Tuesday, December 8, 2009

Majlis Makan Malam Bersama DH BPPNT

Pada 7hb Disember 2009, yakni semalam ana dan beberapa orang sahabat Kawasan Dungun mendapat jemputan untuk menghadiri program Majlis Makan Malam Dewan Harian PAS Negeri Terengganu bersama Penggiat Media & para Blogger. Hampir 50 orang jemputan yang hadir dalam majlis yang kecil ini. Ana amat berbangga kerana berpeluang untuk bersua muka dengan blogger-blogger yang selama ini aktif melemparkan hujah2 dan memperbincangkan isu panas terutamanya isu politik dalam coretan laman web masing2.

Diantara Dewan Harian PAS Negeri Terengganu yang hadir dalam majlis ini ialah Pesuruhjaya PAS N.Terengganu, Dato' Tuan Guru Haji Harun Taib, Timbalan Pesuruhjaya 2, Ustaz Saiful Bahri, Setiausaha Negeri, Haji Yahaya Ali, Ketua Unit Penerangan, Ustaz Hj Nik Muhammad Zawawi, Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Mohammad Nor Hamzah dan juga Ketua Dewan Muslimat, Puan Safinah Jusoh.


Program ini adalah bertujuan untuk para penggiat media dan blogger mendapat garis panduan berkenaan penulisan yang seharusnya dilakukan demi perjuangan parti terutamanya dalam isu-isu panas yang giat diperbincangkan kala ini. Kami sebagai jemputan juga berpeluang memberi pandangan atau cadangan untuk memperkembangkan lagi kaedah penulisan yang sedia ada pada blog2, justeru dapat mempromosikan parti. Poin yang banyak diperbincangkan dalam maljis ini ialah bagaimana untuk menarik lebih ramai pengguna internet membaca posting yang ditulis dan juga cara untuk memperjelaskan isu-isu yang dimainkan oleh pihak lawan tanpa lari daripada sumber maklumat yang sebenar.

Para jemputan juga dapat mendengar ucapan amanat oleh Tuan Pesuruhjaya, Dato Hj Harun Taib yakni memfokuskan kepada penulisan blog dimana ia telah menjadi lidah-lidah parti Islam secara tidak langsung selama ini.

Ana secara jujurnya amat berbesar hati kerana dapat berpeluang untuk bersama-sama pimpinan dalam majlis ini, malah setelah tamat majlis kecil ini, ana merasakan semua jemputan berkobar2 untuk meneruskan penulisan blog yang selama ini mungkin tidak mendapat tempat. Syukur alhamdulillah, itu sahaja ucapan yang selayaknya.

Sebahagian gambar yang diambil sepanjang majlis.


Semoga sahabat2 blogger diluar sana sentiasa istiqamah dalam menjadi suara2 perjuangan Islam, InsyaAllah.

0 comments: