Wednesday, December 16, 2009

Salam Maal Hijrah 1431 pada semua!




Sempena Maal Hijrah 1431 ini, ana Akhi Fadhli ingin memohon ampun & maaf sekiranya ada kesalahan ataupun kekurangan ana sepanjang tahun 1430H ini. Semakin tahun umur kita meningkat, maka secara automatiknya kita akan semakin dekat dengan pintu kematian. Janganlah lupa ajal & maut itu di Tangan Allah, dan percayalah bahawa semakin kita mengingati mati semakin berjayalah kita di dunia ini. Tidak kiralah apajua pekerjaan & pangkat yang kita ada, ia tidak bermakna sekiranya kita lupa pada ketentuan Allah ini.

Mengingati mati ini adalah suatu amalan yang sentiasa dilakukan oleh para Sahabat dan alim ulama' sejak dahulu lagi. Berani ana katakan disini, masyarakat zaman sekarang tidak sehebat masyarakat terdahulu kerana kita sudah lupa pada hakikat kematian ini. Kita lebih mengejar sesuatu yang ada di hadapan mata berbanding janji2 Allah yang telah termaktub sekian lama di dalam Al-Quran, Kalamullah.

Walaupun begitu, kebanyakkan pepatah barat tidak menyokong kenyataan ini, dan menyatakan bahawa semakin ingat pada mati maka kita akan semakin tidak bersemangat untuk meneruskan hidup atau akan lebih menikmati kehidupan selagi nyawa dikandung badan. Tetapi bagi orang muslim, kita tidak sepatutnya mengikut pepatah Barat itu dan alasannya adalah satu iaitu kita yakin adanya Syurga & Neraka atau Dosa & Pahala. Orang yang mengingati pada kematian adalah sebijak2 manusia, sepertimana sabda Rasulullah SAW:
"Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik.” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)

Jadi ana menyeru kepada sahabat2 diluar sana, sentiasalah ingat pada mati. Gunakanlah sebaiknya2 anugerah kehidupan serta nikmat Iman & Islam yang dikurniakan oleh-Nya. Yang pasti kita perlu sentiasa bersedia untuk menghadap Robbul Izzati dengan bekal amalan sepanjang hidup di atas muka bumiNya ini.

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia sudah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Ali Imran: 185).

Ketahuilah kematian pasti tiba kepada seluruh umat tanpa mengenal erti bangsa, kedudukan, kekayaan atau gagah perkasa. Tiada sesiapa pun yang boleh melarikan diri daripada maut. Apabila ditetapkan waktu kematian seseorang, ia tidak akan tertunda atau dicepatkan walaupun sesaat.

Untuk sekalian kalinya, ana memohon maaf sekali lagi sekiranya sepanjang perkenalan mahupun pandangan ana dalam penulisan di blog ini mengguris perasaan mana-mana pihak. Ana hanya sekadar sebahagian daripada insan daif yang masih belajar untuk mengenali dunia ini, maafkan ana. Moga ukhuwwah kita berkekalan hendaknya.




p/s:
- jangan lupa tanamkan azam untuk tahun baru ini.
- jangan lupa doa akhir tahun & awal tahun esok k....

0 comments: