there, we must do "demo".
we cannot let them fool us...
(maaf, ana xreti writing in english ni, broken tahap E la,hehe)
Baca Lagi.. >>

Lahir seorang lagi blogger!!

Assalamualaikum... salam bloggers kepada semua. Alhamdulillah terhasil juga blog ana setelah sekian lama. actually, ana betul2 xsangka yang ana akan create satu blog untuk diri ini.. sebelum ini, ana lah salah seorang yang menentang habis2an keperluan blog ni.. keperluannya ana pertikaikan pada sahabat2 yang lain.. mata hati ana tidak terbuka untuk menghasilkan karya2 yang mungkin boleh menggegarkan dunia (ana amik kata2 faisalkini dalam temubual dgnnya).. walaupun dahulunya ramai sahabat2 yang menyakinkan diri ini untuk menghasilkan blog, tapi ana tetap dgn pendirian ana.. betul2 tak ku duga, keinginan ku tiba setelah bertemu dengan sahabat2 dari pelusuk malaysia di sebuah konvensyen baru2 ini. hati ana telah terbuka, dan semangat tengah meluap2 nak menghasilkan karya diatas blog ini. Aaiihh, harap2 semangat ini tidak akan luntur lagi.. kepada sahabat2 diluar sana, marilah kita pakat2 buat blog dan gegarkan dunia dgn karya2 kita... jangan mengharapkan orang lain, sedangkan kamu berkebolehan... nyatakanlah pandangan dan peringatan kamu kepada dunia, agar dunia dapat melihat suara dan keazaman semua.. lakukan perubahan, jangan kita berada pada takuk yang lama sahaja, sedangkan kita masih boleh melangkah setapak demi setapak.. doakan ana istiqamah dengan semangat untuk menggegarkan dunia ini... InsyaAllah, ana bercita2 untuk jadikan karya ana sebagai muka hadapan pada media massa kelak.. hehe.
Baca Lagi.. >>