Wednesday, March 11, 2009

Jangan Tertekan dengan hidup anda!!


Gambar adalah adalah hiasan semata2.

Sebagai seorang insan yang mengatakan Allah Tuhan kami, dan Muhammad adalah teladan kami tidak sepatutnya berasa tertekan dengan hidupnya. Jika seseorang itu benar2 percaya malah yakin dengan kewujudan Allah, dia pasti tidak akan berasa hidupnya menyusahkan malah merasakan hidup ini suatu cabaran yang harus ditempuhi, dengan erti kata lain menganggap dunia hanya sebagai persinggahan sementara menunggu kehidupan yang abadi yakni Akhirat. Rasulullah mengajar kita agar tidak menyalahkan orang lain, persekitaran apatah lagi menyalahkan Yang Mentadbir alam ini. Siapa kita untuk menyalahkan-Nya? Agama kita tidak seperti agama hindu yang boleh menengking dan menyumpah seranah tuhannya.. tujuan mereka memarahi Tuhan, adalah agar Tuhan mendengar kesulitan mereka ketika itu seterusnya dikabulkan permintaan mereka...satu persoalan yang ana nak bangkitkan di sini adakah Tuhan mereka pekak?? Masya-Allah, betapa tak masuk akalnya perbuatan itu.. Bersyukurlah kita berada di dalam agama yang benar, beriman kepada Allah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.

Adab dalam meminta pada Allah juga telah diajar kepada kita sejak di bangku sekolah lagi. Permulaan & pengakhiran sesuatu permintaan perlulah dengan memuji kebesaran-Nya, itulah adab2 dalam kita berdoa. Ana tidak bermaksud hendak menghuraikan berkenaan adab2 berdoa ini, kerana ana tahu pembaca lebih arif tentang ini.

Bagi sesiapa yang menganggap bahawa kehidupan mereka payah lagi menyukarkan hendaklah memahami maksud ayat Al-Quran di bawah.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Al-Baqarah: 277)

Ya, sekiranya kamu berada dalam kesulitan rujukilah 2 peninggalan Rasulullah kepada kamu yakni Al-Quran dan As-Sunnah. Pasti kamu tidak akan berasa dukacita apatah lagi merasa tertekan dengan hidup ini. Tanamkan dalam hati2 kamu rasa cinta pada kedua-dua rujukan ini, untuk mendapat satu kehidupan yang bahagia. Yang paling penting, percayalah pada janji2-Nya.. Dalami maksud ayat Al-Quran di bawah;

Adakah patut kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). (Al-Baqarah: 214)


Akhir kata oleh ana yang dhaif ini, cubalah untuk tanamkan sikap husnul-zhon dengan Allah. Janganlah sesekali menyalahkan takdir dan persekitaran itu, kerana itulah ujian Allah yang dikurniakan pada mu.

p/s: Bagi sahabat dalam perjuangan, banyakkanlah membaca sirah2 Rasulullah dan para sahabat. Jika hendak dibandingkan pengorbanan mereka dengan kita, ia amat jauh sekali. Ujian yang dikurniakan kepada kita bukanlah seperti para sahabat yang terpaksa mengangkat pedang untuk berjihad dan syahid di medan peperangan. Berusahalah dalam menyebarkan dakwahmu...

0 comments: