Semalam aku kelukaan, kecewa kehampaan, mencalar ketabahan, mimpi yang sering ku harapkan, menjadi kenyataan, namun tak kesampaian.
Allah… Inginku hentikan langkah ini, bagaikan tak mampu untuk ku bertahan, semangat tenggelam, lemah daya, haruskah aku mengalah, namun jiwaku berbisik, inilah dugaan.
Dan langkahku kini terbuka, pada hikmah dugaan, uji keimanan (menguji keimanan), tak dilontarkanNya ujian, di luar kekuatan, setiap diri insan.
Allah… Pimpinlah diriku, tuk bangkit semula, meneruskan langkah, perjuangan ini, cekalkan hati dan semangatku, kurniakan ketabahan, agar mimpi jadi nyata, padaMu ku meminta.
Daku mohon agung kudratMu, wahai Tuhan yang satu, segalanya dariMu.
Maksud hadis : "Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda: "Apabila umatku telah membuat lima belas pekara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu :
1. Apabila harta negara hanya beredar kepada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami yang menuruti kehendak isteri.
5. Anak derhaka kepada ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis disanjung (menjadi pujaan).
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan di ubah menjadi makhluk yang lain." H.R. Tarmizi.
0 comments:
Post a Comment